Saturday, October 8, 2016
Friday, October 7, 2016
Tuesday, September 27, 2016
Pemuda Umno Batal Laporan Polis : Dana ‘tauke’ tumbangkan Najib. Temberang juga Pemuda UMNO ni.
Adakah Parti UMNO yang merupakan parti keramat orang MELAYU sudah mula bermain api "Berbohong", "Memfitnah" dan "Tuduhan Palsu" .
Pemuda Umno batal laporan polis elak dilihat 'bodoh': Armand Azha akui maklumat diperolehinya mengenai dua individu yang dituduh bersubahat mahu singkirkan Najib tidak sahih.
sebelum tu dah ada war-warkan untuk buat laporan polis. Apa maksud sebenarnya "Tumbangkan Najib" ...
Sep 26, 2016
Setelah
meneliti tuduhan ke atas dua individu yang didakwa cuba menjatuhkan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Bin Razak, exco Pemuda Umno Datuk
Armand Azha Abu Hanifah hari ini membatalkan niat mereka membuat laporan
polis mengenai dakwaan tersebut.
Semalam Malaysiakini melaporkan
Pemuda Umno akan membuat laporan polis terhadap anak seorang jutawan
tempatan dan proksi sebuah gergasi korporat kerana didakwa terlibat
dalam gerakan menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
Kata Armand Azha berdasarkan maklumat diterimanya, kedua-dua pihak itu menjadi penaja untuk “gerakan” menyingkirkan Najib.
meneliti tuduhan ke atas dua individu yang didakwa cuba menjatuhkan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Bin Razak, exco Pemuda Umno Datuk
Armand Azha Abu Hanifah hari ini membatalkan niat mereka membuat laporan
polis mengenai dakwaan tersebut.
Semalam Malaysiakini melaporkan
Pemuda Umno akan membuat laporan polis terhadap anak seorang jutawan
tempatan dan proksi sebuah gergasi korporat kerana didakwa terlibat
dalam gerakan menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
Kata Armand Azha berdasarkan maklumat diterimanya, kedua-dua pihak itu menjadi penaja untuk “gerakan” menyingkirkan Najib.
sebelum tu dah ada war-warkan untuk buat laporan polis. Apa maksud sebenarnya "Tumbangkan Najib" ...
Dana ‘tauke’ tumbangkan Najib, Umno buat laporan polis esok
Pemuda Umno dakwa dimaklumkan penglibatan anak seorang jutawan dan proksi sebuah gergasi korporat.
Label:
Umno
Sunday, September 25, 2016
Penyampaian Piala Liga Super 2016 kepada JDT dan Juara Hat Trick
Kejayaan JDT disambut meriah
Pasukan
JDT meraikan kejayaan selepas menjuarai Liga Super 20016 pada
perlawanan menentang T.Team di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin
semalam. - Foto Bernama
SEJUMLAH 24,280 penyokong pasukan Johor Darul Ta'zim
(JDT) membanjiri Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin di sini malam ini,
bagi meraikan kejayaan pasukan mereka mempertahankan Piala Liga Super
buat kali ketiga berturut-turut.
Tidak seperti selalunya, sambutan kali ini diadakan sejurus tamatnya
perlawanan antara JDT menentang T-Team, yang menyaksikan skuad Mario
Gomez itu menang 5-1.
Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership
(FMLLP), Kevin Ramalingam menyampaikan Piala Liga Super kepada Presiden
Kelab JDT, Tunku Aminah Sultan Ibrahim selepas tamat perlawanan.
Sambutan kejayaan JDT kali ini akan disambung dengan perarakan pasukan
itu mengarak piala menggunakan sebuah bas ke Dataran Bandaraya Johor
Bahru.
Perarakan menyusuri beberapa jalan dan tempat termasuk Jalan Bomba
Larkin, Jalan JPJ Lama, Jalan Tun Razak, bangunan City Square, Jalan
Wong Ah Fook, Tropical Inn, Jalan Trus, Kotaraya, Jalan Ibrahim, Jalan
Tun Dr Ismail, Jalan Lot 1, Hospital Sultan Aminah, gerbang Istana Bukit
Serene dan KFC sebelum terus memasuki kawasan dataran.
Di dataran, skuad kendalian Mario Gomez itu diraikan secara
gilang gemilang dengan penganjur akan membuat persembahan bunga api
secara besar-besaran bagi menghangatkan suasana.
Label:
JDT
Gugurkan Saman Berkaitan 1MDB di AS
Kata bekas exco kanan Kelantan itu apa yang berlaku adalah penarikan balik saman berkenaan secara sukarela dan ia boleh dikemukakan semula pada masa depan.
"Kami perlu menyesuaikan saman ini dengan perkembangan-perkembangan (terbaru) ini, tanpa melupuskan usaha kami untuk membawa pulang harta dan wang yang diselewengkan dari 1MDB.
"Usaha ini sepatutnya dilakukan oleh kerajaan Malaysia sebagai pihak yang diamanahkan memelihara kepentingan negara ini.
"Malangnya, kerajaan tidak berbuat demikian. Seakan mereka bergembira wang negara hilang dan berharap kes penyelewengan wang negara ditutup begitu saja," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Malaysiakini melaporkan saman difailkan Husam serta Chang - bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad - pada Ogos lalu digugurkan dari mahkamah di AS.
Saman itu difailkan peguam mereka pada 11 Ogos.
Berikut adalah kenyataan penuh Husam berhubung isu berkenaan.
PENJELASAN PENARIKAN BALIK SAMAN SECARA SUKARELA*
Respon segera Datuk Seri Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia memeranjatkan saya.
Ia menunjukkan saman kami untuk membawa pulang aset dan wang yang diselewengkan dari 1MDB meninggalkan kesan ke atas kerajaan.
Namun begitu, kenyataan bahawa saman kami ditolak adalah tidak tepat.
Apa yang berlaku adalah penarikan balik secara sukarela atau VOLUNTARY DISMISSAL di bawah Rule 41(a)(1)(A)(i) of the Federal Rules of Civil Procedure, Amerika Syarikat, tanpa prejudis.
Ini bermakna kami dibenarkan untuk memfailkan semula kes ini.
Antara
lain kerana perkembangan terbaru berkait kes DOJ (Jabatan Kehakiman AS)
termasuk Red Granite telah bersetuju memasukkan permohonan bersama DOJ
untuk mengehadkan pembekuan akaun dan pendapatan syarikat itu kepada
filem The Wolf of The Wall Street dan Friends With Kids sahaja.Akaun keseluruhan Red Granite dan pendapatan Red Granite daripada filem lain adalah dilepaskan.
Friends With Kids pertama kali diketahui ada kaitan dengan wang berasal dari 1MDB seperti kenyataan dalam permohonan bersama itu.
Permohonan bersama ini menunjukkan Red Granite, untuk satu tahap tertentu mengakui dua filem ini ada sebab untuk dinamakan oleh DOJ dalam saman mereka.
Hakim Mahkamah Central District of California, Western Division pada 16 Ogos 2016, telah memberikan perintah seperti permohonan bersama itu.
Antaranya, hanya akaun dan pendapatan dari kedua filem itu yang dimasukkan ke akaun khas sementara menunggu keputusan perbicaraan penuh.
Oleh itu, kenyataan Red Granite bahawa saman kami adalah fractious adalah tertolak.
Jika tidak, mengapa Red Granite memasukkan permohonan bersama dengan DOJ selepas DOJ memasukkan permohonan ex parte ke atas Red Granite sebelum itu.
Kami perlu menyesuaikan saman ini dengan perkembangan-perkembangan ini, tanpa melupuskan usaha kami untuk membawa pulang harta dan wang yang diselewengkan dari 1MDB.
Usaha ini sepatutnya DILAKUKAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA sebagai pihak yang diamanahkan memelihara kepentingan negara ini.
Malangnya, kerajaan tidak berbuat demikian. Seakan mereka bergembira wang negara ini hilang begitu sahaja dan berharap kes penyelewengan wang negara ditutup begitu sahaja.
Harapan itu adalah sia-sia.
Sementara itu Chang pula memberitahu Malaysiakini mereka tahu apa yang dibuat berhubung saman berkenaan, malah ia adalah sebahagian daripada perancangan kedua-duanya.
"Jangan bimbang. Ketawa yang terbaik adalah ketawa yang terakhir. Kenyataan media Salleh terlalu awal.
"Kami tahu apa yang kami buat. Tonton klip video ucapan saya (berjudul) DOJ Bombshell sekali lagi. Tak lama lagi dia terpaksa menelan semula kata-katanya. Percayalah kepada Tuhan," kata Chang melalui WhatsApp.
SUMBER
Label:
1MDB
Subscribe to:
Posts (Atom)

