Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, August 30, 2014

Mesyuarat PAS 25 Ogos

Apa Sebenarnya Berlaku Dalam Mesyuarat PAS 25 Ogos ?


AIDCNews – 29/8/14 – Sebaik sahaja mesyuarat PAS Pusat pada 25 Ogos selesai, Ahmad Lutfi Othman menghantar mesej di faceebooknya yang menggambarkan seperti beliau mengetahui apa yang berlaku dalam mesyuarat itu.
“Malangnya, sejurus mengetahui keputusan mesyuarat sama semalam (dan saya sendiri tidak pasti apa keperluan mengadakan mesyuarat itu), kegelisahan dan ketakutan saya itu muncul semula, malah dalam skala lebih serius.
“Soalnya, salahkah (atau tidak beradabkah) kalau saya menzahirkan rasa gelisah dan takut itu?,” soalnya.
Ini membuka ruang kepada pengarang berita The Malaysian Insider, Amin Iskandar mendedahkan bahawa pada mesyuarat PAS pusat 25 Ogos itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah berdepan dengan penentangan ahli partinya sendiri berkaitan dengan isu Menteri Besar Selangor.
Mesyuarat 25 Ogos menyaksikan ketegangan berlaku di antara Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin dan Hadi berhubung usaha PAS menyokong Azmin untuk jawatan tertinggi negeri itu berbanding Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, lapor The Malaysian Insider
“Presiden tidak mahu Dr Wan Azizah, 13 Adun Selangor pula menolak Azmin, jadi hasilnya kita serahkan kepada Sultan untuk membuat pilihan,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
The Malaysian Insider meneruskan pendedahan mendakwa bahawa Hadi yang menawarkan kepada Azmin supaya menyertai PAS untuk bersama beberapa rakannya dan ADUN UMNO bagi membentuk kerajaan bersama di Selangor.
Presiden PAS menafikan laporan The Malaysian Insider itu, namun portal itu tetap mempertahankan kebenaran laporannya itu.
Presiden PAS Nafi Laporan The Malaysian Insider

Selepas The Malaysian Insider, semalam pengarang Malaysiakini, Abdul Rahim Sabri pula melakukan ‘serangan’ khusus terhadap Presiden PAS dalam laporannya :
8:31AM – 28 Aug 2014
Isu MB: Penolakan pada Hadi membara
Cadangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memilih Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai calon menteri besar Selangor jika dapat menarik beberapa lagi anggota PKR bekerjasama dengan Umno, menimbulkan keresahan anggota jawatankuasa (AJK) PAS.
Sekalipun pegawai kanan Hadi dan pemimpin PAS menafikan keras, ia tetap mengundang resah dan “penolakan dari dalam” kumpulan Erdogan, malah segelintir kumpulan pro-ulama yang “berang berbaur terkejut” dengan perkara itu.
Sumber-sumber PAS memberitahu Malaysiakini, mesyuarat AJK pusat Isnin lalu, ada pemimpin yang sudah malas ‘bergaduh’ dengan Hadi.
Malah ada juga yang ‘bersingsing lengan’ dengan presiden PAS itu dan ada juga yang mempertahankan keputusan 17 Ogos itu yang memilih Azmin di samping Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail.
Ekoran itu, pemimpin PAS dilihat dalam dilema – diluah mati emak, ditelan mati bapa – ekoran pendirian terbaru Hadi yang tidak selari dengan keputusan sebulat suara AJK Pusat PAS Ahad dua minggu lalu.
Ia sekaligus menambahkan parah krisis menteri besar Selangor.
Bagaimanapun penolakan itu, sumber-sumber parti memberitahu, tidak sampai ke tahap penolakan mutlak terhadapnya, termasuk dalam Muktamar PAS 2014 di Johor pada 18-20 September depan.
“PAS berada dalam keadaan dilema tetapi tidak sampai menolak Abdul Hadi (di muktamar). (Malah) ada pemimpin kanan PAS yang tak dipercayai oleh Abdul Hadi (ekoran penolakan itu).
“Mereka terkejut dan tidak setuju dengan dua perkara, bergabung dengan Umno dan mengajar parti rakan khianat (kepada Pakatan Rakyat),” kata sumber kepada dihubungi Malaysiakini semalam.
Sejarah 80-an berulang?
Mengimbau sejarah PAS lebih tiga dekad lalu, sumber-sumber berkata isyarat penolakan Hadi itu boleh berlaku sepertimana ketika Yang Dipertua PAS Datuk Asri Muda disingkirkan pada 1982 dan digantikan Yusof Rawa.
Sementara pada 1986 pula, Yusof pula diasak apabila idea penubuhan Majlis Perundingan Masyarakat Cina (CCC), sebuah badan bagi mempromosikan dasar PAS kepada bukan Islam, ditolak walaupun menjadi sebahagian daripada ucapan dasar yang dipertuanya.
“(Dengan kata lain, perwakilan ketika itu) menolak usul yang menjadi sebahagian daripada ucapan dasar, (dan ia) dianggap sebagai menolak presiden,” katanya.
Sumber-sumber lain yang dekat dengan PAS pula mempersoal perubahan sikap Hadi yang dikatakan tiba-tiba menjadi negatif dan kelihatan terlalu marahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat AJK PAS Pusat pada Isnin lalu.
Sumber itu tidak menolak kemungkinan wujudnya gerakan untuk menolak Hadi termasuk mencabarnya sebagai presiden pada pemilihan PAS tahun depan.
Antara alasan yang digunakan ekoran ekoran pendekatan “one man show” (bergerak sendiri) beliau dalam membuat keputusan politik.
Malah, kedua-dua kelompok dalam PAS – kumpulan Erdogan dan pro-ulama – kini dikatakan sama-sama cuba “membersihkan” satu sama lain.
“Presiden akan dicabar,” kata sumber kepada Malaysiakini.
Sementara itu, mengakui PAS berdepan dengan “situasi berkecamuk” berhubung kemelut ini, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengakui “PAS pernah mengalami situasi penolakan” terhadap ketuanya sebelum ini.
Salahuddin: Ribut mana tak berhenti
“(Tetapi) biarlah masa menentukan. Untuk berlaku adil terhadap presiden (Hadi), beliau boleh berhujah, memberi pandangan, menjawab persoalan secara terbuka sebagai ketua parti. Maka berlaku interaksi dua hala.
“Perwakilan (juga) akan memberikan penilaian yang jujur dan muktamar terbuka untuk bercakap. Muktamar satu lagi medan untuk perwakilan berucap mengenai harapan, sindiran atau kritikan,” katanya.
Beliau menjawab soalan sama ada cadangan bekerjasama dengan Umno yang dikemukakan Hadi itu boleh mencetuskan tanggapan buruk terhadap pemimpin nombor satu PAS itu, sekaligus menyebabkan beliau ditolak.
Salahuddin, bekas MP Kubang Kerian itu berkata, sebagai sebuah parti yang menjunjung demokrasi, PAS tidak mengongkong semua pihak dalam parti itu memberikan pandangan.
“Akhirnya satu keputusan dapat dicapai. Biarkan ia (krisis MB ) bergelora dan akhirnya berakhir dengan satu kematangan. Politik baru ini tidak boleh dielak. Ini yang anak muda mahu.
“Biarkan gelora itu berhenti (dengan sendirinya). Ribut mana yang tidak mahu berhenti,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...