Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, December 24, 2016

JASA: Sabitan Yeo Jiawei tak berkait PM, Arul

JASA: Sabitan Yeo Jiawei tak berkait PM, Arul: Katanya, siasatan dan perbicaraan bukan ke atas dana 1MDB tetapi ke atas BSI Bank dan dana bawah kawalannya.


Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) menegaskan bahawa sabitan bekas pegawai bank BSI, Yeo Jiawei di Singapura tiada kena mengena dengan Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam siasatan 1MDB.
"Ramai yang bertanya kenapa bekas pegawai BSI Bank Singapura, Yeo Jiawei dihukum 30 tahun oleh mahkamah Singapura baru-baru ini.
"Jawapannya - Yeo dihukum di atas kesalahannya cuba mempengaruhi saksi-saksi utama yang disiasat oleh Jabatan Hal Ehwal Komersil (CAD) Singapura dalam siasatan kes penggubahan wang haram," kata JASA dalam satu kenyataan hari ini.
Yeo dijatuhi hukuman 30 bulan penjara kerana mengganggu saksi yang terlibat dalam penyiasatan Singapura ke atas 1MDB.
Dia dituduh mengganggu saksi yang amat penting dalam penyiasatan Singapura terhadap pertuduhan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan 1MDB.
Mahkamah diberitahu bahawa Yeo telah bertemu dengan bekas ketua pengagihan perolehan, Samuel Goh Sze-Wei dan dan bekas penyelianya di BSI, Kevin Swampillai dan meminta mereka untuk berbohong kepada pihak berkuasa mengenai beberapa pemindahan dana.
Beliau juga telah meminta mereka menyembunyikan cerita sebenar, sehingga pihak berkuasa menunjukkan bukti-bukti yang ada.
Dia juga meminta pengurus perhubungan Amicorp Group, Jose Renato Carvalho Pinto dari datang ke Singapura bagi mengelakkan dari di soal siasat oleh CAD, serta meminta Pinto melupuskan komputer bimbit yang mengandungi bukti urus niaga haram.
Pinto turut diminta mengarahkan seorang lagi pekerja Amicorp Group, Aloysius Mun, untuk mengaku tidak mengetahui mengenai urus niaga Yeo, jika ditanya oleh CAD.
JASA berkata fakta kes itu membuktikan kesalahan itu dilakukan oleh Yeo dan tiada kena mengena dengan Arul dan Najib.
"Adakah yang disiasat dan dibicarakan ini dana 1MDB?
"Berdasarkan fakta kes setakat ini, siasatan dan perbicaraan ini bukan ke atas dana 1MDB tetapi lebih merupakan siasatan ke atas BSI Bank Singapura dan dana yang berada di bawah kawalan BSI Bank," katanya.
Yeo menghadapi beberapa pertuduhan lain - dari pemalsuan untuk pengubahan wang haram - yang berkaitan dengan urusannya dengan ahli perniagaan Malaysia Jho Low.
Perbicaraan bagi tuduhan lain itu akan bermula pada April tahun depan.
[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...