'Jaya Negara' Yang Ditembak Mati Adalah Penganut Ajaran 'Mahathirisme'.
Sebenarnya saya tidak mahu menulis tentang lelaki misteri mengaku
sebagai 'Jaya Negara'(Khalil Afandi Hamid) yang ditembak mati oleh pihak
polis. Beliau dikatakan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke
hospital setelah ditembak di bahagian tangan dan ari-arinya. Banyak
teka-teki bermain di minda tentang lelaki misteri ini dan punca
kematiannya jika melihat kepada foto di atas, adakah kecederaan yang
dialami boleh membawa kepada kematian melainkan peluru yang dilepaskan
memang peluru beracun. Apa pun ajal/maut seseorang adalah ketentuan dari
Allah s.w.t. jika diingini, digigit semut pun boleh meninggal.
Saya pun tidak tahu tentang kaitannya dengan 'Iman Mahadi' seperti
dihebohkan oleh media massa kerana dari artikel yang ditulis oleh si
mati (Jaya negara) didalam blognya sebelum blog itu dighaibkan oleh
tangan-tangan yang ghaib. Tuduhan yang berat dilemparkan oleh media dan
blogger-blogger pencacai ialah si mati adalah seorang blogger pro PR
walau pun beliau baru berblog pada 2012 dan menulis beberapa artikel
yang entah apa dibebelkannya. Para pencacai-pencacai Umno ingin
mengaitkannya dengan PAS kerana isu yang mereka mainkan ialah isu agama
dan senang-senang memberi gelaran 'Iman Mahadi' kepada simati tanpa
meneliti apa yang di tulisnya.
Yang pasti si mati bukannya pro PR tetapi beliau adalah penganut ajaran
sesat 'Mahathirisme' kerana semua pemimpin PAS dan wali-wali Allah
dihentam tetapi beliau teramat menyanjungi Mahathir sebagai manusia
paling mulia. Beliau dengan angkuh dan sombong mempersendakan 'Wali
Songo' malah mempermain-mainkan tentang Nabi Isa a.s. sebagai anak
tuhan. Apakah agama sebenarnya si mati jika bait-bait perkataannya
saling tidak tumpah dengan apa yang di perkatakan oleh Mahathir. Hanya
ajaran sesat 'Mahathirisme' sahaja yang berani mempermain-mainkan
ajaran Islam tanpa ada tindakan dari 'Kerajaan Islam Umno'.
Beliau menyokong idea Mahathir agar al-Quran ditafsirkan semula walau
pun beliau silap menulis dengan mengatakan yang Mahathir mencadangkan
dialih kedalam banyak bahasa. Walau tidak sempat menyalin apa yang di
tulisnya tetapi saya sempat membaca hampir kesemua artikel yang beliau
tulis. Dari pengamatan saya, apa yang beliau tulis menunjukkan ada
sesuatu yang tidak kena dengan pemikirannya tentang Islam sama
sepertimana pemahaman Mahathir tentang Islam.
per da.. politik ajer..xder mnder len ker..nak wat statement bgi bkti skali la..bkti yg jlas..xmau men taip ikut hati jer..ader bkti sahih aq percaya..ok yer bro..sorry nmpak kuang hajor skit..
ReplyDeletebiasa ar.... parti ajaran sesat suka menabur fitnah...
ReplyDeleteYg pasti. . Mmg benar. . Dlm blog jayanegara mmg tiada pengakuan yg mengatakannya adalah imam mahadi. Tp, disebalik penulisannya adalah ingin mengatakan bhw ia wakil shj. Sbb sya ada mmbaca blog jayanegara. Jaga2 lah ihsan anda wahai org yg cuba kelirukan pemimiran org yg tidak dpt tahu isi kandungan sbnar di blog jayanegara. Jika anda tidak cacat barangkali anda menjadi org yg dungu. Jgn peryaruhkan nikmat ihsan kalian.
ReplyDeleteNota: sya todak tujukn mesej ini kpd admin tp terselit peringatan untuk kita bersama. Jgn sampai nikmat ihsan ditarik kembali kepada Pencipta Semesta alam
pembetulan
ReplyDeletepemimiran = pemikiran
peryaruhkan = pertaruhkan
todak = tidak
Analysis dulu baru tohmah:
ReplyDeleteJaya Negara di besarkan di Era Tun Razak ,Tun Hussain dan Dapat kerja di Era Tun Mahathir ,mula tidak bekerja di penghujung Era Tun Abdullah......so Zaman Tun Mahathir dia kurang masalah sebab habis bekerja siang dgn KWSP malam jual burger. Ekonomi mantap,oleh itu dia dapat merasai kemajuan ekonomi semasa Tun Mahathir.
Dari ayat Quraan yang di bentang dalam Blog dia nampak sangat simpati dengan kesusahan orang/miskin/lapar kerana dia mungkin merasai kemiskinan... Tetang Islam dia juga tersasar: Contoh nya:Wahai, rakan-rakan ku.... perjuangan ini bukan perjuangan aku. "Perjuangan ini bukan untuk menonjolkan aku lah Imam mahdi kamu.Perjuangan kita lebih besar dari ini. Tanpa Imam mahdi pun kita boleh tawan dunia secara keseluruhan. Ini bukan perjuangan aku tapi kamu satu..satu.. satu.... aku lepak aje. Kamulah yang berjuang.Imam Mahdi kamu sakit gigi. ha aha ha"
"Aku kata yang betul..Ikutlah aku. Islam secara keseluruhan pastinya menolak Aku sebagai yang ditunggu-tunngu.Pastinya nanti Islam akan memerangi aku seperti kakak-kakak ku dulu. Mengutuk dan mengejek aku.Bersedialah Kita akan menawan Dunia"
"Cuma satu yang ku tahu kejahatan tidak pernah mampu untuk hidup aman dengan ku."Diawal-awal usia perkahwinan, isteriku juga membenci aku gara-gara paradigma ku yang dikatakan sesat"
"Kita bukan berjuang kerana sesuap nasi tapi kita berjuang kerana umat manusia"
TERSASAR FATWA NYA:"Percayalah apa yang kamu percayai tidak kira apa pun ugama kamu. Allah yang memnentukan dari rahim mana kamu akan dilahirkan maka sudah pasti Allah Tuhan tidak akan memusuhi kamu. Ikut lah ugama nenek moyang mu dengan betul"
MILITAN VIEW:"• Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
TERSASAR TENTANG KEUPYAAN NYA:"
"KUN FAYA KUN.... ini anugerah dari Allah untuk Aku. Cuma aku..... fahamkan ayat yang kutulis ini.
Aduh! bergetar tubuh badan aku untuk beritahu Kun Faya kun anugerah cuma untuk aku. Demi Allah."
TOHMAHAN DIA MAHATHIRISM ADALAH TIDAK RATIONAL MENGIKUT FAKTA