Kenapa @Tantawi100 Menipu Dalam Debat??
Macamana seorang yang mengaku mempunyai pendidikan agama yang tinggi boleh menipu ketika berdebat?!! Inilah yang kami cuba sampaikan sejak dahulu lagi. PAS ini tidak lebih daripada parti banjingan DAP yang masih lagi tidak tahu malu mengaku sebagai pejuang Islam.
Kita semua boleh nilaikan sendiri, sudah berapa kali pemimpin PAS menjadi 'jurucakap' tidak rasmi kepada pemimpin DAP yang OKU apabila ditanya tentang negara Islam dan Hudud?!! Pernahkah anda terfikir mengapa Karpal, Lim Kit Siang atau Guan Eng sendiri tidak duduk bersama-sama Nik Aziz atau mana-mana pemimpin Pas yang lain dalam satu PC untuk mengumumkan perkara penting sepertimana yang Tantawi dakwakan?!!
Apa yang menyebabkan mereka terpaksa menipu rakyat dengan mendakwa Karapal dan DAP sebagai bersetuju dengan Islam dan Hudud mereka?!! Sebabnya mudah. Mereka ini semua terlalu takutkan kepada kehilangan pengaruh dan undi kafiruun lebih daripada Allah SWT sendiri! Sebab itulah perjuangan ke Putajaya lebih penting dan "mulia" kepada PAS berbanding perjuangan mempertahankan akidah ummah.
Maka terpaksalah warga emas OKU itu menegaskan kembali pendiriannya yang sentiasa konsisten sejak dahulu lagi:
"SELAGI KARPAL HIDUP, TIADA HUDUD DAN NEGARA ISLAM DI MALAYSIA!!!"
Sekarang kami cabar mana-mana pemimpin PAS untuk bidas balik kenyataan Karpal ini. Dan kalau anda jantan dan benar-benar memperjuangkan Islam, hentikan kerjasama dengan DAP selagi Karpal dan konco-konco musuh Islam dalam DAP terus-terusan menolak Islam dan Hudud. Ada berani?!!
Takut selepas ini menyorok dalam kain bini sahaja... -MYMASSA
Komen Abu Aqif: Patut la diaorang tak faham. Karpal cakap melayu pun berterabur. Lain kali periksa dulu sumber berita. Jangan main petik je. Lepas tu sebarkan dikhalayak ramai. Takkan semata-mata mahukan tepukan gemurah sanggup mengeluarkan fakta yang tidak betul. Ini bukan standart seorang ilmuan apatah lagi ilmuan itu dikenali sebagai ustaz. Jangan memburukkan lagi jenama USTAZ.
Sekarang kita sudah maklum yang Karpal Singh TIDAK akan terima NEGARA ISLAM apatah lagi HUDUD. Jadi, semua UPDATE maklumat masing² dan BERTINDAKLAH..!!
Jika dulu alasan mereka tinggalkan UMNO kerana tolak NEGARA ISLAM & HUDUD (padahal bukan sebegitu pun), sekarang bagaimana..? Bukankah sudah sampai masa mereka patut tinggalkan DAP..??
Jika dilihat artile NST yang baru jelas Karpal memperlekehkan Tantawi. Kita tidak boleh terima jika orang bukan Islam seperti Karpal memperlekehkan umat Islam seperti Tantawi. Biarpun kita tidak bersependapat dengan Tantawi dalam beberapa hal tetapi orang bukan Islam seperti Karpal tidak layak untuk memperlekehkan Tantawi.
Kita umat Islam mesti bersatu menentang dan menjatuhkan orang kafir seperti Karpal yang ANTI-ISLAM. Harga maruah seorang Islam adalah lebih tinggi dari permusuhan yang kita sedang hadapi. Jangan terkeliru antara politik dan agama yang mana kita tau ramai org PAS keliru dalam bab ni. Tak tahulah bila PAS nak sedar.. Apa yang kita oleh buat, teruskan memberi keterangan dengan sabar. Dan berdoalah..
PAS Minta Karpal Singh Hormati Dasar PAS
Sambil menegaskan bahawa PAS akan terus berjuang memartabatkan Islam, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebaliknya mahu Karpal 'tutup mulut' daripada memberi pandangan mengenai prinsip dan dasar parti itu.
Malah ahli politik veteran itu diminta melihat isu besar yang dipersetujui secara bersama dalam pakatan pembangkang demi matlamat politik masing-masing.
"PAS harap Karpal menghormati dasar dan perjuangan PAS yang sudah diketahui umum. Kita tidak akan sekali-kali berhenti daripada menegakkan Islam.
"Justeru Karpal seharusnya melihat perkara besar yang sudah dipersetujui dalam Pakatan Rakyat kerana itu adalah lebih utama," katanya kepada mStar Online di sini, Isnin.
Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Karpal yang meminta pemimpin PAS supaya tidak terus membangkitkan isu negara Islam yang boleh merencatkan kemaraan pakatan pembangkang ke Putrajaya.
Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, kepimpinan PAS perlu akur dengan Buku Jingga yang tidak memasukkan hudud sebagai satu agenda pemerintahan Malaysia dan manifesto dalam pilihan raya akan datang.
Sebelum ini Karpal menafikan dakwaan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi ketika berdebat dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU), Fathul Bari Mat bahawa beliau pernah membuat kenyataan bersedia untuk mempertimbangkan dasar PAS mahukan sebuah negara Islam sekali gus bertegas tidak akan bersetuju dengan pelaksanaannya.
Bagaimanapun Tuan Ibrahim mempertahankan kenyataan Nasrudin namun berharap ia tidak dijadikan polemik yang boleh merosakkan hubungan kedua-dua parti.
"Kita faham maksud dan situasi yang dibangkitkan Nasrudin ketika berdebat. Beliau hanya ungkapkan kembali pandangan Karpal mengenai hudud…namun pada hari ini pandangan itu sudah berbeza.
"PAS harap ia tidak dijadikan polemik kerana banyak isu lain yang lebih besar perlu diberi perhatian jika pembangkang mahu menuju ke Putrajaya," katanya -Mstar
No comments:
Post a Comment