Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Showing posts with label hudud pas. Show all posts
Showing posts with label hudud pas. Show all posts

Friday, April 26, 2013

APA KATA PENYOKONG PAS BILA PKR, DAP DAN PARASIT PAS TOLAK HUDUD DILAKSANAKAN BILA PRU13 DIMENANGI PAKATAN RAKYAT

PRU -13 : Pas tetap laksana hudud?




Pas tetap akan melaksanakan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 walaupun mendapat tentangan daripada DAP.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din berkata, Pas berpendirian bahawa apabila DAP tampil memohon menggunakan logo Pas, bermakna DAP secara tidak langsung bersetuju dengan dasar yang bakal dilaksanakan parti itu.

Jelasnya, dalam mesyuarat yang diadakan, Pas sedia membenarkan penggunaan lambang parti mereka sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak DAP untuk bertanding menggunakan logo sendiri.

"Kalaulah betul SPR tak terima logo mereka (DAP), mereka guna logo Pas.

"Jadi penerimaan mereka pada logo Pas itu maknanya mereka setuju dengan dasar Pas. 'that's the answer'," katanya ketika menyampaikan ceramah Ibu Tunggal di Kampung Belukar, Guar Sanji di sini hari ini.



Menurut Haron, hukum hudud adalah asas perjuangan Pas dan dasar itu tidak boleh diubah.

Tegasnya, apabila tiba masanya, PKR atau DAP harus bertolak ansur dengan kehendak Pas untuk terus melaksanakan hukum hudud.

"Bila, di mana, apa dia terpulang kepada cara pelaksanaan, kita lihat dulu. Bila sampai masa kita pegang kuasa, mesti ada yang pegang kuasa ini tiga pihak iaitu Pas, DAP dan PKR.

"Mesti ada polisi beri dan terima. Ada masa Pas kena beralah, ada masa kita menerima, ada masa kita memberi," katanya.

Pendirian Haron itu jelas bertentangan dengan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang sebelum ini memberitahu penggunaan logo Pas tidak bermakna parti itu menerima setiap dasar perjuangan Pas.

 Tolak Hudud: PAS Anggap Khalid Ibrahim Kafir?


"Kita mesti menerima hakikat bahawa dalam Islam, hudud itu dianggap sebagai salah satu cara pemerintahan Islam. Tetapi saya rasa ia tidak boleh dilaksanakan dalam keadaan sekarang," demikian tegas Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu perlaksanaan hudud.
Menurut Khalid lagi, sebarang usaha merealisasikan perlaksanaan hudud menuntut sokongan majoriti rakyat termasuklah mengambil kira peruntukan perlembagaan dan suasana semasa sebelum ianya dapat diimplementasikan dalam perundangan negara.
Kenyataan Khalid itu mencerminkan pendirian PKR dan ia adalah respons kepada ura-ura yang ditimbulkan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din yang menegaskan PAS akan tetap melaksanakan hudud sekiranya PRU-13 dimenangi oleh PR dan yakin ia tiada halangan dari rakan sepakatan.
Andainya bait kata penolakan terhadap hudud seperti diucapkan oleh Khalid Ibrahim itu dilafazkan keluar dari mulut pemimpin UMNO, nescaya tujuh hari dan tujuh malam PAS akan keliling kampung menghambur kata-kata kejian sambil mengkafirkan pemimpin UMNO.
 Tuan Ibrahim - PRU13, Isu Hudud Tak Penting ! ? 


Mungkin Tuan Ibrahim selaku Ketua Penerangan Pas sudah nampak isu Hudud yang mula timbul kembali gara2 pemimpin Pas sendiri, akan hanya merugikan Pas dalam menghadapi PRU13. Sehari dua ini, sekali lagi kita menyaksikan pertikaman lidah antara Haron Din, Nik Aziz, Hadi dengan Karpal Singh dalam isu yang TIDAK PERNAH SELESAI dalam persepakatan PR.

Jadi Tuan Ibrahim terpaksa sound bos2 nya sendiri -

"Saya menyeru supaya semua ahli dan pimpinan agar memfokuskan kepada isu pilihan raya dari menyentuh isu hudud," - SINAR

Mungkin Tuan Ibrahim tidak sedar yang para pemimpin Pas termasuk Presidennya sendiri masih lagi menjanjikan Hudud setiapkali muncul dipentas ceramah. Kalau dulu bolehlah mereka ini menipu rakyat, cakap depan orang Melayu satu benda kemudian didepan bukan Melayu cakap benda lain pula.

Sekarang zaman tidak ada sempadan maklumat, Hadi yang berceramah nun jauh di ceruk kampung pun satu dunia boleh tahu apa yang dia cakap. 

Dalam Manifesto Pakatan Rakyat dimana Pas sendiri terikat - TIDAK ADA disebut Hudud atau sebarang yang berkaitan dengan cara pemerintahan Islam.  Maknanya PR TIDAK MENJANJIKAN Hudud.

Tapi apakehalnya yang pemimpin2 Pas ni duk sibuk meroyan tentang Hudud pada orang2 kampung lagi ? Kenapa masih lagi disebut2 Undi Pas jika mau Islam ? Tidakkah itu MENIPU namanya ?

Tidakkah itu boleh disifatkan sebagai aksi BERMUKA-MUKA ? Atau HIPOKRIT ? Atau MUNAFIK ! ?

Menariknya, calon PM dari Pas juga turut bersetuju dengan Tuan Ibrahim -

"Biar Harun Din jawab. Saya masih berpegang kepada manifesto PR,"

Manifesto PR TIDAK ADA HUDUD, jadi Mahfuz akur Pas TIDAK PERJUANGKAN HUDUD untuk PRU13 kali ini. 

Nah, bukankah itu lebih REALISTIK dan IKHLAS ? Tengok pada keadaan ...... Ada masa sesuai nak perjuangkan Hudud, ada masa tak sesuai untuk perjuangkan Hudud. PRU13 mungkin bukan masa yang sesuai , kita tengok PRU14 pula.... mungkin waktu itu dah sesuai untuk Hudud... kan ? kan ?

 

DAP Warning Pas - Jangan Sebut Hudud


Jangan Sebut Pasal Hudud, Kata DAP

Hari ini DAP sekali lagi terpaksa tampil menolak hasrat PAS untuk melaksanakan undang-undang itu jika pembangkang menawan Putrajaya, sekali gus menolak dakwaan parti itu menerima konsep negara Islam PAS.
Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Haron Din berkata kesediaan DAP menggunakan logo PAS adalah petanda parti berasaskan kaum Cina itu menerima dasar-dasar PAS, termasuk hukum hudud.
Bagaimanapun Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke Siew Fook menegaskan parti itu tidak berganjak daripada ketetapan menolak undang-undang Islam kerana ia bertentang dengan Perlembagaan negara.
"Kerangka Pakatan Rakyat kita pertahankan, memang semua tahu pendirian DAP, tak payah kita jelaskan,” tegas beliau kepada Antarapos.
Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini menegaskan penerimaan logo PAS untuk digunakan oleh calon DAP tidak bermaksud parti itu menerima dasar-dasar Islam bersabit hudud.
Kelmarin Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata beliau dan “seluruh Johor” harus bimbang dengan apa yang bakal dilakukan sekiranya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diangkat menjadi Perdana Menteri.

Antara Pos

Semakin hari sifat angkuh DAP semakin menjadi-jadi kerana mereka sudah merasakan hanya parti mereka sahaja yang akan menang besar dalam PRU ini. Ingatlah wahai orang-orang melayu sekalian, jangan sesekali beri undi kamu kamu kepada DAP. 

Thursday, February 28, 2013

AHLI PAS DAN PENYOKONG PAKATAN RAKYAT LEGA TIADA HUDUD DALAM MANIFESTO PR PRU13

Blog Pro Pakatan Rakyat Sambut Baik Hukum Hudud Tidak Disenarai Dalam Manifesto

SEPATUTNYA artikel ini disiarkan semalam lagi, tapi kerana suarapakatanrakyat.com mengamalkan sistem giliran yang agak rigid dan tidak begitu fleksibel, maka artikel ini hanya dapat disiarkan hari ini.
Kisahnya tentang ketiadaan hukum hudud dalam manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan kelmarin. Maklum sajalah, sejak PAS mula menunjukkan tanda-tanda berpatah balik kepada perjuangan Islam dan melaksanakan hudud ini, setiap dari kami bimbang sekiranya perlaksanaan hudud dimasukkan dalam manifesto Pakatan Rakyat itu.
Ternyata kebimbangan kami di suarapakatanrakyat.com tidak berasas. Datuk Seri Anwar Ibrahim ternyata seorang yang komited dengan janji untuk menolak sekeras-kerasnya perlaksanaan hudud ini dalam kerajaan Pakatan Rakyat. Jangan kata peringkat persekutuan, peringkat negeri sekalipun perlaksanaan hudud ini tidak langsung disebut.
Baguslah begitu.
Suarapakatanrakyat.com dimaklumkan oleh sumber, ramai penyokong PAS kurang berpuas hati dengan keputusan kepimpinan tertinggi parti tersebut menolak perlaksanaan hudud dalam manifesto Pakatan Rakyat itu.
Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang dikhabarkan sedang menghadapi tekanan yang maha hebat dari dalam partinya yang mahu melihat manifesto ini diubah dan hudud dimasukkan, sekurang-kurangnya boleh dilaksanakan di peringkat negeri yang mempunyai majoriti besar orang Melayu seperti Terengganu dan Kelantan.
Menurut mereka, memandangkan hudud hanya boleh dilaksanakan melalui persetujuan kerajaan persekutuan, ketiadaan undang-undang tersebut, malah perkataan negara Islam dalam manifesto ini, telah menghancurkan harapan penyokong PAS yang mahu melihat undang-undang hudud dilaksanakan juga akhirnya di Malaysia ini.
Paling tidak diperingkat negeri.
Tapi ini hanya pandangan minoriti kecil dalam Pakatan Rakyat dan tidak perlu diberi perhatian sangat. Kita ada agenda yang lebih besar untuk membantu rakyat meningkatkan taraf ekonomi masing-masing dan memberi lebih banyak wang kepada mereka. Hudud dan negara Islam, langsung tidak membantu ke arah mencapai matlamat ini.
Hadi sendiri tidak perlu terikut-ikut dengan desakan tersebut. Sudah cukuplah kepercayaan pimpinan Pakatan Rakyat terhadap kredebiliti Hadi sebagai Presiden PAS, sedikit tercalar berikutan keputusan flip flopnya dalam isu kalimah Allah, jangan sampai isu hudud ini pun menambah kepada ‘kecalaran’ itu.
Yang penting sekarang ialah, semua yang mengaku penyokong Pakatan Rakyat, agar melupakan terus isu yang tidak memberi faedah langsung seperti hudud dan perlaksanaan negara Islam ini dan memberi lebih tumpuan kepada perlaksanaan tawaran-tawaran dalam Manifesto kali ini.
Apatah lagi sekarang, UMNO dan BN dilihat telah mula menggerakkan jenteranya untuk meremehkan Manifesto Rakyat ini sebagai janji-janji kosong dan dipertikaikan kemampuan untuk melaksanakannya.
Sumber: suarapakatanrakyat.com

MANIFESTO PR PRU13 : NEGARA ISLAM DAN HUDUD TERUS BERKUBUR BERSAMA KEKUFURAN KEPIMPINAN PAS.

HUDUD : ANTARA REALITI DAN FANTASI PART 1

Polemik mengenai pelaksanaan hukum hudud ini bermula apabila Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993. Bagaimanapun, sehingga kini, ianya belum diwartakan untuk dilaksanakan. Puncanya adalah disebabkan oleh sekeping surat yang diutuskan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri (sekarang Tun) Dr Mahathir bin Mohamad yang antara isinya, tidak merestui pelaksanaan enakmen berkenaan atas beberapa sebab yang akan kawan sentuh kemudian.

Dan disebabkan isi kandungan surat itu, Tun Mahathir, Umno dan BN dituduh sebagai kafir kerana menolak hukum hudud. Tuduhan itu melekat di bibir pengikut tegar Pas dan PR sehingga kini dan sentiasa dijadikan hujah untuk membelasah Umno.
 
 
Pertama sekali, kita percaya, sebagai orang Islam, tiada sesiapa yang menolak hukum hudud sebagai hukum yang telah digariskan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran. Video di atas (minit 00:01 ke 00:55) memaparkan pendakwah tersohor, Ustaz Mohd Kazim Elias, yang menerangkan bahawa beliau sendiri berjumpa dengan Tun Mahathir bertanyakan samada benar beliau menolak hukum hudud? Jawapan dari Tun Mahathir adalah, siapalah beliau untuk menolak hukum hudud? Yang dipertikaikan oleh Tun Mahathir adalah dari aspek keadilan yang juga akan saya sentuh sebentar lagi.
KEADILAN PELAKSANAAN HUKUM HUDUD
(Sumber : Utusan Malaysia, klik sini)
(Sumber : Harakahdaily, klik sini)
Pas selalu mengatakan bahawa hukum hudud hanya terpakai kepada orang Islam sahaja. Sila lihat kedua-dua kenyataan di atas yang menyebut Hj Hadi Awang berkata pelaksanaan hukum hudud di negara ini hanya membabitkan orang Islam sahaja. Juga kenyataan Professor Dr Abdul Aziz Bari dalam Harakahdaily, yang menyebut Tok Guru  (sudah pastinya yang dimaksudkan adalah Nik Aziz) memberi jaminan bahawa hukum hudud akan hanya dilaksanakan di Kelantan dan untuk umat Islam sahaja. Sedangkan, dalam video pertama (minit 00:53 hingga 01:10) serta  dalam video kedua di bawah,  Ustaz Mohd Kazim mengulas dengan panjang lebar bahawa hukum hudud adalah terpakai ke atas semua orang, termasuk yang bukan Islam, beserta dengan dalil-dalilnya sekali. Lantaran itu, Tun Mahathir dalam suratnya mempersoalkan keadilan pelaksanaan hukum hudud Kelantan sekiranya ia cuma terpakai ke atas orang Islam sahaja.
 
 
 
Dalam senario satu kumpulan pencuri yang dianggotai oleh seorang Melayu Islam, seorang Cina dan seorang India (yang kedua-duanya bukan Islam) dan ditakdirkan tertangkap ketika mencuri, hukuman yang menanti, jika disabitkan kesalahan, bagi tertuduh pertama adalah potong tangan, manakala tertuduh lain dihukum penjara. Di sinilah letaknya soalan keadilan yang dimaksudkan oleh Tun Mahathir. Tiga orang yang melakukan kesalahan yang sama, tetapi menjalani hukuman yang berbeza, cuma disebabkan oleh agama berbeza yang dianuti oleh mereka. Dan kerana mempersoalkan keadilan hukuman yang sebegini, yang nyata jika menurut keterangan Ustaz Mohd Kazim dalam video kedua, sebagai berlawanan dengan kehendak syariat Islam, Tun Mahathir dicap sebagai menghina dan menolak hudud, malahan ada yang lebih berani lagi mengatakan Tun Mahathir kafir? Habis, apa pula status Hj Hadi dan Nik Aziz yang mengatakan hukum hudud hanya terpakai kepada orang Islam sahaja, sedangkan keterangan Ustaz Mohd Kazim dan ramai ulama lain dengan jelas mengatakan bahawa hukum Allah terpakai kepada seluruh manusia termasuk yang bukan Islam?  
UMNO KAFIR KERANA TIDAK MELAKSANAKAN HUDUD?
(Sumber : Malaysiakini, klik sini)
Selain Tun Mahathir, PM sekarang, Datuk Seri Najib juga dikutuk dan dimaki oleh penyokong Pas kerana kenyataan beliau bahawa undang-undang hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini. Penegasan yang diberikannya adalah bersandarkan kepada realiti keseimbangan masyarakat negara ini yang tidak mengizinkan hukum hudud dilaksanakan buat masa ini. Namun begitu, beliau menerima hakikat bahawa hukum hudud adalah undang-undang Tuhan.
Yang peliknya, bila Hj Hadi Awang, yang semasa menjadi Menteri Besar Terengganu pada tahun 2000 mengeluarkan kenyataan bahawa hukum hudud adalah sebahagian kecil daripada hukum syariah (0.0001), tiada pula penyokong Pas bangun mempersoalkan kenyataan Hj Hadi itu. Apabila dinisbahkan dengan angka yang begitu kecil, maknanya Hj Hadi sendiri mengakui terdapat keutamaan yang lebih besar dalam maslahat kehidupan rakyat di negara ini.  
Bagaimana pula dengan negeri Kedah yang juga diperintah oleh Pas? Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Kedah tidak akan melaksanakan hukum hudud pada masa ini kerana berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR. Ini bermakna, Tok Jan berkongsi sentimen dan menyedari hakikat tidak mudah untuk meyakinkan rakan kongsinya untuk merubah sistem perundangan sediada kepada hukum hudud. Begitulah juga yang berlaku di peringkat persekutuan.
(Sumber : Malaysiakini, klik sini)
Bagaimana pula dengan sebuah lagi negeri yang dikuasai oleh PR iaitu Selangor? Menteri Besarnya juga seorang Melayu/Islam. Bezanya, MB berkenaan bukannya datang dari Pas, sebaliknya rakan sebantal Pas dalam PR, PKR. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri berkata bahawa kerajaannya tidak bercadang untuk melaksanakan hukum hudud di Selangor. Dan dia sendiri tak mahu nak komen tentang usaha Kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di sana. Mungkin bimbang dengan reaksi amarah DAP, kerana maklum sajalah, khabarnya, DAP yang sebenarnya menjadi "taiko" dalam kerajaan Selangor.
Jangan ditanya pula tentang satu lagi negeri yang dikuasai PR iaitu Pulau Pinang. Abang besar DAP menguasai tampuk pemerintahan kerajaan negeri dan kedudukan Pas dalam kerajaan Pulau Pinang seolah-olah seperti melukut di tepi gantang. Pas hampir tiada suara dalam pentadbiran negeri hinggakan satu-satunya wakil Pas dalam DUN negeri itu tidak diberikan tempat sebagai exco negeri, setidak-tidaknya bagi portfolio Hal Ehwal Agama yang diisi oleh wakil PKR.
Jadi, kenapa Tun Mahathir, Datuk Seri Najib, UMNO dan BN dicop dengan pelbagai tuduhan seperti hina Islam, tolak hudud, hingga ada yang sampai mengkafir dan memurtadkan mereka? Bagaimana pula dengan Haji Hadi, Tok Jan dan Khalid Ibrahim? Tak hina Islamkah mereka? Tak tolak hudud ke mereka? Ataupun kerana mereka ni merupakan rakan tidur sebantal, maka hukum yang mereka timpakan ke atas orang UMNO dan BN tidak terpakai ke atas mereka ini?
 
 

Tuesday, February 26, 2013

USTAZ DAN ULAMA PAS SOKONG HUDUD TIADA TEMPAT DALAM MANIFESTO PAKATAN RAKYAT PRU 13.. TIADA HUDUD? TIADA HUDUD? TIADA HUDUD?..

PRU 13: Hudud Tiada Tempat Dalam Manifesto PR



Hudud PAS Tiada Dalam manifesto PR Pagi tadi bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC), PR telahpun melancarkan Manifesto Rakyat Pakatan Harapan Rakyat sempena sebagai persiapan untuk menghadapi PRU 13 yang dijangkakan akan berlangsung dalam waktu terdekat ini.

Banyak janji yang ditaburi termasuklah untuk menurunkan harga kereta dan menghapuskan PTPTN, membina rumah mampu milik serta caruman itu dan ini, sebahagian penyokong PR mungkin gelap mata memandang namun sebahagian besar rakyat Malaysia pastinya sekadar memandang sepi sambil mencebik bibir.

Bak kata Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim manifesto bukannya satu perjanjian, jadinya apa nak diharapkan pada janji yang ditaburi yang pastinya hanya untuk dimungkiri dan dicapatikan, tak gitu?.
Ironinya manifesto berwarna jingga setebal 38 muka surat termasuk 4 muka surat kosong (versi PDF) ini dilancarkan tatkala para pimpinan PR masih lagi sibuk mempertikaikan ketelusan SPR selaku badan bebas yang mengendalikan pilihanraya di Malaysia. Menarik bukan?

Di muka surat 34 dan 35 dikepilkan surat watak ciptaan PR bernama Muhammad Adlan bin Azrul dari Damansara yang melalui surat bertarikh 14 September 2023 telah melafazkan kegembiraan melihat perubahan hasil tindakannya mengundi PR 10 tahun lalu dalam PRU 13 2013.

Surat rekaan merentasi masa depan itu secara jelas menggambarkan keyakinan PR untuk menang dalam PRU 13 yang secara tersiratnya menonjolkan keyakinan PR terhadap ketelusan SPR sekalipun saban hari pengendali pilihanraya itu sering ditohmah dengan pelbagai tuduhan.

Dalam pada itu, sebanyak dua tiga kali penulis mengulang baca isi kandungan manifesto PR ini, jenuh mata penulis melilau mencari kalau-kalau terjumpa janji perlaksanaan hukum hudud sebagaimana sering digebang

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEinBvW6Et1UpAc3YEI1ZVOt_5-wuQEbaIh_N6Au_RqRXLWSw-KhY2T2eojVLLoWRkpcRcrxdAZkvUX0eMxecQpNse79MlrujvEz8bEb6TC7Ccuh1rGNDlNiFhduKiUYwJW5wqK7iMsvGlNE/s1600/hudud.PNGoleh PAS, malangnya satu ayat pun tidak kelihatan.

Malah iltizam PAS untuk mendirikan sebuah Negara Islam sebagaimana pernah diikrarkan melalui Dokumen Negara Islam (DNI) pada tahun 2003 dulu pun langsung tak kelihatan jua.

Nampak gayanya, isu hudud PAS dan Negara Islam alagaPAS sudah benar-benar dibakul sampahkan sekalipun sehingga kini di mana sahaja PAS berceramah terutama di kawasan majoriti Melayu Islam, PAS dan penyokong mereka sering mencemuh Kerajaan Pusat kerana tidak melaksanakan hudud.

Hatta dalam media maya ini pun masih ramai penyokong PAS mengulangi tuntutan supaya hukum hudud dimartabatkan dengan alasan ia akan mencegah masalah jenayah disamping akan memartabatkan hukum hakam Islam di tempat yang tertinggi, lebih tinggi dari Perlembagaan Negara.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiuDxfO1BtIvduW5Ke_aGoAenEDEEukSl3ohdiZyDVt5lK-EA32FFlXaoYuL4HvF6UjjhbK1shqYqSC8gKJxmVonShiXxs9lCe75EAOXrd6KEZs8hNuMYVoGZODNsm2MY3q8WYJ6-PFoAiC/s1600/hudud+pas.jpgSepatutnya dengan keyakinan PRU 13 bakal menjadi milik PR maka sewajarnya isu hudud yang sudah lama diusung keliling kampung oleh PAS semudah ABC sahaja untuk dimasukkan dalam manifesto PR, betul tak?

Persoalannya kenapa PAS tidak berminat membuktikan kesungguhannya dalam isu perlaksanaan hudud dengan mengikrarkan janji tersebut dalam manifesto PR ini?

Adakah kerana takut dengan kekuatan DAP atau sudah menerima realiti bahawa suasana semasa dan komposisi kaum negara ini belum mengizinkan perlaksanaannya?

Atau pun manifesto PR 2013 ini adalah jawapan muktamad pengakuan PAS bahawa isu perlaksanaan hudud hakikatnya hanyalah satu umpan sahaja untuk kepentingan politik kepartian?

Monday, February 18, 2013

Saturday, February 16, 2013

Video: HUDUD - Kalau Ketua Dewan Ulamak Pas Pun TERNganga

Apatah Lagi Pentaksub

Cara penyampaian golongan agamawan adalah penting dan dilihat menjadi faktor utama penerimaan masyarakat terhadap apa yang disampaikannya. Lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan hukum yang telah didoktrinkan secara tidak betul oleh puak-puak Khawarij.
Sebagaimana perbahasan di sidang DUN Terengganu seperti rakaman dibawah, cara penjelasan yang berhemah berserta dengan mantik-mantik yang hampir kepada isu terbukti telah diterima baik apabila dipertonton dengarkan kepada pengikut-pengikut Pas.
Ditambah pula dengan kelebihan tercabutnya kopiah Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu merangkap Ketua Dewan Ulama PAS Pusat yang turut terbabit dalam penggubalan Undang-Undang Syariah (termasuk hudud / qisas) di Terengganu dan Kelantan, apatah lagi pencacai bawahan untuk menafikan hujah berkenaan.






 
Kalau Ketua Dewan Ulamak Pas pun tercabut kopiah dan berkata,
"..... Adapun Hudud ini fardhu kifayah, kewajipan keatas masyarakat seluruhnya, yang mewakili masyarakat itu ialah kerajaan, bila kerajaan tidak melaksanakan hukum ini, semua rakyat berdosa jika sekiranya dia (kerajaan) mampu, saya nak bagitahu itu jer, bukan saya nak berdebat tidak.

Anda Mampu Mengubahnya.  

Sunday, August 26, 2012

PAS DAN UMNO AKAN BERGABUNG ????

Photo: Karpal Sigh Kata Langkah Mayat Dia Dulu pada PAS manakala Chua Soi Lek kata seorang pemimpin UMNO bagai Hilang Akal .. Gara-gara cadangan perlaksanaan HUKUM HUDUD di Malaysia. Kalau DAP dan MCA menentang HUDUD apakata jika UMNO  dan  PAS bersatu untuk melaksanakan HUDUD.. Apa macam ada beranikah kepimpinan PAS dan Kepimpinan UMNO dengan sokongan ikhlas dan padu daripada ahli PAS dan UMNO .Selama ini bertolak ansur .. hampir sudah melayu TERSUNGKUR ni ... Tak sabar rasanya ingin melihat cahaya perpaduan Umno dan Pas.. Takbir!!!!   


Friday, August 17, 2012

Nasaruddin Lebih Mulia Disisi Allah Manakala Karpal Singh anti hudud dan anti Islam mulia disisi PAS



Karpal Singh Mulia Disisi Pas Dan Nasaruddin Lebih Mulia Disisi Allah  

GelombanG KicK

Saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti Islam.

Sebagai seorang peguam yang lama, dia tahu apa itu substantive law dan apa itu procedural law. Pelaksanaan hudud memerlukan kepada standard of proof yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf 'beyond any shadow of doubt' iaitu tahaf pembuktian yang maksimum, sebelum boleh ia dilaksanakan tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ia adalah undang undang Islam.

Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa pelaksanaan sistem perundangan Islam 'is over my dead body' menunjukan dia sanggup mati untuk pertahankan pendiriannya, maka saya juga sanggup melakukan apa saja 'at whatever cost' untuk mempertahankan agama saya. 
Terpulanglah kepada mana pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri seperti syaitan-syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan, insya-Allah saya tidak akan biarkan mana-mana pihak sewenang-wenangnya menghina agama saya.

Pas harus lebih tegas menyatakan pendiriannya dalam hal ini kerana sokongan yang diberikan oleh masyarakat umum kepada Pas adalah kerana perjuangannya untuk menegakkan Syariah ALLAH SWT, namun dalam isu hudud yang diserang dan dikecam oleh Karpal Singh ini, masih ramai yang tertunggu apa sikap Pas terhadap Karpal Singh. 
Adakah tahaluf siyasi yang sedang diamalkan oleh Pas turut membolehkan kesepakatan dengan mereka yang menolak dan memerangi Islam. Harapan saya adalah apabila penjelasan dibuat oleh pimpinan tertinggi Pas kepada masyarakat umum, maka akan terjawablah kekaburan yang ada pada masyarakat umum. Pemimpin Pas mungkin sudah faham, ahli Pas juga mungkin sudah mengerti tetapi masyarakat umum masih menanti penjelasan. Pas tidak akan menang hanya dengan undi dari ahlinya sahaja.


Isu Pertemuan Di Makkah

Kepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu' dzan, nasihat saya adalah ittaqillah, ittaqillah, ittaqillah dan bersitghfarlah khasnya pada hari-hari terakhir Ramadan ini. Kasihan saya melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal. 
Berbaik sangkalah sesama Muslim. Hampir sebulan sepanjang Ramadan ini, doa qunut yang dibacakan di hadapan Kaabah ketika solat witir, menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang orang Islam. Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya ALLAH satukanlah suara umat Islam.

Saya telah mengaturkan pertemuan di Makkah antara beberapa orang ulama di Makkah bersama dengan YAB Perdana Menteri bersempena dengan persidangan OIC. Saya dijemput ke Makkah dengan visa khas selepas YAB Perdana Menteri bersetuju untuk bertemu dengan ulama-ulama tersebut. Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidilharam. 
Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohingya. Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia. Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada Perdana Menteri seperti memastikan Malaysia terus mengangkat pegangan ahli sunah wal jamaah dalam memelihara kesucian Islam.

Pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau Umno sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar dari Pas atau Umno. Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah. Rasullullah menyebut, man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum.

Adakah berbincang tentang ummah satu jenayah?

Tiba-tiba dikaitan dengan saya akan masuk Umno. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk Umno, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuklah pemimpin dan ahli Umno, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan. Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah. Nasaruddin Mat Isa
Ketegasan serta pendirian Nasaruddin itu adalah satu landasan fikir bagi umat Islam terutamanya penyokong-penyokong Pas yang masih buta, jika Pas terpimpin dengan pemimpin-pemimpin yang berpendirian sedemikian dan lantang bertindak balas terhadap kenyataan biadap DAP, maka itulah yang disebut sebagai perjuangan Islam yang akan mendapat pertolongan dari Allah,  namun jika sebaliknya itu hanyalah perjuangan parti yang mementingkan kepentingan duniawi dan hanya berharap pertolongan daripada DAP.

"Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Muhammad Rasulallah dan orang yang bersama dengannya, bersifat keras dan tegas terhadap orang kafir yang (memusuhi Islam), dan bersifat kasih sayang dan belas kasihan sesama sendiri (ummat Islam).” (Q.S. al-Fath: 29).

Namun kerana ketamakan kuasa Pas telah membelakangkan segala-galanya termasuk Al-Quran yang menjadi petunjuk kepada orang-orang Islam, Pas juga selesa berhukum dengan hukumnya sendiri didalam maksud kesesatan yang jelas lagi nyata, Pas akan memusuhi sesiapa sahaja yang tidak mentaati kafir karibnya, kerana kafir itu dijadikan penghulu bagi mereka memperoleh segala kesenangan dunia...Anda Mampu Mengubahnya...

Monday, August 13, 2012

Nik Aziz Bersetuju Haram Sokong DAP

Jika Karpal Dan DAP Terus Biadap Nik Aziz Bersetuju Haram Sokong DAP

GelombanG KicK

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta mana-mana pemimpin DAP yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan negara Islam termasuk hukum hudud supaya tidak bersikap biadap  seperti mengeluarkan perkataan ‘cacian’.

Nik Aziz turut menjelaskan, beliau boleh menerima tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh yang menentang pelaksanaan hudud kerana ia secara tidak langsung memberi kefahaman kepada orang ramai khususnya masyarakat bukan Islam, tapi hal itu tidak bermakna Karpal boleh sesuka hati mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang biadap berkaitan Islam.

“Saya setuju, biar dia (Karpal) bising, dari bising itulah orang akan faham, tetapi jangan biadap sampai mencaci,” katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pelaksanaan hukuman hudud memberi kesan langsung kepada masyarakat berbanding pelaksanaan hukuman yang dipraktikkan sekarang.

“Mengikut undang-undang sekarang, jika kes dadah, pesalah dikenakan hukuman gantung sampai mati tetapi jika hudud mereka dikenakan potong tangan.

“Jika gantung mereka hanya dibawa ke kubur tetapi jika potong tangan seluruh manusia akan mengambil pengajaran dan tidak melakukan perkara yang boleh merosakkan diri,” katanya.

Dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz itu beliau langsung tidak menyanggah pandangan yang dihukumkan oleh Ulamak dari Kelantan Abdullah Saamah yaitu haram menyokong DAP, dan Mufti Perak juga turut senada dalam penghukuman tersebut.

Tidak seperti lain-lain isu yang mana Nik Aziz akan lantang menyanggah apa-apa pendapat Ulamak yang berbeza dengan Pas  terutamanya dengan Tan Sri Harussani, isu ini nampaknya Nik Aziz sedar dan lebih memahami kemudaratan yang akan menimpa umat Islam sekiranya menyokong DAP, cuma atas dasar politik dan kerjasama dengan DAP Nik Aziz tidak memperincikan isu ini secara mendalam.

Jika pandangan seperti itu dibuat, sekurang-kurangnya ia menyedarkan DAP akan kesatuan umat Islam yang utuh jika membabitkan kebiadapan terhadap Islam, namun malang sekali, pemimpin Pas yang lain lebih mempertahankan DAP daripada mempertahankan Ulamak dan Islam, sehingga Presiden Pas sendiri menghalalkan apa sahaja yang diungkapkan oleh DAP atas alasan DAP bukan Islam.

Dari itu kesimpulan boleh dibuat bahawa menyokong DAP adalah haram hukumnya berdalilkan kenyataan penolakan hukum hudud secara biadap oleh Karpal Singh dengan mengatakan 'langkah mayat beliau dahulu kalau nak laksanakan hukum hudud' , disamping tindakan pemimpin-pemimpin DAP yang dilihat jelas cuba mempertikaikan hak-hak orang Islam atau dengan kata lain berideologi komunis.
Bagi pemimpin Pas yang tak reti-reti lagi dan jelas bersikap hipokrit seperti Tuan Ibrahim Tuan Man serta beberapa yang lain dengan menuduh secara membabi buta bahawa Perdana Menteri dan Umno menolak hudud, hentikanlah kenyataan politik jumud itu kerana rakyat bukannya bodoh, atau sila tonton video mengenai hukum hudud pada rakaman perbahasan dua sidang DUN di Kelantan dan Terengganu sepertimana yang ada dibawah...Anda Mampu Mengubahnya... 




 

Haram bagi umat Islam menyokong DAP - Tan Sri Harussani


SHAH ALAM – Majlis fatwa Kebangsaan tidak akan mengambil tindakan terhadap Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Saamah berikutan kenyataannya, haram dan berdosa umat Islam menyokong DAP.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, ini kerana kenyataan Abdullah tidak sama sekali bercanggah dengan Islam, bahawa adalah haram dan berdosa umat Islam menyokong DAP yang terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.

“Tidak perlu tindakan terhadapnya, kerana kenyataannya itu selari dengan Islam yang jelas haram bagi umat Islam menyokong DAP,” katanya mengulas saranan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik yang meminta Majlis Fatwa Kebangsaan berani mengambil tindakan dan menegur Abdullah Samaah.

Menurut Maszlee, kenyataan itu mencetuskan provokasi dan mungkin membuka jalan kepada ekstremis bangsa serta golongan subversif menumpahkan darah ahli-ahli DAP.

Read more: http://celahgelegar.blogspot.com/2012/08/haram-bagi-umat-islam-menyokong-dap-tan.html#ixzz23Uz9t366

Tuesday, July 31, 2012

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah Pas: Rakyat berhak tentukan hudud, bukan Karpal.. Hanya Kata2

Rakyat berhak tentukan hudud, bukan Karpal

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
KOTA BHARU – Biarkan pelaksana hukuman hudud ditentang keras Pengerusi DAP Karpal Singh, Pas Kelantan menegaskan hanya rakyat berkuasa menentukan dasar kerajaan termasuk pelaksanaan undang-undang Islam.
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, situasi itu berlaku melalui sistem demokrasi khususnya pilihan raya.
“Dalam soal ini, rakyat memainkan peranan utama, contohnya, Pas tidak bersetuju perjuangan menegakkan negara sekular, tetapi kita hendak halang macam mana sebab rakyat yang menentukan perkara itu,” katanya kepada pemberita.
Mohd Amar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mengatakan DAP tetap menentang pelaksanaan hukum hudud di negara ini biarpun mengakui Islam agama rasmi negara mengikut perlembagaan.
Dalam kenyataan itu, Karpal berkata, kenyataan itu adalah pendirian DAP bukan pandangan peribadinya.
Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah itu menegaskan Pas akan tetap berjuang secara berterusan menegakkan syariat Islam biarpun terdapat pihak yang tidak bersetuju dengan dasar perjuangan parti itu.
“Bagi memperjuangkan agenda Islam seperti yang Pas bawa ini pun rakyat yang boleh menentukan kejayaan ia. Tetapi kita tidak akan berhenti memperjuangkan Islam, semata-mata sebab ada orang yang tidak bersetuju. Di sini usaha kita ialah berterusan memberi penjelasan kepada rakyat dan biar rakyat membuat keputusan,” katanya.
Mohd Amar yang dilantik sebagai timbalan pengerusi jawatankuasa teknikal hudud Kelantan menyifatkan penentangan daripada Karpal itu bukan suatu perkara yang luar biasa memandangkan Umno sendiri tidak menyukai pelaksanaan hukum itu di negara ini.
Malah beliau berkata, MCA turut menolak undang-undang Islam itu dengan menyuarakan hasrat akan keluar daripada Barisan Nasional (BN), sekiranya Umno menyokong hudud.
“Dari segi politik bukan satu benda yang pelik sebab MCA sendiri pun menentang undang-undang hudud dan bila Adun Kemelah mencadangkan supaya Johor melaksanakan undang-undang hudud, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menggunakan istilah keras, jadi saya rasa lebih teruk lagi dari DAP,” katanya.
Bagaimanapun Mohd Amar berkata, Pas menghormati pendirian DAP tersebut dan tidak menjangkakan DAP boleh menerima secara terbuka memandangkan berkemungkinan tidak memahami sepenuhnya tentang hukum tersebut.

Karpal Singh Beri Amaran Pada Pas Isu Hudud..

Hudud - Jawapan Lengkap Nasrudin

Dibawah adalah Kenyataan/ Jawapan Balas dari Ketua Pemuda Pas Nasrudin Hassan yang dicopy sepenuhnya dari harakah.

"Hudud" Alamat Kubra PRU 13

Nasrudin Hassan, 31 Jul 2012
1. Apabila gendang hudud dipalu sekuatnya, maka ia antara tanda - tanda pilihanraya umum semakin hampir. UMNO terpaksa sekali lagi menggunakan peluru karatnya iaitu hudud untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat. Saya akui hudud bukan agenda Pakatan Rakyat tetapi hudud adalah sebahagian daripada Islam yang tetap diperjuangkan oleh PAS di sepanjang zaman insyaallah.

2. Pakatan Rakyat telah beberapa kali bincang perkara ini dan simpul ringkasnya ialah kami "setuju untuk tidak bersetuju" atau dalam dalam bahasa lebih mudah ialah : DAP tidak menerima hudud dan PAS tidak boleh paksa mereka untuk menerimanya sebagaimana mereka tidak boleh menghalang hasrat PAS mahu mendaulatkan syariat Islam itu.

3. Kedudukan ini jauh lebih baik daripada UMNO dan BN. Bukan sahaja parti kompenan mereka yang biadab terhadap Islam, malah UMNO sendiri bersetuju untuk tidak melaksanakan syariat Islam di Malaysia termasuk undang - undang jenayah syariat. Malah UMNO menikus dihadapan MCA apabila Presiden MCA 'menengking'  Adun UMNO Kemelah sebagai pemimpin yang hilang aqal  tatkala Adun itu mencadangkan perlaksanaan hudud di negeri Johor sedang rata - rata pimpinan PAS memberikan sokongan terbuka kepada Adun Kemelah.

4. Tidak hairan jika  perlaksanaan hudud belum mendapat kata sepakat dari kalangan parti kompenan Pakatan Rakyat yang hanya baru dibentuk pada tahun 2008, kerana ia sekali lagi jauh lebih baik daripada UMNO dalam BN yang gagal melaksanakan syariat Islam ini sejak lebih 50 tahun memegang mandat rakyat sebagai pemerintah meskipun mereka sering mendabik dada kononnya mereka adalah parti dominan dalam BN.

5. Sewaktu debat Sinar Harian baru - baru ini, saya telah qoute kenyataan Karpal Singh di Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang berlangsung pada tahun 2010 yang lalu, bahawa  kenyataannya "langkah mayat saya dulu" untuk menubuhkan Islamic State sebagai ucapan yang disebut 20 tahun yang lalu [ 1990 ] pula ia dipetik di luar konteks. Malah Karpal Singh sendiri menyebut perkara ini boleh dibincangkan.

6. Lantaran itu, Pakatan Rakyat melalui mesyuarat tertingginya telahpun membincangkan perkara ini. Sebahagian dari keputusannya sebagaimana yang saya catat pada point ke 2 di atas. Selebihnya menjadi dakwah berterusan PAS untuk memahamkan masyarakat terhadap hukum syariat Islam. Saya doakan semoga Karpal Singh diberikan hidayah oleh Allah swt. sebagaimana doa saya buat yang lain juga.

7. Hudud adalah undang - undang jenayah syariah yang telah diwahyukan oleh Allah swt. Satu realiti yang tidak boleh siapa nafikan bahawa ia adalah satu kewajipan yang mesti dilunaskan oleh sebuah pemerintahan Islam. Sementara pemerintahan Islam itu pula adalah terbentuk dari mandat [ baiah ] rakyat khasnya rakyat yang beragama Islam. Tanpa mandat tersebut, pemerintahan Islam tidak dapat dibina dengan kukuh dan baik.

8.  Hudud adalah sebahagian dari Islam yang diperjuangkan oleh PAS sejak awal penubuhannya. Ertinya perjuangan PAS bukan berpaksikan hudud semata - mata, sebaliknya paksi perjuangan PAS ialah Islam dan hudud itu adalah sebahagian daripadanya. Seunjuran dengan itu, ditegaskan bahawa PAS konsisten memperjuangkan Islam.


9. Jika PAS menang bersendirian melalui mandat majoriti rakyat yang diterjemah melalui peti undi [ melalui proses demokrasi ] maka PAS pastinya akan melaksanakan malah selesa untuk melaksanakan syariat Islam dalam semua aspek termasuk undang - undang jenayah Syariah sebagai alternatif kepada kegagalan sistem dan undang - undang ciptaan manusia menangani gejala mungkar dan jenayah.

10. Namun secara realitinya, iklim politik dan latar belakang masyarakat yang majmuk dalam negara kita sangat sukar untuk PAS menang dan membentuk sebuah pemerintahan secara bersendirian. Ini satu realiti yang diakui walaupun ia bukanlah suatu yang mustahil.

11. Namun bagi memastikan hasrat perlaksanaan syariat Islam di Malaysia menjadi satu kenyataan mudah, ia memerlukan semua pengundi dari kalangan ummat Islam termasuk ahli UMNO dan atas pagar mengundi PAS. Maksudnya, UMNO perlu menyerahkan semua kerusinya kepada PAS atau paling tidak bersama menyertai PAS, dengan itu jumlah kerusi PAS  atau muslim akan melonjak maksimum ke 130 kerusi parlimen bagi membentuk kerajaan Islam yang bersedia mendaulatkan syariat Islam yang adil saksama dan telus. [ bebas korupsi dan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana negara ]

12. Penegasan ini saya buat kerana untuk PAS menyertai UMNO bagi melaksanakan syariat Allah swt sukar menjadi kenyataan.

Pertama : PAS pernah dikhianati oleh UMNO sewaktu PAS menyertai Kerajaan Campuran bersama UMNO.

Kedua : UMNO pernah menang banyak dan menjadi kuasa besar sejak sekian lama termasuk kemenangan mereka pada tahun 2004 tetapi mereka tidak pernah berhasrat untuk mendaulatkan syariat Allah swt sebaliknya memperkayakan kerajaan pimpinan mereka dengan rasuah , penyalahgunaan kuasa dan penyelewangan dana rakyat dan negara.

Ketiga : Sehingga saat ini, hanya PAS yang konsisten sebagai salah satu parti  besar dalam negara yang berhasrat mahu melaksana dan mendaulatkan syariat Islam. Cuma keterbatasan kuasa dan mandat rakyat meletakkan PAS masih belum memiliki keupayaan sebenar bagi membangunkan negara bersama syariat Allah swt. [nota ini memerlukan ahli UMNO menyokong PAS untuk melaksanakan Islam jika mereka juga mahu melihat Islam tegak di atas tanahair kita]

12. UMNO pula konsisten membelasah PAS dan menolak dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Disamping itu UMNO terus dengan legasi mereka, bergelumang dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa serta menyeleweng dalam mengurus dana rakyat dan negara. Lalu PAS mengadakan kerjasama politik [Tahaaluf Siasi] dengan parti - parti pembangkang yang lain iaitu DAP dan PKR lalu membentuk Pakatan Rakyat untuk mendepani UMNO dan BN.

13. Kerjasama ini adalah kerjasama politik bukan kerjasama agama dan ideologi perjuangan. Terdapat beberapa persamaan dalam tindakan politik antara parti - parti yang berbeza ideologi ini, antaranya seperti menentang ISA, AUKU, rasuah, pembaziran dalam projek mega negara, ketirisan dalam perbelanjaan dana awam, keadilan dalam sistem pengurusan dan kendalian pilihanraya dan banyak lagi.

14. Apabila kerjasama politik [tahaluf siasi]  ini berjaya dan hampir menumbangkan kerajaan UMNO dan BN dalam tsunami politik 2008,  barulah UMNO kenal rabu dan khamis, lalu mereka pantas mendendangkan lagu perpaduan pada setiap hari jumaat, sabtu, ahad, isnin dan selasa. UMNO desprate lalu mencari PAS untuk bersatu padu.  Kita tidak menolak mentah tetapi kita meletakkan syarat Islam sebagai tali pengikat untuk bersatu padu, justeru Islam mengajar kita sedemikian. UMNO tidak bersedia dengan syarat itu, maka  PAS mohon jalan dulu . Tinggallah UMNO dengan lagu lamanya.

15.  ما لا يدركه كله ، لا تتركه كله  Tidak boleh laksanakan semua [kandungan Islam] maka jangan tinggalkan semua [ ertinya, laksanakanlah apa yang termampu daripada Islam itu ]. Bertolak dari kaedah ini, PAS kemukakan pendekatan baru melalui projek "Negara Berkebajikan" yang merupakan subtance kepada ajaran Islam itu sendiri. Sebuah projek yang dikemuka kepada rakyat ke arah pembentukan sebuah negara yang bebas rasuah, penyalahgunaan kuasa politik, penyelewengan ekonomi dan menepati piawaian " Good Governence" . Inilah yang menjadi keutamaan PAS masa kini.

Nasrudin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Karpal Singh beri amaran pada Pas isu Hudud..

Filed Under ( ) by pisau on 31.7.12


Apabila Karpal berdehem,ia bagaikan guruh dilangit maka larilah sang khawarji berselerakan mendapatkan perlindungan.

Inilah yang dikatakan kuasa berdehem atau batuk keramat Karpal Singh,Ia bisa menjatuhkan kopiah dan serban para khawarij..

Siapa berani bangkang?

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, sebarang cubaan Pas sekarang untuk memperkenalkan hudud di negara ini mencerminkan dengan buruk niat ikhlas di sebalik apa yang diputuskan di Muktamar Pas tahun lepas.


Beliau berkata, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar ke-57 parti itu Jun tahun lepas secara umum menyatakan bahawa tidak ada disebut negara Islam dalam al-Quran tetapi negara kebajikan.


"Ini mencerminkan tanpa sedikit keraguan pun bahawa Pas telah melupakan matlamatnya untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Pas, dengan jelas memilih sebuah negara kebajikan," kata Karpal dalam satu kenyataan di sini.


Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan mengenai pendirian konsisten Karpal menolak hudud.


Karpal berkata, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 8 Jun tahun lepas melaporkan dalam New Straits Times bahawa keputusan Pas mengubah fokus kepada sebuah negara kebajikan dan mengetepikan istilah negara Islam adalah langkah yang betul.


Karpal berkata, Hudud tidak termasuk dalam kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga.


"Begitu juga, ia tidak akan termasuk dalam manifesto bersama Pakatan Rakyat, tidak mungkin," katanya.


Beliau berkata: "Tidak ada siapa, tidak ada parti, tidak juga organisasi yang boleh mendakwa mempunyai monopoli terhadap Tuhan.


"Saya perlu tegaskan dengan segala kekuatan yang ada pada saya, bahawa saya percaya terhadap Tuhan," ujar Karpal. - BERNAMA

Pisau kata " cuba check harakah atau mana mana media haprak pakatan..sekor khawarij pun tak berani keluar kenyataan bantah Karpal"

Read more: http://www.pisau.net/2012/07/karpal-singh-beri-amaran-pada-pas-isu.html#ixzz22GR3lkmJ

Saturday, July 21, 2012

Tantawi Main Cakpong Cakpong . Tak habis-habis menipu.

UFB - Isu Hudud - Karpal & Tantawi Main Cakpong Cakpong 

 

Komen Abu Aqif: Laa..... tak boleh pulak dah.. ni dah main cakpong cakpong yang tak best ni.. ^__^


UFB - Isu Hudud: Karpal & Tantawi Main Cakpong Cakpong
http://www.youtube.com/watch?v=v9iGlAdXtno

Baca Artikel NST di sini: http://www.nst.com.my/top-news/karpal-slams-pas-youth-head-s-hudud-comment-1.110622


Bagi sesiapa yg tiada software untuk download video dari youtube, boleh download guna cara ini.
Cara download: http://abuaqif.blogspot.com/2010/04/youtube-bagaimana-cara-nak-savedownload.html

http://www.youtube.com/abuaqif
http://www.youtube.com/ufbchannel
http://www.youtube.com/urdchannel
http://www.youtube.com/ufmochannel
http://www.facebook.com/abuaqifstudio

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...