Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, November 24, 2018

Jangan terlalu harap Najib, Rosmah akan ke penjara

Jangan terlalu harap Najib, Rosmah akan ke penjara: ULASAN | Kemanapun saya pergi sekarang, soalan yang kerap ditanya adalah mengapa perdana menteri tidak dipakaikan kameja-T oren lokap SPRM.

A Kadir Jasin  | 
Diterbitkan  | 


   
ULASAN | Kemana pun saya pergi
sekarang, soalan yang kerap ditanya adalah mengapa bekas perdana menteri
Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan
Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak tidak dipakaikan kemeja-T oren
lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Turut “dikecualikan” daripada memakai pakaian seragam itu adalah isterinya, Datin Paduka Seri Puan Puti Reno Rosmah Mansor.

Kalau orang biasa yang tanya, saya tak hairan sangat. Ini peguam, pendakwa raya dan menteri kabinet pun tanya.

Ada
orang kata, mereka tidak dipakaikan uniform tersebut kerana mereka
tidak dikenakan tahanan reman manakala yang lain pula kata, kerana tidak
ada bahaya mereka melarikan diri.

Ada yang tanya adakah ini pilih kasih atau ada lagi pihak yang memihak kepada mereka?

Tapi
semua kata adalah tidak adil Najib dan Rosmah dikecualikan. Lebih tidak
patut kalau alasan sengaja dibuat supaya mereka tidak perlu
memperagakan pakaian seragam itu.

Betapa tidak. Beberapa orang
kanan Najib seperti (Tan Sri) Isa Samad, (Datuk Seri Panglima) Abdul
Azeez Rahim, Datuk Hasanah Abdul Hamid dan (Datuk) Rizal Mansor semuanya
“diorenkan”.

Saya
kurang pasti kalau Datuk Seri (tengku) Adnan Mansor juga
“dibajuorenkan”. Tetapi rasanya tidak. Kalau tidak silap dia pakai baju
seakan batik berwarna biru.

Banyak lagi kes SPRM yang menanti
Najib dan Rosmah. Jadi kita tunggu dan lihatlah sama ada hasrat orang
ramai melihat Najib dan Rosmah memperagakan seragam oren itu akan
termakbul.

Hak bersuara

Kemudian orang pun bertanya
mengenai Najib yang terus membuat kenyataan seolah-olah dia masih
Perdana Menteri dan keengganannya masuk kandang tertuduh ketika sesi
pengurusan kes di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur 16 November lalu.

Berkenaan
Najib membuat kenyataan, saya rasa itu hak dia lah. Dia masih bebas dan
kita pun menghormati kebebasan bersuara. Nasihat saya, kalau mual dan
loya tak payahlah baca komen dia.

Ini cerita orang takut hantu
ketika berseorangan pada malam gelap gelita. Lagi takut, lagi kuatlah
dia menyanyi atau bercakap sendirian.

Bersabit
keengganan dia masuk kandang tertuduh pula, ada orang, termasuk peguam
kata, perbuatannya itu menghina mahkamah. Orang putih kata “contempt of
court”.

Penyelidikan saya mendapati bahawa di bawah Perkara 26
Jadual Ketiga (Seksyen 99A) Akta Mahkamah Rendah 1947, sabit tuduhan
menghina mahkamah boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga minggu
atau denda.

Tapi saya rasa keengganan masuk kandang itu dibuat untuk menguji kesabaran hakim dan mencabar peraturan mahkamah.

Adalah
kebiasaan dalam perbicaraan bagi orang kena tuduh dan peguam mereka
menggunakan pelbagai tipu helah dan isu teknikal bagi melengahkan
perbicaraan dan sekali gus mencetuskan keraguan.

Kita telah tengok
bagaimana kaedah ini digunakan secara berleluasa dalam kes-kes berat
atau sensasi, khususnya yang membabitkan orang politik dan orang
kenamaan lain.

Silap-silap tertuduh sakit perut, sakit jantung,
sakit mata dan macam-macam lagi. Kemudian tukar peguam. Lepas itu bantah
itu dan ini.

Mahkamah teliti

Proses mahkamah
lazimnya perlahan kerana mahkamah perlu teliti. Ada empat peringkat
mahkamah yang perlu dilalui sebelum seseorang itu menjalani hukuman.

Dalam
kes Najib ini sudah pasti dipindahkan daripada Mahkamah Sesyen ke
Mahkamah Tinggi. Dengan takdir dia didapati bersalah oleh Mahkamah
Tinggi, dia boleh merayu kepada Mahkamah Rayuan. Kalah di Mahkamah
Rayuan merayu pula kepada Mahkamah Persekutuan. Kalau kalah juga barulah
masuk penjara.

Jadi, nasihat saya, kita jangan terlalu sangat
menaruh harapan hendak tengok Najib, Rosmah dan sekutu mereka
dicampakkan ke dalam penjara dalam masa yang singkat.

Kalaulah ditakdirkan Pendakwa Raya menang, saya rasa kita berikan sedikit keistimewaan kepada Najib.

Kita
benarkan dia dibawa ke Penjara Sungai Buloh atau Kajang dengan menaiki
MRT kerana kebetulan dia memilih membina MRT di antara Sungai Buloh dan
Kajang yang kedua-duanya ada penjara. 

A KADIR JASIN
bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press (M) Bhd. Beliau
kini bergiat dalam BERSATU sebagai pimpinan pusat parti itu.

Rencana
ini asalnya dimuat naik di blog beliau." Tulisan ini pandangan peribadi
penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi redaksi
Malaysiakini.



Bos Edge: Najib usir saya bila cakap penipuan Jho Low

Bos Edge: Najib usir saya bila cakap penipuan Jho Low

Pemilik The Edge Media Group, Tong Kooi Ong berkata beliau terkejut apabila Najib sangat sensitif ketika nama Jho Low disebut.

Diterbitkan  | 
Dikemaskini

  •  
  •  
  • Diterbitkan  | 
    Dikemaskini

  •  


  •  


Pemilik The Edge Media Group, Tong Kooi Ong menangkis dakwaan bekas
perdana menteri Najib Razak yang mengatakan tidak tahu menahu mengenai
skandal 1MDB.

Tong mendakwa pada tahun 2015, beliau secara
peribadi memaklumkan Najib di kediamannya bahawa terdapat bukti ahli
perniagaan yang kini menjadi buruan, Jho Low melakukan penipuan terhadap
1MDB. Bagaimanapun kata Tong, beliau pula diusir.

Dalam ruangan editorial The Edge hari ini, Tong berkata pertemuan dengan Najib pada malam 6 Mac 2015 itu diatur oleh anggota parlimen Umno.

"Saya berjumpa dengan Najib di ruang tamu.

"Dia mula memberitahu saya bahawa The Edge salah dan masalah 1MDB adalah model perniagaan yang membawa terlalu banyak hutang. Tiada kecurian wang.

"Saya
beritahu dia sebaliknya. Saya berkongsi dengannya maklumat yang saya
percaya adalah bukti bahawa ia adalah satu penipuan, dengan Jho Low
sebagai dalang.

"Saya menjelaskan bagaimana akaun itu dibuat untuk
melaporkan keuntungan dan mengapa saya percaya wang tunai semuanya
telah hilang.


"Selepas kira-kira setengah jam, dia kesal
dan beritahu saya dia akan menutup 1MDB. Dia tidak mengatakan apa yang
akan dilakukannya mengenai hutang itu.

"Saya
kemudian beritahu Najib bahawa Jho Low mesti dipertanggungjawabkan dan
didakwa. Ini mengecewakannya. Dia segera bangun, berjalan ke pintu dan
meminta saya pergi.

"Saya terkejut kerana dia sangat sensitif terhadap Jho Low," kata Tong dalam kenyataannya.

Najib pada Khamis mengatakan bahawa Low mungkin telah menipu 1MDB, sambil sekali lagi menegaskan tidak tahu apa-apa mengenai penyelewengan 1MDB waktu itu.

Pada
Ogos lalu, Low didakwa tanpa kehadirannya (in absentia) berhubung lapan
tuduhan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen di Putrajaya.

Jutawan itu juga dituduh tanpa kehadirannya oleh pendakwa AS, bersama dua jurubank Goldman Sachs berhubung kes 1MDB.

KECOH!!! MP Jelutong Bangkitkan Isu Najib Di Tipu Jho Low





          

Najib mengaku ditipu Jho Low

Bekas PM kongsi bagaimana beliau mula berhubung dengan jutawan kontroversi



SHAH ALAM – Bekas
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui pentadbirannya
telah ditipu oleh jutawan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low dalam
urusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Katanya, tindakan perlu
diambil terhadap Jho Low sekiranya didapati bersalah me­lakukan pecah
amanah atau yang bertenta­ngan dengan undang-undang.


“Ya (Jho Low menipu). Kalau kita ambil kira
apa yang diketahui pada hari ini, itulah kesimpulannya. Kalau dia buat
kesalahan dan pecah amanah, itu bertentangan dengan undang-undang, jadi
tindakan perlu diambil terhadap beliau,” katanya pada program wawancara
dengan Penasihat Editorial Karangkraf, Datuk Abd. Jalil Ali yang
disiarkan secara langsung di laman Facebook Sinar Harian di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Datuk Najib ni terus keliru dgn kenyataan sendiri.... bagai angan2 mat jenin.

Najib dakwa portal berita 'kilas' kenyataan tentang Jho Low:

Bekas PM sekali lagi tegaskan beliau memang kenal ahli perniagaan yang jadi buruan polis itu tetapi ia melibatkan hubungan profesional




Pemimpin Umno enggan ulas Najib dakwa kerajaan ditipu Jho Low


               

Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Najib Razak menyalahkan laporan media berhubung kenyataannya mengenai
ahli perniagaan yang diburu pihak berkuasa beberapa negara, Jho Low,
baru-baru ini.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau tidak
pernah membuat kenyataan ditipu oleh Jho Low dalam urusan melibatkan
syarikat pelaburan milik kerajaan, 1MDB.

Sebaliknya kata Najib komen beliau melalui satu temu bual baru-baru ini disalah tafsir oleh sebuah "portal" media.

“Kenyataan saya telah dikilas oleh portal tertentu.

"Sebenarnya
saya tidak kata (saya) ditipu oleh Jho Low. Saya kata, kalaulah
terbukti nanti (Jho Low melakukan kesalahan dalam urusannya) maknanya
kita telah ditipu," kata Najib seperti dipetik Utusan Online hari ini.

Najib berkata demikian semasa menghadiri majlis ramah mesra di Dewan Umno Pekan Tajau, di Maran Pahang.

Turut
hadir anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Nor Adam dan
Pengerusi Jaringan Sukarelawan Malaysia, Hizatul Isham Abdul Jalil.

Kira-kira 1,000 orang dilapor menghadiri program berkenaan.

Jho
Low - atau nama sebenarnya Low Taek Jho - ialah watak utama dalam
skandal 1MDB yang turut melibatkan tindakan perundangan di beberapa
negara, termasuk AS dan Singapura.

Polis Malaysia adalah antara pihak berkuasa yang sedang memburunya.

Pada 22 Nov lalu Najib dilaporkan berkata ada kemungkinan beliau ditipu Jho Low yang dituduh menyalahgunakan dana 1MDB.

“Ya,
kalau begitu, memang kita (sudah ditipu), itulah kesimpulan kalau kita
ambil kira apa yang kita tahu hari ini... itu sebenarnya,” katanya
semasa wawancara dengan Sinar Harian.

Bagaimanapun Najib
yang kini berdepan pelbagai tuduhan jenaya di mahkamah kemudian
memberikan penjelasan lanjut berhubung kenyataan tersebut.



Kata Najib beliau memang tidak pernah menafikan mengenali Jho Low tetapi ia berlangsung secara profesional.
"Kita gunakan beliau dalam urusan hubungan kita dengan Arab Saudi, khususnya untuk pelaburan,” katanya.


Pemimpin UMNO dan PAS dah peramal masa depan Malaysia.@ ICERD

PAS pula tak percaya Icerd ditolak Putrajaya: Semangat rakyat yang bersatu atas isu Islam dan Melayu tidak perlu dimatikan kata AJK Pusat PAS



Diterbitkan  | 


   
Jika malam tadi pemimpin Umno menyatakan rasa curiga terhadap
pendirian sebenar kerajaan terhadap Icerd, kali ini wakil PAS turut
menzahirkan perasaan yang sama.

Anggota Parlimen Kuala Nerus Dr
Khairuddin Aman Razali berkata jika manifesto sendiri pun Pakatan
Harapan (PH) sanggup langgar langkah yang sama juga mungkin diambil
kerajaan selepas ini.

Khairuddin yang juga bendahari Dewan Ulama
Pusat PAS berkata anggota parlimen - khususnya dari DAP - tidak akan
berhenti mendesak supaya Icerd - atau Konvensyen Antarabangsa Mengenai
Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum - akan diiktiraf.

Jika tidak melalui Icerd pun, katanya, kumpulan terbabit akan menggunakan kaedah lain.

Justeru
kata Khairuddin "semangat" orang Melayu yang bersatu tidak boleh
dimatikan oleh kenyataan media Pejabat Perdana Menteri semalam.

"Semangat
rakyat yang telah bersatu atas isu Islam dan Melayu tidak perlu
dimatikan hanya dengan kenyataan media untuk tidak meratifikasi Icerd.

"Itu hanya strategi mereka untuk meredakan kemarahan" katanya dalam satu hantaran di media sosial.

PAS
dan Umno bersetuju mengadakan himpunan di Kuala Lumpur pada 8 Dis ini
sebagai tanda protes mereka terhadap cadangan untuk menerima Icerd.

Pejabat
Perdana Menteri kemudian semalam mengeluarkan kenyataan bahawa
Putrajaya tidak akan meratifikasi Icerd kerana isu-isu berkaitan hak
rakyat negara ini ada termaktub dalam perlembagaan.

Namun Umno tetap meragui kesungguhan kerajaan pusat dan menuntut ketetapan itu dibuat secara rasmi di Dewan Rakyat.

PAS serta beberapa pertubuhan lain pula akan meneruskan himpunan mereka di Kuala Lumpur pada Dis ini.

"Kita
mahukan negara yang harmoni dengan rakyat dan pemimpin menghormati hak
istimewa Islam dan Melayu yang termaktub dalam perlembagaan," kata
Khairuddin.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...