MENIPU sepatutnya jadi nama tengah Anwar Ibrahim. Sepatutnya nama dia
perlu disebut begini, Anwar ‘Menipu’ Ibrahim. Dah banyak dah penipuan
Anwar ni kalau kita nak sebut, tak payah cerita panjang-panjang pun
semua orang tau.
Terbaru, ‘jolokan’ Anwar kononnya PKR akan boikot upacara angkat sumpah
ahli Parlimen pada 24hb nanti, sementara 2 parti komponen dalam pakatan
pembangkang, PAS dan DAP tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.
Pendirian PAS dan DAP tidak sukar dikupas sebab pilihanraya dan
pemilihan wakil adalah satu cerita rumit, bukan cerita mudah yang boleh
dibuat main-main macam cadangan Anwar. Tapi dalam masa yang sama kita
perlu ingat, mimpi Anwar kali ini besar, jadi Perdana Menteri dan bila
impian itu tidak tercapai, apalah sangat kalau tak angkat sumpah jadi
Ahli Parlimen.
Perkara itu bagaimanapun, hanya terhad pada dia seorang, bukan DAP dan
PAS, malah silap-silap, ahli parlimen PKR yang lain juga, terutama yang
pegang jawatan tersebut buat pertama kali. Justeru, penulis dan ramai
orang lain yakin, 24hb ini (tarikh sidang pertama Parlimen 2013
bermula), Anwar dan ahli Parlimen PKR yang lain akan hadir disitu.
Seperti biasa, Anwar pasti ada ‘ayat’ yang boleh digunakan untuk
menjustfikasi kaedahnya menipu rakyat, kenapa hari ini dia cakap akan
boikot dan kenapa 24hb ini dia tetap akan sumpah aka mengiktiraf
keputusan pilihanraya ke-13.
Hari ini Anwar gebang kencang untuk boikot sebab ada banyak persoalan
yang dia perlu jawab lanjutan dari pelbagai dakwaan kononnya berlaku
penipuan dalam pilihanraya umum yang lepas. Contohnya, mana bukti
40,000 orang bangla, blackout dan sebagainya. Semua ini masih
tergantung sehingga sekarang tanpa jawapan.
Paling menggelikan hati, sementara Anwar mencanang penipuan (dalam
pilihanraya) telah berlaku dan dia ADA BUKTI untuk menyokong kenyataan
tersebut, budak jambu yang dilantik menjadi Pengarah Strategik PKR,
Rafizi Ramli, dikhabarkan BARU BERMULA nak mengumpulkan bukti!!
Tak pastilah sama ada balaci pembangkang sedar perkara ini atau tidak,
tapi itu bukan penting pun sebab melihat tahap balaci pembangkang hari
ini, hampir keseluruhan mereka hanya berminat dengan cerita bohong,
berbanding dengan cerita jujur dan tulen.
Maka itu, kalau ikut pengalaman penulis, Anwar pasti akan muncul juga
pada 24 Jun ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, menerima elaun
(tapi tak buat apa-apa) dan sebagainya. Dia gebang saja hari ini untuk
bakar perasaan pencacainya, tapi penyudahnya, untuk kesenangan dia
sendiri, dia akan angkat sumpah juga.
Macai? Selamanyalah kena kencing. Bila nak berubah pun tak tau. - credit: MYKMU
No comments:
Post a Comment