Video ini mungkin biasa buat para penyokong Kerajaan tetapi bagi pembangkang respon dari rakyat mengenai pemansuhan PTPTN yang mereka lakukan demo semalam pastinya menikam benak mereka. Satu jawapan yang spontan dari rakyat Malaysia mengenai kehendak yang mereka Mahasiswa Robot pembangkang lakukan dalam isu PTPTN.
Ingat pakcik tu kata:
"Dah Pinjam Bayar Lah Balik"
Ingat pakcik tu kata:
"Dah Pinjam Bayar Lah Balik"
Petikan dari seorang blogger Pro Pakatan yang terlebih dahulu mempertikaikan perlaksanaan demo semalam.
RANCANGAN Adam Adli dan kumpulan mahasiswa pimpinannya untuk mengadakan demonstrasi dari Dataran Merdeka ke Padang Merbok membantah pinjaman Perbadanan Tabung Tinggi Negara (PTPTN) pada 14 April nanti agak mengganggu penulis.Ada beberapa faktor yang menyebabkan penulis terganggu dengan rancangan mengadakan demonstrasi ini.Pertama, Adam Adli tidak mempunyai pengaruh yang besar di kalangan mahasiswa di seluruh negara. Gambar-gambar dia dikasari dalam satu kejadian di Flat Kg Kerinchi tempoh hari jelas menunjukkan penolakan masyarakat terhadap kehadirannya yang hanya disifatkan ‘pengacau’.Tanpa keupayaan menggerakkan mahasiswa dalam jumlah yang besar, bagaimana dia boleh diharap untuk memimpin demonstrasi itu nanti kerana tidak ada makna demo membantah PTPTN yang tidak mendapat sambutan mahasiswa!!Itu belum bercakap tentang ketiadaan sokongan dari kumpulan pro Aspirasi yang memang diketahui menyebelahi kerajaan.Dengan demonstrasi pada 14 April ini dikatakan menjadi ‘warming up’ untuk demonstrasi Bersih 3.0 yang lebih besar diadakan pada 28 April nanti, penyertaan lebih ramai mahasiswa adalah penting kerana kita tidak mahu diakhirnya nanti, rakyat menuduh gerakan seperti ini bermotifkan politik semata-mata.
Dah sah la yang Si Mahasewel sekor ni memang tak de tempat didalam 'bulatan' Pakatan Pembangkang. Dia hanya sekadar 'Macai' yang dibayar oleh mereka sahaja.
No comments:
Post a Comment