Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Tuesday, December 11, 2018

TH: Mujahid kata defisit, Azeez kata lebihan? Ini sebabnya

TH: Mujahid kata defisit, Azeez kata lebihan? Ini sebabnya

Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Bekas pengerusi Tabung Haji (TH) Abdul Azeez Abdul Rahim
mempertikaikan kenyataan menteri agama Mujahid Yusof yang menyebut badan
berkanun itu mengalami defisit RM4.1 bilion.
Mujahid, berdasarkan
laporan juruaudit bebas PriceWaterhouseCoopers (PWC), semalam berkata
TH mempunyai aset RM70.3 bilion dan liabiliti RM74.1 bilion, menjadikan
jumlah defisit RM4.1 bilion pada 2017.

Azeez bagaimanapun hari ini
memetik laporan sebuah lagi syarikat audit bebas Ernst & Young
(E&Y) yang dilantik pada era BN.

Katanya, aset TH sepatutnya
berjumlah RM74.7 bilion dan liabiliti RM74.4 bilion pada penghujung
tahun 2017. Justeru, kata Aziz, lebihan RM373 juta telah dicatatkan.

Bagaimanapun,
dari mana datangnya perbezaan lebih RM4 bilion antara kedua-dua laporan
ini? Perkara ini dijelaskan oleh semakan kedudukan kewangan oleh PWC
yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

Menurut PWC, semakan
itu mendapati terdapat kerugian RM4.258 bilion dalam bentuk ekuiti, yang
sebelum ini disembunyikan melalui perakaunan kreatif.

Manipulasi had ambang

Menurut
standard laporan kewangan, sesebuah syarikat harus mengisytiharkan
kerugian jika nilai saham yang dibeli jatuh 20 peratus berbanding kos
asal secara berterusan dalam tempoh sembilan hingga 12 bulan.

Bagaimanapun, menurut PWC, Tabung Haji menetapkan had ambang (threshold) 70 peratus untuk tempoh 24 bulan. Angka itu diubah dua kali pada 2017, kepada 85 dan 90 peratus.

PWC
berkata jika had ambang ditetapkan pada 70 peratus, TH patut
mengisytiharkan kerugian sebanyak RM1.313 billon. Jika pada 85 dan 90
peratus pula, kerugian patut diisytiharkan masing-masing sebanyak RM171
juta dan RM1 juta sahaja.

PWC berkata penyembunyian kerugian ini
bertujuan menunjukkan jumlah keuntungan yang cukup untuk membayar
dividen pada 2012. Akta Tabung Haji 1995 tidak membenarkan pengagihan
dividen ketika rugi.

PWC berkata jika standard biasa dipakai (had
ambang 20 peratus untuk tempoh 12 bulan), jumlah kerugian penuh ekuiti
adalah sebanyak RM4.258 bilion.

Selain menyembunyikan kerugian,
PWC juga mendapati TH menjual saham-sahamnya untuk melaporkan keuntungan
tetapi kemudian membeli semula dengan tambahan kos pembrokeran.

Anak syarikat TH pula dilapor mengisytiharkan dividen yang tinggi tetapi tidak membuat bayaran penuh.

Mujahid semalam berkata TH mengalami defisit sejak 2014 tetapi tidak menyebut isu perakaunan kreatif.

Azeez
hari ini berkata beliau terkejut dengan kenyataan Mujahid dan
menegaskan dia tidak melanggar sebarang akta atau melakukan sebarang
kesalahan.

“Menteri tidak mengambil kira laporan E&Y dalam
menilai nilai realis aset keseluruhan melibatkan anak syarikat, syarikat
bersekutu, syarikat usahasama dan hartanah.

“Apa yang diambil kira hanya laporan kewangan semata-mata," katanya pada sidang media di lobi parlimen.

Berikut petikan semakan semula kedudukan kewangan TH oleh PWC yang dibentangkan semalam:

Pembayaran dividen menggunakan deposit

Penyembunyian kerugian

Jual dan beli semula saham bagi menunjukkan keuntungan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...