Syarahan Za'ba 2018, Melayu dan Islam dalam era Malaysia Baharu bersama Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung di Universiti Malaya.
Bual bicara mingguan eksklusif AI minggu ini meneliti penjelasan dalam meneroka penamat kepada polemik masyarakat mengenai konvensyen antarabangsa ICERD. Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan dengan terperinci sebab mengapa pentadbiran Pakatan Harapan mengambil pendekatan berhemah dalam menangguhkan ratifikasi konvensyen tersebut.
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak boleh dengan terus menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) memandangkan negara ini adalah sebahagian daripada anggota masyarakat antarabangsa.
Ini kerana, ahli Parlimen Port Dickson itu berkata Malaysia perlu mendapatkan penjelasan dan mengkaji mengenai Icerd.
Tambah Anwar lagi, penangguhan ratifikasi Icerd itu perlu supaya rakyat dapat mendengar dan tidak harus dipaksa kerana keresahan orang melayu juga berasas.
Anwar berkata demikian dalam satu program di Univeristi Malaya pagi tadi.
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak akan meratifikasi Konvensyen
Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (Icerd), kata Pejabat
Perdana Menteri hari ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan itu Putrajaya akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
Dalam kenyataan itu PMO berkata hal-hal berkaitan hak semua kaum di dalam negara ini memang dilindungi oleh perlembagaan.
"Kerajaan
akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya
termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh wakil semua kaum
semasa pembentukan negara ini," katanya.
PAS dan Umno
sebelum ini menyatakan bahawa mereka akan mengadakan himpunan membantah
Icerd yang dianggap mengancam hak dan kedudukan orang Melayu, Islam dan
bumiputera.
Justeru tarikh 8 Dis dipilih untuk penyokong
parti terbabit turun mengadakan bantahan di Kuala Lumpur. Mereka
menganggarkan sekurang-kurangnya ratusan ribu orang akan hadir.
Presiden
PAS Abdul Hadi Awang pula mendakwa Icerd itu adalah agenda jahat
Freemason yang bertujuan mahu merosakkan agama, bangsa dan negara.
Bagaimanapun beliau tidak menghuraikan lebih lanjut dakwaan berkenaan.
Freemason ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang sering dikaitkan dengan pelbagai teori konspirasi di seluruh dunia.
Abdul Hadi juga berkata penerimaan Icerd itu seumpama menebuk dinding rumah sendiri bagi memberi laluan kepada nyamuk aedes membiak tanpa menyedari ia boleh mengancam nyawa.
“Ini bukan sekadar menyelamatkan rumah yang kecil, tetapi menyelamatkan kedaulatan umat dan negara,” katanya.