Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, May 30, 2011

Harga tarif elektrik baru bermula 1 Jun ini,




Tidak dapat dinafikan kenaikan tarif elektrik bermula 1 Jun ini, menurut kerajaan :

Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini.

Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30.

Pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan akan tamat pada Disember 2011.


Kesan- kesan dari kenaikan tarif elektrik :

1.
7% kenaikan tariff letrik - berapa pula % kehilangan undi BN di sebabkan letrik naik?
Dalam situasi begini kerajaan BN harus bersedia penolakan rakyat semasa PRU13. Justeru itu, kerajaan mesti menjelaskan secara tersusun dan penuh strategi agar rakyat boleh menerima kenaikan tarif elektrik.

2.
Akan memberi kesan negatif kepada sektor perindustrian sekali gus menjejaskan daya saing negara.
kenaikan itu akan memberi kesan kepada industri pembuatan di negeri ini yang bergantung kepada penjanaan tenaga eletrik yang tinggi untuk menghasilkan produk masing-masing.kenaikan mendadak tujuh peratus bil elektrik bermakna kos menghasilkan barangan seperti peralatan elektrik akan meningkat di Malaysia berbanding negara lain. Kenaikan tarif elektrik akan menjadikan industri pembuatan yang banyak menggunakan tenaga elektrik ini menjadi kurang kompetitif atau hilang daya saing berbanding negara lain.

3. Harga barangan pasti naik atas alasan kenaikan kos.
Harga makanan dijangka meningkat seiring pengumuman kerajaan menaikkan tarif elektrik. Industri pengeluaran makanan juga menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik.Sebanyak 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna.

4. Tekanan hidup bagi rakyat berpendapatan rendah.
Kenaikan Tarif elektrik memberikan tekanan kepada kumpulan berpendapatan rendah walaupun jumlahnya mungkin kecil.Ia mungkin tidak signifikan namun ia menjadi perbelanjaan tambahan untuk golongan miskin dan perlu ditelan. Jika sekiranya mereka yang menggunakan bawah RM20.00 , akan percuma. Jika tarif elektrik naik maka akan naiklah penggunaan elektrik dan pembayaran bil elektrik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...