Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Tuesday, September 18, 2018

Bukti 'sumbangan' Saudi: Pendedahan terpilih Najib

Bukti 'sumbangan' Saudi: Pendedahan terpilih Najib: Malaysiakini menyenaraikan bukti yang didedahkan oleh Najib tetapi meletakkan dalam konteks agar gambaran lebih besar dapat dilihat.





Nigel Aw  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lalu, atas sebab
yang hanya diketahui oleh dirinya, mengeluarkan beberapa dokumen
berhubung simpanan berbilion ringgit dalam akaun bank peribadinya.


Tujuan Najib adalah untuk mewajarkan kenyataannya bahawa beliau
menerima "derma" dari keluarga diraja Arab Saudi, tetapi dokumen itu
sekarang mengesahkan pelbagai laporan dan siasatan yang menunjukkan wang
itu berasal dari 1MDB.


Sebagai contoh, dalam catatan Facebook semalam, Najib memetik Wall Street Journal dan sebuah buku yang ditulis oleh wartawannya, Tom Wright dan Bradley Hope Billion Dollar Whale yang menghuraikan skandal 1MDB, untuk mengesahkan bahawa beliau "memulangkan semula" apa yang disebut sebagai "sumbangan".


Kedua-dua wartawan itu memang berkata Najib telah memulangkan AS$620
juta daripada AS$681 juta yang diterima pada tahun 2013, tetapi mereka
juga berkata wang yang dipulangkan kemudian digunakan untuk membeli,
antara lain, loket berlian merah jambu berharga AS$27.3 juta untuk
isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.


Jumlah ini terdiri daripada dua deposit atau lebih yang dimasukkan dalam akaun bank peribadinya.





Apa yang menghairankan, Najib meletakkan kepercayaan dan mengesahkan
laporan antarabangsa mengenai 1MDB, yang sebelum ini dilabelkan oleh
kerajaannya sebagai "berita palsu", tetapi pada masa yang sama
mengabaikan bahagian-bahagian tertentu laporan yang sama.


Di sini, Malaysiakini menyenaraikan contoh-contohnya.


Putera Arab Saudi


Antara dokumen yang didedahkan oleh Najib adalah:


1) Penerimaan sebanyak AS$10 juta dari Putera Faisal Bin Turki pada 23 Feb 2011

2) Penerimaan sebanyak AS$10 juta dari Putera Faisal pada 13 Jun 2011


Tarikh dan jumlah itu selaras dengan urus niaga yang disebutkan dalam
dokumen yang menyokong pemfailan saman pelucutan sivil Jabatan Keadilan
AS.


DOJ mengesahkan bahawa jumlah itu memang berasal dari sebuah akaun di
Arab Saudi tetapi terus mengesan sumber dana itu dengan 1MDB.


Khususnya, wang dari 1MDB bernilai AS$1.03 bilion itu bertujuan untuk
usaha sama dengan PetroSaudi International tetapi dialihkan kepada Good
Star Ltd, sebuah syarikat yang dimiliki oleh ahli perniagaan Low Taek
Jho.


Good Star kemudian menyalurkan dana itu kepada putera Saudi, yang
disebut oleh DOJ sebagai "Saudi Associate 1" dan rakan perniagaannya,
Tarek Obaid, yang disebut sebagai "Saudi Associate 2".


Najib juga mendedahkan resit transaksi berikut berhubung dengan Putera Faisal:


3) Penerimaan sebanyak AS$50 juta dari Putera Faisal pada 24 April 2012

4) Penerimaan sebanyak AS$25 juta dari Putera Faisal pada 25 Jun 2012

5) Penerimaan sebanyak AS$10 juta dari Putera Faisal pada 23 Feb 2013


Resit ketiga dan keempat tidak terkandung dalam pemfailan DOJ tetapi telah diperincikan oleh pasukan penyiasat Malaysia.


Penyiasat Malaysia juga menyedari transaksi tambahan sebanyak AS$25
juta pada 15 Ogos 2012, dari Putera Faisal, yang tidak didedahkan oleh
Najib dalam hantaran Facebooknya.


Walau bagaimanapun, penerimaan kelima sebanyak AS$10 juta tidak disenaraikan dalam pemfailan DOJ mahupun siasatan Malaysia.


Berdasarkan laporan umum, pemfailan dan butiran penyiasatan adalah
domain awam, dianggarkan Najib menerima sekurang-kurangnya AS$120 juta
dari Putera Faisal tetapi jika maklumat baru yang diberikan oleh bekas
perdana menteri itu diambil kira, jumlah baru itu akan menjadi AS$130
juta.


Aliran wang ini disebut oleh DOJ sebagai fasa pengubahan wang haram
Good Star, istilah serupa yang kini diterima pakai oleh penyiasat
Malaysia.


Wang RM2.6 bilion


Najib juga telah mengeluarkan resit untuk dua urus niaga berjumlah
AS$681 juta yang diperolehnya dari Tanore Finance Corporation antara 21
dan 25 Mac 2013 serta satu lagi resit yang menunjukkan bahawa wang
AS$620 juta yang beliau "kembalikan" kepada Tanore.


AS$681 juta itu secara kolektif dirujuk sebagai RM2.6 bilion berdasarkan kadar pertukaran apabila ia mula-mula didedahkan oleh Sarawak Report dan Wall Street Journal pada tahun 2015.


Tarikh dan jumlah resit Najib sekali lagi disahkan apa yang terkandung dalam DOJ, yang digambarkan sebagai "fasa Tanore".


Bagaimanapun, apa yang Najib tidak dedahkan, adalah bagaimana Tanore
mendapat wang itu dan apa yang berlaku selepas ia "dikembalikan", yang
diperincikan oleh DOJ.


Menurut DOJ, dana Tanore berasal dari bon 1MDB yang bertujuan untuk
usaha sama dengan Abu Dhabi Malaysia Investment Company Ltd (ADMIC) yang
kemudiannya dialihkan dan digubah melalui luar negari sebelum dihantar
ke Tanore.


Menurut DOJ, Tanore dimiliki oleh Eric Tan Kim Loong, sekutu rapat Jho Low dan juga menggunakan namanya sebagai alias.


Najib, bagaimanapun, menegaskan bahawa Tanore dimiliki oleh keluarga
diraja Arab Saudi dan mengemukakan tiga surat oleh "Saud Abdulaziz Al
Saud" dan dalam salah satu surat itu, penulis mengakui bahawa Tanore
adalah milik putera itu.


Secara khusus, Najib mendedahkan tiga surat berikut:


1) Surat Saud Abdulaziz pada 1 Feb 2011 yang menjanjikan hadiah AS$100 juta kepada Najib.

2) Surat Saud Abdulaziz pada 1 Nov 2011 yang menjanjikan hadiah AS$375 juta kepada Najib.

3) Surat Saud Abdulaziz pada 1 Mac 2013 yang menjanjikan hadiah AS$800 juta kepada Najib.


The Edge Weekly, yang memetik sumber, melaporkan bahawa
surat itu tidak pernah ditulis atau ditandatangani oleh Putera Saud
Abdulaziz Al Saud, tetapi oleh Mohammad Abdullah Al-Koman yang mengaku
sebagai wakil putera itu.


Najib mengakui perkara itu tetapi mendakwa bahawa adalah perkara lazim bagi wakil untuk menandatangani bagi pihak bos mereka.


[Baca berita penuh]


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...