Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, March 17, 2019

Nik Omar gesa tonjolkan kekuatan pimpinan

Nik Omar gesa tonjolkan kekuatan pimpinan:







Nik Omar gesa tonjolkan kekuatan pimpinan
 Nik Omar gesa tonjolkan kekuatan pimpinan
Anak bekas Menteri Besar
Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat menggesa penyokong Pakatan Harapan
(ph) agar menonjolkan kekuatan pimpinan daripada termakan adu domba pihak
lawan.
Menurut Ustaz Nik Omar
Nik Abdul Aziz, hal tersebut penting kerana seperti perlawanan bola, tiada yang
akan menjaringkan gol ke gawang sendiri.
“Sepatutnya daripada
setiap parti (dalam PH), kita ceritakan kekuatan kita. Apa yang ada dan hasrat
yang kita hendak bawa.
“Jadi, kalau kita
sekarang sokong kerajaan PH kita lihat kekuatan yang ada pada pimpinan kita.
Soal berada di parti mana, itu soal nombor dua dan tiga.
“”Macam kita main bola.
Takkan nak beri dia sumbat gol kita. Disebabkan musuh, maka kita pertahankan
gol kita tetapi tidaklah kita cah keting. Kita main dengan profesional.
“Kalau bola semangat
berpasukan begitu, kita dalam parti ini kita lagi kena profesional. Kita sebutkan
kekuatan kita,” ujarnya dalam ceramah di tapak Pasar Tani Jenaris di Dun
Semenyih baru-baru ini.

Peralihan
Bekas calon PH pada
PRU-14 di Dewan Undangan Negeri (Dun) Chempaka, Kelantan itu turut menyebut
tentang peralihan kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
“Dia (Anwar) beri
sepenuhnya masa yang sesuai untuk Tun (Mahathir) urus negara ini. Sebab itu
Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa sebut dia tidak mahu kacau pentadbiran Tun.
“Kita kena bagi sokongan
sepenuhnya. Kita juga yakin InsyaAllah apabila sampai masanya, Tun akan serah
kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya yang mengetuai Yayasan Dakwah
Islamiah Malaysia (YADIM) berkuat kuasa 1 Disember lalu.
Menyentuh hal berkaitan
pilihan raya, Ustaz Nik Omar menyeru agar proses demokrasi itu tidak menjadi
medan perbalahan lantaran hilang sikap saling menghormati.
“Tidaklah apabila sebut
pilihan raya, inilah peluang kita berbalah. Tidak. Kita kena ubah mentaliti
ini. Ada pilihan raya pun kalau kita baik, baiklah cuma hormat pilihan
masing-masing.
“Pilihan raya bukan masa
kita berbalah, bertekak dan menumbuk orang atau masanya untuk berbohong dan
buat apa sahaja,” tambahnya lagi.



Nik Omar gesa tonjolkan kekuatan pimpinan

Nik Omar gesa tonjolkan kekuatan pimpinan
Anak
bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat
menggesa penyokong Pakatan Harapan (ph) agar menonjolkan kekuatan
pimpinan daripada termakan adu domba pihak lawan.


Menurut Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz, hal tersebut penting kerana
seperti perlawanan bola, tiada yang akan menjaringkan gol ke gawang
sendiri.


“Sepatutnya daripada setiap parti (dalam PH), kita ceritakan kekuatan kita. Apa yang ada dan hasrat yang kita hendak bawa.


“Jadi, kalau kita sekarang sokong kerajaan PH kita lihat kekuatan
yang ada pada pimpinan kita. Soal berada di parti mana, itu soal nombor
dua dan tiga.


“”Macam kita main bola. Takkan nak beri dia sumbat gol kita.
Disebabkan musuh, maka kita pertahankan gol kita tetapi tidaklah kita
cah keting. Kita main dengan profesional.


“Kalau bola semangat berpasukan begitu, kita dalam parti ini kita
lagi kena profesional. Kita sebutkan kekuatan kita,” ujarnya dalam
ceramah di tapak Pasar Tani Jenaris di Dun Semenyih baru-baru ini.





Peralihan


Bekas calon PH pada PRU-14 di Dewan Undangan Negeri (Dun) Chempaka,
Kelantan itu turut menyebut tentang peralihan kepimpinan Tun Dr Mahathir
Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.


“Dia (Anwar) beri sepenuhnya masa yang sesuai untuk Tun (Mahathir)
urus negara ini. Sebab itu Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa sebut dia
tidak mahu kacau pentadbiran Tun.


“Kita kena bagi sokongan sepenuhnya. Kita juga yakin InsyaAllah
apabila sampai masanya, Tun akan serah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim,”
katanya yang mengetuai Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berkuat
kuasa 1 Disember lalu.


Menyentuh hal berkaitan pilihan raya, Ustaz Nik Omar menyeru agar
proses demokrasi itu tidak menjadi medan perbalahan lantaran hilang
sikap saling menghormati.


“Tidaklah apabila sebut pilihan raya, inilah peluang kita berbalah.
Tidak. Kita kena ubah mentaliti ini. Ada pilihan raya pun kalau kita
baik, baiklah cuma hormat pilihan masing-masing.


“Pilihan raya bukan masa kita berbalah, bertekak dan menumbuk orang
atau masanya untuk berbohong dan buat apa sahaja,” tambahnya lagi.


Berita penuh https://malaysiadateline.com/nik-omar-gesa-tonjolkan-kekuatan-pimpinan/#more

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...