KOTA TINGGI 17 Jan. – Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya, Pang Ah Ngang, 72, dan Guru Besar, Chiew Swee Tuan hari ini meminta maaf secara terbuka kepada guru Cina mualaf yang diminta membuka tudungnya baru-baru ini.
Permohonan maaf itu dibuat di hadapan guru terbabit, Choi Yi Shan, 25, yang masih merahsiakan nama Islamnya di Dewan Terbuka Kampung Johor Lama, dekat sini.
Yang turut hadir, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kota Tinggi, Mohamad Fadil Ishak; Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman dan Penghulu Mukim Johor Lama, Mohd. Nazri Kasmin
Gampang aja......
ISU BUKA TUDUNG: Maaf Guru Besar SJK(Cina) Teluk Sengat, tidak cukup? KLIK baca ni!
Chiew Swee Tuan |
Permohonan maaf itu dibuat di hadapan guru terbabit, Choi Yi Shan, 25, yang masih merahsiakan nama Islamnya serta Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kota Tinggi, Mohamad Fadil Ishak; Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman dan Penghulu Mukim Johor Lama, Mohd. Nazri Kasmin di Dewan Terbuka Kampung Johor Lama, dekat sini.
Namun, tindakkan mengambil jalan penyelesaian dengan hanya memohon maaf masih tidak dapat diterima ramai pihak.
Terdahulu (KLIK) Ketua Pertubuhan Pemuda UMNO Negeri Johor turut mengeluarkan kenyataan, bahawa kes ini tidak boleh diselesaikan sekadar permohonan maaf dari pihak berkenaan kerana ia melibatkan keselamatan awam dan menyentuh senseviti agama Islam.
Sekaligus, membangkitkan kemarahan rakyat terutamanya penganut agama Islam di negeri Johor, sebelum ini.
"Kami juga mendesak Kementerian Pelajaran agar mengambil tindakan tegas terhadap Guru Besar sekolah tersebut, bersesuaian dengan peruntukan undang-undang sedia ada bagi memastikan kes seumpama ini tidak berulang lagi," tegas Hahasrin.
Pada kenyataan Pemuda UMNO Malaysia dalam satu sidang media (KLIK) Pengerusi Biro Pelajaran Pemuda UMNO Malaysia, Rafiq Naizamohideen turut mendesak agar Guru Besar sekolah terbabit dipecat kerana menurut beliau, Guru Besar tersebut telah gagal untuk memahami sensitiviti umat Islam negara ini
“Sebagai umat Islam kami rasa tercabar kerana kebelakangan ini, agama Islam sering diperkotak-katikkan"
Menurutnya lagi, penduduk Kampung Teluk Sengat, juga mula membuat demonstrasi selain menggantung kain rentang dan menampal puluhan poster bagi mencemuh tindakan Pang.
“Ini adalah satu isu yang serius kerana ia boleh mencetuskan ketegangan kaum seterusnya menjurus kepada rusuhan. Setakat ini kami tidak nampak respon daripada pihak kerajaan, seolah-olah isu ini tidak wujud,” kata beliau.
No comments:
Post a Comment