Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Thursday, July 5, 2012

Dr. Muhammad 'Uthman - LGBT mengundang bala ALLAH



Muhammad Uthman El Muhammady
(dilahirkan di Kampong Telok, Panji, Kota Bharu, Kelantan Darulnaim pada 1 Februari 1943) adalah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1426 H pada 10 Februari 2005.[1]

Pada tahun 1963, beliau memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat B.A. dalam Pengajian Islam tahun 1966. Kemudian beliau menjadi tutor dan mendapat M.A. tahun 1969.
Beliau terus mengajar di Jabatan Pengajian Islam UM hingga ke tahun 1973 apabila beliau kembali ke Kelantan untuk menumpu masa sebagai seorang penulis dan pendakwah bebas hingga sekarang.
Pada tahun 1995, beliau dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D. Litt.) oleh Universiti Sains Malaysia (USM) kerana usaha-usaha dan penulisannya dalam pemikiran Islam dan dakwah.
Minat kajian beliau adalah di dalam:
Bidang ilmu-ilmu Islam dan falsafah Barat
Pemikiran semasa dan pandangan Islam tentangnya
Akidah Sunni, faham ilmunya dan pandangan hidupnya

Beliau banyak menumpukan masanya di dalam masyarakat setempat dengan melaksanakan pengajian kitab di masjid-masjid sekitar Pasir Mas dan Kota Bharu, Kelantan selain dari menunaikan jemputan ceramah di merata tempat.
Di antara penulisannya yang telah dihasilkan beliau ialah:
"Al-Quranul-Karim, terjemahan dan Huraian Maksud"-terjemahan dan huraian tambahan atas tafsir Inggeris oleh Abdullah Yusuf Ali, keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (5 jilid).
"Fathul Mu'in, terjemahan dan Huraian Maksud", terbitan Majlis Ugama Islam Negeri Kelantan, Kota Bharu, Kelantan.
"Peradaban dalam Islam" terbitan Pustaka Aman Press, Kota Bharu, edisi 1976 dan beberapa cetak-ulang.
"Memahami Islam" terbitan Pustaka Aman Press, Kota Bharu, Kelantan, 1977.
"Islam, Peribadi, Tarbiah dan Institusi" terbitan Majlis Ugama Islam Kelantan, 1987.
"Islam dan Kebudayaan" risalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berdasarkan kepada wacana tentang kebudayaan yang disampaikan pada tahun 1989 di Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...