Hukum menyerupai Kaffir Kristian dan yang lain didalam adat kebudayaan dan amalan mereka.
Muslimin dan Muslimat sekelian,
Didalam kehidupan kita di Akhirul Zaman ini, masih ramai dikalangan umat Islam yang keliru tentang apa dia perbuatan menyerupai sesuatu kaum yang di larang Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan juga Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam?
Saban tahun di Malaysia ini dan juga di seluruh dunia, masih ramai dikalangan umat Islam yang cenderung untuk mengikuti cara cara orang2 kaffir Kristian merayakan Hari Krismas @ Hari Natal dimana orang2 kaffir Kristian percaya pada 25hb Disember adalah hari kelahiran Isa al Masih @ Jesus Christ yang mereka percaya dan sembah sebagai 'Anak Tuhan'! Na'uzubillahiminzalik!
Semalam, saya berkongsi di laman Facebook saya, sebuah paparan menunjukkan Dr.Zakir Abdul Karim Naik memperingatkan umat Islam agar tidak mengucapkan 'Merry Christmas' kepada kaffir penganut ajaran Kristian:
Didalam Surah Al Baqarah ayat ke 120, Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
Transliteration
Walan
tarda AAanka alyahoodu walaannasara hatta tattabiAAamillatahum qul inna
huda Allahi huwa alhudawala-ini ittabaAAta ahwaahum baAAda allathee
jaakamina alAAilmi ma laka mina Allahi min waliyyin walanaseer
Malay
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah
(kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah
petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak
hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan
kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari
Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada
mu.
Mengapakah masih ada
dikalangan umat Islam di Malaysia ini yang tidak faham faham akan maksud
larangan Allahu Rabbi didalam ayat Al-Quran di atas?Apakah Melayu mudah keliru?
Saya rasa memang begitu. Ini belum lagi mengambil kira akan bangsa bangsa lain seperti India Muslim, Pakistan, Bangladesh, Rohingya dan sebagainya yang cukup cenderung kepada perbuatan2 khurafat seperti percaya kepada kuasa tangkal, sihir dan sebagainya sehingga mereka sanggup bermati-matian mempertahankan amalan amalan syirik tersebut walaupun dinasihati agar menghentikan kerja2 gila begitu!
Gereja Kristian tidak pernah berhenti didalam usaha untuk memurtadkan Melayu. Ramai dikalangan orang2 Melayu memang ternyata rapuh didalam kefahaman keagamaan mereka.
Contoh risalah dakyah Kristian:
Zaman sekarang ada dikalangan orang2 Melayu turut sama dengan kaffir Kristian menyalakan lilin didalam perhimpunan2 awam membantah sesuatu:
Larangan mengucapkan 'Merry Christmas!', 'Selamat Hari Natal' dan sebagainya yang membawa pengertian bahawa si pengucap itu merestui kepercayaan bahawa perayaan orang orang kaffir Kristian itu adalah benar dan ia bersetuju dengan kaffir Kristian bahawa Nabi Isa ibni Maryam itu adalah 'Anak Tuhan' seperti apa yang mereka percaya!
Apa yang susah sangat nak faham tentang natijah pengucapan selamat seperti itu?
Bilamana seseorang Muslim itu mengucap selamat kepada orang orang kaffir merayakan sesuatu hari atau upacara yang menyembah sesuatu selain dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala yakni Tuhan Semesta Alam, maka si Muslim itu sudah jatuh sama kuffur terhadap Allahu Rabbul Alamin!
Dari Ibnu ‘Umar radhiyallahu 'anhuma berkata, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam telah bersabda:
عن ابن عمر - رضي الله عنهما - قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وعلى آله وسلم-: من تشبه بقوم فهو منهم أخرجه أبو داود وصححه ابن حبان.
“Dari Ibnu Umar Radhiallahu Anhu berkata, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam telah bersabda:"Barang siapa yang menyerupai suatu kaum maka dia termasuk bagian dari kaum tersebut”(HR. Abu Dawud dan disahihkan oleh Ibnu Hibban)
Apa masih tak faham?
Bilamana seseorang yang mengaku diri nya sebagai seorang Muslim dan
Mukmin, semberono pula boleh pergi mengikuti cara cara amalan orang
orang kaffir didalam adat kebudayaan serta amalan keagamaan mereka, maka
ianya telah tergolong didalam takrifan mereka yang di perkatakan Nabi
Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam didalam maksud hadis di atas!
Jika kita pergi ke mana mana pusat membeli belah di kota kota raya dan
bandar di negara kita, maka ada kemungkinan kita kan melihat orang2 muda
dan tua berbangsa Melayu yang turut memakai topi 'Santa Claus' @ watak
dongeng rekaan orang2 kaffir Kristian didalam musim perayaan Krismas
mereka.
Melayu2 seperti ini selalunya terdiri dari mereka yang jahil tentang
hukum hakam Agama Islam dan mereka mudah sahaja menyarungkan topi2
lambang Santa Claus tanpa sebarang rasa malu atau segan. Malah boleh
dikatakan bahawa mereka ini bangga tahap gaban dapat menyerupai orang2
kaffir Kristian tersebut. Didalam hati mungkin merasa bahawa tahap
sosial mereka sudah menjulang naik dengan berpakaian sedemikian rupa.
Sebenarnya mereka telah menjerumuskan diri mereka jatuh ke lembah kancah
kehinaan didalam ertikata sebenarnya kerana engkar terhadap larangan
Allahu Ta'ala dan bakal bersama sama dengan mereka yang akan di bakar
didalam gejolak bahang panas mendidih api Neraka Jahannam kelak
seandainya mereka tidak bertaubat dan berhenti dari perbuatan terlaknat
tersebut!
Susah untuk ditegur golongan yang sombong bodoh seperti ini.
Degilnya mereka tidak terperi. Sama sahaja dengan segelintir orang2
berketurunan Mamak, Bangla dan Pakistan yang percaya terhadap azimat,
tangkal, pelaris dan pendinding yang berasaskan kepada kepercayaan
terhadap sesuatu selain dari Allah, Tuhan Semesta Alam.
Kecelaruan Akidah ini bukan sahaja dilakukan oleh orang kebanyakan
tetapi juga oleh mereka yang berkuasa memerintah negara ini. Ketua
Negara turut melakukan Syirik terhadap Allahu Ta'ala bilamana ia
mengucapkan selamat kepada kaffirin didalam merayakan hari hari perayaan
keagamaan mereka.
Ini tidak tertakluk hanya kepada pihak Kerajaan BN sahaja tetapi turut
sama dilaksanakan oleh mereka yang dahulunya berikrar untuk menjadikan
Malaysia ini sebagai sebuah negara 'Islam'.
Tak semudah itu tuan tuan dan puan puan.
Nak dirikan sebuah negara Islam harus lah dimulakan dari peringkat dasar dahulu.
Kita ini hidup di negara asal Tanah Melayu. Berbudaya dan adat resam
Melayu. Namun dengan peredaran zaman, segala adat resam dan warisan
Melayu semakin lama semakin dilupakan orang2 Melayu itu sendiri.
Hidup orang2 Melayu di zaman dahulu berpasak kepada syariat Islam tetapi
lama kelamaan syariat Islam itu diabaikan mereka. Yang tinggal sekarang
adalah pelbagai macam golongan didalam masyarakat Melayu itu sendiri.
Ada yang terlalu taksub dengan usaha untuk meng'Arab'kan diri mereka
sehingga adat resam warisan keturunan Melayu mereka sendiri di anggap
tidak 'Islamik' dan mereka berbahasa 'Ana Ente' sesama mereka yang
berfikrah serupa.
Ada pula golongan yang terlalu cenderung kepada cara orang orang Barat
dan mereka malu serta segan untuk berbahasa dan berbudaya Melayu didala
kehidupan harian masing masing. Golongan ini seumpama umang umang yang
bercengkerang Barat tetapi berinti Melayu.
Segolongan pula muncul mahu mengembalikan zaman kegemilangan orang orang
Melayu tetapi hanya setakat berbusana Melayu tetapi tidak mempunyai
kuasa untuk merubah dasar atau ketentuan hidup orang2 Melayu secara
amnya.
Segalanya kembali semula kepada apa yang dilakukan 'Ulul 'Amri yang
terdiri dari orang2 Melayu tetapi sudah bercampur aduk adat resam dan
kebudayaan serta amalan2 agama mereka diantara yang hak mahupun yang
batil!
Dari pengamatan saya, kedua dua golongan politikus Melayu baik dari UMNO
dan Pakatan ada yang cirit mulut memperkatakan sesuatu berkaitan Islam
tanpa mengambil kira akan natijah pengucapan mereka:
Islam hanya pada nama dan berslogan retorika kosong belaka.
Kemana arah tuju orang2 Islam yang terdiri dari Melayu, Mamak, Bangla, Indon, Pakistan dsbnya didalam Malaysia ini?
Naik sesak dada memikirkannya....
Kembali semula kepada soal pokok tentang larangan pengucapan selamat
kepada orang2 kaffir didalam perayaan keagamaan mereka, larangan ini
adalah untuk menyelamatkan umat Islam dari jatuh syirik kuffur terhadap
Allah!
Hidup matinya kita harus didalam keadaan kita teguh beriman terhadap Allah dan tidak kepada sesuatu apa sahaja yang lain.
Segala kehidupan dunia ini hanya bersifat sementara dan hanya kepada Allah jua akan kita semua kembali.
Nyawa dan ruh kita ini adalah ehsan Allah semata mata. Tidak dari yang lain.
Baik ke buruknya kelakuan kita ini semua tertakluk kepada apa yang kita
lakukan selama hidup ini. Larangan mengucapkan selamat kepada mereka
yang kuffur terhadap Allah tidak bererti bahawa kita harus bersikap
buruk terhadap mereka.
Allah Subhanahu Wa Ta'ala memerintah kita untuk menyeru manusia ke jalan
Allah dengan penuh berhikmah dan bijaksana. Baik terhadap kaffir tidak
bermakna kita harus bersama dengan mereka didalam kuffur terhadap Tuhan
Manusia.
Hayati lah maksud sebenar maksud ayat ke 125, Surah An Nahl:
Transliteration
OdAAu
ila sabeeli rabbika bilhikmatiwalmawAAithati alhasanati
wajadilhumbillatee hiya ahsanu inna rabbaka huwa aAAlamubiman dalla AAan
sabeelihi wahuwa aAAlamu bilmuhtadeen
Sahih International
Invite
to the way of your Lord with wisdom and good instruction, and argue
with them in a way that is best. Indeed, your Lord is most knowing of
who has strayed from His way, and He is most knowing of who is [rightly]
guided.
Malay
Serulah
ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan
nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau
serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah
jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia
lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah
petunjuk.Surah Al Kafirun :
Transliteration
Qul ya ayyuha alkafiroon
Sahih International
Say, "O disbelievers,
Malay
Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
Transliteration
La aAAbudu ma taAAbudoon
Sahih International
I do not worship what you worship.
Malay
"Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
Transliteration
Wala antum AAabidoona maaAAbud
Sahih International
Nor are you worshippers of what I worship.
Malay
"Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
Transliteration
Wala ana AAabidun maAAabadtum
Sahih International
Nor will I be a worshipper of what you worship.
Malay
"Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
Transliteration
Wala antum AAabidoona maaAAbud
Sahih International
Nor will you be worshippers of what I worship.
Malay
"Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
Transliteration
Lakum deenukum waliya deen
Sahih International
For you is your religion, and for me is my religion."
Malay
"Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".
Ungkapan ungkapan syirik dan kufur, perlakuan perlakuan syirik dan kufur, bila yg alim yg mengatakan, yg alim yg melakukan mk kufur jadinya. Bila yg jahil mengatakannya, yg jahil melakukannya, mk fasik besar dan berdosa besar di atas perlakuannya dan juga di atas kejahilannya. Kufur tidaknya kita serah sahaja kpd Allah swt. Itulah yg jadi pegangan kita ASWAJA. Namun semuanya wajib bertaubat, kerana yg demikian itu, syirik dan kufur, tidak diampun kecuali dgn taubat nasuha. WaAllahu'alam.
ReplyDeletethanks ya infonya !!!
ReplyDeletewww.bisnistiket.co.id