Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Showing posts with label BMB. Show all posts
Showing posts with label BMB. Show all posts

Wednesday, December 18, 2013

Group WhatsAp Lifestyle Bocor... "Lagi diaorang hentam lagi aku glamour...he he..",

Lawak petang Selasa bersama @Ibdil...kih kih kih 


"Tunggu BOSS balik dari Myanmar...!",jawap poyo sorang ni bila berbual pasal lawatan boroikan perut dia ke Sukan Sea Myanmar yang kecuh diperkatakan sebelum ini...

"Lagi diaorang hentam lagi aku glamour...he he..", komen angkuh bila merujuk kepada berita berita negatif yang dimainkan semua media berhubung lawatan Kontinjen Atlit Bina Perut Sukan Sea baru baru ini yang balik tidak membawa apa apa pingat untuk negara.

"Lantaklah buat apa nak bayar diaorang (mungkin merujuk kepada bloggers) 2-3 ribu sebulan.Esuk lusa diamlah mereka tu...",komen si poyo ini lagi.

Dialog diatas dikatakan adalah perbualan dalam satu Group WhatsAp sesama mereka yang telah terbocor kerana tidak pakai "pad"(tuala wanita) yang sampai kepada aku.Sejauh mana kebenaran nya aku tak boleh jamin,tapi eluk gak untuk dijadikan senaman muka bila kita membacanya.

Dikhabarkan juga BOSS yang dirujuk diatas pun dah "panas hati" kerana sejak melantik Si-Poyo ini tak sudah sudah dia mengundang kontrovesi dan mencari musuh yang menjadikan PPUM "punching bag" banyak pihak.BOSS nak tukar Si Poyo ini dengan orang lain pun tak boleh jugak kerana akhirnya dia juga yang akan malu sendiri sebab dia yang lantik Si-Poyo ini.Jadi mahu tak mahu kena hadap sajalah "kebiulan" Si-Poyo ini untuk sepenggal lagi...kah kah kah.

Apapun anggap je lah cerita yang aku dapat kat atas ini sekadar cerita karut saja sudahlah...jangan percaya sangat.Sebab aku dapat melalui WhatsAp yang dihantar kepada aku,lainlah kalau cerita ini masuk melalui INSTAGRAM baru lah boleh dikira SAHIH.

KAH KAH KAH.

sumber 

Pengerusi BMB @Ibdil Akhirnya Nganga Tunjuk Taring, Syabas @Khairykj

Kehebatan lifestyle Pengerusi Biro Media Baru, Ibdillah Ishak sebenarnya tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak, beliau yang merupakan anak didik kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ini sememangnya dikenali ramai dan sedang diasuh untuk 'kehadapan bersama akar umbi'.
Namun, bumi mana yang tidak ditimpa hujan ? Begitu jugalah dengan beliau, baru-baru ini beliau pernah menggemparkan dunia maya dengan membuat pendedahan mengenai sikap pejuang maya Umno yang dikatakan tidak berjuang secara sukarela sebaliknya mungkin lebih kepada 'rogolpaksa', ekoran pendedahan yang dibuat, beliau dikecam rakus oleh sebahagian besar pejuang maya Umno selama beberapa hari, namun ketegasan beliau tidak berganjak dan memaksa hampir kesemua penyerangnya tunduk akur membisu. :)
Bukan setakat pejuang maya Umno sahaja, malah wartawan tersohor Mazidul Akmal Sidek yang sebelumnya turut mengambil bahagian dengan berpaksikan kelantangan fakta juga dilihat hilang wibawa dengan hanya mengakhirkan muncung pena tanpa noktah SUPERMAN BAKAL TURUN PADANG seterusnya sepi tiada berkhabar.

Dari apa yang berlaku, mungkin ketegasan beliau itulah sebenarnya kredibiliti yang beliau ingin tampilkan, kerana tanpa ketegasan itu mustahil untuk beliau turun padang bertemu dengan 'akar umbi' yang berada di Myanmar dalam misinya memperluaskan pengaruh Umno dinegara berkenaan.

Justeru, pelapis kepimpinan Umno yang lain seharusnya mencontohi Pengerusi BMB sebagaimana zahirnya terciri pada paparan gambar diatas yang diambil ketika beliau sedang berucap dipersidangan Agung Instagram peringkat antarabangsa, selain kredibiliti tersendiri, lifestyle tersendiri itu juga perlu ada dalam usaha memantapkan Umno sehingga keperingkat 'akar umbi'. Kerana 'akar umbi' Umno tidak akan menjadi kuat dengan hanya keperibadian sebenar pemimpinnya, tapi 'akar umbi' Umno hanya akan kuat dengan lifestyle yang digayakan oleh pemimpinnya. 

Saturday, December 7, 2013

KEPADA YB KJ, NASIHAT PENGERUSI MEDIA BARU @ MINTA MAAF , RAMAI HATI TERGURIS PRU14

DESAKAN KEPADA YB KJ, TUKAR PENGERUSI MEDIA BARU, CARILAH YANG BERPENGALAMAN 

Beberapa perkara yang berlaku ke atas Pemuda UMNO amat tidak baik kepada pergerakan tersebut malah akan memberikan kesan yang buruk kepada UMNO dan Presiden UMNO. Lihatlah, Presiden UMNO sendiri memberi kredit kepada Pergerakan Wanita UMNO sebagai tulang belakang parti, bukannya Pemuda UMNO.

Isu Pengerusi Biro Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO yang baharu mesti diselesaikan dengan kadar segera. Ini zaman siber, kelewatan akan memberi peluang kepada musuh untuk menyerang dan ketawa terbahak-bahak. Dia kata hendak mula bulan Januari, nampak sangat kelemahan, kelewatan, tiada wawasan, tiada look forward dan tiada perancangan.

Saya meneliti ucapan pertama beliau, dan kesimpulan pertama saya ialah serasi dengan aktivis blogger UMNO/BN yang lain bahawa beliau sebenarnya tidak sesuai memegang jawatan itu. 

Pertama, apakah pengalaman beliau di dalam perjuangan media siber. Adakah sesiapa mengenalinya sebelum ini? Adakah dia mempunyai blog yang memaparkan tulisan (idealisma) terhadap perjuangan agama, bangsa dan negara ini? Jika hanya sekadar gambar-gambar dan sedikit caption itu budak sekolah Tahun 5 pun boleh buat! 

Saya sendiri tidak pernah dengar nama dia, nasib baiklah dia masuk dalam line up YB khairy Jamaludin, jika tidak saya yakin dia tidak akan ada di dalam list Exco Pergerakan Pemuda UMNO.

YB Khairy Jamaludin adalah seorang penulis sebelum ini, Tun Faisal sendiri mempunyai blog dan idea-idea beliau diterjemah juga di dalam debat dan wawancara, Dr. Norwandi turut memiliki blog dan idealisma beliau boleh dilihat dalam talk shaw dan sebagainya. Cukup sekadar tiga nama itu, tidak perlu saya mendedahkan siapa dia blogger UMNO yang lain kerana kita mempunyai kerahsiaan yang tinggi tetapi kami memiliki perasaan perjuangan yang sama.

Instigram hanya sebuah tool yang kerdil di dalam teknik solution yang tidak berkapasiti besar. Ianya umpama sebuah album gambar yang kita bawa kemana-mana dan tunjukkan kepada rakan-rakan. Tiada idealisma di dalam instigram melainkan hanya sebuah aktiviti kecil dalam siber trooper.

Jika ada 1000 manusia seumpama Ibdillah di dalam UMNO, pasukan Red Bean Army hanya perlu sediakan 3 orang tentera siber mereka sahaja untuk menewaskan 1000 orang itu.

Peperangan di alam siber tidak boleh one man show, jika tidak kamu akan mati lebih awal. Cyber war bukan setakat blog, FB, tweeter, Instigram, Komuniti Siber, Kampung Siber, portal, whatapps, emel, sms tetapi turut meliputi sebuah gagasan yang luas dan besar, di dalam negara dan di luar negara, di dalam kerajaan dan di luar kerajaan, di dalam parti dan di luar parti.

Jika kamu ahli politik yang baharu merangkak, dan kamu bercakap tentang mengkoordinasikan UMNO Pusat, Negeri, Bahagian dan Cawangan, saya yakin kamu akan tewas dan gagal. Itu namanya retorik politik. Tiada nilai, idea itu orang akan ketawakan. Tetapi, kepada Pakatan Rakyat mereka gembira kerana UMB sekarang mempunyai seorang ketua yang kurang berilmu dan kurang pengalaman di dalam peperangan di alam siber.

Kamu bercakap tentang masa tetapi apakah kamu tahu betapa pentingnya pemacu itu seorang yang right time, right person, right condition. Bagaimana pula kamu hendak serang musuh secara bersepadu, berskala besar, berimpak besar dan memberi kesan besar jika pemikiran kamu kelihatan sangat kerdil, kecil dan seperti kebodohan.

Soalan mudah saya, adakah kamu mengetahui berapa orang penulis di dalam The Unspinner dan AIDC? Tahukah kamu siapakah mereka di dalam Blog House? Kamu tahukah berapa ramai orang di dalam kumpulan NadiRakyat? Adakah kamu mengenali siapa dia di dalam Sarawak Report? Adakah kamu mempunyai ciri-ciri Investigator? Kamu tahukah siapa dia pemilik The MOLE, Mynewshub atau TVOnline. Kamu tidak boleh mengenepikan mereka begitu sahaja kerana mereka adalah pemain yang penting di dalam siber war di Malaysia.

Kamu sedarkah mereka semua mempunyai rangkaian yang berangkai-rangkai, berselirat di dalam FB, Tweeter, Blog dan sebagainya. Kamu pergi belajar dan mendengar pengalaman Papagomo, Tun Faisal, Panglima Perang Siber, HousePK dan lain-lain. Atau kamu boleh belajar dengan saya bagaimana boleh mendapat USD1000 hingga USD3000 sebulan dengan hanya berblog. Dengan itu kamu tidak perlu memberi elaun bulanan kepada mereka!

UMNO BUKAN MILIK SDN BHD
Kamu tidak boleh marah kepada saya, UMNO bukan milik kamu, ahli berhak mempertikaikan kredebiliti kamu dalam hal ini. Saya menasihati kamu berundur dan belajar semula. Jika kamu ingin mempertahankan diri, bentangkan resume kamu, supaya penilaian yang lebih adil boleh diberikan jika kamu rasa kamu tidak diadili dengan betul.

Jika kamu bercakap dengan air liur, kamu akan kehabisan air liur kamu dan tidak ada seorang pun pejuang siber yang akan bersama kamu. UMNO adalah parti politik, politik adalah medan musuh menyerang kita, kita tidak boleh mengecilkan skop serangan politik kepada 50%. Itu pandangan gila namanya. Kita hanya ada politik (kuasa) sahaja untuk dipertahankan sekarang, ekonomi kita sudah menjadi pengguna, pengikut dan kita seringkali dieksploitasi dalam bidang ekonomi juga sosial.

Saya belum lagi bercakap soal dasar dan isu-isu keselamatan di peringkat global dan ASEAN. Jika UMNO mahu kelihatan relevan, kita harus menguasai isu ini. UMNO mesti ke hadapan. Tidakkah kamu sedar parti PAP yang menguasai Singapura sudah bersedia lebih awal dengan menguasai contohnya google, malah agensi perisikan negara mereka terlatih oleh Israel. Saya belum lagi bercakap tentang utiliti, teknikal, solution dan sebagainya. Tidak mengapalah nanti kamu pening lalat.

Kepada YB Khairy Jamaludin, nasehat saya carilah pengganti yang lebih diyakini oleh masyarakat siber dan lebih berpengalaman. Mengapa melantik budak yang baharu merangkak! Sangat memalukan kepada UMNO yang berusia 67 tahun ini. 

 

Thursday, December 5, 2013

KEMAS KINI TERAKHIR ENTRI BLOG MILIK PENGERUSI BIRO MEDIA BARU UMNO PADA TAHUN 2010 DAN 2012


Mari bersama kita teliti, pretasi Pengerusi Biro Media Baru, BMB, UMNO, Ibdilillah Ishak, 37 tahun.

Dia pengendali 2 blog.


Kali terakhir blog pertama dikemas kini 21 Jun 2012.


Entri terakhir ditulis di blog kedua pada 14 Julai 2010.

Selanjutnya ,,,,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...