Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Tuesday, February 26, 2013

Di manakah Islam PAS

Ceramah Ustaz Mohd Nor Deris


Ceramah Ustaz Mohd Nor Deris Di Kampung Bukit Kecil Dun Ladang Kuala Terengganu.Beliau Adalah Bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Kelantan.Beliau Juga Menceritakan Pengalaman Semasa Beliau Menjadi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Kelantan

ISMA : Menyeru Semua Umat Islam Bersama Angkat Semula Agenda Perjuangan Islam Yang Kian Terhakis


Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman menyeru umat Islam supaya sama-sama mengangkat semula agenda perjuangan Islam yang kian hari makin terhakis di negara ini.

Abdullah Zaik dilaporkan ismaweb membuat seruan itu dalam ucapan dasar Mesyuarat Agung ISMA ke-13 semalam yang bertemakan ‘Memartabatkan Agenda Perjuangan Islam.’

Menurutnya, agenda perjuangan Islam semakin hari semakin bercelaru akibat terpengaruh dengan slogan-slogan asing yang diadaptasi daripada ideologi import yang menerapkan fahaman humanisme melalui berbagai-bagai terma seperti hak asasi, kebebasan individu, kesamarataan dan keadilan sosial.

“Akibat pengaruh fahaman humanisme, ada di kalangan pemimpin Islam yang cuba mensejajarkan perjuangan Islam dengan idea yang terdapat dalam kefahaman tersebut.

“Mereka berfikir bahawa mereka telah melakukan permodenan kepada perjuangan Islam walhal mereka tidak sedar, mereka sebenarnya sedang menghancurkan agenda perjuangan Islam itu sendiri,” jelasnya.

Beliau mengambil contoh usaha mengislamisasikan fahaman “humanisme” dan dinamakan pula sebagai ‘ukhuwwah insaniah’ yang cuba disamakan dengan konsep ‘kesejagatan Islam’.

“Memang ‘kesejagatan Islam’ merangkumi semua bangsa dan kaum, tetapi mereka disatukan atas dasar akidah, sebaliknya ‘humanisme’ adalah kesatuan atas dasar manusiawi tanpa mengira akidah,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, fahaman liberalisme dan pluralisme ini telah menghancurkan keperibadian ummat, menanamkan permusuhan sesama Islam dan menghapuskan ghirah (cemburu) terhadap maruah bangsa dan kedaulatan agama.

Barisan Jawatankuasa Pusat ISMA sesi 2013/2014
Sementara itu, Abdullah Zaik dipilih sekali lagi untuk menerajui pertubuhan tersebut bagi tempoh dua tahun akan datang.

Berikut menarupakan senarai penuh barisan Jawatankuasa Pusat ISMA sesi 2013/2014 yang baru dilantik :

Presiden: Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman
Timbalan Presiden: Aminuddin Yahaya
Naib Presiden I: Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Naib Presiden II: Abdul Rahman Mat Dali

Ahli Jawatankuasa:
1- Ustaz Abdul Halim Abdullah
2- Ustaz Mohd Hazizi Abdul Rahman
3- Ustaz Rusdi Alias
4- Khalid Zakaria
5- Dr Kamil Azmi Tohiran
6- Ustaz Muhammad bin Ismail
7- Ustazah Norsaleha Mohd Salleh (Ketua Wanita)
8- Ustazah Norlida Bt. Kamaruddin


AIDC

Merdeka Centre: Populariti PM kian merosot

Merdeka Centre: Populariti PM kian merosot


Satu kajian oleh Merdeka Centre menunjukkan sokongan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini semakin merosot di waktu pilihan raya umum semakin dekat.

Seramai 61 peratus daripada 1,021 responden yang ditinjau antara 23 Januari hingga 6 Februari tersebut berpuas hati dengan prestasi perdana menteri, turun dua mata berbanding tinjauan sama yang dijalankan pada Disember tahun lalu.

Merdeka Centre menyebut, penurunan itu sebahagian besarnya disebabkan penurunan sehingga empat mata di kalangan pengundi Melayu – berbanding 77 peratus sejak sebulan lalu.



Jumlah responden Cina dan India yang berpuas hati dengaan Najib pula masing-masing di tahan 37 peratus dan 75 peratus.

Merdeka Center menyebut, tinjauan itu dijalankan selepas tiga peristiwa – perhimpuan 12 Januari di Stadium Merdeka, permulaan siasatan Suruhanajay Siasatan Diraja di Sabah, dan kritikan ke atas kerajaan oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan.

Tahap sokongan ke atas perdana menteri di tahap tertinggi – 71 peratus – pada Disember 2011.
-mk

Kajian Merdeka Center: Populariti Najib Susut Lagi [updated]


Sementara rakyat menanti tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan populariti pengundi ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merosot lagi, dua mata, berbanding dua bulan yang lalu.

Hasil kajian itu menunjukkan pengundi yang berpuas hati dengan pencapaian perdana menteri pada bulan lalu adalah dalam lingkungan 61 peratus berbanding 63 peratus Disember lalu.

Oktober lalu, paras itu adalah sebanyak 65 peratus, yang naik satu mata berbanding Jun lalu.

Setahun lalu, kajian yang sama menunjukkan paras populariti Najib pada paras 69 peratus.

"Kajian menunjukkan sementara kadar rasa puas hati di kalangan pengundi Cina dan India, masing-masing kekal pada paras 34 peratus dan 75 peratus, sentimen di kalangan orang Melayu menurun empat mata daripada 77 peratus kepada 73 peratus," kata kenyataan dikeluarkan oleh Merdeka Center hari ini.

Menurut kenyataan itu, kajian terbaru ini juga mendapati sentimen pengundi ke atas kerajaan adalah sebanyak 48 peratus manakala ke atas Barisan Nasional (BN) pula 45 peratus.

"Kajian juga menunjukkan penurunan (arah aliran sokongan) di kalangan responden Melayu terhadap kerajaan dan Barisan Nasional," katanya lagi.

Kajian terbaru ini dikendalikan antara 23 Januari dan 6 Februari lalu bagi menilai pandangan pengundi menjelang PRU13.

Kajian ini diadakan selepas Himpunan Kebangkitan Rakyat dan ketika berlangsungnya ikuiri suruhanjaya diraja berkenaan warga asing di Sabah dan di sebalik kontroversi kalimah ALLAH.

Merdeka Center berkata kajian ini selesai dijalankan sebelum sambutan Tahun Baru Cina.

Seramai 1,021 pengundi yang terdiri daripada 59 peratus orang Melayu, 32 peratus Cina dan sembilan peratus India ditemu bual. -SH 


sumber daripada KELAB GREENBOC


PAS ABAIKAN KEBAJIKAN AHLI PAS HINGGA MERANA



yb dato zulkifli nordin di pandan jaya 13.06.12

PEMIMPIN PAS KEDAH GAGAL melaksanakan Kepimpinan Islam Secara telus dengan Sidiq, Amanah, Fatonah dan Tabligh.. Krisis Kewangan KUIN paling MALANG sejak ditubuhkan. Banyak KORAPSI dan PENYELEWENGAN

Video Eksklusif !!! Sidang Media Wakil Kakitangan KUIN Buat Azizan Razak Dan Rektor KUIN Saki Jiwa #TukarKedah

Muhammad Azki Hafizi Ibrahim, Penolong Pendaftar Kanan KUIN
 ( Wakil Kakitangan KUIN )

Satu perkhabaran yang tidak  berapa baik kepada Menteri Besar Kedah yang DIKTATOR, Azizan Razak dan Rektor KUIN kesayangannya Jamil Osman yang cukup zalim terhadap kakitangan KUIN bahawa Kakitangan KUIN yang di tindas tetap akan bertegas menegakkan kebenaran dan hak mereka sebagai kakitangan KUIN walaupun di fitnah Azizan Razan dengan pelbagai tuduhan.

Sehingga kini Azizan Razak masih enggan meminta maaf kepada kakitangan KUIN yang di tuduhnya sebagai ejen UMNO sedangkan apa yang di lakukan mereka bukannya membabitkan politik PAS atau UMNO. Apa yang di lakukan mereka hanyalah menuntut hak mereka sebagai pekerja kepada majikan.


Alor Setar 26/02 - Mewakili lebih dari 400 kakitangan Kolej Universiti Insaniah ( KUIN ), Muhammad Azki Hafizi Ibrahim, Penolong Pendaftar Kanan KUIN pada hari ini dalam sidang akhbarnya tetap bertegas bahawa kakitangan KUIN akan menuntut hak mereka setelah di tindas sejak sekian lama oleh pentadbiran KUIN dan Menteri Besar Kedah.

" Kita sebenarnya sudah sampai ke kemuncak untuk menegakkan kebenaran dalam memperjuangkan hak-hak kami yang di nafikan oleh Kolej Universiti Insaniah khususnya Rektor Insaniah, Datu Jamil Osman dan juga Pengurusi Lembaga Pengarah KUIN iaitu Azizan Razak "katanya.

Menurut Muhammad Azki , " Mereka gagal menguruskan kebajikan dan mereka gagal menguruskan Kolej Universiti Insaniah dengan baik."

"Punca Utama KUIN mengalami krisis yang teramat teruk dan amat parah ini adalah disebabkan sama ada dia merupakan pengurusan, kewangan, korupsi, penyelewengan ada;ah di sebabkan kepimpinan tertinggi KUIN yang di terajui oleh Datuk Jamil Osman sebagai Rektor dan Datuk seri Azizan Razak sebagai Menteri Besar dan merupakan Pengerusi KUIN, mereka gagal melaksanakan kepimpinan Islam secara telus dengan Sidiq, Amanah, Fatonah dan Tabligh " katanya lagi.

Beliau mengharapkan Datuk Jamil Osman serta Azizan Razak dalam menjadi pemimpin supaya bertakwa kepada Allah S.W.T. Dan dengan bertakwa kepada Allah S.W.T menyelamatkan KUIN daripada kancah kemusnahan sebuah institut pengajian tinggi Islam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...