LIVE: Perutusan Khas Covid-19 oleh PM Muhyiddin Yassin
Perintah kawalan pergerakan itu adalah seperti berikut:
1.
Melaksanakan larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai dalam
semua keadaan dan tempat di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan,
sukan, sosial dan budaya
2. Melaksanakan sekatan menyeluruh semua
perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Rakyat Malaysia yang baru
pulang dari luar negarea dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan
dikuarantin di rumah selama 14 hari.
3. Melaksanakan sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.
4. Melanjutkan tempoh cuti persekolahan ke atas semua sekolah di seluruh negara sehingga 31 Mac 2020.
5.
Menangguhkan sesi pengajian di semua institusi pendidikan tinggi (awam
dan swasta) di seluruh negara. Walau bagaimanapun IPT boleh melaksanakan
sesi pengajian secara atas talian.
6. Menggalakkan kerja dari
rumah bagi semua pejabat kerajaan dan swasta kecuali
perkhidmatan-perkhidmatan penting seperti kesihatan, farmasi,
keselamatan, perkhidmatan utiliti (air, tenaga dan komunikasi),
pengangkutan, perbankan/ kewangan dan peruncitan/ bekalan makanan.
8.
Premis tumpuan ramai seperti rumah ibadat, panggung wayang dan
pusat-pusat hiburan ditutup dan melaksanakan proses sanitasi dalam
tempoh tersebut.
9. Kemudahan pengangkutan awam termasuk
hab pengangkutan akan terus beroperasi. Semua operator digesa
melaksanakan proses sanitasi di fasiliti dan kenderaan masing-masing.