Thursday, September 5, 2013
Kekalkan Najib sebagai PM umpama tambah dosa?kehidupan rakyat yang sudah sedia terbeban dipercayai akan terus terbeban .
KENAIKAN harga minyak yang diumumkan Najib menimbulkan keributan yang bukan sedikit rupanya.
Tidak saja rakyat biasa yang mengeluh dan meluahkan kemarahan, kalangan ahli dan pemimpin Umno juga mempunyai rasa yang senada.
Mereka turut kecewa dengan kenaikan itu, bukan saja kerana tiada angin atau ribut yang mengatakan harga minyak dunia meningkat tetapi juga kerana kenaikan itu diumumkan begitu pantas iaitu hanya kira-kira lebih sedikit daripada 100 hari selepas kemenangan tipis yang diraih BN dalam pilihan raya umum lalu.
Ditambah pula, dengan kemeriahan sambutan hari raya yang masih terasa dengan perdana menteri dan semua menteri Kabinet dilihat begitu bergembira dengan pesta rumah terbuka berserta jamuan yang hebat di sana-sini dengan menggunakan wang rakyat, tiba-tiba rakyat mahu dibebankan pula dengan kenaikan harga minyak yang tentunya juga akan diiringi dengan pelbagai kenaikan lainnya dalam perkhidmatan dan barangan pengguna.
Oleh kerana tahun ini tahun pemilihan Umno, gah dan meriahnya majlis rumah terbuka menteri lebih jelas dapat dirasakan, terutama mereka yang mahu bertanding jawatan lebih tinggi atau mempertahankan jawatan sedia ada. Sudahlah ada rumah terbuka perdana menteri bersama menteri Kabinet, ada pula rumah terbuka kementerian, kemudian semua agensi pula turut mengadakan rumah terbuka.

Di kawasan Parlimen juga, menteri dan timbalan menteri mengadakan rumah terbuka.
Habisnya, sebulan Syawal ini jadual menteri dan timbalan menteri hanya asyik dengan rumah terbuka saja. Oleh kerana tahun pemilihan juga dan bimbang undi berkurangan, menteri turut mengambil kesempatan hadir ke rumah terbuka kementerian lainnya.
Tentu terlihat tidak sopan, setelah pemimpin berpesta dan menghabiskan duit rakyat manakala rakyat hanya dapat menatapnya melalui tv dan akhbar, tiba-tiba bebannya mahu dilonggokkan ke bahu rakyat.
Bagi sesetengah pihak, ini diskriminasi dan penindasan yang tiada tolok bandingnya. Jika diambil kira dengan pelbagai kemewahan dan perbelanjaan lainnya yang dilakukan pemimpin, termasuk kos lawatan Najib ke luar negara hampir RM50 juta, keghairahan kerajaan menukar jenama baru untuk kereta rasmi menteri dan sebagainya, kerajaan dilihat seolah-olah tidak punya perasaan langsung apabila menaikkan harga minyak ini.
Pada masa sama, kenaikan harga minyak itu juga dilakukan di tengah-tengah kebanggaan yang diumumkan bahawa Petronas pada 2012 mencatat keuntungan sebanyak RM59 bilion manakala keuntungan pada suku kedua 2013 ini pula mencecah angka RM21.9 bilion.
Dengan keuntungan sebesar itu, Najib terlihat begitu kemaruk dengan penjimatan RM1.1 bilion melalui kenaikan harga harga minyak dan memotong subsidi rakyat yang mana sebahagian besarnya penerima nikmat subsidi ini adalah orang kampung dan luar bandar yang selama ini penyokong tegar Umno serta penyumbang utama kepada kemenangan BN dalam pilihan raya lalu.
Apakah RM1.1 bilion itu tidak boleh ditampung melalui sumber lain dan lebih besar nilainya daripada menghimpit kehidupan rakyat ke kancah yang lebih sukar?
Sebaik menang pilihan raya, Najib seperti sudah lupa siapa yang menyokong dan menjadikannya kekal sebagai perdana menteri.
Lalu, dengan pelbagai keluhan dan sungutan mengenai kenaikan harga minyak ini, di manakah slogan "Kami mendengar" dan kerajaan sentiasa bersama denyut nadi rakyat yang sering dilaungkan selama ini?
Sebab itu, tidak hairan kenaikan harga minyak kali ini turut mendapat reaksi yang tidak menyenangkan daripada pemimpin Umno sendiri. Sementara ramai yang berdiam diri kerana tidak bersetuju tetapi tidak mahu meluahkan perasaan secara terang-terangan kerana bimbang periuk nasi terjejas, terdapat juga yang berani berterus-terang.
Seorang pemimpin pemuda, Lokman Nor Adam mahu Najib dan kerajaan memikirkan semula kenaikan harga minyak ini dan mencari kaedah lain untuk menampung kos RM1.1 bilion yang diperlukan untuk meneruskan subsidi minyak yang dikurangkan itu.
Di pelbagai peringkat lainnya, ramai lagi pemimpin dan ahli Umno yang turut kecewa dengan tindakan Najib ini. Mereka meluahkan kekecewaan dengan cara tersendiri. Ada yang meluahkannya melalui perbualan dengan kawan atau ketika sambil berbual-bual di kedai kopi.

Seorang pemimpin Umno yang ditemui jelas kecewa dengan tindakan Najib ini. Beliau kecewa bukan saja kerana tindakan ini dilihat menyusahkan rakyat tetapi juga membuat pemimpin sepertinya menghadapi kesukaran untuk mempertahankan keputusan Najib itu apabila dipersoalkan pengikut serta penyokongnya.
Penyokong dan pengikutnya yang rata-rata berpendapatan rendah dan sederhana jelas begitu terpukul dengan kenaikan minyak ini kerana selama ini pun kehidupannya seharian mereka sekadar cukup makan sebagai kakitangan kerajaan mahupun swasta.
Lebih menggusarkan pemimpin tadi ialah apabila anaknya juga turut marah, kecewa dan tidak setuju dengan kenaikan harga minyak yang diumumkan Najib ini.
Menurutnya, apabila anaknya yang belajar di universiti turut mempertikaikan tindakan Najib berserta dengan fakta, angka dan rasionalnya, beliau menghadapi masalah dan tidak upaya berbuat apa-apa kerana pendapat golongan muda seperti anaknya itu banyak kebenarannya.
Mahu mempertahankan kerajaan serba-salah, tidak mempertahankan kerajaan pun serba-salah juga. Kita sebagai pemimpin Umno pun susah dibuatnya dengan tindakan Najib ini, rungutnya lagi.
Dengan kecenderungan Najib berbelanja mewah dan boros serta kemungkinan akan mengenakan beberapa lagi kenaikan seperti tarif elektrik, pengenalan cukai GST dan sebagainya sebagai langkah mudah menyeimbangkan kedudukan ekonomi negara, beliau juga percaya kehidupan rakyat akan terus sulit dalam tempoh empat atau lima tahun akan datang.
Sehubungan itu, tambahnya, mengekalkan lagi Najib sebagai perdana menteri hanya seperti menambah dosa saja kerana kehidupan rakyat yang sudah sedia terbeban dipercayai akan terus terbeban selagi beliau kekal di tempatnya sekarang.
Label:
Najib
Wednesday, September 4, 2013
NAIK MINYAK : SPAD kaji kadar tambang pengangkutan darat @ Akan Naik Gitu....
SPAD kaji kadar tambang pengangkutan darat
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang
mengkaji kadar tambang industri pengangkutan darat secara menyeluruh
ekoran kenaikan harga petrol dan diesel, semalam.
Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya peka dengan kenaikan itu dan kini sedang meneliti kesan langsung dan tidak langsung terhadap kenaikan itu.
"Kajian ini akan mengambil kira komponen kos operasi seperti bahan api, upah, kos penyelengaraan dan insurans," katanya.
Beliau bagaimanapun memberi jaminan bahawa SPAD akan memastikan hasil kajian itu tidak membebankan rakyat atau pengendali pengangkutan awam.
Syed Hamid juga memaklumkan bahawa SPAD tidak mempunyai sebarang halangan jika pengendali industri pengangkutan awam memohon agar tambang dinaikkan mengikut perkembangan terkini.
"Namun, keputusan untuk menaikkan kadar tambang hanya boleh dibuat selepas SPAD selesai mengkaji kadar tambang tersebut secara menyeluruh dan holistik untuk kerajaan membuat keputusan yang sewajarnya," katanya. - Bernama
-
- Syed Hamid Albar

minyak
Hutang Negara Paras Kritikal : Malaysia Berdepan Krisis Ekonomi ! RON97 Pula Naik 15 Sen Bermula Malam Ini
Mereka membayangkan ekonomi Malaysia akan berdepan krisis dalam sedikit masa lagi sekiranya langkah-langkah perlu tidak diambil mengurangkan jumlah hutang.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli tidak menolak krisis ekonomi seburuk krisis matawang pada 1997 berikutan penyusutan nilai ringgit berbanding dollar Amerika.
Matawang negara itu jatuh melebihi 7.0 peratus tahun ini, kepada RM3.30 bagi setiap AS$1.
“(Masalahnya) dalam keadaan hutang mencecah 53 peratus daripada KDNK, kerajaan masih berbelanja mewah dan membazirkan wang rakyat.
“Apabila hutang kita sampai tahap maksimum, kalau ada sedikit kekacauan kewangan di peringkat antarabangsa negara akan menghadapi masalah.
Sebab itu kita tidak boleh menolak krisis ekonomi sedang menghantui Malaysia.
“Apa yang berlaku (analogi hutang) seperti berbelanja menggunakan kad kredit. Apabila kita guna hingga had maksimum, tiba-tiba dalam bulan itu kereta kemalangan, habislah.
Pasti ansuran kereta, rumah dan sebagainya tak boleh dibayar.
“Begitu juga negara. Kalau tiba-tiba pelantar minyak bermasalah, harga komoditi menjunam atau negeri Kedah misalnya tenggelam banjir, habislah,” ujar bekas akauntan Petronas itu kepada Keadilan Daily.
Rafizi juga kecewa dengan kegagalan kerajaan BN dalam mengurangkan hutang sedia ada sehingga negara kerugian RM10 bilion setahun semata-mata membayar faedah pinjaman kepada agensi kewangan asing dan Bank Dunia.
“Hutang luar negara mencecah RM70 hingga RM80 bilion dan dari jumlah itu faedah pinjaman yang perlu dibayar lebih kurang RM10 bilion. Jumlah ini agak besar,” katanya.
Sebelum ini, Bank Negara telah menyemak semula unjuran pertumbuhan bagi 2013 kepada antara 4.5 dan 5.0 peratus daripada antara 5.0 peratus dan 6.0 peratus.
Read more: http://www.kitabantai.info/2013/09/hutang-negara-paras-kritikal-malaysia.html#ixzz2dzJutLtO
KUALA LUMPUR: Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara naik 15 sen seliter kepada RM2.85 seliter berbanding RM2.70 seliter berkuat kuasa malam ini.
Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Abu Samah Bachik ketika dihubungi Astro Awani.
Pada Isnin, kerajaan mengumumkan kenaikan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula 3 September.
-Astro Awani
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/ron97-naik-15-sen-berkuatkuasa-malam-ini-21648?cp
Label:
hutang negara
BN MENANG HIDUP RAKYAT SEMAKIN MALANG ... UMNO dan KRONI2NYA semakin KAYA... Tak Caya Tengok Kawasan Anda..
Tahniah dan syabas setingginya diucapkan kepada rakyat yang memberi undi
dan sokongan padu kepada UMNO/BN terutamanya rakyat luar bandar,
pendalaman, rancangan-rancangan FELDA, para pengundi pos dan awal.
Akhirnya kerajaan pimpinan kesayangan dan kemgahan kalian Najib Razak
akan tetap juga memperkenalkan GST .. Gasak Sampai Terburai sebanyak 6%
setiap barang.
Maksudnya setiap barang akan naik harga sebayak 6 peratus selepas dilaksanakan.
Belum reda dengan kenaikan Ron95 dan Diesel sebanyak 20 sen seliter
diikuti dengan permintaan dan kata-kata keras pihak pengendali
pengangkutan awam untuk naikan tambang sehingga 30%, kini rakyat akan
diberikan hadiah istimewa lagi dari Najib Razak sebagai tanda ucapan
terima kasih dan membalas budi.
Bersyukur dan berterima kasihlah... Jika bantah sila berpindah ke negara lain atau tidak pun duduklah dalam hutan.
Kalau berdegil sangat nanti kerakyatan akan disyorkan ditarik balik oleh para pembodek UMNO.
RAHSIA UMNO/BN BOLEH PERINTAH MALAYSIA SAMPAI SEKARANG TELAH TERBONGKAR, JOM PAKAT BACA...

Takut ada orang xfaham elok aku terjemahkan...
"Pergi isi minyak kejap tadi..Ada pakcik tu cakap...Serupa jer harga minyak mana ada naiknya...Kemarin pakcik isi RM10..Hari ni isi RM10 juga...Kata naik 20sen...Pakcik bayarlah RM10.20...Dia bagi pakcik balik 20sen tu..."
Mungkin ramai lagi rakyat Malaysia terutama Melayu yang masih xnampak benda ni;
Semalam : RM1.90 / Liter
Hari Ni : RM2.10 / Liter
1. Semalam : RM1.90 / Liter
RM1.90 x 10 liter sehari = Rm19
30 hari x Rm19 = Rm570 sebulan
Setahun : RM570 x 12 = RM6840 setahun
2. Hari ini : RM2.10 / Liter
RM2.10 x 10 liter sehari = Rm21
30 hari x Rm21 = Rm630 sebulan
Setahun : RM630 x 12 = RM7580setahun
# nampak tak permainan disitu? " 20 sen jer"
sumber
Label:
bn tipu
Subscribe to:
Posts (Atom)