Komen Abu Aqif: Key-point - ILMU - Bukan Nafsu
Fenomena artis mahu bertaubat sering diperguna oleh golongan tertentu. Sehinggakan ada yang "pencen" dari menjadi artis lalu menjadi "ustaz segera" atau "ustazah segera" mahupun ada juga yang menjadi "ulama segera". Bila masa mereka menuntut ilmu sehingga diberikan pentas untuk mengajar masyarakat berkenaan ilmu yg mereka sendiri tidak pelajari.?? Ada juga menjadi ustaz lalu orang lain pula dikafirkannya. Ada juga mengambil kesempatan mempergunakan artis yg mahu bertaubat ini sebagai pencetus populariti untuk diri mereka sendiri. Ada yang suka-suka petik hadith yang dia sendiri tidak mendalaminya lalu tak semena-mena men-dhaif-kan hadith yg berkurunnya sahih. Hairan.. hairan.. hairan..
Bukan tidak boleh menceritakan pengalaman diri. Tetapi sampai bila kita mahu dengar pengalaman mereka..? tidak cukupkah cerita mereka yang kita lihat di kaca televisyen dan kisah hidup mereka di dada akhbar..? Tidakkah sudah sampai waktunya mereka pula duduk di bawah dan mengikut pengajian yang telah lama mereka tingalkan..?? Atau masih beratkah hati mereka meninggalkan dunia hiburan. Jangan kita terlalai dengan keduniaan yang disangkakan agama ini.
Mari kita cek semula, adakah perkara yang kita lakukan ini benar-benar kerana Allah...???

Kelantangan
seseorang dalam membuat kritikan yang bersifat serangan kepada sesuatu
pihak pastinya akan menerima tindak balas dari pihak yang dikritiknya,
dan perkara ini sudah menjadi lumrah serta tidak usahlah kita
mempertikaikannya diatas faktor kebenaran dan realiti apa sebenarnya
yang berlaku.
Bercerita mengenai hidayah, umat
Islam yang mengikuti dunia politik khususnya, pasti teringatkan hidayah
yang diterima oleh Abby Abadi yang juga merupakan selebriti terkenal
tanahair yang kini dikatakan sedang mundar mandir diheret ke setiap
pentas ceramah Pas yang berkemungkinan bagi memperkasakan hidayah yang
diterima beliau.
Jauh sekali tujuan untuk
mempertikaikan hidayah yang menjadi hak mutlak Allah Taala kepada
hambanya, namun sejauh manakah pengertian hidayah itu difahami dan
dihayati untuk dimanfaatkan kepada jalan yang sebenarnya jalan yang
diredhai oleh Allah Taala.
Hidayah ataupun petunjuk akan
menjadikan insan dari kurang baik kepada yang lebih baik, dan hidayah
bukanlah satu hal yang bersifat kekal tanpa kita terus berusaha untuk
mengekalkannya pada jalan yang benar berdalilkan firman Allah Taala
didalam surah Asy-Syams yang bermaksud :
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya), Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa, Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). -Surah Asy-Syams 7-10
Semoga mereka yang mendapat
hidayah itu mudah-mudahan kekal buat selamanya tidak sepertimana artis
terkenal Akhay Hayy yang mana satu ketika dulu begitu lantang kehulu ke
hilir di pentas ceramah Pas namun kini kelibat bayang pun sepi hilang
entah kemana,
Berbeza dengan salah seorang
penceramah bebas seperti Dr Ridhwan Tee seorang yang bukan Islam dan
mendapat hidayah lalu memeluk Islam sehingga kini masih utuh pada jalan
yang dipilihnya. Amat tidak tepat sekali untuk mengaitkan hidayah itu
terpaksa berada di pentas ceramah Pas sedangkan Pas itu merupakan parti
politik yang punya agendanya tersendiri dan agenda itu bercanggah dengan
ketepatan ajaran Islam yang sebenarnya.
Lama kelamaan hidayah itu
menjadi hidayah dari Pas yang cakapnya seperti cakap pemimpin Pas yang
langsung tidak tergambar ciri-ciri percakapan yang dianjurkan didalam
Islam.
Ada baiknya Abby yang dikatakan
mendapat hidayah itu mendengar nasihar daripada Ustaz Azhar Idrus dalam
memantapkan dan menyuburkan hidayah itu untuk diri sendiri sebelum
meluaskan dakyah itu untuk didakwahkan kepada orang lain. Secara
automatik Abby mungkin akan lebih dihormati dan tidak akan ada dari
kalangan teman-teman Abby untuk mengajak Abby berdebat dan sebagainya.
Kerana setiap kebaikkan yang ikhlas itu pasti akan membuatkan manusia
merasa malu, sebaliknya jika semakin lantang tanpa mengetahui duduk
perkara yang sebenarnya atau mendengar penjelasan dari kedua belah pihak
ia hanya akan membuatkan keadaan yang akan memalukan diri
sendiri.....Anda Mampu Mengubahnya......
Link Video: http://www.youtube.com/watch?v=-RN2UlMDpmw
No comments:
Post a Comment