Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, June 28, 2013

PKR & PAS BERTELAGAH KERUSI DUN KUALA BESUT ?

Belum apa-apa lagi, seperti sudah ada aksi tarik tali di antara PKR dan PAS di DUN Kuala Besut!



Sila baca :

KUALA TERENGGANU – Kekosongan kerusi Dun Kuala Besut menarik perhatian parti politik di negeri ini termasuk PKR, apabila kepimpinan parti di peringkat negeri menyatakan kesediaan kemuka calon bertanding.
Kekosongan kerusi itu berikutan kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar, menyaksikan Terengganu sekali lagi menjadi negeri pertama yang akan mengadakan pilihan raya kecil (PRK) selepas PRU13, 5 Mei lalu.
Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, PKR mempunyai calon berpotensi untuk bertanding di kawasan tersebut yang sebelum ini ditandingi calon Pas, Napisah Ismail 
“Saya yakin Pas akan pertimbangkan calon daripada PKR. Bagi memperbaiki kedudukan Terengganu, adalah baik Pas beri pertimbangan calon PKR di situ,” katanya. seterusnya
Kenyataan pemimpin PKR ini sudah tentu akan mendatangkan polemik pergeseran di antara PKR dan PAS.

PAS pula berfikiran lain :
Pas Terengganu telah mengarahkan semua cawangannya di Besut melakukan persiapan untuk menghadapi pilihan raya kecil yang bakal diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut susulan kematian penyandang Dr A. Rahman Mokhtar semalam. 
Pesuruhjaya PAS negeri Mohd Abdul Wahid Endut berkata parti itu harus bekerja keras untuk menawan kerusi tersebut memandangkan sepanjang 13 kali pilihan raya umum diadakan, PAS hanya menang dua kali di kerusi berkenaan.

Beliau yang mengakui sukar untuk Pas menang di situ bagaimanapun berkata parti itu mempunyai strategi bagi menambah undi. seterusnya 
Aksi PKR dan PAS ini sudah pasti mengingatkan kita kepada aksi CheguBard PKR dan PAS yang bertanding sesama sendiri di Parlimen Sungai Acheh, Pulau Pinang.

Dalam masa yang sama,  kita juga tidak akan tertipu dengan mainan politik tin kosong pakatan pembangkang di DUN Kuala Besut.

Mereka akan perbesarkan propaganda 'kekuatan' pembangkang di sana tetapi hakikatnya, DUN Kuala Besut adalah kubu kuat Barisan Nasional.

MiM jangka BN akan menang sekali lagi di DUN Kuala Besut dengan majoriti lebih 2,000 undi.

Bagaimana pun, calon BN mestilah yang winnable dan disenangi oleh rakyat Kuala Besut. Ini yang paling penting!

sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...