Projek tertangguh diteliti semula - Rina
ALOR
SETAR: Semua projek infrastruktur di bawah Kementerian Pembangunan Luar
Bandar yang memberi impak buat rakyat namun tertangguh sebelum ini akan
diteliti semula untuk diteruskan.
Menterinya, Rina Mohd
Haron, berkata pihaknya bagaimanapun akan mendahulukan projek mesra
rakyat bersifat kritikal dulu berlandaskan kepada keadaan kewangan
negara.
"Melihat kepada keadaan kewangan semasa, jadi pihak
kita harus teliti dulu yang benar-benar memberi impak pada rakyat kita
akan kaji kalau ia dapat diteruskan mengikut kepada keperluan.
"Ia
membabitkan pelbagai projek yang kita akan lihat semula dari aspek
bukan saja soal kewangan namun keperluannya kepada rakyat...seperti
semalam kita melawat beberapa kawasan antaranya Kubang Pasu, Jerlun dan
Pendang dan menerima aduan untuk pembinaan infrastruktur.
"Ia
termasuklah permohonan supaya membina jalan di kawasan luar bandar dan
kita akan jalankan siasatan jika benar-benar diperlukan maka ia akan
dilaksanakan," katanya pada sidang media selepas melakukan kunjungan
hormat terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Pada
masa sama, Rina yang juga Timbalan Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH),
berkata kementerian akan mengambil iktibar daripada pentadbiran kerajaan
sebelum ini dengan memastikan setiap projek yang ingin dilaksanakan
benar-benar memberi manfaat buat rakyat.
Beliau berkata,
adalah menjadi hasrat pihak kementerian untuk melestarikan pembangunan
luar bandar sama ada dari sudut fizikal dan modal insan khususnya
membabitkan aktiviti ekonomi.
"Seperti kita tahu 70 peratus
dari kawasan negara terletak di luar bandar tetapi ada juga yang ramai
berhijrah dan kita merancakkan pembangunan luar bandar sama ada dari
segi fizikal mahupun modal insan.
"Justeru kita berharap
hubungan yang erat antara kementerian dan negeri dapat dilaksanakan
supaya memudahkan segala perancangan yang kita akan lakukan kelak, "
katanya.
Sementara itu, Mukhriz berkata kerajaan negeri
turut bersetuju untuk bekerjasama dengan Kementerian Luar Bandar untuk
melihat semula senarai projek yang ingin dilaksanakan di Kedah.
"Kita
akan tengok semula mana yang menjadi keutamaan atau yang tak buat pun
tak apa kerana ia bukan permintaan rakyat pun, apa yang penting adalah
projek itu benar-benar diminta oleh rakyat, " katanya.

No comments:
Post a Comment