Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Thursday, June 14, 2012

Nizar Mohon Mengadap Sultan Johor : Rakyat Johor Beri Kah Laluan Kepada Nizar Ke Istana.

Sultan Johor Serahkan Kepada Jemaah Majlis Diraja Johor Untuk Putuskan


JOHOR BARU: Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah, baginda akan menyerahkan kepada budi bicara Jemaah Majlis Diraja Johor untuk memutuskan sama ada perlu menerima mengadap bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

“Mereka (Jemaah Majlis Diraja Johor) adalah penasihat saya…saya akan mendengar nasihat anggota majlis berhubung hasrat Datuk Seri Nizar untuk datang mengadap saya dan memohon maaf berhubung isu WWW1.
 



“Beliau boleh menulis surat untuk memohon mengadap tetapi sama ada saya akan menerima permintaannya itu biarlah Jemaah Majlis Diraja yang putuskan,” titah baginda dalam satu temuramah eksklusif dengan mStar Online di Istana Pasir Pelangi di sini tengah hari Khamis.

Nizar baru-baru dilaporkan berkata bahawa beliau sedia memohon maaf secara berdepan dengan Sultan Ibrahim serta menjelaskan kenyataannya berhubung pembidaan nombor plat WWW1 yang dibuat oleh baginda baru-baru ini.


Komen yang dibuat oleh Nizar itu melalui laman sosial Twitter telah mendapat kritikan ramai khususnya daripada rakyat negeri Johor yang merasakan ia sebagai biadap dan mencampuri urusan negeri Johor.


Polis Johor sudah pun menubuhkan satu pasukan petugas untuk menyiasat kenyataan Nizar itu selepas lima laporan polis dibuat di negeri itu berhubung perkara itu.



Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff mengesahkan bahawa pasukan petugas telah memulakan siasatan mereka.

“Kami akan menyiasat perkara ini secara telus dan profesional. Marilah kita menjalankan tugas tanpa sebarang tekanan yang tidak wajar untuk memastikan keadilan dilakukan untuk kedua-dua pihak,” katanya.


Sultan Johor membida nombor itu pada harga RM520,000.


Sementara itu, pada pagi Khamis ketika merasmikan pembukaan penggal persidangan kelima Dewan Undangan Negeri Johor yang ke-12 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar Nusajaya, Sultan Ibrahim telah menegur wakil-wakil rakyat dan ahli politik supaya sentiasa menjaga adab dan tingkah laku serta berhati-hati apabila membuat sesuatu kenyataan.


“Baru-baru ini ada pemimpin politik yang secara terang-terang mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran (WWW1). Adakah dia lupa tentang adab Melayu? Atau sememangnya dia seorang yang jahil dan cetek akalnya.


“Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebenar. Bukankah berdiam itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik? Kepada pemimpin seperti ini, nasihat saya ialah janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain, sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati,” titah baginda.


Menurut Sultan Ibrahim lagi, setiap tindakan yang baginda buat adalah mengikut cara dan jalan yang betul dan “setiap kebajikan yang saya buat juga tidak perlu diperbesarkan.”


“Tindakan pemimpin ini bukan sahaja mendatangkan kemurkaan kepada saya tetapi juga satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan Negeri Johor…saya harap dia sedar siapa diri dia dan kesilapan yang telah dibuat.


“Jika dia hendak meminta maaf, mintalah kepada semua rakyat Johor bukan kepada saya seorang sahaja bak kata pepatah Melayu, Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya,” titah baginda lagi.
Read more: http://celahgelegar.blogspot.com/2012/06/nizar-mohon-mengadap-sultan-johor.html#ixzz1xpJANrqn

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...