Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Nik
Omar Nik Abdul Aziz memilih pendekatan harmoni ketika diminta mengulas
kenyataan adiknya Nik Mohamad Abduh berhubung isu Dr Zakir Naik.
Sambil
berseloroh Nik Omar berkata, beliau menghormati kenyataan Nik Abduh,
yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS, dan menyifatkan anggota Parlimen
Bachok itu seorang alim ulama.
"Secara mudahnya kita hormat kenyataan dia sebab dia pun orang alim ulama juga, ambo (saya) ini ustaz kampung.
“Kalau tanya ambo tentunya jawapan atau cara nak tangani satu-satu isu berbeza antara pembangkang dan pihak kerajaan.
"Mentaliti
secara umum rakyat Malaysia, apabila sebut pembangkang, apa saja yang
dibuat oleh kerajaan kita bangkang. Dan mentaliti umum juga sebuah
kerajaan, apa yang pembangkang kata semua salah belaka," katanya.
Nik Mohamad Abduh Nik Aziz
Nik
Omar berkata demikian ketika menjawab pertanyaan seorang peserta pada
forum “Islam Terancam: Apa peranan kita?” anjuran Yadim di Kota Bharu,
semalam.
Peserta tersebut bertanya pendapat Nik Omar mengenai
kenyataan Nik Abduh yang menegaskan hanya umat Islam yang munafik sahaja
yang bersetuju menghalau Zakir dari Malaysia.
Terdahulu, Nik Abduh antara lain berkata, mana-mana golongan bukan Islam yang mahu menghalau Zakir adalah musuh agama itu.
Kenyataannya
itu dipercayai dibuat sebagai respons kepada reaksi kurang senang
pelbagai pihak terhadap kenyataan pendakwah dari India itu pada syarahan
di Kelantan, Khamis lalu.
Dalam program tersebut, Zakir Naik
dilaporkan berkata, pihak yang mahu dia keluar dari Malaysia, haruslah
meminta “tetamu lama” pulang terlebih dahulu - yang dirujuknya kepada
kaum Cina di negara ini.
Zakir juga berkata penganut Hindi di
negara ini lebih setia kepada perdana menteri India berbanding perdana
menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad.
Susulan
itu beberapa personaliti politik menyelar kenyataan Zakir Naik
antaranya Rafidah Aziz, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Lim Kit Siang, Dr
Xavier Jayakumar, Gobind Singh Deo dan M Kulasegaran.
Perbesar isu
Sementara itu mengulas lanjut kepada Malaysiakini,
Nik Omar mengakui kenyataan Nik Abduh itu ada kebenaran sekiranya
pengusiran ke atas Zakir dibuat kerana tidak suka terhadap Islam.
"Jika kenyataan (usir) itu keluar secara jelas kerana tidak suka kepada Islam itu mungkin ada kebenarannya (munafik).
"Tetapi
kalau ada kenyataan yang minta - dalam situasi sekarang ini Zakir Naik
lebih baik keluar dari Malaysia, kita kena tengok punca dan sebab apa
boleh berlaku (kenyataan supaya usir).
"Antara puncanya adalah
kelemahan sesama kita juga. Kita memperbesarkan isu yang sepatutnya
dibincang secara lebih harmoni, itu lebih baik," katanya.
Zakir dalam acara di Kelantan mingu lepas
Tambah
Nik Omar, semua pihak sepatutnya menerima kenyataan pimpinan negara
sebelum ini bahawa Zakir adalah tetamu dan Malaysia telah beri
perlindungan.
Malah katanya, apa yang kerajaan lakukan sekarang ini juga ialah memenuhi tuntutan hak asasi manusia.
"Sekarang
ini kita tahu dia dianiaya, dituduh dengan pertuduhan tanpa bukti yang
jelas. Jadi kerajaan Malaysia berjiwa besar menjadikan dia sebagai
tetamu negara.
"Walaupun ada kenyataan dan permintaan individu
dalam kerajaan, itu kita hormat juga sebagai kebebasan dalam demokrasi.
Tetapi kenyataan supaya minta Zakir Naik keluar itu kita tak setuju.
Masalahnya macam mana cara kita urus yang tidak setuju itu.
"Yang
terbaik bukannya dengan keluarkan kenyataan yang keruhkan suasana,
tetapi kita kena kembali kepada meja rundingan. Bagaimana cara terbaik,
itu sebenarnya kita nak wujudkan dan memang sehingga sekarang ini
kerajaan Malaysia melalui perdana menteri acap kali menegaskan bahawa
Zakir Naik adalah tetamu dan kita harap ia diselesaikan dengan baik.
"Kita
kena yakin sesiapa yang tolong orang lain Allah akan bantu kita. Sama
ada kita adalah individu atau sebuah kerajaan. Sebab ada unsur
keberkatan dan rezeki itu kita kena yakin akan melimpah ruah. Kalau
Malaysia boleh jaga tetamu termasuk Zakir Naik, itu rezeki Malaysia -
kita kena yakin," katanya.
Pendakwah Dr Zakir Naik kini turut mendakwa kenyataannya berkenaan masyarakat Cina di Malaysia sebagai tetamu telah diambil di luar konteks.
Walaupun
tidak menafikan petikan kata-kata yang dikaitkan denganya, Zakir
berkata kenyataan itu bertujuan memberikan konteks sejarah tentang
penyebaran Islam di wilayah ini, serta migrasi orang Cina dan India ke
Malaysia.
Beliau berkata kata-kata itu tidak boleh dianggap sebagai seruan agar masyarakat Cina di Malaysia keluar dari negara ini.
Beliau
juga berkata kata-katanya itu adalah untuk menjawab seruan oleh
individu agar dirinya keluar dari Malaysia. Zakir tidak menamakan
individu itu secar khusus, tetapi jelas ia merujuk kepada penulis Anas
Zubedy dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.
Kenyataan itu dibuat dalam satu program di Kota Bharu, Kelantan pada 8 Ogos lalu.
Dalam
program itu, beliau juga didakwa membuat dakwaan berkenaan sejumlah
penganut Hindu di Malaysia yang memilih untuk menyokong Perdana Menteri
India, Narendra Modi, berbanding Dr Mahathir Mohamad.
Zakir juga berkata kenyataan itu disalah petik, dan menjelaskan beliau merujuk secara khusus terhadap mereka yang menyokong permohonan India untuk mengekstradisinya.
Berikut ialah kenyataan penuh Zakir, yang diterjemahkan daripada bahasa Inggeris:
Kempen
cercaan terhadap saya semakin memuncak dan dibuat atas motif politik.
Daripada lapan jam ucapan saya, kali ini pembenci saya mengambil satu
lagi hujah di luar konteks untuk memfitnah saya.
Walaupun hadirin
acara itu tidak mendapati sebarang unsur perkauman atau komunal dalam
ucapan saya, media disuap dengan cerita kebencian dan ketaksuban yang
tidak benar.
Malangnya, saya tiada pilihan melainkan
mempertahankan diri saya sekali lagi kerana saya tidak boleh biarkan
maklumat salah disebarkan tanpa penjelasan.
Ini kali kedua sebuah kenyataan dipetik di luar konteks. Dan ya, teknologi moden membolehkan anda berbuat demikian.
Dikatakan saya berkata orang Cina patut balik ke negara asal. Salah satu tajuk berita malah berbunyi, “Outrage in Malaysia as Zakir Naik suggests Chinese expulsion”. Jika ia memang benar, mengapa media mengambil masa lima hari untuk membangkitkannya.
Ia tidak benar. Berikut sebabnya.
Dalam
syarahan saya berkenaan "Salah tanggapan tentang Islam" di Kota Bharu
pada 8 Ogos, saya memberi balasan kepada salah faham keempat paling
lazim tentang Islam bahawa "Islam disebarkan dengan pedang".
Ini kata-kata saya, dalam konteks penuh:
"Sejumlah
75 peratus orang bukan Islam di India, mereka memberi shahadah, mereka
menjadi saksi, bahawa Islam tidak disebarkan dengan pedang.
"Askar
Muslim mana yang ke Indonesia yang merupakan negara Muslim terbesar di
dunia? Askar Muslim mana yang ke Malaysia? Askar Muslim mana yang ke
pantai timur Afrika? Di mana banyak negara, penduduk majoriti ialah
Muslim.
Pedang mana? Mereka melakukannya dengan akhlak. Pedagang
yang datang. Askar mana yang ke Malaysia? Askar mana yang ke Indonesia?
Kebanyakannya, hampir semua, adalah bukan Islam, kemudian hampir semua
menjadi Muslim, MasyaAllah.
"Dan kemudian, lebih ramai yang datang
selepas itu. Malaysia menjadi Muslim sepenuhnya. Kemudian Cina datang,
India datang, orang Inggeris (British) datang. Mereka adalah tetamu baru
kita. Kamu tahu tak yang ada orang yang panggil saya seorang tetamu?
Jadi saya kata, 'sebelum saya (datang), kaum Cina adalah tetamu'.
Mereka
tidak lahir di sini. Jika kamu mahu tetamu baru keluar, minta tetamu
lama pulang dulu. Kaum Cina, kebanyakan dari mereka tidak lahir di sini,
mungkin generasi baru, ya (lahir di sini). Jika kamu mahu tetamu itu
pulang, dan tetamu lain yang membawa keamanan dalam komuniti, mereka
(tetamu itu) membawa manfaat kepada keluarga itu."
Ketika membalas
dakwaan bahawa Islam disebarkan dengan pedang, saya memberi bukti
sejarah bahawa di hampir semua bahagian di dunia, Islam disebarkan
melalui penyebaran idea dan akhlak yang baik, dan bukan dengan pedang.
Ini
termasuk Malaysia, di mana kebanyakan penduduk dulu bukan Muslim, dan
kemudian menjadi Muslim. Pada masa itu hampir semua orang di Malaysia
adalah Muslim. Kemudian kaum Cina, India dan lain-lain berhijrah ke
Malaysia.
Kekecohan ini dibangkitkan oleh seorang warga Malaysia
yang memanggil saya sebagai "tetamu" dan meminta saya meninggalkan
Malaysia. Seorang ahli politik Cina yang berpengaruh setuju dengannya
dan menyuarakan sokongan terhadap perkara itu.
Siapa dia untuk
minta saya pergi? Dalam jawapan saya terhadapnya dan sesiapa yang
menyokong kenyataannya, saya berkata, "Jika kamu mahu tetamu baru
keluar, minta tetamu lama pulang dulu."
Ini adalah satu tempelak
kepada hujah falasinya bahawa sebagai tetamu saya perlu meninggalkan
perkara ini. Saya juga tak pernah cadangkan agar orang Cina meninggalkan
negara ini. Saya hanya menunjukkan kelemahan hujahnya dengan
mengingatkannya bahawa dia juga "tetamu" seperti saya.
Bagaimana ia bermakna satu cadangan untuk "pengusiran orang Cina" seperti yang didakwa pembenci saya?
Dalam
kenyataan susulan, saya juga dengan jelas mengatakan mana-mana "tetamu"
yang membawa keamanan kepada negara perlu digalakkan untuk tinggal di
sini, sama ada Cina atau India atau warga negara lain. Bagaimana jawapan
saya kepada orang Cina yang menyokong pengusiran saya membuatkan saya
bersifat perkauman terhadap mereka?
Saya adalah seorang yang
mempunyai misi menyebarkan kebenaran dan keamanan. Tetapi beberapa
pencetus kebencian, dengan agenda politik, mahu mengganggu misi saya,
dan cuba berbuat demikian dengan menyalah petik kata-kata saya dan
mereka-reka maklumat terhadap saya. Malangnya, sejumlah Muslim menjadi
mangsa penipuan mereka.
Allah berfirman, "Wahai orang-orang yang
beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita,
maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak
menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan
sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali
apa yang kamu telah lakukan." (Al-Quran, surah Al-Hujurraat:6)
Permintaan
saya kepada rakyat Malaysia dan media, sama ada Islam atau bukan Islam,
adalah untuk mengesahkan maklumat yang diterima - dan konteksnya -
sebelum mempercayainya atau menyebarkannya. Jangan percaya membuta-tuli
setiap sumber maklumat yang anda temui - termasuk kenyataan saya - tanpa
mengesahkan kebenarannya.
Kebanyakan syarahan saya boleh diikuti
di YouTube dan media sosial. Saya amat hargai jika anda mendengar
program atau syarahan penuh saya, berbanding mendengar klip-klip pendek,
sebelum membuat keputusan.
Hampir semua orang bukan Islam yang
menonton syarahan penuh saya, sama ada di India, Malaysia atau di tempat
lain, menghormati dan menghargai kerja saya, Alhamdulillah.
Jika
orang bukan Islam di Malaysia mendengar sebahagian - kalau pun tidak
semua - syarahan penuh saya, saya pasti mereka juga akan menghargai
kerja saya dan menyokong misi saya.
Tanah Melayu diserang Khmer(Angkor, Chenla) mana pergi Cina, mana pergi India untuk mempertahankan Tanah Melayu ini?
Tanah Melayu diserang Chola, mana pergi Cina, mana pergi India untuk mempertahankan Tanah Melayu ini?
Tanah Melayu diserang Siam/Thai(Sukhotai, Thonburi, Ayuthaya,
Rattanakosin) mana pergi Cina, mana pergi India untuk mempertahankan
Tanah Melayu ini?
Tanah Melayu diserang Portugese, mana pergi Cina, mana pergi India untuk mempertahankan Tanah Melayu ini?
Tanah Melayu diserang Belanda, mana pergi Cina, mana pergi India untuk mempertahankan Tanah Melayu ini?
Tanah Melayu diserang oleh British, mana pergi Cina, mana pergi India untuk mempertahankan Tanah Melayu ini?
Kalau nak pergi jauh sikit di Borneo, semasa Kesultanan Melayu Brunei
di serang dan hampir dijajah oleh tentera Sepanyol dan Filipina, mana
pergi Cina, mana pergi India untuk mempertahankan pulau Borneo? Yang
akhirnya kemenangan di pihak Brunei, berjaya menghambat Sepanyol keluar
dari Borneo. Begitu juga Melayu Banjar, mempertahankan Selatan
Kalimantan/Borneo dari dijajah Belanda dan berakhir dengan kekalahan dan
kejatuhan Kesultanan Banjar.
Tiba2 mereka datang nak hak
samarata, nak hapuskan hak bumiputra. Padahal orang-orang Melayu dan
Pribumi bermati matian mempertahankan Tanah Air Ini sejak dulu lagi.
Kalau tanya mereka apa itu
Perang Musuh Bisik(Kedah-Thai) era Rattanakosin, Perang Selangor&Johor-Belanda, Perang Selangor-Thai era Rattanakosin, Perang Melaka-Thai era Ayuthaya, Perang Naning(Naning-British), Perang Tiga Segi(Johor-Aceh-Portugese), Perang Johor&Belanda-Portugese, Perang Srivijaya-Chenla, Perang Srivijaya-Chola, Perang Pattani-Thai era Thonburi&Rattanakosin dan banyak lagi.
Rasa2 mereka tahu ke tidak tentang peperangan2 ini? Mereka berada dimana semasa peperangan2 ini berlaku?
Kami Bangsa Nusantara. Benua kalian nun jauh disana. Sini adalah Benua
Kepulauan Nusantara Malay Archipelago. Kepulauan Melayu ia meliputi
seluruh Asia Tenggara, Champa (Cambodia, Vietnam kini) Selatan Thai,
Singapura, Sumatera Riau, Kalimantan, Selatan Filipina, sparuh Myanmar
dan kawasan sekitar nya. Rumpun keluarga kami besar di bawah
Malayo-Polynesian Austronésia, ia meliputi hampir separuh dari peta
dunia sehingga Madagascar. Nenek moyang kami hebat
di lautan maritim dan daratan belayar disekitar kawasan ini tanpa perlu
pasport. Berlayar di atas kapal jong yang besar tanpa perlu Kompas,
hanya ikut arah angin dan bintang. Sebutkan sahaja empayar empayar orang
Melayu dan Nusantara lain, Langkasuka Fu Nan Kedah Tua Sriwijaya,
Tambralingga, Sailendra, Majapahit etc sampai lah kami masuk islam
beramai2 dan menubuhkan pula Kerajaan BerSultan dari situ mula lah
penubuhan Kerajaan Kesultanan Melaka Johor Riau Acheh, Pahang, Selangor
dll..
Jgn pernah kalian bermimpi mahu berkongsi hak dgn kami.
Mana mungkin kami ingin berkongsi hak yang sama ke atas tanah pusaka
wasiat peninggalan nenek moyang kami ini. Kami bumiputra semenanjung dan
pribumi borneo akan pertahankan Perlembagaan yg telah diwarisi oleh
kami hasil peninggalan nenek moyang kami untuk kami wasiat kan pula
kepada generasi anak anak kami yg sdg membesar skrg ini dan utk generasi
kami yg seterusnya.
Kau Umno, Kau PPBM, Kau Amanah, Kau Pas, Kau
PKR, ahh persetankan semua itu, kita di bawah panji yang sama bersatu
di bawah penyatuan ummah dan bangsa jadi tolak politik demi survival
anak anak kita esok!Lokman Hakim
Yg datang ke kepulauan Melayu dulu ialah org2 India pada Zaman Asoka
yg bermula pada 268 - 232 BCE (sebelom masihi). Mereka mula mendarat di
Utara Tanah Semenanjung di satu kawasan yg digelar Kadaram oleh org2
Hindu.
Mereka datang membawa
fahaman Buddha ke Kadaram, Indo China & Siam. Indoncina & Siam
memeluk agama Buddha sampai sekarang.
Zaman Asoka berakhir kira2 232 BCE. dan kemudian dari itu Empayar Srivijaya menakluki kawasan2 Asia Tenggara termasuk Kadaram.
Agama Hindu mula tersebar luas, mengantikan fahaman Buddha. Waktu itu
Bahasa Melayu ditulis dengan huruf Pallava yg berasal dari Tamil. Org2
Melayu ada yg menganut Hindu seperti yg masih ada di Pulau Jawa
Indonesia.
Saudagar2 Arab mula tiba pada tahun lingkungan 550 AD
utk berdagang, ikut org2 India; Zaman sebelom Islam. Ketika ini Jawi
mula diguna pakai dikalangan saudagar2 Arab.
Ketika itu, org2
China juga mula sampai untuk berdagang dan mereka menamakan Tanah di
Utara Semenanjung itu sebagai Cheh-Cha atau Ka-Cha. Nama ini masih
diguna pakai hari ini dan berbunyi Chi-ta.
Jadi, org2 Arab & China datang sebagai saudagar utk berdagang.
Dalam 1025 AD, Raja Rajendra Chola 1 menakluki Asia Tenggera termasuk
wilayah2 Kadaram dan jatuhkan Sri Vijaya. Org2 Chola beragama Hindu dan
mereka mendirikan system kerajaan Hindu disekitar Lembah Bujang iaitu
Kedah moden hari ini. (Museum Arkeologi Lembah Bujang).
Dalam
tahun 1136, Raja Empayar Kadaram; Raja Phra Ong Mahawansa, meluk Islam
(merdeka dan berpisah dari jajahan Raja Chola ketika itu yg mula hilang
kuasa) dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah 1. Hikayat Merong
Mahawangsa. Kadaram ditukar nama kepada Kedah. Maka bermula lah
kesultanan Kedah Moden yg ada hari ini.
Dari atas, sejarah menunjukkan org2 India yg mula datang ke Kepulauan Melayu dan Tanah Semenanjung. Bukan org2 Arab.
Org2 Melayu pada awalnya berfahaman Buddha, kemudian mereka menjadi
Hindu dan dalam tahun 1136, ikut Sultan Mudzaffar Shah, memeluk Islam. 3
kali tukar agama dalam masa 1000 tahun. Ikut suasana politik.
Jadi, Dr Zakir Naik kata org Arab yg datang dulu, saya fikir ini kurang tepat.
Akan tetapi, Islam disebar ke Kepulauan Melayu tanpa peperangan, itu
benar. Saya percaya kenyataan "Islam disebar dengan pedang" itu adalah
bersifat resisma org2 Barat.