Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, January 15, 2017

Tun Mahathir berucap merasmikan Parti Pribumi Bersatu

                         
Jan 14, 2017
Dianggarkan lebih 5,000 orang mula membanjiri majlis Pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 14 Januari 2017 yang bertempat di Stadium Malawati Shah Alam.
                Hasil carian imej untuk majlis pelancaran itu. bersatu 
Setakat jam 8 malam, rata-rata ahli Bersatu mula memenuhi ruang tempat duduk menantikan ketibaan pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir dijangka tiba sekitar jam 8.30 malam bersama Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Sementara itu, PKR menafikan menghantar pekeliling akan membayar RM100 kepada ahlinya yang hadir meramaikan majlis Bersatu malam ini. 


http://mk-cdn.mkini.net/1074/d69d407ddd4f08628e1faa62ba4ccd45.jpg

Di luar Stadium Malawati, Shah Alam semalam, teguh 'berdiri' tiga pemimpin tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU): dengan Pengerusinya Dr Mahathir Mohamad, Presiden Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Mukhriz Mahathir.
 Hasil carian imej untuk majlis pelancaran itu. bersatu
Walaupun ia sekadar poster bersaiz sebenar ketiga-tiga mereka, seolah-olah para penyokong yang berpakaian merah teruja dengan bergilir-gilir mengambil gambar sepanjang hari.
Imej ketiga-tiga pemimpin utama tersebut berada di mana-mana pada hari pelancaran rasmi parti semalam dengan berlatar belakangkan potret besar yang tertera kata-kata 'Perjuangan Yang Belum Selesai'.
Hasil carian imej untuk majlis pelancaran itu. bersatu
Ia yang terpampang di pintu masuk ke stadium, lengkap dengan permaidani merah untuk memberi lebih banyak peluang untuk para hadirin mengambil gambar.
Imej ketiga-tiga mereka turut 'muncul' pada jadual acara pelancaran tersebut selain pada beberapa barang dagangan parti yang dijual di luar stadium seperti cawan yang dijual dengan harga RM18 sebuah.
Hasil carian imej untuk majlis pelancaran itu. bersatu
Penghormatan untuk ketiga-tiga pemimpin tersebut turut bergema di dalam stadium dengan sorakan kuat kira-kira 5000 penyokong setibanya mereka pada malam itu acara pelancaran tersebut.
Klip video termasuk petikan segmen berita Channel 4 dari Australia mengenai rasuah di Malaysia berkaitan 1MDB yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ditayangkan di dalam stadium sebelum ketibaan mereka dengan orang ramai bersorak apabila Muhyiddin muncul di skrin.
Hasil carian imej untuk majlis pelancaran itu. bersatu
Berbeza dengan penerimaan bekas timbalan presiden Umno itu, sentimen anti-Najib memuncak di kalangan orang ramai pada setiap kali ketua Umno itu muncul pada skrin dengan orang ramai mencemuh sambil menjerit, "Turun Najib" (Najib meletak jawatan).
Hasil carian imej untuk majlis pelancaran itu. bersatu
Bagaimanapun, adalah jelas bahawa Mahathir adalah tumpuan pada majlis itu dengan orang ramai melaungkan, "Hidup Tun," (Hidup Mahathir) di sepancang acara majlis pelancaran itu, terutama semasa bekas perdana menteri itu memberi ucapan dengan menerima tepukan gemuruh dan sorakan.
Hasil carian imej untuk majlis pelancaran itu. bersatu
Semasa ucapan Mahathir juga, apabila beliau meminta secara retorik apa yang parti itu akan dilakukan jika membentuk kerajaan baru selepas pilihan raya umum akan datang, para hadirin berteriak, "Tangkap Najib".
Pada masa yang sama, para hadirin dilihat turut teruja dengan kelibat isteri Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Ali.

 Hasil carian imej untuk majlis pelancaran itu. bersatu 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...