Bank Leak : Anwar masih gagal beri penjelasan?
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim seolah-olah mahu menafikan hak pengundi
di Permatang Pauh untuk mengetahui hal sebenar berhubung kandungan
surat misteri Bank Leak yang dikaitkan dengan beliau apabila masih gagal
memberi penjelasan mengenai perkara itu.
Bekas Setiausaha Sulit beliau, Anuar Shaari melontarkan persoalan sama
ada Anwar mahu berselindung di sebalik laporan polis yang dibuatnya dan
terus menyalahkan pihak lain tentang isu itu.
Berikut adalah kenyataan Anuar:
* Saya amat hairan mengapa Anwar masih berdiam diri hingga kini dalam
isu surat misteri BankLeak yang mendedahkan enam akaun milik beliau.
Beliau juga gagal untuk memberi penjelasan menyakinkan kepada pengundi
di Permatang Pauh, sebaliknya terus menyalahkan pihak lain tentang isu
ini. Beliau seolah-olah mahu menafikan hak pengundi yang mahu tahu
kebenaran dalam kandungan surat misteri tersebut.
* Adakah Anwar mahu berselindung di sebalik laporan polis yang telah
beliau buat dengan cubaan menutup mulut pengundi Permatang Pauh dan
rakyat Malaysia amnya.
Jika beliau sentiasa mencabar pihak lain bagi mendedahkan kebenaran,
inilah kesempatan terbaik menunjukkan beliau pemimpin yang 'cakap serupa
bikin'. Janganlah bersikap 'putar alam' dengan cuba mengalihkan isu
pokok yang berkaitan dirinya.
* Saya juga ulangi cabaran kepada Anwar agar memberi kebenaran bertulis
kepada Bank Negara Malaysia untuk media dan pihak berkuasa menyiasat dan
mendedahkan kandungan surat misteri itu jika beliau tiada apa yang mahu
disembunyikan.
Ini kerana rakyat Malaysia amat teruja untuk mengetahui hasil siasatan
surat misteri tersebut bagi membolehkan mereka menilai pemimpin
'anugerah Tuhan'.