ENGSEL PINTU PUN CURI TAK SEMPAT CURI DUIT TABUNG MASJID DIBELASAH
Kebelakangan
ini kejadian mencuri kambing, duit tabung masjid, kedai runcit,
hardware semakin menjadi-jadi disekitar daerah Kota Bharu dan Bachok,
bagi daerah-daerah lain tidak dapat diberikan gambaran yang jelas
mengenai jenayah ini.
Terbaru di jalan Tawang lebih
kurang 2 kilometer dari rumah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat, seorang lelaki berusia 50an ditangkap oleh penduduk
kampung dan SRS kerana mencuri engsel pintu di kedai hardware
berdekatan sebelum sempat mencuri duit didalam tabung masjid.
Ketika ditangkap suspek yang
dipercayai penagih dadah turut ditemui sebilah pisau dan beberapa keping
engsel didalam bag yang dibawa bersamanya.
Suspek yang berasal dari Pantai
Senak itu kemudiannya diikat sebelum dibelasah oleh beberapa penduduk
yang berang apabila suspek cuba menipu ketika ditanya tujuannya kemasjid
tersebut dijawab suspek untuk bersolat.
Penduduk
yang mempersoalkan niatnya itu terus memukul suspek dengan beratus
pukulan yang berbagai, tatu harimau dilengan suspek juga turut ditanya
samada suspek beragama Islam atau sebaliknya lalu suspek menjawab
beragama Islam dan 'tatu' tersebut dibuat pada zaman mudanya.
Hayunan tumbukan, sepakan,
tendangan dan lantunan helmet yang tepat di kepala, muka dan tubuhnya
oleh orang ramai membuatkan suspek merayu supaya diserahkannya kepada
pihak polis kerana tidak dapat menahan kesakitan hukum dunia yang
dirasainya.
Suasana gamat seketika apabila suspek
yang cuba berpura-pura nak mati dengan menyuruh penduduk kampung
mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah sebelum salah seorang dari
penduduk bertanya kembali kepada suspek, apakah suspek tidak reti
mengucap sendiri.
Air, air, air, suspek turut
meminta diberikan air semasa menahan pukulan yang bertalu-talu, setengah
jam kemudian pihak polis tiba dan membuka ikatan tali ditangan suspek
dan menggantikan dengan gelang besi,
Penduduk
yang masih berang walaupun keadaan suspek sudah longlai menyuruh pihak
Polis humban sahaja suspek ketika hendak diangkat dan dimasukkan kedalam
Land Rover, bagaimanapun pihak polis mengangkat dan meletakkan suspek
dengan baik tanpa ada kekasaran yang dilakukan.
Moralnya keadaan yang berlaku
ini pasti ada sebab musababnya, tidak ada pihak yang bersalah dalam
situasi ini, untuk salahkan penduduk kampung kerana membalun tanpa
perikemanusiaan pun tidak boleh, ini kerana penduduk kampung sudah lama
bersabar dengan kecurian yang sudah beberapa kali berlaku tanpa dapat
menangkapnya.
Walaupun pencuri itu bukan orang
yang sama, tapi dia tetap pencuri yang sudah lama dinanti-nanti,
biarpun hanya mencuri engsel namun bagi kerajaan Pas Kelantan jalan
penyelesaiannya adalah perlaksanaan hukum Hudud, tapi sejauhmana
kesungguhan Pas didalam perlaksanaan hukum Hudud ini?
Sama-sama kita mendengar rakaman
di Sidang Dun Kelantan pada klipvideo dibawah yang turut dijawab oleh
Ahli Dewan Undangan Negeri Tawang. Anda Mampu Mengubahnya...
No comments:
Post a Comment