Seorang pendakwah yang merupakan anak bekas presiden PAS, Ahmad
Fauwaz Fadzil membangkitkan semula soal kerjasama antara PAS dan Umno
demi kepentingan Melayu dan Islam.
Malah, organ kedua-dua parti, Harakah dan Utusan Malaysia juga patut
bekerjasama, kata anak bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor itu dalam
satu wawancara yang disiarkan Mingguan Malaysia.
"Jika kita sayangkan negara ini, lebnih baik kita bersatu dan
bekerjasama sesama Islam demi memegang amanah dalam menjaga negara ini," katanya dalam wawancara bersama akhbar milik Umno itu.
Beliau juga berkata PAS dan Umno mempunyai "slogan" tersendiri dalam soal agama Islam, Melayu dan negara kebajikan.
"Tetapi apa apa yang lebih penting adalah kita perlu praktik dan bukan hanya sekadar slogan,"
"Kita perlu melihat perpaduan itu sebagai 'saya sebahagian daripada kamu dan kamu adalah sebahagian daripada saya'," katanya.
Isu perpaduan PAS dengan Umno itu kembali dipromosi selepas lebih setahun menyepi.
P/s: TM suka komen pembaca MK, katanya, "Iman tak dapat diwarisi dan hidayah itu hak Allah S.W.T".
Siapa sangka anak bekas Allahyarham Presiden PAS yang berjuang menentang
UMNO semasa hayatnya meminta PAS, parti bapanya bekerjasama dengan
parti yang menolak Islam dan mengutamakan agenda kebangsaan. Siapa
sangka anak ulama ini mengajak PAS bekerjasama dengan pemimpin yang
menghina Nabi Muhamad, hudud, dan negara Islam, malah membiarkan sekutu
mereka berbuat perkara yang sama. Siapa sangka pemuda ini mengajak PAS
bekerjasama dengan parti yang pemimpinnya membolot hasil mahsul negara
untuk kroni dan anak beranak.
Katanya, kalau sayang akan negara, PAS dan UMNO perlu bekerjasama.
Maknanya, anak ulama ini cenderung mengajak PAS bekerjasama dengan parti
yang melakukan kezaliman kepada Kelantan dan terlibat dalam segala
macam penyelewengan yang acap kali didedahkan dalam media alternatif.
Walhal Allayarham ayahnya pernah mengatakan UMNO sebaris dengan komunis dalam membunuh ulama. Tonton video ini:
Sidang Parlimen sewaktu kehadiran suara PAS pada sesi yang lepas. Anda
nilailah sendiri. Perbahasan oleh bekas ketua pembangkang, Allahyarham
Ustaz Fadzil Noor..Al Fatehah
Aduhai!
Rancaknya agenda Perpaduanggg tatkala Najib kian terdesak untuk menang
besar dalam PRU-13, bukan sekadar menolak DS Anwar sebagai calon PM
ke-7... Siapa Ustaz Fadzil Nor? Tonton video:
Semoga rohnya dicucuri Allah rahmat.
Dokumentari berkisar kehidupan seorang pemimpin Islam yang dihormati dan berjiwa rakyat,Ustaz Fadzil Noor.
Cuba korang baca komen-komen di Haramkah tu, kelakar weh bila aku baca komen diorang tu... Hahaha... Rata-rata penyokong
pembangkang percaya pada penipuan dan pemalsuan Haramkah yang memalsukan
Titah DYMM Raja Nazrin malah ada komentar yang mempertikaikan gelaran "DYMM" tersebut.
Untuk menguatkan cerita rekaan mereka, malah mereka juga turut melampirkan sebuah video dari youtube channel IMRtelevision.
Dengan harapan kononnya
mengukuhkan dakwaan si pembuat posting tersebut, maklumlah... puak
pembangkang ni pemalas nak mampos walau pun nak klik link video
berkenaan untuk meneliti ucapan DYMM Raja Nazrin Shah. Terbukti, video berkenaan tidak langsung menyebut mana-mana dari 8 perkara yang dinyatakan didalam poster diatas. Untuk lebih clearkan diri korang, korang dengarlah sendiri link video yang diberikan oleh si malaun tu.
Sekarang, aku bagi korang teks ucapan Titah dari DYMM Raja Nazrin Shah dari sumber feldavoice.com;
Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah Bertitah Seru Perpaduan Ummah
SEDUTAN Titah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul
Ridzuan, Raja Nazrin Shah pada Majlis Wacana Perpaduan Ummah anjuran
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada pukul 10.00 pagi di Balai Budaya Tun
Syed Nasir, DBP, Kuala Lumpur semalam.
Dewan Bahasa dan Pustaka merintis usaha menganjurkan Wacana Perpaduan Ummah.
Wacana ini berlangsung ketika persaingan politik di kalangan ummah sedang memuncak.
Ia berlangsung pada waktu yang sangat mencabar memandangkan Pilihan
Raya Umum Kali Ke-13 diramal akan diadakan dalam masa terdekat.
Langkah menganjurkannya pada waktu yang sensitif ini adalah satu langkah berani.
Dewan Bahasa dan Pustaka berkemungkinan berhadapan risiko untuk
disalahertikan, apatah lagi jika nada diskusi dan esolusi yang
dirumuskan, bakal menghiris perasaan mana-mana kabilah politik.
Penganjur wacana memilih istilah ummah.
Perkataan ummah disebut lima puluh satu (51) kali dalam al-Quran,
manakala dalam bentuk jamak, umum disebut tiga belas (13) kali.
Berdasarkan tafsiran kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, istilah ummah
bermaksud umat Islam yang luas lagi menyeluruh merentasi sempadan negara
– sempadan wilayah.
Dalam konteks wacana ini, Beta memilih untuk memberikan fokus kepada
isu perpaduan ummah di Malaysia; menjurus kepada isu perpaduan Melayu
supaya wacana ini tidak dilarikan penglihatan melihat tungau di seberang
lautan, melupakan gajah di hadapan mata.
Wacana ini perlu bersedia membicarakan isu perpecahan ummah secara
terang lagi bersuluh, meskipun air yang ditepuk bakal mercik ke muka
sendiri.
Dua parti politik Melayu-Islam, iaitu UMNO dan PAS berperanan paling
dominan di negara ini, khususnya pengaruh mereka dalam kalangan umat
Melayu.
UMNO dan PAS semakin bersaing untuk berada di atas, kedua-dua kabilah
sedang rancak berusaha baik untuk mempertahan, begitu juga untuk
mendapatkan kuasa.
Secara zahir, perpecahan ummah diandaikan terbelah dalam dua kabilah
politik; tetapi perlu diselami lebih dalam daripada itu, kerana dua
kabilah politik itu dianggotai oleh pelbagai individu, tiap seorang
memiliki pelbagai kerenah, pelbagai agenda, pelbagai hasrat, pelbagai
niat.
Terdapat jurang antara yang tersurat dan yang tersirat, antara akal dan nafsu, antara kata dan kota.
Malah persaingan politik telah menghalalkan cara hingga merentasi
etika yang dianjurkan oleh Islam, melanggar tata kesopanan budaya
Melayu.
Fitnah, pemalsuan dan penghinaan yang keterlaluan terhadap lawan berlaku secara berleluasa.
Perbalahan berbentuk verbal, diperluaskan dalam bentuk penulisan dan dilebarkan melalui alam siber.
Pada akhirnya nanti, dibimbangi tidak akan ada lagi tokoh Melayu yang credible dan boleh dipercayai.
Sheikh Muhammad Abduh pernah mengingatkan bahawa Islam itu didindingi
oleh umat Islam; ummah sewajarnya mengingatkan bahawa Melayu itu juga
didindingi oleh orang Melayu.
Kebelakangan ini, pertentangan di antara kabilah politik telah melarat kepada tindakan-tindakan berbentuk fizikal.
Telah muncul kumpulan pengacau; daripada kalangan anak muda, berlagak
samseng melakukan perbuatan yang mengetepikan undang-undang.
Telah muncul anak muda mengoyak poster – melempar batu, mengadakan
sekatan jalan raya – menyimbah cat ke potret pemimpin – memijak bendera
negara.
Anak muda jangan dididik bersifat samseng.
Pihak berkuasa tidak harus memejamkan mata, di sebaliknya wajib bertindak tegas.
Memperkenalkan dan bertoleransi kepada budaya samseng adalah satu
kesilapan besar, ia bakal mencetus huru-hara, ia adalah perbuatan
mungkar yang tidak mendapat keberkatan dan keredaan Ilahi, ia berpotensi
menjadi bumerang yang bakal memakan diri sendiri.
Keresahan ummah tidak kerana bangsa berada dalam kabilah politik yang
berlainan, tetapi ummah teramat bimbang akan arah haluan kegiatan
politik yang terlalu tertumpu pada pencapaian matlamat jangka pendek
untuk memperoleh kuasa.
Ummah kelihatan semakin taksub menumpukan kesetiaan pada slogan, pada
lambang, pada simbol kabilah masing-masing hingga alpa kepada agenda
bangsa yang lebih besar serta kelangsungan bangsa untuk jangka panjang.
Sedikit demi sedikit hak, maruah dan martabat bangsa terhakis.
Jika ada suara menuntut untuk dipertahankan kedudukan bangsa, suara
tersebut dimomokkan sebagai rasis, dianggap merugikan strategi
perjuangan, disifatkan menyinggung perasaan kaum lain.
Persaingan kabilah politik bagaikan tidak lagi menghiraukan tindak
tanduk yang semakin meletakkan ummah berada dalam situasi bagaikan telur
di hujung tanduk.
Bilangan ummah yang tidak terlibat secara langsung dalam politik
kepartian masih ramai; malah tidak kurang yang bertambah mual dengan
gelagat politik yang keterlaluan.
Perpaduan yang mahu dicapai hendaklah diperluaskan untuk menyepadukan
matlamat besar yang satu, dalam kepelbagaian konstituen bangsa yang
sedang berlaku.
Pertama: Tidak salah untuk bangsa berada dalam
pelbagai kabilah asalkan bangsa mencapai kata sepakat, bersatu
pendirian, mempertahan, melindungi dan mengurus perkara-perkara
menyentuh hak, maruah serta martabat bangsa Melayu dan agama Islam, yang
sama sekali tidak harus dikompromikan.
Usaha meraih sokongan politik bukan lesen membolehkan status bangsa
digadaikan. Sifat mempamerkan kami kurang Melayu atau “we are less
Malay” untuk populariti politik, adalah perbuatan silap paling besar
dan penderhakaan paling durjana kepada bangsa Melayu.
Kedua: Ummah wajib disedarkan bahawa mereka sudah
terlalu lama selesa sebagai penduduk majoriti, sudah terlalu lama selesa
bersandarkan kekuatan politik, sudah terlalu lama selesa dinaungi
kerajaan; hingga ummah tidak lagi memiliki pertubuhan yang bebas lagi
berkecuali, secara berani lagi tegas lantang menyuarakan tuntutan ummah.
Sejarah perjuangan bangsa Melayu bermula dengan pelbagai pertubuhan.
UMNO ditubuhkan melalui Kongres yang menghimpunkan 41 pertubuhan
Melayu. Ketika memperjuangkan kemerdekaan, terdapat pelbagai pertubuhan
Melayu, bagai himpunan pelbagai perahu tetapi berdayung menghala ke
destinasi yang sama.
Pertubuhan-pertubuhan Melayu ketika itu, laksana ranting-ranting,
bila terhimpun berupaya menyalakan api besar, hingga berjaya meruntuhkan
gagasan Malayan Union.
Kekuatan bangsa ketika itu, tidak didukung oleh kemewahan kewangan;
pertubuhan- pertubuhan Melayu majoritinya tidak dipimpin oleh sarjana
berkelulusan tinggi, tetapi dipimpin oleh para guru dan ustaz, kerani
dan penghulu, petani dan nelayan, tetapi cekal dengan semangat sedia
berputih tulang daripada hidup berputih mata.
Jika Dewan ini boleh bersuara, ia akan bercerita kepada kita, kisah
perhimpunan bersejarah, Peristiwa Api dan Air Mata yang pernah
berlangsung di sini.
Pada petang 3 Mac 1967, berhimpun di Dewan Bahasa dan Pustaka dua
ribu (2000) umat Melayu dari seluruh tanah air, atas nama individu, atas
nama 120 pertubuhan Melayu, merumuskan ketetapan, menentang Rang
Undang-Undang Bahasa Kebangsaan 1967 menyentuh Fasal 152 Perlembagaan
yang dianggap telah dipesongkan daripada erti dan tafsirannya,
diselewengkan daripada semangat dan kehendak sebenarnya.
Peristiwa bersejarah yang menghasilkan antologi puisi Keranda 152,
terkandung lembut kata yang diungkap oleh Sasterawan Negara Usman Awang;
‘Malam itu di Balai Budaya
Api dan Air Mata
Malam itulah juga
Parlimen jadi pertanda
Memenggal leher BAHASA.
Kata-kata tersebut menikam dalam ke dada pemimpin, meninggalkan bisa
lebih beracun dari Keris Taming Sari yang ditusuk ke dada Hang Jebat.
Hari ini di manakah terkuburnya pertubuhan-pertubuhan Melayu ?
Apakah kekuatan yang masih ada di kalangan pertubuhan Melayu yang masih bernafas ?
Ummah perlu kembali menghidupkan semangat dan roh pertubuhan yang
benar-benar berkecuali, tidak memihak, tidak partisan, dihormati dan
digeruni oleh pemimpin, oleh pentadbir, oleh akademia, oleh kabilah
politik.
Ketiga: Badan Kehakiman, perkhidmatan awam, pasukan
keselamatan hendaklah mengamalkan budaya profesionalisme yang tidak
partisan, menyempurnakan tugas secara amanah, adil dan saksama,
berpaksikan undang-undang dan peraturan; tegas menegakkan kebenaran –
cekal menentang kemungkaran, tidak bersekongkol merestui berlakunya
penyelewengan terutama dalam mengurus khazanah, sumber kekayaan dan
sumber kewangan negara.
Keempat: meningkatkan kegiatan keilmuan dan menambah
komponen pengetahuan di kalangan ummah terutama dari segi penghayatan
dan amal, agar ummah memiliki iman yang kukuh, yakin berpegang bahawa
rezeki, jawatan, pangkat dan kuasa datangnya daripada Ilahi, lantas
tidak gentar menyuarakan nasihat yang betul dan tidak goyah menyampaikan
fakta yang benar, meskipun berhadapan dengan jeneral yang bengis atau
menteri yang berkuasa.
Kelima: Memahami dan mendalami konsep federalisme berasaskan Perkara 73 hingga 95E Perlembagaan Persekutuan.
Kerajaan yang dipilih oleh rakyat ditubuhkan dengan perkenan Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di peringkat Persekutuan dan Raja
Pemerintah atau Yang Dipertua Negeri di peringkat Negeri.
Sifat kesetiaan kepada Raja hendaklah dicerminkan melalui sifat
kesetiaan menyempurnakan tugas kepada Kerajaan yang telah diperkenankan
penubuhannya.
Raja Pemerintah dan Yang Dipertua Negeri telah menunjukkan sebaik
contoh, bersifat tidak partisan ketika menyempurnakan peranan
masing-masing berlandaskan peruntukan Perlembagaan.
Di negeri-negeri Kedah, Kelantan, Perak, Selangor dan Terengganu,
Raja Pemerintah, masing-masing berangkat merasmikan Dewan Undangan
Negeri walaupun kabilah politik negeri berkaitan sedang atau pernah
diterajui oleh kabilah politik yang berbeza dengan Kerajaan Persekutuan;
begitu juga menghadiri acara-acara yang dianjurkan oleh Kerajaan
masing-masing.
Demikian juga peranan yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri
Pulau Pinang dan Sabah di era Sabah tidak diperintah oleh Barisan
Nasional.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merasmikan
Kolej Universiti Insaniah di Kedah baru-baru ini, adalah sebaik contoh
pendirian institusi Raja yang tidak partisan.
Raja dan Yang Dipertua Negeri kekal diiringi oleh Menteri Besar dan
Ketua Menteri ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja bersandarkan jawatan rasmi
tanpa diskriminasi kepada identiti politik yang mereka wakili.
Sejajar dengan sejarah penubuhan dan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka
dan imej berkecualinya yang belum tercalar, amatlah sesuai untuk Dewan
diamanahkan mengambil tanggungjawab sebagai sekretariat kepada usaha
menyatupadukan ummah.
Untuk membolehkan Dewan Bahasa dan Pustaka dapat memenuhi hasrat
tersebut secara berkesan, ia harus diberikan kepercayaan, ia harus
diberikan amanah, ia harus diberikan fleksibiliti politik dan ia juga
harus diterajui oleh personaliti yang diterima dan dihormati kerana
integriti dan sifat berkecualinya, mengambil tanggungjawab.
Beta tidak terkecuali berhadapan situasi serba salah untuk
menzahirkan kebenaran, ditelan mati emak – diluah mati bapa, kerana
kebenaran itu ada kalanya amat pahit untuk dimamah.
Namun jika penyakit ummah mahu diubati, Beta berpegang, betapa pahit
sekalipun, ummah harus sedia memamahnya; Beta tidak reda jika satu hari
nanti, Raja Melayu itu dianggap tidak kisah nasib ummahnya, tidak hirau
urusan watannya, tiada kekuatan menzahirkan hakikat; Beta tidak reda,
Raja Melayu itu dilukiskan sekadar berkhayal dan bermimpi, hanya
bergurindam dan bersyair dengan kata pujian kerana takut menghadapi
realiti; dan ketika ummahnya gundah gulana, Raja leka bermain catur di
dalam istana.
Beta amat insaf, betapa tanggungjawab yang diamanahkan ke bahu Raja
Pemerintah, turut diadili di hari kebangkitan seperti peringatan yang
terkandung dalam ayat 9, Surah Al Imran yang bermaksud;
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan yang menyeru kepada
kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari mungkar,
merekalah orang-orang yang beruntung.
Artikel disiar pada February 21, 2013 - 12:46 pm oleh Darlina Shasha
SEGALANNYA
BERGANTUNG KEPADA ILMU KITA. JIKA HENDAK MEMPERJUANGKAN KALIMAH ALLAH
TAPI SECARA TAK BERAKHLAK DAN MENDEDAHKAN AURAT JUGA SEOLAH-OLAH
MEMPERMAINKAN SYIAR ISLAM.. WALAUPUN DARI SEGI AQIDAH KITA , KITA
MENGAKU HAQ ALLAH TAPI KEIMANAN DAN AKHLAK YANG MULIA JADI UKURAN DI
AKHIRAT. KALAU ORANG ISLAM MEMPERJUANGAN KALIMAH ALLAH BERCAMPUR DENGAN
PERKARA-PERKARA " LARAH" LEBIH MEMBANGKITKAN KESERONOKAN DAN HIBURAN ...
BERMAKNA KITA JUGA MEMPERMAINKAN KALIMAH ALLAH YANG MAHA SUCI...
Serius LOL - Konvoi Pertahan Nama Allah Perkasa Yang Tidak Syaria Compliant (7 Gambar)
Kah kah kah! Belen-belen seluruh Aloq Staq
hangpa bayar suruh pi konvoi ka? Kalau ye pun nak bayar belen, tolong
la suruh depa pakai baju yang sesuai dengan nama konvoi. Padia pertahan
nama Allah tapi fesyen baju macam nirrojim? Perkasa FAIL!
MESTI TONTON: Video Cara Mudah Mematahkan Helah Orang Kristian Nak Guna Kalimah Allah
Satu penerangan yang cukup menarik, senang di faham lengkap dengan
berberapa ayat quran sebagai rujukan, cara mudah nak patahkan helah
orang kristian yang kini makin menggila nak guna kalimah Allah...
Petikan ceramah dalam forum Isu Kalimah Allah - Apa Sensitiviti Kita? pada 17hb Januari 2013 di Masjid Al-Azim Pandang Indah
Kita tau Nik Aziz kaya dan berharta tapi dia tak patut keluarkan kenyataan begitu.. Tajuk: "Penerima BR1M Serupo Binatang" - Nik Aziz Penceramah: Ustaz Dr Fathul Bari Mat Jahya Tarikh: 22.02.2013 (Jumaat) Masa: 9.00 malam Lokasi: Kg Lubuk Kawah, Ulu Besut
Dah 2 3 hari dah cerita pasal penerima
BR1M dianggap ayam dan lembu. Rakyat dah marah bukan main pada Nik Aziz.
Kesian Nik Aziz. Dia dah tua.... biarlah apapun dia nak kata... janji
Kerajaan Barisan Nasional dah buat yang terbaik untuk rakyatnya.
Orang dah tua memang cepat terasa....
berkecil hati.... Nik Aziz ni agaknya berkecil hati sebab tak dapat
menyampaikan bantuan BR1M kepada rakyat Kelantan. Sebab tu Nik Aziz
kata, sepatutnya duit tu diberi juga kepada dia sepaya dia boleh
sampaikan pada rakyatnya.
Jadi Angin rasa, patut kalau mana-mana tempat kat Kelantan tu bagi peluang kepada Nik Aziz untuk menyampaikan duit BR1M tu...
Hurmmmm... Nik Aziz konar, dia tak kata pada rakyat tapi dia kata BN yang jahat sebab bagi BR1M (kesian ....dah tua kan??)
Cuma satulah.... Angin nak tanya camner
plak dengan gambar-gambar kat bawah ni?? Ni gambar Nik Aziz bagi duit
pada rakyat kan?? Agak-agak koranglah, Nik Aziz mesti konar baring plak
kan?
Apa agaknya alasan semasa beri duit-duit ni pada rakyat dia??
Agaknya yang ni sedekah kot..... yang kerajaan bagi tu rasuah... gitu??
Lagi satu cuba tengok gambar-gambar kat
bawah ni plak. Agak-agak korang siapa ayam? siapa lembu? ko orang tak
terfikir ke? Kerajaan Barisan Nasional bagi duit pada rakyat di katakan
jahat. Agak-agak PAS minta duit dengan rakyat ni 2 kali jahat ke 4 kali
jahat??