Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Tuesday, May 24, 2011

BENARKAH PERKARA INI : PENJELASAN AMAT DIPERLUKAN DARI FELDA

Penjelasan dan jawapan daripada kerajaan dan pengurusan FELDA tentang dakwaan ANAK di bawah ini. Sebagai sebahagian anggota /ahli FELDA , Wak Long juga ingin mengetahui kedudukan perkara yang sebenar. Jika ini satu penipuan oleh pihak ANAK , harap pengurusan FELDA ambil tindakan saman.


Felda pinjam KWSP RM6 bilion, ANAK tuntut penjelasan Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dituntut memberi penjelasan segera mengenai tindakan Felda memohon pinjaman RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Simpanan Pekerja (KWSP).
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mendedahkan bukti itu yang terkandung dalam minit mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Rancangan Felda Nitar 2, Mersing Johor.
“Sebelum ini Datuk Ahmad Maslan berkata Felda memiliki kewangan yang kukuh, jika betul apa tujuan pinjaman ini kerana bebanan akhir akan ditanggung peneroka,” katanya

Beliau turut mengedarkan bukti hitam putih itu kepada para wartawan ketika mengadakan sidang media di Pejabat Agung Pas, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur tengahari tadi.
Felda sebelum ini mengalami kemerosotan rizab tunai yang berkurangan dari RM4.08 bilion pada 2004 kepada RM1.35 bilion pada 2009.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mengakui bahawa jumlah rizab tunai Felda susut sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun ketika memberikan jawapan di Dewan Rakyat 16 Jun 2010

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...