Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dicabar berdebat dengan pakar-pakar sejarah negara jika benar beliau yakin tindakannya mengagungkan komunis dibuat berdasarkan fakta sebenar.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, tokoh sejarah seperti Datuk Prof Dr. Ramlah Adam dan Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim adalah calon yang paling sesuai untuk menjadi seteru debat Mohamad atau Mat Sabu.
"Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman telah menjelaskan dengan terperinci siapa sebenarnya Muhammad Indera (Mat Indera) yang diagung-agungkan oleh Mat Sabu. Mat Indera petualang negara dan bukannya pejuang.
"Tetapi kalau Mat Sabu masih merasa dia lebih hebat daripada pakar sejarah negara, eloklah dia berdebat dengan Dr. Ramlah dan Dr. Kay Kim. Kita tengok fakta siapa lebih tepat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Mat Sabu yang mahu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berdebat dengannya tetapi 'melarikan' diri apabila Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyatakan kesediaan untuk berdebat.
Sedangkan pelawaan debat antara Mat Sabu dan Khairy itu dibuat oleh Kerajaan Negeri Kelantan selepas perkara itu dicadang Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
No comments:
Post a Comment