POLIS MALAYSIA AKAN SIASAT |
Tiga diplomat akan disiasat
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkara tersebut
kini dalam pertimbangan Kementerian Luar dan sebaik sahaja fakta sebenar
mengenai penglibatan mereka diperoleh tindakan susulan akan diputuskan.
"Kita mahu pastikan kesahihan laporan sama ada mereka hadir sebagai
pemerhati atau terlibat dalam demonstrasi terlebih dahulu, kemudian baru
kita putuskan tindakan lanjut," katanya kepada pemberita di sini hari
ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pendirian kerajaan dan bila
bantahan rasmi berhubung penglibatan tiga diplomat Singapura yang
dilihat mencabul kedaulatan negara akan dibuat.
Hari ini Kedutaan Singapura dalam kenyataannya mendakwa kehadiran
ketiga-tiga diplomat tersebut dalam demonstrasi Bersih 3.0 adalah
berdasarkan kapasiti peribadi dan bukan arahan kerajaan Singapura.
3 NAMA DIPLOMAT SINGAPURA DIDEDAHKAN
DI SINGAPURA = MEREKA KURSUSKAN BELIA PAP HADAPI PRU13 MALAYSIA DI MALAYSIA = DIPLOMAT SINGAPURA SERTAI BERSIH 3.0 |
1. Regina LOW Kay Yin (regina_low@mfa.gov.sg), First Secretary (Political) yang turut memakai baju kuning BERSIH 3.0.
2. Philomena AW Li Fen (philomena_aw@mfa.gov.sg), First Secretary (Political).
3. Ariel Eunice TAN Hwi Tiang (ariel_tan@mfa.gov.sg), Deputy High Commissioner and Counsellor.
Kita meminta supaya pihak kerajaan memandang serius perkara ini dan memanggil Duta negara tersebut dan menghantar Nota Bantahan.Sebagai tiang penting dalam parti, Pergerakan Pemuda UMNO diharap turut menghantar surat bantahan dan membuat bantahan di hadapan Kedutaan Singapura. Campurtangan secara terang-terang yang dilakukan oleh para Diplomat mereka tidak boleh diterima. Para NGO seperti Perkasa, Pekida dan sebagainya perlu maju ke hadapan!
Dahulu kita ada Singa UMNO allahyarham Syed Albar yang amat menakutkan Lee Kuan Yew itu, dan juga allahyarham Datuk Harun Idris yang merimaskan Dap. Kini, walaupun Ketua Pergerakan Pemuda UMNO YB Datuk Khairy Jamaludin menggunakan pendekatan steady, smart dan bijaksana, namun bantahan perlu juga dibuat di Kedutaan Singapura.
Jika tiada sesiapa membuat bantahan, Singapura akan kata macam-macam. Singapura akan kata Polis Malaysia lembik, Undang-Undang Malaysia senang dilanggar, Lihatlah Slide Sukarelawan PAP di atas sedang mengkursus sukarelawan PAP untuk membantu DAP dalam PRU13 nanti! Ini gambar-gambar penting http://mymassa.blogspot.com/2012/06/wikileaks-gambar-persediaan-singapura.html
Isu keselamatan negara perlu tiada kompromi. Jika Diplomat-Diplomat itu melakukan perkara yang sama di Indonesia atau Thailand agaknya apakah nasib mereka itu?
No comments:
Post a Comment