Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Thursday, November 9, 2017

K'jaan tak pernah tarik kemudahan bekas PM, termasuk Dr M

K'jaan tak pernah tarik kemudahan bekas PM, termasuk Dr M 




K'jaan tak pernah tarik kemudahan bekas PM, termasuk Dr M

   

Kerajaan tidak pernah menarik apa-apa kemudahan yang disediakan
kepada mana-mana bekas perdana menteri termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad,
menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM).


JPM dalam kenyataan hari ini berkata pejabat Dr Mahathir telah
dibekalkan dengan perjawatan yang meliputi pejabat beliau di Yayasan
Kepimpinan Perdana (YKP) serta kediaman beliau di The Mines Resort City,
Selangor selaras dengan Akta Ahli Parlimen (Saraan), 1980 (Akta 237).


Menurutnya perjawatan yang diperuntukkan kepada Dr Mahathir adalah sebanyak 21 perjawatan.


“Semua perjawatan ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan
meliputi pembayaran gaji, elaun tuntutan dan lain-lain kemudahan yang
layak dinikmati sebagai penjawat awam," kata JPM berhubung status semasa
kemudahan untuk Dr Mahathir.


Baru-baru ini tular di media sosial bahawa kemudahan bagi Dr Mahathir dikatakan dikurangkan atau ditarik balik.



JPM berkata kerajaan turut menanggung bayaran-bayaran utiliti di YKP serta kediaman rasmi beliau sehingga kini.


Selain itu, menurut JPM, kerajaan juga menanggung kos bagi bayaran
elaun makan dan lain-lain kos kepada juruiring, pengawal peribadi,
pegawai perubatan dan penolong pegawai khas bagi lawatan yang dihadiri
oleh bekas perdana menteri itu ke luar negara.


“Justeru, kerajaan sekali lagi menegaskan bahawa tiada sebarang
kemudahan yang ditarik balik dan layanan sama rata diberikan kepada
kesemua bekas perdana menteri,” kata JPM.


- Bernama

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/401360#YiKIdpFuuOrcUU9W.99

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...