Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, August 25, 2018

Dr M jawab spekulasi China tidak puas hati


 
Published on Aug 23, 2018

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab spekulasi bahawa pemimpin China tidak gembira dengan hasil dari lawatannya. 
 
Mahathir, dalam temubual pertamanya selepas kembali dari China semalam memberitahu Malaysiakini, beliau yakin pencapaiannya yang paling besar daripada lawatan lima hari ke China adalah meyakinkan Beijing bahawa Malaysia tidak bermusuhan dengan republik itu tetapi perlu membekukan projek-projek itu kerana kebimbangan kewangan yang tulen.
 
 "China memahami bahawa - tiada seorang pun daripada mereka berkata 'tidak' atau apa-apa (yang bermaksud) seperti itu. Saya menjelaskan kepada ketiga-tiga pemimpin - perdana menteri, ketua parti serta presiden.
 
 "Mereka tidak pernah menolak dan mengatakan bahawa ia tidak betul ... mereka semua mengakui bahawa kami mempunyai masalah kewangan yang hanya boleh diselesaikan dengan mengurangkan perbelanjaan," katanya. 
 
Mahathir juga menafikan dakwaan pengkritik yang mengatakan Beijing tidak berpuas hati dengannya. 
 
"Mereka tidak kelihatan tidak berpuas hati ... Saya diterima dengan baik oleh mereka dan kami mempunyai perbincangan yang sangat baik pada peringkat rasmi dan selanjutnya, saya makan tengah hari dengan perdana menteri dan makan malam dengan presiden. 
 
 "Ketika itu, hubungannya juga sangat mesra," katanya.

Bahagian yang sukar sekarang bergantung kepada jika pendirian kepimpinan China akan dapat diarahkan kepada birokratnya yang akan terlibat dengan Putrajaya yang akan merangka arah tuju seterusnya.

Sindiran pedas Dr M: 'Mari jadi petani, nelayan'


 
Published on Aug 24, 2018

Banyak pihak tidak bersetuju dengan cadangan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mewujudkan projek kereta nasional baru, termasuk anggota kabinetnya sendiri. 
Seperti selalu, beliau meluahkan kekecewaannya berhubung perkara itu secara sarkastik.

Kekecewaan sama terlihat sekali lagi dalam wawancara bersama Malaysiakini ketika ditanya tentang perkara itu.

"Jika anda mahu jadi negara petani, menanam padi dan menangkap ikan, okey, kita akan buat.
 "Tak perlu ada industri sebab industri adakalanya merugikan. Marilah kita jadi penanam padi dan nelayan. Itu saja yang kita mampu jadi.
 "Jika anda suka, dan jika itulah yang anda undi, baik, kita akan teruskan," katanya kepada Malaysiakini dalam wawancara di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, semalam.

Friday, August 24, 2018

Prk Seri Setia, Otai2 UMNO Beralih Memilih Pakatan Harapan


Apa Isu Nak Di Bawa PAS, UMNO Dalam Prk Dun Seri Setia??


UMNO Dan PAS Bersatu Menghadapi Pakatan Harapan


Zaharin Yasin Hentam PEDAS ''Najib BODOH!, PAS & UMNO Bersatu Kerana Lap...


ZAHARIN MOHD YASIN-PELUANG UNTUK UMNO BANGKIT KALAU ANWAR IBRAHIM GANTI ...


Najib senarai 5 'salah faham' tentang ECRL @ Pendedahan ini, mematangkan kami sebagai rakyat untuk PRU15. Sama ada DS Najib@UMNO/BN atau Pakatan Harapan diterima oleh rakyat.

Salah faham atau apa2 jua istilahnya. Rakyat Malaysia semakin bijak dgn olahan2 setiap projek UMNO/BN. sebagai pembayar cukai utk kelangsungan pembangunan negara, rakyat malaysia semakin faham ttg kelebihan dan kekurangan projek yg dilaksanakan. Pendedahan ini, mematangkan kami sebagai rakyat untuk PRU15. Sama ada DS Najib@UMNO/BN atau Pakatan Harapan diterima oleh rakyat.

Najib senarai 5 'salah faham' tentang ECRL: ULASAN | .... Salah faham 2: Kadar faedah dan pinjaman terlalu mahal.

Najib Razak  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
ULASAN | Saya berada di Pekan
semasa sambutan Hari Raya Haji semalam. Ramai rakyat di sana kecewa
apabila mengetahui projek ECRL dibatalkan kerana mereka sudah dapat
melihat manfaat ekonomi untuk mereka daripada projek ini.


Bagaimanapun, saya juga lihat ada rakyat Malaysia yang tidak
menyedari fakta sebenar projek ini dan dikelirukan oleh propaganda
mengenai projek ini. Saya akan huraikan salah faham ini:


Salah faham 1: Kosnya terlalu mahal dan BN mendapat imbuhan dari projek ini.


Ramai merasakan projek ini dengan kos RM55 bilion adalah melangkaui
harga dan mahal, di mana kos sebenar dikatakan hanyalah RM30 bilion
sebagaimana disebar Pakatan Harapan (HARAPAN) tanpa menjelaskan apakah
perinciannya.


Sebenarnya, angka RM30 bilion itu adalah kajian dibuat pada 2009 dan
hanya untuk jarak 545km sahaja. Ia kemudiannya dilanjutkan kepada 620km.


Jajarannya juga berubah untuk menjadi lebih efisien dan mengelak dari
pengambilan terlalu banyak tanah rakyat dan rumah mereka dan ia turut
memerlukan pembinaan terowong sepanjang 50km merentasi Banjaran
Titiwangsa.


Ia adalah fasa pertama projek ini dan telah menelan belanja RM46
bilion pada 2016 dan ia juga berikutan kesan daripada inflasi dan
ringgit yang lemah.





Jika projek ini dibina tujuh tahun selepas ini, ia akan menelan
belanja lebih tinggi. Contohnya, kos bagi projek PTMP Pulau Pinang
melonjak daripada RM27 bilion kepada RM50 bilion.


Satu keputusan juga dibuat untuk menyambung jajaran daripada Gombak
ke Pelabuhan Klang yang menjadikan keseluruhan landasan adalah 688km.


Jajaran landasan merentasi kawasan bandar yang padat adalah lebih
tinggi namun sambungan ke Pelabuhan Klang itu akan membuka jambatan
darat bagi pelabuhan dari Pantai Timur ke Pantai Barat semenanjung, yang
akan turut menjadi saingan dan pilihan lebih baik daripada pelabuhan
Singapura kerana tanpa rentasan ini, kapal memerlukan tambahan satu
setengah hari untuk berlayar melalui Singapura.


Ia adalah fasa kedua dan melibatkan kos RM9 bilion, menjadikan keseluruhan projek ini RM55 bilion pada 2016.


Salah faham 2: Kadar faedah dan pinjaman terlalu mahal.


Ini adalah tidak benar. Pinjaman 20 tahun daripada China adalah pada
kadar 3.25 peratus dan dilindungi daripada risiko perubahan kadar
tukaran matawang, tidak seperti yang berlaku kepada pinjaman dari Jepun
yang dibuat Mahathir di mana Malaysia membayar berganda apabila nilai
Yen naik. Terdapat juga tempoh tujuh tahun bagi permulaan pembayaran.
Pada kadar 3.25 peratus, ia adalah lebih rendah daripada kos bon jika
Malaysia melakukan pinjaman.


Salah faham 3: Kita tidak mampu dengan tiga projek ini.


Jika kita menggunakan angka RM81 bilion yang diberikan oleh Guan Eng
termasuk kos faedah serta tambahan RM9 bilion bagi dua projek paip gas,
keseluruhan kos adalah RM90 bilion.


Pinjaman bagi ketiga-tiga projek ini adalah bagi tempoh 20 tahun dan
tidak ada keperluan untuk membayar sekaligus. Maka, kita akan hanya
membayar RM4.5 bilion bagi tempoh 20 tahun termasuk tiada keperluan
membayar untuk 7 tahun pertama.


Bagaimanapun, Guan Eng pada masa sama turut menyatakan Malaysia akan
kehilangan hasil RM23 bilion berikutan perubahan sistem cukai dari GST
kepada SST.


Kehilangan hasil ini pasti akan bertambah berikutan peningkatan KDNK
Malaysia dan kutipan SST yang turut sama meningkat dengannya.


Jika kita kekal dengan hasil RM23 bilion sahaja setahun sekalipun,
Malaysia masih berupaya membayar pinjaman RM4.5 bilion setahun bagi
tempoh 20 tahun.


Salah faham 4: Pembayaran bertingkat adalah tidak adil serta berat sebelah.


Jika anda lihat kepada video bagi bahagian ECRL yang sudah siap
dibina, anda akan dapat melihat sebahagian besar yang sudah dilaksanakan
setakat ini bagi mewujudkan kawasan fabrikasi dan pusat operasi.


Ini adalah di mana kebanyakan kos dibelanjakan termasuk keperluan untuk membeli mesin pengorek terowong.


Sama seperti dua projek paip gas, kos permulaan dan rekabentuk bagi
projek mega adalah tinggi manakala perletakan landasan dan paip adalah
lebih mudah.





Kesemua tiga projek itu dianugerahkan kepada tiga syarikat milik
kerajaan China di mana syarikat terbabit juga adalah antara syarikat
terbesar di dunia. Pembayaran juga dibuat terus daripada Bank EXIM
China.


Risikonya lebih rendah terhadap syarikat terbabit untuk tidak
menyempurnakan projek ini atau sebarang pembayaran disalurkan ke tempat
lain melainkan anda menuduh kerajaan China terlibat dengan pengubahan
wang haram.


Salah faham 5: Projek ini tidak berdaya maju kerana pulangan daripada kargo dan penumpang tidak mencukupi.


Bagi soalan ini, Datuk Seri Wee Ka Siong sudahpun memberi penjelasan
dua hari lalu yang amat tepat dan saya petik semula apa yang dinyatakan
beliau:


"Hasil kepada kerajaan dan negara daripada projek infrastruktur
pengangkutan awam seperti ECRL bukan sahaja dikira dari pulangan terus
daripada penumpang atau jumlah trafik barangan sahaja tetapi daripada
faktor luaran dan limpahan ekonomi daripada projek berkenaan.


"Jika hanya dihitung daripada pulangan terus, maka tiada faedahnya
untuk membina lebuhraya bebas tol seperti projek Lebuhraya Pan Borneo
atau Lebuhraya Central Spine Road (CSR) memandangkan tiada pulangan
terus darinya.


"Hakikatnya, peluang pekerjaan, peluang ekonomi diwujudkan; pelbagai
industry akan berkembang dan nilai harga tanah akan turut meningkat di
sekitar stesen keretapi.


"Kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri akan menerima manfaat
daripada kutipan cukai yang meningkat daripada syarikat yang tumbuh
hasil limpahan ekonomi selain daripada pelbagai pembangunan dan harga
hartanah yang lebih tinggi.


"Kajian kebolehlaksanaan yang dibuat menunjukkan projek ECRL
menyumbang 4.6 peratus kepada pertumbuhan domestik dan 80,000 peluang
pekerjaan secara terus dan tidak langsung, terutama di negeri pantai
timur dan akan meningkatkan taraf pendapatan di sana serta mengurangkan
jurang pendapatan dengan penduduk pantai barat.


"Selain manfaat ekonomi, terdapat faedah lain seperti mengurangkan
penghijrahan ke bandar seperti ke Kuala Lumpur yang turut mengakibatkan
kesesakan; ia satu pengangkutan lebih selamat, selesa dan meningkatkan
produktiviti mereka yang melakukan perjalanan ke kampung; dan
mengurangkan pencemaran asap kereta.


"Berapa banyak nyawa telah terkorban daripada kemalangan jalanraya? Ini semua tidak boleh diukur oleh ekonomi dan kos.


"Manfaat ini adalah berkekalan dan bukan hanya untuk satu kali sahaja.


"ECRL sudahpun siap 20 peratus dan dengan pembatalan ini, ia bermakna
tiada lagi pertumbuhan ekonomi, tiada peluang pekerjaan dapat
diwujudkan, tiada limpahan ekonomi dan kesan gandaan yang bermanfaat
hasil daripada projek ini.


"Negeri di pantai timur tidak akan dapat melihat kemajuan dan akan terus ketinggalan berbanding negeri di pantai barat."


Bagi mendapatkan lebih maklumat bagi pulangan positif hasil daripada
projek ECRL ini, anda boleh membaca laporan analisa berikut:

http://www.midf.com.my/…/Speci…/ECRL-Report_MIDFR_180418.pdf


Saya tidak memberi komen terhadap kenyataan ‘Najib adalah bodoh’ atau tidak sebagaimana dikeluarkan Dr Mahathir di China.


Perjanjian projek-projek itu memang ada klausa penamatan (exit clauses).
Ini bukan macam perjanjian-perjanjian konsesi IPP ataupun tol jalan
raya dari zaman Dr Mahathir dulu di mana sehingga sekarang, kerajaan
HARAPAN tidak dapat memenuhi janji untuk mansuhkan tol.


Lebih baik untuk kerajaan HARAPAB mendedahkan kesemua perjanjian,
kajian kebolehlaksanaan dan kajian impak ekonomi serta analisa manfaat
kos, bagi melihat adakah baik atau sebaliknya untuk Malaysia meneruskan
ketiga-tiga projek ini atau membatalkannya. Ini membolehkan rakyat untuk
menilai sendiri.


Saya juga menggesa kerajaan untuk menjalankan RCI terhadap ketiga-tiga projek ini bagi menentukan sama ada terdapat salah laku.


Rakyat berhak mengetahui jika keputusan membatalkan itu dibuat atas
alasan yang munasabah serta kukuh dan tidak dibuat bersandarkan kepada
kemarahan terhadap kerajaan BN atau terhadap kerajaan China yang tidak
mahu tunduk dengan kemahuan HARAPAN.


Sehingga kesemua dokumen itu didedahkan, saya kecewa dan sedih bagi
penduduk pantai timur semenanjung kerana akan kehilangan pembangunan
pemangkin kemajuan negeri mereka dan peluang untuk mereka meningkatkan
taraf ekonomi sama seperti yang diperolehi penduduk di pantai barat.



DATUK SERI NAJIB RAZAK merupakan bekas perdana menteri dan anggota parlimen Pekan.


Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Thursday, August 23, 2018

Najib: Bukan sangat tsunami Melayu @ sama ada Melayu, Cina , India dan Kaum pribumi sabah dan sarawak telah menjadi satu gagasan yang unggul. Dgn kesepaduan unggul itulah maka tumbangnya UMNO/BN.



https://infogram.com/copy-umno-1h0r6rkpl8334ek
  

Apa jua alasan DS Najib tentang kekalahan UMNO/BN pd Pru14... yang pasti rakyat Malaysia tidak kira sama ada Melayu, Cina , India dan Kaum pribumi sabah dan sarawak telah menjadi satu gagasan yang unggul. Dgn kesepaduan unggul itulah maka tumbangnya UMNO/BN. Tak usahlah perbodohkan kami rakyat Malaysia dgn kata2 sombong dan bongkak. DS Najib harap buat semula kajian tentang sokongan org Melayu terhadap UMNO/BN. Sama ada tsunami Melayu atau bukan... rakyat melayu tidak takut utk mengubah kerajaan mulai PRU14.. 



Najib: Bukan sangat tsunami Melayu: Sebaliknya, menurut bekas PM itu, BN kalah kerana orang Melayu berpecah.

Diterbitkan  | 
Dikemaskini
  




Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menolak dakwaan bahawa
perubahan sokongan orang Melayu atau disebut sebagai “tsunami Melayu”
menjadi punca BN tumbang pada pilihan raya umum ke-14, baru-baru ini.

Sebaliknya, beliau berkata BN kalah kerana orang Melayu berpecah.

“Bukan sangat tsunami pengundi Melayu,... tetapi kerana undi orang
Melayu pecah dan itu menyebabkan sebuah parti kecil berjaya menguasai
kerajaan,” katanya kepada portal Free Malaysia Today dalam temu bual yang disiarkan hari ini.

Malaysia menyaksikan perubahan dalam kerajaan persekutuan buat kali
pertama pada pilihan raya 9 Mei lalu. BN tumbang apabila hanya menguasai
79 kerusi parlimen berbanding 133 sebelum ini.

Susulan kejayaan itu, pentadbiran baru Pakatan Harapan melantik Tun
Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri walaupun partinya, BERSATU
hanya memenangi 10 peratus daripada kerusi Parlimen.

Umno menguasai kira-kira 21 peratus daripada jumlah undi dan
memperoleh 24.32 peratus jumlah kerusi manakala PAS menguasai 16.6 undi
popular dan memperoleh 8.11 peratus kerusi.

Mengenai keputusannya untuk mendekati PAS, Najib berkata tindakan itu
adalah taktik politik yang mengambil kira peningkatan konservatisme
dalam kalangan orang Melayu di negara ini.

“Umno sebagai parti orang Melayu perlu bertindak sesuai dengan sifat spektrum politik yang dihadapinya,” katanya.

Walau bagaimanapun, katanya Umno semasa di bawah kepimpinannya kekal
sederhana maka mereka boleh memilih bila parti itu mahu mendekati PAS.

“Saya memimpin dan memandu Umno sebagai sebuah parti pertengahan, moderat dan progresif dengan dasar yang inovatif dan berani.

“Walau bagaimanapun, hubungan lebih rapat dengan PAS tidak akan
mengubah jati diri Umno sebagai sebuah parti moderat dan progresif,”
katanya.

Walaupun pemimpin Umno dan PAS sering muncul di pentas yang sama
sebelum PRU14, namun kedua-dua parti bertanding melawan satu sama lain
semasa pilihan raya lalu. Keputusan banyak memihak kepada Umno kecuali
di Terengganu dan Kelantan.

Wednesday, August 22, 2018

Merakam sejarah: Lagi projek sailang Mahathir

Merakam sejarah: Lagi projek sailang Mahathir: Apa tujuan saya jumpa Zahid Hamidi? Saya yakin ramai akan tanya.

Hishamuddin Rais  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini




   


Malam Rabu 9 Mei 2018 kerajaan baru Pakatan Harapan gagal ditubuhkan.
Dr Mahathir Muhamad gagal mengangkat sumpah di Istana Negara untuk
menjadi Perdana Menteri ke-7.


Satu surat - persetujuan - yang telah ditandatangani oleh empat
pemimpin HARAPAN (PKR, DAP, AMANAH, BERSATU) untuk menobatkan Mahathir
Muhamad sebagai Perdana Menteri baru telah disediakan.


Surat ini telah dibawa oleh Dr Wan Azizzh untuk dipersembahkan kepada
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. Tetapi pada malam Rabu 9 Mei
2018 surat ini tidak dibincangkan. Surat ini terbengkalai.


PKR - mengikut logik - telah mendapat kerusi terbanyak. Walhal kerusi
terbanyak ini adalah hasil daripada empat parti bersetuju untuk
menggunakan hanya satu logo - logo Parti Keadilan Rakyat.


Lalu timbul persoalan hakiki untuk kurun ini: Cadangan Wan Azizah untuk dijadikan perdana menteri lahir dari mana?


Siapa agaknya yang berjaya menyuntikkan idea Wan Azizah jadi perdana menteri ini?


Drama tambah gelap, gerun


Amat jelas di belakang semua ini adalah projek untuk menggagalkan
Mahathir daripada menjadi perdana menteri. Maka siapa agaknya di
belakang projek 'mengsailang' Mahathir ini?


Jeng jeng jeng. Drama bertambah gelap. Lagi takut lagi menggerunkan.


Ketika semua ini berlaku di Padang Timur - di hadapan Amcorp Mall -
rakyat makin melimpah berhimpun. Orang ramai makin gelisah menunggu
kerajaan baru ditubuhkan.


Dari dewan hotel di Petaling Jaya saya terus-menerus berhubung dengan
Jonah dan Kecik dua orang anak muda yang telah ditugaskan mememantau
dan memandu orang ramai di Padang Timur.


Permintaan daripada war room cukup senang - orang ramai wajib terus ditenteramkan. Huru-hara tidak dingini.


Kita tahu pasti ada hantu pontianak bersama dalam ribuan orang ramai
yang sedang berkumpul. Ejen provokasi yang diupah pasti ada bersama
berlegar di sana sini. Pengalaman telah menjadi guru dan mendewasakan
tindak-tanduk kami.


Arahan Mat Sabu


Jam telah melintasi dua pagi. Hari telah beralih. Kami difahamkan
esok akan diadakan sekali lagi pertemuan pemimpin Pakatan Harapan dengan
Agong.


Mat Sabu memberi arahan kepada saya agar mententeramkan warga yang
berhimpun di Padang Timur. Saya turun ke bawah hotel untuk ke Padang
Timur. Di ruang menyambut tamu dan di luar hotel ratusan warga sedang
menunggu. Keadaan berserabut.


Pengurus hotel berkenaan, seorang Mat Salih kelihatan gagal mengawal
keadaan. Suara dan permintaanya agar ruang lobi dikosongkan tidak
dipedulikan. Ruang lobi menjadi padat - berpusu-pusu.


Lalu saya meminta megafon dan bersuara meminta ‘kawan-kawan’ keluar
dari hotel dan menunggu di luar. Permintaan saya berjaya dilunaskan.


Dari hotel saya ke Padang Timur untuk memberi taklimat. Kepada yang
berhimpun saya memberi penerangan apa yang telah berlaku. Dan juga
mengumumkan bahawa esok pemimpin HARAPAN akan pergi sekali lagi menemui
Agong.


Saya tidak meminta mereka berundur. Saya tidak meminta orang ramai
beredar. Ini kerana saya tidak tahu apa lagi yang bakal berlaku.
Daripada pengalaman saya ombak orang ramai yang berhimpun di padang atau
di jalan raya jangan sesekali kali disuraikan.


Dalam fikrah - saya masih lagi bersiap sedia dengan politik jalan
raya. Dalam sekelip mata semua boleh berubah. Justeru saya wajib terus
bersedia. Semangat mahu melawan daripada orang ramai yang berhimpun
jangan dipatahkan.


Justeru untuk meredakan suasana saya telah mengumumkan Khamis dan
Jumaat sebagai hari cuti umum. Justeru orang ramai boleh terus bersadai
di Padang Timur. Pengumuman saya ini disambut oleh gelak ketawa.


Media sosial dengan pantas ketawa memperli dan bertanya - kuasa apa
yang ada pada Hishamuddin Rais untuk mengumumkan cuti. Tetapi saya tidak
ada pilihan. Hanya ‘cuti umum ‘ yang boleh mententeramakan orang ramai
yang berhimpun.


Dari Padang Timur saya berundur ke hotel tersebut. Jonah dan Kecik masih bertanggungjawab di Padang Timur.


Lewat jam tiga saya beredar dari hotel dan singgah sekali lagi ke Padang Timur. Saya perhatikan orang ramai telah mula beredar.


Esoknya, Khamis 10 Mei 2018 jam 11.00. Najib Razak membuat siaran
media. Najib muncul di radio dan televisyen untuk mengumumkan bahawa
tidak ada - saya ulangi TIDAK ADA - parti politik yang memiliki majoriti
untuk menubuhkan kerajaan. Semua terpulang kepada budi bicara Agong.


Saya dipanggil ke hotel di Petaling Jaya itu. Keadaan semakin tidak
menentu. Apa makna ucapan Najib? Berita angin mula tersebar bahawa Agong
akan menemui bual pemimpin Pakatan Harapan.


Menemu bual?


Apa sebabnya menemui bual ini? Saya menjadi hairan. Pemimpin Pakatan
Harapan bukan nak minta kerja. Atau nak minta lesen projek jual pasir ke
Singapura.


Dalam keadaan yang tidak menentu maka berita angin ini pantas tersebar untuk menjadi labon politik.


Telefon Zahid


Pada Khamis 10 Mei 2018 jam 5 petang rombongan pemimpin Pakatan Harapan sekali lagi - kali kedua - ke Istana Negara.


Saya telah menelefon Zahid Hamidi yang masih lagi menteri dalam negeri kerajaan penjaga (care taker goverment). Zahid Hamidi minta saya datang ke rumahnya di Putrajaya pada jam 5 petang.


Di Putrajaya saya lihat kawalan cukup ketat. Banyak jalan ditutup.
Polis di sana-sini. Banyak lorong dikawal. Arah ke rumah rasmi perdana
menteri tidak mungkin dilintasi. Ada jalan yang direntang kawat berduri.


Putar punya putar - bertanya di sana sini - akhirnya saya berjaya juga sampai ke rumah Zahid Hamidi.


Apa tujuan saya berjumpa Zahid Hamidi? Tujuan saya hanya satu untuk
meminta si Zahid ini agar tidak melakukan apa-apa rancangan dan tindakan
yang berpotensi membawa huru-hara.


Saya sedar bahawa Barisan Nasional telah kalah. Tetapi saya juga
sedar sebagai menteri dalam negeri kerajaan penjaga si Zahid ini masih
ada ‘garam’ untuk memberi arahan.


Saya yakin ramai akan bertanya bagaimana saya boleh menemui menteri dalam negeri ini?


Zahid kawan lama Universiti Malaya


Biar saya hitam putihkan sejarahnya di sini. Zahid ini ialah kawan
lama saya dari zaman Universiti Malaya. Dalam Majlis ke-17 Persatuan
Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) sesi 1974/75 - Hishamuddin Rais telah
dipilih untuk menjadi Presiden PMUM. Timbalan Presiden PMUM ialah Zahid
Hamidi.


Pada 3 Disember hingga 8 Disember 1974 - PMUM telah menjadi dalang
demo mahasiswa bersama pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia,
Institut Teknologi Mara dan Institut Teknologi Kebangsaan. Pelajar dan
mahasiswa turun berdemo menyokong kaum tani miskin dan penoreh getah di
Baling, Kedah.


Pada malam 8 Disember 1974 polis dan soldadu menyerbu kampus UM dan
UKM atas arahan perdana menteri Razak Hussein. Saya meninggalkan kampus
UM pada malam 8 Disember 1974. Jawatan Presiden PMUM Majis ke 17 diambil
alih oleh Zahid Hamidi.


PMUM kemudian diharamkan oleh Mahathir Mohamad yang ketika itu
menteri pelajaran. Perharaman ini disahkan melalui Akta Universiti Kolej
Universiti (AUKU) Pindaan 1974. Justeru hubungan Hishamuddin Rais
dengan Zahid Hamidi telah lama terjalin.


Ketika saya sampai ke rumah Zahid pihak polis masih lagi memberi
kawalan. Saya masuk ikut pintu belakang. Ini rumah kediaman rasmi
timbalan perdana menteri - luas dan lumayan.


Minta Najib letak jawatan


Seperti biasa Zahid menyambut kedatangan kami dengan ramah-mesra
walau pun kerajaan yang dipimpinnya telah kalah. Saya datang dengan dua
orang kawan dari generasi 1974 dan anak muda bernama Jonah.


"Shahrizat dan Khairy dah sampai awal tadi…." Ini pembukan ucapan politik daripada Zahid Hamidi.


"Mereka meminta aku memimpin... mereka nak Najib letak jawatan,"
Zahid terus bersurah. Tetiba Hamidah isteri Zahid sampai. Si Hamidah ini
melaungkan "reformasi" apabila dia terlihat kami. Kami sesama senyum
ketawa.


"Aku tak sampai hati nak beritahu Najib hal ini... bayangkan dah
lebih 30 tahun aku dengan dia... tapi esok hari jadi Umno... di PWTC
akan ada move." Zahid menerangkan lagi.


"Macam mana keadaan sekarang?"


Duduk di luar istana


"Sham… Agong tak akan terima Pakatan Harapan. Masuk istana pun belum
pasti… duduk di luar pintu istana." Zahid bercakap dengan penuh
keyakinan.


Ini menjadikan saya cuak. Apakah rombongan pemimpin Pakatan Harapan akan tersadai di pintu pagar Istana Negara?


"Jonah cuba telefon… betul ke?" Jonah menelefon kawan di hotel di Petaling Jaya untuk kepastian.


"Betul… delegasi masih di luar istana lagi," Jonah memberi jawapan
tuntas. Saya merasa ada sesuatu yang mencurigakan. Dalam hati saya terus
bertanya. Keadaan ini hasil daripada projek siapa?


Kemudian dari saku seluarnya Zahid Hamidi mengeluarkan sekeping kertas.


"Umno mendapat 54 kerusi, PKR 47 dan PAS dapat 18 kerusi, tidak ada
parti yang memiliki majoriti," bunyi suara Zahid ini sama seperti yang
telah diucapkan oleh Najib pada awal pagi tadi.


Malah ada bau-bau chempedak dengan bunyi titah di istana pada malam yang lalu.


Apa maksud kenyataan ini? Apa tujuan kenyataan ini. Pada hemat saya projek sailang Mahathir masih berjalan.


Minta warga bertenang


Tiba-tiba muncul di kaca televisyen ulangan kenyataan Ketua Polis Negara Fuzi Harun yang meminta semua warga bertenang.


Saya tersenyum kerana saya sedang melihat kenyataan daripada KPN ini
bersama Zahid Hamidi - menteri dalam negeri. Justeru niat saya telah pun
disampaikan oleh kenyataan Fauzi.


Zahid menarik tangan saya untuk keluar dari ruang tamu. Kami berdua duduk di dapur.


"Apa Najib akan lakukan? Najib akan panggil NSC ke? Malam itu Najib ada panggil?"


"Tak ada," Jawapan Zahib pendek. Kemudian dia menyambung lagi.


"Aku ada telefon bos."


Siapa bos ini? Tunggu minggu hadapan.



HISHAMUDDIN RAIS seorang aktivis politik, penulis dan pengarah filem.


Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi redaksi Malaysiakini.

Merakam sejarah: Projek sailang gagal @ “Bila Ali Hamsa muncul, rasa lega.”

Merakam sejarah: Projek sailang gagal: “Bila Ali Hamsa muncul, rasa lega.”

Hishamuddin Rais  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Khamis 10 Mei 2018, lewat jam 8 Malam di Istana Negara, Siti Hasmah memaut tangan Mahathir.


Mahathir dan Siti Hasmah bangun. Mereka telah menunggu berjam-jam untuk istiadat angkat sumpah.


Istiadat ini lambat. Ini dikatakan manifestasi projek mat songel yang
ingin menggagalkan sang suami dari menjadi perdana menteri.


Atau mat songel berniat ingin memberi malu kepada Mahathir Muhamad


Hakikatnya pada malam itu pemimpin Pakatan Harapan ditemu bual satu
persatu. Apa yang ingin ditemu dan apa yang ingin dibual hanya Guru
Nanak sahaja yang tahu.


Lim Guan Eng bergegas menyelamatkan keadaan. Lim tegak berdiri di
hadapan Mahathir meminta agar Mahathir tidak meninggalkan istana.
Bersabar menunggu kerana kita telah lama menunggu, katanya.


Bukan menunggu 4 jam ini sahaja, anak semua bangsa di Malaysia telah
menunggu selama 60 tahun untuk menghumbankan United Malays National
Organisation.


Semenjak malam 31 Ogos 1957, anak semua bangsa telah menyusun, telah
bergerak untuk menamatkan projek Inggeris yang telah menobatkan United
Malaya National Organsiation dengan kuasa.


Lim Guan Eng telah berjaya menggagalkan niat Siti Hasmah untuk
membawa suaminya keluar. Suasana menjadi tegang. Semua tertanya-tanya,
apakah akan berjaya istiadat angkat sumpah pada malam kedua ini. Atau
gagal sekali lagi.


Jam masih berjalan. Malam belum larut tapi pemimpin Pakatan Harapan telah hampir empat jam menunggu untuk mengangkat sumpah.


Tetiba masuk ketua setiausaha negara. Semua mata memerhati. Kelihatan telah ada pergerakan untuk memecah ketegangan.


“Bila Ali Hamsa muncul, rasa lega. Rasanya akan selesai,” Mat Sabu menerangkan.


Ketika menulis ini saya tidak tahu apa yang telah berlaku di belakang
tabir. Dari analisis dan pengalaman, saya yakin adinda dan kekanda
pasti telah berbincang sesama sendiri. Mustahil kekanda adinda tidak
berbincang untuk memahami keadaan politik pasca 9 Mei 2018.


Sayugia diingati ketika Mahathir dan pemimpin Pakatan dalam istana,
ribuan rakyat telah mula berkumpul di sekitar Istana Negara. Juga rakyat
sedang berkumpul di sekeliling hotel di PJ. Antara dua wilayah ini
jaraknya tidak berapa jauh. Orang ramai yang berada di jalan raya ini
dari pengalaman saya tidak susah untuk dihasut bergerak ke mana sahaja.


Saya juga telah diberi masa hingga ke jam 10.30 untuk menunggu apakah
arahan terakhir. Apa tindakan yang wajib dilakukan jika angkat sumpah
gagal sekali lagi.


Sebagai rakaman sejarah saya telah menghantar mesej kepada kawan saya seorang bekas wartawan NST. Dengan jelas saya menulis: “After 10.30 if nothing happen we will go to the street”.


Dengan cepat saya mendapat jawapan: “Don’t, Najib will declare emergency. You fall into their trap.”


Ketegangan


Saya merasa ketegangan. Dalam dewan di hotel di Petaling Jaya itu,
semua ternanti-nanti. Jika jalan raya sebagai harga yang wajib dibayar
untuk perubahan maka inilah harga yang wajib dibayar. Ini telah tersemat
dalam kepala saya.


Wajib saya tuliskan tentang sejarah sejarah Revolusi Bolshevik 1917
di Rusia. Czar dan Czarina - raja dan permaisuri - telah cuba menghalang
perjalanan ombak sejarah rakyat Rusia. Akhirnya Czar Nicholas anak
beranak telah ditembak mati. Ini keputusan revolusi rakyat Rusia, bukan
keputusan pilihan raya.


Saya yakin ada kekanda dan adinda yang faham akan sentimen pasca 9
Mei. Pasti ada adinda yang telah membaca sejarah Revolusi Bolshevik.
Atau tahu apa terjadi kepada raja dan sultan di Indonesia.


Atau terbaca apa yang terjadi kepada raj dan maharajah di India. Atau
pernah bermalam di Istana Maharaja Jaipur yang kini menjadi hotel
ternama dalam dunia.


Para maharaja ini dilupuskan ‘daulat’ mereka sesudah India merdeka
pada tahun 1947. Maka sang raja dan sang maharaja menjadikan istana
mereka sebagai hotel. Amin.


Di Tanah Melayu pasti adinda dan kakanda pernah terbaca kata-kata
akhir Raja Farouk ketika sampai ke Itali sesudah dihalau oleh Gamal
Abdel Naseer dari Kaherah pada 25 julai 1952.


“Akhirnya dalam dunia ini akan hanya tinggal lima raja. Raja England, Raja Kelawar, Raja Sepit, Raja Deman dan Raja Lekok.”


Kata-kata Raja Farouk ini tepat dan terbukti sahih.


Kaum feudal adalah saki baki sejarah. Kaum feudal ini adalah petanda
bukti kesahihan teori evolusi manusia. Manusia berkembang dari
terpencar-pencar hingga menjadi kumpulan. Dari mencari dan mengumpul
makanan manusia menjadi kaum tani - bersawah dan berternak.


Dari masyarakat tani ini muncul sosok yang gagah berani. Muncul sosok
yang memiliki keupayaan memimpin. Maka dari sini lahirkan pahlawan dan
raja. Maka dari sini muncul sistem feudal. Dari sini muncul mukim,
daerah dan negeri. Lalu dipimpin oleh sosok yang dipanggil raja atau
sultan.


Ada cerita dan kisah tentang daulat, atau asal-usul keturunan nabi,
atau anak tuhan, atau tugas menjaga agama, atau kebolehan menyumpah
‘orang biasa’ menjadi batu.


Pada tahun 2018 ini, tiada lagi cerita seperti ini.


Mitos ini sengaja disebarkan.


Jangan semberono menuduh Hishamuddin Rais sebagai anti-Sultan. Apa
yang saya tulis ini bersandar fakta dan bahan sejarah. Sila rujuk
Hikayat Abdullah. Sila baca bagaimana Pulau Temasik terjual. Bagaimana
Sultan Hussein telah diperangkap oleh tokan bernama Raffles. Akhirnya
Pulau Singapura terjual kepada Raffles pada 6 Februari 1819.


Rakaman sejarah Abdullah Munshi


Perkara ini telah dirakam sebagai bahan sejarah oleh Abdullah Munshi lebih seratus tahun dahulu.


Hanya kita yang gagal mengingati kembali kepada rakaman sejarah ini.
Sejarah yang gagal diingati atau kita gagal belajar dari sejarah maka
babak sejarah itu akan berulang.


Pada malam itu, setelah KSN masuk, aktiviti dalam istana makin
lancar. Kerusi mula disusun. Pemuka-pemuka masuk. Media yang selama ini
di luar kini rapat ke dalam. Upacara mengangkat sumpah akan berjalan.


Bersongkok dan berbaju Melayu hitam memperkukuhkan tradisi Melayu.
Mahathir, Muhyiddin, Mat Sabu memakai baju Melayu hitam. Dr Wan Azizah
juga memakai baju hitam. Lim Guan Eng berjaket hitam dan bersongkok
hitam. Mufti, para jemputan, wartawan dan jurugambar juga memakai baju
hitam. Yang tidak berbaju hitam hanya sang isteri dan pegawai tentera
darat dan laut.


Pada malam 10 Mei 2018, Mahathir mengangkat sumpah untuk tiga perkara:


  • Surat cara pelantikan
  • Angkat sumpah jawatan dan setia.
  • Sumpah simpan rahsia.
Semua dilakukan di hadapan Agong.


Di dewan hotel di Petaling Jaya, upacara angkat sumpah ini diikuti
melalui telefon bimbit. Di sana sini penyokong Pakatan dan para YB
berkumpul mengikuti apa yang sedang berjalan di Istana Negara.


Mahathir sebagai bakal perdana menteri ke-7 dalam parlimen ke-14
datang ke hadapan Agong. Mahathir hanya menundukkan kepala, berjabat
salam tapi tidak mencium tangan.


Perdana menteri kita menundukkan kepala sebagai tanda hormat kepada
raja dan itu telah mencukupi. Ini contoh terbaik penghormatan kita
sesama manusia. Kita sesama sedarjat sebagai umat manusia.


Pada Khamis malam 10 Mei 2018, semua kelihatan beres. Bila saya
diberitahu semua selesai saya pun menelefon semua geng dan jaringan
untuk ke hotel di Petaling Jaya. Pengurus hotel pula telah berbesar hati
menghadiahkan ‘supper’ kepada kerajaan baru. Kuih-muih, teh dan kopi sampai sekali lagi ke dalam dewan.


Semua menunggu delegasi dari istana. Satu sidang akhbar akan
diadakan. Dewan di hotel makin berasak-asak dengan kemasukan para
wartawan yang telah berjam-jam menunggu.


Sidang akhbar Mahathir Muhamad pertama sesudah dilantik sebagai
perdana menteri diadakan hampir jam 11 di hotel. Para pemimpin Pakatan
Harapan duduk sebaris dengan PM yang baru.


Dalam sidang akhbar ini Mahathir menerangkan kembali apa yang telah berlaku dan secara ringkas menerangkan rangka kerajaan baru.


Jelas projek sailang Mahathir telah gagal.


Mahathir kini telah mengangkat sumpah. Esok Jumaat 11 Mei 2018,
Majlis Presiden Pakatan Harapan akan bermesyuarat. Apa akan dibincang?


Jeng, jeng, jeng, jangan silap baca! Mat songel masih lagi merancang.
Mat songel terus berusaha. Masih ada lagi projek mat songel. Tak
percaya tunggu minggu hadapan.



HISHAMUDDIN RAIS seorang aktivis politik, penulis dan pengarah filem.


Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi redaksi Malaysiakini.


Lawatan China cuti makan angin? Penasihat media PM beri penjelasan @ merungkai isu-isu besar yang tercetus akibat sikap tidak berhemah dalam urusan kewangan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional pimpinan Najib.

Lawatan China cuti makan angin? Penasihat media PM beri penjelasan: ULASAN l Tidak mengapalah kalau China “marah” dan akan “bertindak balas” terhadap kita. Kita tidak mengundi pemimpin China.

A Kadir Jasin  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini

  •   
  •   
ULASAN l Kalau ada pihak,
khususnya di kalangan saki-baki peniup trumpet Datuk Seri Najib Razak,
yang menganggap lawatan rasmi Tun Dr Mahathir Mohamad ke China sebagai
cuti makan angin ternyatalah mereka silap besar.


Yang pasti lawatan perdana menteri ke negara gergasi itu bukanlah lawatan bermain golf, bersiar-siar atau membeli-belah.


Lawatan beliau adalah bagi merungkai isu-isu besar yang tercetus
akibat sikap tidak berhemah dalam urusan kewangan oleh kerajaan
Umno-Barisan Nasional pimpinan Najib.


Bukan mudah bagi Dr Mahathir, yang mengagumi dan mempertahankan China
di arena antarabangsa, menemui pemimpin-pemimpin tertinggi negara itu
bagi menyatakan khabar buruk.


Dalam lawatan tersebut beliau menemui dan berbincang dengan Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri, Li Keqiang.


Seperti kita semua ketahui, perdana menteri telah memaklumkan kepada
mereka mengenai ketidakupayaan Malaysia untuk meneruskan dua projek
besar yang dibiayai dan dilaksanakan oleh China, iaitu Landasan Kereta
Api Pantai Timur (ECRL) dan Saluran Gas Sabah.


Beliau memberitahu mereka bahawa kedudukan kewangan Malaysia tidak
memungkinkan dua projek itu diteruskan tanpa memburukkan lagi beban
terhadap rakyat.


Bagaimanapun, pihak berkepentingan atau yang menyokong kerajaan lama tetap berusaha memutarbelitkan fakta.


Baling batu


Portal berita Malaysiakini misalnya, dengan pantas menyiarkan sepucuk surat daripada
seorang penulis tanpa nama yang memperkenalkan dirinya sebagai
"concerned China-Malaysia observer", yang menyifatkan lawatan perdana
mnteri itu sebagai "diplomatic disaster" (malapetaka diplomatik).


Penulis yang membaling batu ke arah Dr Mahathir itu memberi amaran
bahawa rakyat jelata Malaysia patut berasa bimbang terhadap tindak balas
China.


Kita tidak tahu siapa sebenarnya penulis surat tersebut, tapi
daripada nada tulisannya seolah-olah beliau sangat pakar dalam hal ehwal
China sehingga berani menggambarkan negara tersebut sebagai pendendam.


Penulis tanpa nama itu berkata lagi, tidak ada pelaburan baru yang
besar yang diumumkan hasil lawatan tersebut sebaliknya ia sekadar
meneruskan apa yang kerajaan Najib telah lakukan.


Hakikat bahawa kerajaan baru Pakatan Harapan membatalkan projek hutang era Najib tidak pula diketengahkan.


Penulis tersebut juga seolah-olah dapat membaca isi hati pembesar
China, khususnya Perdana Menteri Li Keqiang, apabila beliau berkata Li
tidak menjawab kenyataan Tun Dr Mahathir mengenai negara kaya tidak
sepatutnya menakluki negara lain.


Dia berkata, sidang akhbar bersama Dr Mahathir-Li berhenti secara
mengejut dengan Li menjabat tangan Dr Mahathir sambil memberikan
senyuman paksa.


Jelaslah masih ada pihak di Malaysia yang berfikir seperti zaman
Najib di mana pemimpin Malaysia senyum simpul sambil berpelukan dengan
pemimpin asing tetapi melakukan perkara yang merugikan negara.


Tidak mengapalah kalau China “marah” dan akan “bertindak balas”
terhadap kita. Kita tidak mengundi pemimpin China. Kita mengundi
pemimpin kita.


Adalah kewajipan pemimpin yang kita pilih menjaga kebajikan kita dan mempertahankan kedaulatan negara kita.


Apa yang pemimpin China hendak lakukan, itu adalah hak dan budi bicara mereka.


Tetapi saya yakin China tidak akan sewenang-wenangnya mengorbankan
perhubungan yang dijalin oleh Almarhum Tun Abdul Razak 44 tahun lalu
semata-mata kerana sayangkan anak beliau.



DATUK A KADIR JASIN adalah Penasihat Media dan
Komunikasi di Jabatan Perdana Menteri. Beliau adalah bekas ketua
pengarang Kumpulan New Straits Times Press (M) Bhd dan kini bergiat
dalam BERSATU sebagai pimpinan pusat parti itu.


Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Dr M: Apa jenis kebodohan ini! @ negara ini tidak pernah menyaksikan kebodohan sebegini dalam merundingkan hal kontrak.


Dr M: Apa jenis kebodohan ini

2018-08-21 18:13:41

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir tanpa berselindung mengkritik pentadbiran terdahulu pimpinan Datuk Seri Najib Razak mengenai rundingan projek mega dengan syarikat China.

Menurut Dr Mahathir, negara ini tidak pernah menyaksikan kebodohan sebegini dalam merundingkan hal kontrak.

"Kebodohan sebegini tak pernah dilihat dlaam sejarah Malaysia," katanya.

Mahathir bercakap pada sidang akhbar di Beijing. Beliau dalam rangka lawatan rasmi ke China bagi merundingkan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan dua projek saluran paip gas oleh Suria Strategic Energy Resources (SSER).

Beliau berkata jumlah pampasan projek ECRL dan SSER masih belum diputuskan lagi tetapi menjangkakannya sebagai “quite substantial” (agak banyak).

"Kami perlu mencari jalan untuk keluar daripada projek ini (ECRL) dan sebolehnya pada kos yang paling sedikit dan kami perlu membayar pampasan.

"Tetapi ini kebodohan orang kita sendiri. Kita tidak boleh salahkan China untuk hal ini," katanya lagi.

Mahathir selanjutnya menempelak Najib kerana bersetuju menandatangani kontrak seperti SSER, yang mana wang dibayar berdasarkan tempoh masa dan bukan perkembangan kemajuan kerja-kerja penyiapan projek.

"Saya tidak pernah mendengar kontrak yang mana kamu membayar pada masanya tanpa kerja-kerja disiapkan. Selalunya, kami membayar berdasarkan kerja-kerja yang telah dibuat. Kebebalan apakah ini?" Soal beliau.

Sebelum ini, China menyatakan minat terhadap projek Kereta Api Laju Singapura- Kuala Lumpur (HSR) tetapi Putrajaya juga sedang mengkaji untuk menangguhkan projek berkenaan.

Read more at https://www.kinitv.com/video/64914O74#kzQLKKXUPL9eAJ7T.99

 

Monday, August 20, 2018

Senator BN: K'jaan perlu tubuhkan jawatankuasa bebas pantau SST @ Terima kasih Para Senator UMNO/BN Memahami Keeganan Rakyat Kpd GST.

Terima kasih para senator UMNO/BN yg meluluskan SST di dewan negara. GST dimasuhkan kini. Rakyat kebanyakkan mengucapkan jutaan terima kasih. Semoga SST membawa kegemilangan negara sebelum GST diperkenalkan.

Senator BN: K'jaan perlu tubuhkan jawatankuasa bebas pantau SST: Ia perlu disebabkan kebimbangan kurangnya ketelusan dalam pelaksanaan sistem SST berbanding GST.

Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 

Kerajaan perlu menubuhkan sebuah jawatankuasa bebas untuk memantau
kutipan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diperkenalkan semula
bagi menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kata seorang
senator BN hari ini.


Bercakap pada sidang akhbar di Parlimen, Khairul Azwan Harun berkata
mekanisme pemantauan adalah perlu memandangkan terdapat kebimbangan yang
timbul disebabkan kurangnya ketelusan dalam pelaksanaan sistem SST
berbanding GST.


"Kita sedia maklum soal kutipan cukai melibatkan beberapa agensi
termasuk LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri ) dan juga Jabatan Kastam
Diraja Malaysia.


"Walaupun ia berada di bawah satu bumbung iaitu Kementerian Kewangan,
tetapi ia diketuai oleh penguatkuasa yang berbeza. Maka proses
pengharmonian antara agensi ini adalah perkara penting yang perlu diberi
perhatian oleh Menteri Kewangan dan kerajaan," katanya.


Beliau berkata demikian selepas Dewan Negara yang dikuasai BN,
meluluskan Rang Undang-Undang Jualan 2018 melalui undian suara bagi
membolehkan SST dilaksanakan pada 1 Sept.


Khairul menambah beliau juga telah mengemukakan cadangan semasa perbahasan awal berhubung RUU itu di Dewan Negara.


Mengulas lanjut, beliau berkata antara kebimbangan yang timbul
termasuk pengurangan bilangan syarikat yang didaftarkan di bawah rejim
GST berbanding dengan SST.


"Saya risau bila kita kehilangan banyak syarikat yang telah berdaftar
sebelum ini dalam GST, lebih 450,000. Hari ini saya difahamkan dalam
sistem SST ini hanya sekitar 77,000 setakat in (berdaftar). Maka saya
fikir dalam soal penguatkuasaan ini mungkin wujud sikap pilih kasih atau
preference.


"Maka mesti ada satu jawatankuasa bebas untuk memastikan hal seumpama ini boleh dielakkan," katanya.


Khairul berkata kurangnya ketelusan di bawah sistem SST akan mencipta
'pasaran gelap' yang didorong oleh urus niaga yang tidak direkodkan.


"Saya sudah maklumkan isu transfer pricing di antara syarikat-syarikat yang dikuasai oleh pemilik yang sama, diwujudkan semata-mata untuk mengadakan urusan transfer pricing agar satu syarikat yang untung lebih, tetapi yang membayar cukainya mungkin syarikat yang untung sedikit," katanya.


Khairul berkata isu lain yang dikemukakannya termasuk kesan cukai berganda.


"Ini semua harus ditangani oleh kerajaan tetapi tidak boleh
diserahkan sepenuhnya kepada agensi-agensi yang berkenaan. Perlu ada
satu jawatankuasa bebas," katanya.


Senator Tak Puas Hati Jawapan Lim Guan Akhirnya Ditenangkan Oleh Pengerusi


 

Ini Jawapan PEDAS Lim Guan Eng Pada Senator ''Tiada Yang Sempurna, Hanya...


 
Ini Jawapan PEDAS Lim Guan Eng Pada Senator ''Tiada Yang Sempur, Hanya Tuhan Yang Sempurna'' isu GST dan SST

SST lulus di Dewan Negara biarpun dikuasai BN @ Kami rakyat kebanyakkan mengucapkan jutaan terima kasih krn memahami kehendak rakyat


 

Biarpun dikuasai BN, Dewan Negara luluskan SST

Kow Gah Chie  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Dewan Negara yang masih dikawal BN hari ini meluluskan Rang
Undang-undang Jualan 2018, salah satu dari lima rang undang-undang, bagi
membolehkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dikembalikan.


RUU itu lulus dengan undian suara. Bagaimanapun masih tidak jelas sama ada senator BN menyokongnya.


Anggota Dewan Rakyat daripada BN telah mengundi menolak SST dalam sidang yang berakhir 16 Ogos lalu.


Seramai 32 senator mewakili BN manakala PAS pula tiga orang daripada keseluruhan 55 anggota Dewan Negara.


Empat lagi RUU yang akan dibentangkan kerajaan hari ini adalah RUU
Cukai Perkhidmatan 2018, RUU Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)
(Pemansuhan) 2018, RUU Kastam 2018 dan RUU Zon Bebas (Pindaan) 2018.


Kerajaan baru Pakatan Harapan merancangkan memperkenalkan semula SST bermula 1 September depan bagi menggantikan GST.


Sunday, August 19, 2018

Mula-mula nak tolong bela Umno. @ Mohd Radzi diberi tugas yang besar, iaitu menjadi timbalan menteri hal ehwal ekonomi, iaitu sebuah kementerian yang baru diwujudkan.

Mula-mula nak tolong bela Umno...: WAWANCARA | Gejolak di hatinya memanggilnya pulang ke tanah air mendalami isu 1MDB.

Shakira Buang  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
WAWANCARA | Umum mengetahui
Pakatan Harapan (HARAPAN) membuka lembaran baru bagi Malaysia apabila
diberi mandat untuk menjadi kerajaan pada tanggal 9 Mei lalu.


Sehari kemudian Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah selaku perdana menteri.


Kejayaan HARAPAN pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 itu sekali gus menamatkan tempoh pemerintahan Umno-BN sejak lebih 60 tahun.


Menyusul selepas itu ialah pelantikan anggota kabinet dan timbalan
masing-masing. Di kalangan tokoh yang dilantik, ada antaranya kurang
dikenali.


Malaysiakini berpeluang mendekati salah seorang daripada
tokoh yang diberi kepercayaan menjadi sebahagian daripada anggota
kerajaan, iaitu Mohd Radzi Md Jidin.


Nama ahli politik dari Kelantan itu bukanlah lazim seperti tokoh
sedia ada. Namun Mohd Radzi diberi tugas yang besar, iaitu menjadi
timbalan menteri hal ehwal ekonomi, iaitu sebuah kementerian yang baru
diwujudkan.


Dalam temu bual di parlimen baru-baru ini, Mohd Radzi mengakui dia tidak dikenali ramai berbanding tokoh HARAPAN dari Kelantan.


Bahkan beliau langsung tidak berpengalaman dalam politik kerana
terlalu asyik dengan dunianya sendiri kerana menetap lebih 20 tahun di
Hobart, Australia.


Pulang ke Malaysia


Nikmat yang diperolehi daripada ketenangan serta pemandangan
gunung-ganang di Hobart membuat Mohd Radzi kurang memikirkan hasrat
kembali ke Malaysia.


Namun, ada satu perkara yang mencetuskan gejolak di hatinya dan
tiba-tiba terpanggil untuk pulang ke tanah air, iaitu apabila beliau
mendalami isu 1MDB.


Pada asalnya, Mohd Radzi, 41, hanya mahu membantu Umno menyelesaikan isu tersebut.


“Isu 1MDB yang buat saya masuk politik, sebab perkara itu bidang
saya, dan saya buat banyak penyelidikan, baca beribu-ribu muka surat
untuk memahaminya.


“Apabila timbul isu 1MDB, tidak ramai anggota Umno yang bercakap dan mempertahankannya.


"Sebagai orang yang tahu sedikit sebanyak bidang akaun dan audit,
saya kata kepada diri sendiri: saya kena belajar isu ini supaya saya
dapat pertahankan Umno," katanya.


Namun beliau tidak menyangka perkara yang sebaliknya berlaku apabila
banyak "kemungkaran" yang muncul. Dan ia berlaku tanpa dirancang


"Lebih banyak kita baca, lebih banyak kita nampak kemungkaran yang berlaku.


"Ianya mengambil masa yang lama dan isu 1MDB ini, orang masih tidak peduli,” kata Mohd Radzi.


Pensyarah dan pakar perunding di Universiti of Tasmania di Hobart itu
berkata beliau pernah membangkitkan isu 1MDB kepada pemimpin utama
Umno.


Namun katanya beliau kecewa kerana segala maklumat hasil penyelidikannya itu disia-siakan pemimpin Umno.


Mohd Radzi juga mendakwa beliau pernah menyarankan supaya Datuk Seri
Najib Razak melepaskan jawatannya sebagai pemimpin parti dan kerajaan.


Sebaliknya, kata pemegang ijazah doktor falsafah dari Australian National University itu dituduh tidak menghormati pemimpin.


“Umno kata 1MDB bukan isu, rakyat tak kena tempias... tapi hakikatnya hari ini kita nampak (apa kesannya).


"Saya sudah sebut banyak kali bahawa hutang ini akan mencengkam rakyat.


“Dari dulu saya tanya (kepada Umno), apa hasil daripada 1MDB? Ada hutang berpuluh bilion tapi apa hasilnya kepada negara?


"Nak siasat tak sukar, sebab ia berlaku dalam sistem perbankan. Kita
boleh jejak transaksi yang dilakukan dan kita boleh tahu masuk akaun
siapa,” kata Radzi yang juga bekas pemimpin kelab penyokong Umno luar
negara.


Pengalaman jadi timbalan menteri


Dalam temubual selama 30 minit itu, Radzi turut berkongsikan
pengalamannya sewaktu pertama kali memegang jawatan timbalan menteri.


Ujar anak jati Ketereh, Kelantan itu agak sukar bagi seorang
pensyarah yang banyak bermain dengan nombor dan kira-kira untuk memahami
selok-belok pentadbiran, namun, katanya berbidalan, alah bisa tegal
biasa.


Tanggungjawab yang diamanahkan akan ditunaikan sebaik mungkin demi menyelamatkan Malaysia.


“Tun Dr Mahathir buat panggilan kepada saya pada 4 Syawal. Itulah bermulanya satu lagi sejarah dalam hidup saya.


"Perdana Menteri telefon saya melalui pejabat beliau. Saya amat terkejut.


“Sebagai seorang yang baru dalam politik secara langsung dan dilantik
ke kementerian yang agak kanan dan banyak perkara yang perlu diambil
kira, adalah satu pembelajaran yang agak sukar bagi saya.


“Kena belajar banyak lagi dalam masa yang singkat. Saya dilantik
sebagai senator dan timbalan menteri hampir sebulan, dan nak selesaikan
urusan pejabat dan dilantik semasa parlimen bersidang, maka saya kena
kemas kini dengan isu dan soalan dalam masa yang singkat adalah satu
cabaran.


“Agak besar bagi saya bila bercakap tentang Felda, ekonomi negara, dan ia singkat untuk saya fahami segala itu.


"Tapi saya yakin dengan sokongan daripada semua pihak ia boleh dilaksanakan," katanya.


Peguam: Jho Low putar belit, tiada bantahan rasmi AS isu Equanimity

Peguam: Jho Low putar belit, tiada bantahan rasmi AS isu Equanimity: Susulan dakwaan Jho Low sebelum ini bahawa AS tak bersetuju Equanimity diserahkan kepada Malaysia.

Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Tiada pihak berkuasa AS yang membuat bantahan rasmi berhubung
pemyerahan kapal layar mewah Equanimity kepada Malaysia pada 6 Ogos
lalu, kata peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla.


Menurut Haniff, tiada bantahan yang dilaporkan oleh kerajaan AS,
Jabatan Kehakiman AS (DOJ) atau Keduataan AS terhadap kerajaan Malaysia,
Indonesia, mahu pun Mahkamah California.


Merujuk dokumen yang diserahkan DOJ kepada mahkamah Calofirnia
semalam, beliau mendakwa ia merupakan bukti bahawa AS tidak mempunyai
bantahan terhadap tindakan Indonesia menyerahkan Equanimity kepada
Malaysia dan bukannya AS.


Beliau juga mendakwa Low Taek Jho atau Jho Low membuat kenyataan
palsu dan mengelirukan apabila mendakwa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad menipu.


"Jho Low adalah dengan tegas disarankan untuk diam membisu dan
cubalah sembunyikan diri beliau setakat mana dia mampu, sehinggalah
tangan penguatkuasaan perundangan memberkasnya kelak, daripada
menambahkan lagi kemarahan rakyat Malaysia dengan tohmahan jahat melalui
kenyataan palsu terhadap Dr Mahathir dan peguam negara, iaitu pihak
berkuasa negara ini," katanya dalam kenyataan hari ini.


Haniff berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Jho Low semalam
yang mendakwa kenyataan DOJ adalah bukti Dr Mahathir dan Putrajaya
menipu tentang bekerjasama dengan kerajaan AS untuk memindahkan
Equanimity.


Jho Low sebelum ini menuduh kerajaan Malaysia dan Indonesia merampas
kuasa pihak berkuasa Indonesia dan mahkamah AS berhubung penyerahan
kapal layar mewah itu memandangkan ia masih dibicarakan di mahkamah.


Bagaimanapun, Haniff merujuk perenggan ketujuh dokumen mahkamah DOJ
yang menyatakan apabila Equanimity dipindahkan syarikat perkapalan
Wilson Yacht Management (WYM) bertanya kepada kerajaan AS sama ada harus
mematuhi arahan pihak berkuasa Indonesia yang sedang menjaga Equanimity
ketika itu.


DOJ berkata menurut nasihat 17 Jun, kerajaan AS memberitahu WYM agar krew kapal mematuhi arahan kerajaan Indonesia.


"Jelas sekali, kalau kerajaan Indonesia telah bersetuju untuk
melepaskan tahanan Indonesia ke atas kapal Equanimity itu kepada
kerajaan Malaysia, dan memandangkan AS telahpun memberitahu anak-anak
kapal Equanimity untuk patuh arahan kerajaan Indonesia maka secara
langsung, AS sememangnya tiada bantahan langsung berhubung pelepasan
tahanan kapal Equanimity oleh kerajaan Indonesia kepada kerajaan
Malaysia," katanya.


Untuk rekod, dalam dokumen berkenaan DOJ menyatakan bahawa
keselamatan kapal layar berkenaan perlu dijaga dan menegaskan bahawa
kerajaan AS tidak terlibat dalam penyerahan Equanimity.


Dokumen berkenaan boleh dibaca di sini.


[Baca berita penuh]


Khaled: Najib, keluarga perlu kongsi maklumat tentang Jho Low

Khaled: Najib, keluarga perlu kongsi maklumat tentang Jho Low: Ia bukan saja tindakan yang betul untuk dilakukan oleh bekas PM itu, malah membantu mereka secara keseluruhan, kata naib presiden Umno.

Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 

Datuk Seri Najib Razak dan keluarga beliau bertanggungjawab berkongsi
maklumat mengenai keberadaan Jho Low, kata Naib Presiden Umno Datuk
Seri Mohamed Khaled Nordin.


Bekas menteri besar Johor itu berkata usaha mencari kebenaran dan
keadilan dalam skandal 1MDB dilihat mendapat kerjasama yang baik
daripada Najib.


"Sekiranya mereka mengetahui dan mempunyai maklumat tentang Jho Low,
sudah pastilah menjadi tanggungjawab mereka untuk berkongsi dengan pihak
berkuasa tempatan," katanya dalam satu kenyatan media hari ini.


Menurut Mohamed Khalid, langkah itu bukan sekadar tindakan "yang
betul" perlu diambil bekas perdana menteri atau anggota keluarganya
malah akan memanfaatkan mereka.


"Ia bukan sahaja satu perkara yang betul untuk dilakukan, malah akan
membantu membersihkan nama dan imej beliau serta keluarga yang kini
tercemar dengan skandal berkenaan," katanya.


Jho Low - atau nama sebenarnya Low Taek Jho - ialah individu yang
sedang dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia bagi membantu siasatan
skandal 1MDB.


Masih berusia 30-an, Jho Low berasal dari Pulau Pinang namun
mempunyai profil tinggi dan pernah dilihat bergambar bersama Najib,
isterinya Rosmah Mansor dan anak mereka di satu lokasi yang tidak
diketahui.


Bukan watak sampingan


1MDB ialah syarikat pelaburan kerajaan yang lahir daripada ilham
Najib semasa beliau menjadi perdana menteri, namun dibelenggu hutang
yang besar. Ia turut menyumbang kepada kejatuhan BN daripada kuasa buat
kali pertama sejak lebih 60 tahun.


Untuk rekod berbanding dua lagi naib presiden Umno, Mohamed Khaled
dilihat lebih bersikap terbuka, berterus-terang dan agak lantang
bersuara sebelum ini.


Seorang lagi bekas menteri yang mengambil pendekatan hampir sama dengan Mohamed Khaled ialah Datuk Johari Abdul Ghani.


Bagaimanapun Johari gagal mendapat sokongan mencukupi daripada
bahagian-bahagian Umno di seluruh negara untuk menjadi naib presiden
baru-baru ini.


Mohamed Khaled menambah pada masa sama kerajaan - yang yakin dan
mendakwa mempunyai maklumat mengenai pembabitan Jho Low - perlu
menggandakan usaha menangkap, membawa pulang, menyoal siasat serta
mendakwanya.


Katanya isu 1MDB sudah terlalu kerap dilaporkan media sama ada di dalam atau luar negara dan belum menampakkan kesudahan.




Bagaimanapun menurut Mohamed Khaled di sebalik segala laporan dan
dakwaan itu Jho Low masih belum ditahan oleh mana-mana pihak berkuasa
Malaysia, apatah lagi dibicarakan di mana-mana mahkamah.


Justeru katanya pihak berkuasa Malaysia mesti bekerjasama rapat
dengan mana-mana pihak berkuasa luar negara yang sedang menyiasat serta
mencari penyelesaian kepada skandal 1MDB.


"Kerajaan Malaysia harus mempamerkan keseriusan yang lebih tegas bagi mendapatkan Jho Low dan mengheret beliau ke muka keadilan.


"Kerajaan tidak boleh sekali-kali melihat beliau sebagai sekadar watak sampingan yang boleh diketepikan.


"Sebarang pendekatan menunggu dan mengharapkan beliau tampil sendiri
dan memberi penjelasan secara sukarela tidak akan berjaya dalam kes
ini," katanya dan menambah, Umno sendiri mahu isu skandal 1MDB
diselesaikan segera.


PAS PERLU MINTA MAAF SECARA TERBUKA ATAU TARIKH BALIK AMANAT HJ AWANG JIKA BESATU DLM BN (UMNO,MCA MIC)

Org
PAS dah lupakan gitu saje amanat hj awang. Minta maaf secara terbukalah.atau
tarik balik amanat itu, Ramai jadi mangsa dengan amanat hj awang. Terutama org
melayu;



 


Pintu untuk PAS, MIC bekerjasama kini terbuka: Selepas memberikan sokongan kepada Umno dan MCA, kini giliran MIC disantuni PAS melalui pertemuan peringkat presiden kedua-dua parti.

Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Satu lagi khabar menggembirakan buat PAS menjelang pilihan raya kecil (PRK) Seri Setia yang akan diadakan pada 8 Sept ini.


Selepas mendapat sokongan dan bantuan Umno, parti itu hari ini
mendapat suntikan semangat baru apabila MIC pula membuka pintu untuk
bekerjasama dengan PAS.


Persefahaman berkenaan tercapai semasa Presiden PAS Datuk Seri Abdul
Hadi Awang bertemu dengan Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran di Jalan
Raja Laut hari ini.


Dalam kenyataan media dikeluarkan Pejabat Presiden PAS, Vigneswaran
memberitahu MIC bersedia menjalin kerjasama dengan PAS dalam pelbagai
aspek demi kepentingan bersama.


Hubungan tersebut, kata Setiausaha Politik Presiden PAS, Syahir
Sulaiman, termasuk memberikan sokongan kepada calon parti itu yang
terbabit dalam PRK Seri Setia.


"PAS menyambut baik keterbukaan MIC yang menunjukkan kesediaan untuk
bekerjasama dalam agenda kebajikan rakyat dan keharmonian kaum dalam
negara," katanya.


Untuk rekod Umno memberikan sokongan moral secara terbuka dan terbuka
semasa proses penamaan calon PRK Seri Setia di Petaling Jaya semalam.


Dialog antara kaum, agama


BN tidak meletakkan calon di Seri Setia walaupun bertindak demikian
pada pilihan raya umum ke-14 lalu. Ia adalah sebagai menghargai sikap
PAS memberi laluan kepada Umno mencabar Pakatan Harapan (HARAPAN) di
Sungai Kandis pada 4 Ogos lalu.


PRK Seri Setia akan diadakan serentak dengan PRK Balakong yang menyaksikan HARAPAN dicabar calon MCA, Tan Chee Teong.


Pada 15 Ogos lalu Abdul Hadi sudah mengeluarkan arahan kepada penyokong PAS supaya memberikan undi mereka kepada calon MCA berkenaan.


Menurutnya langkah itu dibuat atas dasar "semangat pembangkang" yang menghadapi kerajaan.


Bagaimanapun setakat ini belum ada kenyataan rasmi dibuat oleh MCA sebagai membalas arahan Abdul Hadi berkenaan.


Menurut Syahir pertemuan dengan pemimpin MIC hari ini turut dihadiri
beberapa tokoh termasuk Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan
Man; setiausaha agung, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Dewan Himpunan
Penyokong PAS N Balasubramaniam.


Delegasi MIC turut disertai timbalan presidennya Datuk Seri S K Devamany dan ketua pemuda Datuk Sivarraajh Chandran.


Kata Syahir, Abdul Hadi sempat berkongsi pandangannya mengenai isu masyarakat majmuk dan kepelbagaian agama di negara ini.


Tidak ketinggalan katanya Abdul Hadi menjelaskan mengenai keperluan
untuk memberikan kefahaman sebenar demi mewujudkan keharmonian antara
agama.


"Presiden PAS merakamkan setinggi penghargaan kepada presiden MIC
atas pertemuan yang bersejarah ini, serta menyatakan kesediaan untuk
meneruskan usaha dialog antara kaum dan agama," katanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...