Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, March 17, 2014

PRAYFORMH370 @ SABOTAJ SISTEM PESAWAT #MH370 ?

1. MiM ingin berkongsi dengan pembaca sekalian, satu video yang menerangkan jika berlaku sabotaj kepada sistem komunikasi pesawat MH 370.



2. Jika merujuk kepada video di bawah, terdapat tiga sistem navigasi yang berkemungkinan telah di sabotaj termasuk yang berada di bahagian bawah pesawat tersebut.
a. Transponder di kokpit pesawat MH 370. 
b. ACARS atau pun Aircraft Communications Addressing and Reporting System (Sistem Pengalamatan dan Pelaporan Komunikasi Pesawat, sistem pautan data digital untuk penghantaraan pesanan pendek dan agak mudah antara pesawat dengan stesen darat melalui radio atau satelit. 
c. Komunikasi satelit yang memerlukan seorang lagi individu yang perlu turun ke bahagian bawah pesawat di mana terletaknya sistem terakhir komunikasi pesawat.
3. Lihat video di bawah :
 
 
Malaysia's leader says communications systems on Flight 370 were cut off by "deliberate action." U.S. officials are investigating whether a third system, on the plane's lower deck, was also compromised. WSJ's Jason Bellini explains. 
 
4. Jika tidak terhempas dan kesemua sistem navigasi pesawat MH 370 masih terpadam serta tidak dapat lagi dikesan oleh radar dan satelit, apakah terdapat lebih daripada seorang yang terlibat di dalam pesawat MH 370?

5. Dan teori rampasan atau pun hijack pesawat sebesar Boeing 777-200 ER ini sudah tentu melibatkan lebih daripada satu orang.

6. Tetapi logiknya, setelah 8 hari, pesawat MH 370 itu mesti berhenti di lapangan terbang untuk mengisi minyak kerana jarak maksimum Boeing 777-200 ER hanya 7,725 batu nautika (14,305 km) manakala maksimum kapasiti minyaknya ialah 171,170 liter.


Jarak maksimum yang dicapai oleh MH 370

7. Sehingga kini, tiada laporan daripada mana-mana lapangan terbang utama dunia yang mengesahkan pesawat MH 370 mendarat dn berhenti atau pun mengisi minyak dan terbang semula.


Landasan kapal terbang dalam jangkauan MH 370. 
8. Dan untuk merancang komplot 'melenyapkan' pesawat besar MH 370 daripada dikesan oleh mana-mana radar dan satelit di dunia ini bukannya mudah dan rampasan atau hijack bukan sahaja melibatkan mereka yang berada di dalam pesawat tetapi lebih ramai individu, pihak atau organisasi di luar sana.

9. Sudah tentu terdapat pelbagai tohmahan, teori dan spekulasi yang timbul tetapi sistem navigasi dan radar Malaysia hanya merangkumi ruang angkasa negara kita sahaja dan sekarang, skop pencarian MH 370 tidak lagi di perairan negara tetapi di Teluk Bengal atau pun Lautan Hindi.


10. Kenyataan DS Najib Razak :
Military radar showed the jetliner flew in a westerly direction back over the Malaysian peninsula, Najib said. It is then believed to have either turned northwest toward the Bay of Bengal or southwest elsewhere in the Indian Ocean, he said.
11. Dan tidak logik jika pesawat MH 370 dapat dibawa ke utara merentasi tanah dan benua tanpa dikesan oleh radar-radar negara yang dilintasi.

12. Anda baca laporan ini :
It's more likely, officials suggest, that it crashed into the sea. There, the sheer expanse of water and an average depth of more than two miles make the task of tracking debris unimaginably difficult.
13. Oleh kerana skop operasi mencari dan menyelamat menjadi lebih luas, merumitkan dan mungkin mengambil masa yang lebih lama. 


14. Kita hanya mampu berdoa dan terus berdoa kepada Allah swt agar keluarga penumpang-penumpang MH 370 terus bersabar dan operasi mencari serta menyelamat dipermudahkan. 

15. Dalam masa yang sama, kita juga menyelar mana-mana pihak yang tidak sensitif dan cuba memperlekehkan operasi mencari dan menyelamat ini : BACA SINI 
 

2 comments:

  1. Kalau masih nak tuduh Kapten Zaharie, hanya kerana dia sokong Anwar, cuba pertimbangkan scenario ini:

    Kenapa semua akhbar Barat tidak melihat perkaitan di antara kehadiran 20 eksekutif utama Freescale Semiconductor dengan perampasan MH370?

    Bagaimana kalau Freescale telahpun menerima tuntutan daripada pihak perampas dan sedang melakukan rundingan secara bersendirian?

    Rasanya semua orang tahu 20 orang eksekutif tersebut (12 rakyat Malaysia, 8 rakyat China) adalah orang-orang yang terlibat secara khusus dalam projek yang 'highly sensitive' dan kita semua tahu, di zaman digital ni, computer chips yang digunakan dalam industry angkasa atau pertahanan adalah amat berharga.

    Kenapa hampir semua media Barat begitu cepat mengalihkan tuduhan kepada Zahari sedangkan hampir semua pakar penerbangan Malaysia mengatakan perampasan ini adalah sesuatu yang dirancang dengan cukup teliti dan tentunya bukan kerja SEORANG manusia.

    Menurut Datuk Moin Omar (bekas ahli MKN), sekiranya orang yang memandu MH370 ke destinasi rahsia itu HANYAlah seorang pencuri kapalterbang upahan atau pencuri yang terpaksa (akibat ahli keluarga diugut), maka peluang utk menemui penumpang akan lebih rumit sebab si pengupah sudah pasti telah mengalihkan kapal terbang atau penumpangnya ke destinasi lain yang can be anywhere.

    Satu hal yang rasanya MALAYSIA tidak tahu ialah, adakah yang diculik sebenarnya ialah pesawat atau penumpangnya.

    Kalau yang diculik ialah penumpang tertentu, maka pesawat MH370 sudah tentu telah disembunyikan dan penumpang telah dipindahkan.

    Saya amat berharap, ada sekumpulan rakyat Malaysia dengan kepakaran yang ada akan menyiasat sendiri perkara ini.

    Kehadiran wakil Amerika dalam International Crisis Management Team yang dibentuk dua hari yang lalu hanya mendedahkan kelemahan Negara kepada Singa yang sedang lapar.

    ReplyDelete
  2. Tanyalah juruterbang mana2 dalam dunia, pandai ke dorang nak matikan suis tu. Pandai ke dorang nak tahu, mana satu wayar ke signal, mana satu wayar ke controller, mana satu intercom, mana satu safety cabin apparatus? Kalau kat umah sendiri pun berpeluh nak cam wayar mana satu pergi ke soket mana satu? Inikan pula wayar berselirat dlm aircraft.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...