Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, August 19, 2018

Mula-mula nak tolong bela Umno. @ Mohd Radzi diberi tugas yang besar, iaitu menjadi timbalan menteri hal ehwal ekonomi, iaitu sebuah kementerian yang baru diwujudkan.

Mula-mula nak tolong bela Umno...: WAWANCARA | Gejolak di hatinya memanggilnya pulang ke tanah air mendalami isu 1MDB.

Shakira Buang  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
WAWANCARA | Umum mengetahui
Pakatan Harapan (HARAPAN) membuka lembaran baru bagi Malaysia apabila
diberi mandat untuk menjadi kerajaan pada tanggal 9 Mei lalu.


Sehari kemudian Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah selaku perdana menteri.


Kejayaan HARAPAN pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 itu sekali gus menamatkan tempoh pemerintahan Umno-BN sejak lebih 60 tahun.


Menyusul selepas itu ialah pelantikan anggota kabinet dan timbalan
masing-masing. Di kalangan tokoh yang dilantik, ada antaranya kurang
dikenali.


Malaysiakini berpeluang mendekati salah seorang daripada
tokoh yang diberi kepercayaan menjadi sebahagian daripada anggota
kerajaan, iaitu Mohd Radzi Md Jidin.


Nama ahli politik dari Kelantan itu bukanlah lazim seperti tokoh
sedia ada. Namun Mohd Radzi diberi tugas yang besar, iaitu menjadi
timbalan menteri hal ehwal ekonomi, iaitu sebuah kementerian yang baru
diwujudkan.


Dalam temu bual di parlimen baru-baru ini, Mohd Radzi mengakui dia tidak dikenali ramai berbanding tokoh HARAPAN dari Kelantan.


Bahkan beliau langsung tidak berpengalaman dalam politik kerana
terlalu asyik dengan dunianya sendiri kerana menetap lebih 20 tahun di
Hobart, Australia.


Pulang ke Malaysia


Nikmat yang diperolehi daripada ketenangan serta pemandangan
gunung-ganang di Hobart membuat Mohd Radzi kurang memikirkan hasrat
kembali ke Malaysia.


Namun, ada satu perkara yang mencetuskan gejolak di hatinya dan
tiba-tiba terpanggil untuk pulang ke tanah air, iaitu apabila beliau
mendalami isu 1MDB.


Pada asalnya, Mohd Radzi, 41, hanya mahu membantu Umno menyelesaikan isu tersebut.


“Isu 1MDB yang buat saya masuk politik, sebab perkara itu bidang
saya, dan saya buat banyak penyelidikan, baca beribu-ribu muka surat
untuk memahaminya.


“Apabila timbul isu 1MDB, tidak ramai anggota Umno yang bercakap dan mempertahankannya.


"Sebagai orang yang tahu sedikit sebanyak bidang akaun dan audit,
saya kata kepada diri sendiri: saya kena belajar isu ini supaya saya
dapat pertahankan Umno," katanya.


Namun beliau tidak menyangka perkara yang sebaliknya berlaku apabila
banyak "kemungkaran" yang muncul. Dan ia berlaku tanpa dirancang


"Lebih banyak kita baca, lebih banyak kita nampak kemungkaran yang berlaku.


"Ianya mengambil masa yang lama dan isu 1MDB ini, orang masih tidak peduli,” kata Mohd Radzi.


Pensyarah dan pakar perunding di Universiti of Tasmania di Hobart itu
berkata beliau pernah membangkitkan isu 1MDB kepada pemimpin utama
Umno.


Namun katanya beliau kecewa kerana segala maklumat hasil penyelidikannya itu disia-siakan pemimpin Umno.


Mohd Radzi juga mendakwa beliau pernah menyarankan supaya Datuk Seri
Najib Razak melepaskan jawatannya sebagai pemimpin parti dan kerajaan.


Sebaliknya, kata pemegang ijazah doktor falsafah dari Australian National University itu dituduh tidak menghormati pemimpin.


“Umno kata 1MDB bukan isu, rakyat tak kena tempias... tapi hakikatnya hari ini kita nampak (apa kesannya).


"Saya sudah sebut banyak kali bahawa hutang ini akan mencengkam rakyat.


“Dari dulu saya tanya (kepada Umno), apa hasil daripada 1MDB? Ada hutang berpuluh bilion tapi apa hasilnya kepada negara?


"Nak siasat tak sukar, sebab ia berlaku dalam sistem perbankan. Kita
boleh jejak transaksi yang dilakukan dan kita boleh tahu masuk akaun
siapa,” kata Radzi yang juga bekas pemimpin kelab penyokong Umno luar
negara.


Pengalaman jadi timbalan menteri


Dalam temubual selama 30 minit itu, Radzi turut berkongsikan
pengalamannya sewaktu pertama kali memegang jawatan timbalan menteri.


Ujar anak jati Ketereh, Kelantan itu agak sukar bagi seorang
pensyarah yang banyak bermain dengan nombor dan kira-kira untuk memahami
selok-belok pentadbiran, namun, katanya berbidalan, alah bisa tegal
biasa.


Tanggungjawab yang diamanahkan akan ditunaikan sebaik mungkin demi menyelamatkan Malaysia.


“Tun Dr Mahathir buat panggilan kepada saya pada 4 Syawal. Itulah bermulanya satu lagi sejarah dalam hidup saya.


"Perdana Menteri telefon saya melalui pejabat beliau. Saya amat terkejut.


“Sebagai seorang yang baru dalam politik secara langsung dan dilantik
ke kementerian yang agak kanan dan banyak perkara yang perlu diambil
kira, adalah satu pembelajaran yang agak sukar bagi saya.


“Kena belajar banyak lagi dalam masa yang singkat. Saya dilantik
sebagai senator dan timbalan menteri hampir sebulan, dan nak selesaikan
urusan pejabat dan dilantik semasa parlimen bersidang, maka saya kena
kemas kini dengan isu dan soalan dalam masa yang singkat adalah satu
cabaran.


“Agak besar bagi saya bila bercakap tentang Felda, ekonomi negara, dan ia singkat untuk saya fahami segala itu.


"Tapi saya yakin dengan sokongan daripada semua pihak ia boleh dilaksanakan," katanya.


Peguam: Jho Low putar belit, tiada bantahan rasmi AS isu Equanimity

Peguam: Jho Low putar belit, tiada bantahan rasmi AS isu Equanimity: Susulan dakwaan Jho Low sebelum ini bahawa AS tak bersetuju Equanimity diserahkan kepada Malaysia.

Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Tiada pihak berkuasa AS yang membuat bantahan rasmi berhubung
pemyerahan kapal layar mewah Equanimity kepada Malaysia pada 6 Ogos
lalu, kata peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla.


Menurut Haniff, tiada bantahan yang dilaporkan oleh kerajaan AS,
Jabatan Kehakiman AS (DOJ) atau Keduataan AS terhadap kerajaan Malaysia,
Indonesia, mahu pun Mahkamah California.


Merujuk dokumen yang diserahkan DOJ kepada mahkamah Calofirnia
semalam, beliau mendakwa ia merupakan bukti bahawa AS tidak mempunyai
bantahan terhadap tindakan Indonesia menyerahkan Equanimity kepada
Malaysia dan bukannya AS.


Beliau juga mendakwa Low Taek Jho atau Jho Low membuat kenyataan
palsu dan mengelirukan apabila mendakwa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad menipu.


"Jho Low adalah dengan tegas disarankan untuk diam membisu dan
cubalah sembunyikan diri beliau setakat mana dia mampu, sehinggalah
tangan penguatkuasaan perundangan memberkasnya kelak, daripada
menambahkan lagi kemarahan rakyat Malaysia dengan tohmahan jahat melalui
kenyataan palsu terhadap Dr Mahathir dan peguam negara, iaitu pihak
berkuasa negara ini," katanya dalam kenyataan hari ini.


Haniff berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Jho Low semalam
yang mendakwa kenyataan DOJ adalah bukti Dr Mahathir dan Putrajaya
menipu tentang bekerjasama dengan kerajaan AS untuk memindahkan
Equanimity.


Jho Low sebelum ini menuduh kerajaan Malaysia dan Indonesia merampas
kuasa pihak berkuasa Indonesia dan mahkamah AS berhubung penyerahan
kapal layar mewah itu memandangkan ia masih dibicarakan di mahkamah.


Bagaimanapun, Haniff merujuk perenggan ketujuh dokumen mahkamah DOJ
yang menyatakan apabila Equanimity dipindahkan syarikat perkapalan
Wilson Yacht Management (WYM) bertanya kepada kerajaan AS sama ada harus
mematuhi arahan pihak berkuasa Indonesia yang sedang menjaga Equanimity
ketika itu.


DOJ berkata menurut nasihat 17 Jun, kerajaan AS memberitahu WYM agar krew kapal mematuhi arahan kerajaan Indonesia.


"Jelas sekali, kalau kerajaan Indonesia telah bersetuju untuk
melepaskan tahanan Indonesia ke atas kapal Equanimity itu kepada
kerajaan Malaysia, dan memandangkan AS telahpun memberitahu anak-anak
kapal Equanimity untuk patuh arahan kerajaan Indonesia maka secara
langsung, AS sememangnya tiada bantahan langsung berhubung pelepasan
tahanan kapal Equanimity oleh kerajaan Indonesia kepada kerajaan
Malaysia," katanya.


Untuk rekod, dalam dokumen berkenaan DOJ menyatakan bahawa
keselamatan kapal layar berkenaan perlu dijaga dan menegaskan bahawa
kerajaan AS tidak terlibat dalam penyerahan Equanimity.


Dokumen berkenaan boleh dibaca di sini.


[Baca berita penuh]


Khaled: Najib, keluarga perlu kongsi maklumat tentang Jho Low

Khaled: Najib, keluarga perlu kongsi maklumat tentang Jho Low: Ia bukan saja tindakan yang betul untuk dilakukan oleh bekas PM itu, malah membantu mereka secara keseluruhan, kata naib presiden Umno.

Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 

Datuk Seri Najib Razak dan keluarga beliau bertanggungjawab berkongsi
maklumat mengenai keberadaan Jho Low, kata Naib Presiden Umno Datuk
Seri Mohamed Khaled Nordin.


Bekas menteri besar Johor itu berkata usaha mencari kebenaran dan
keadilan dalam skandal 1MDB dilihat mendapat kerjasama yang baik
daripada Najib.


"Sekiranya mereka mengetahui dan mempunyai maklumat tentang Jho Low,
sudah pastilah menjadi tanggungjawab mereka untuk berkongsi dengan pihak
berkuasa tempatan," katanya dalam satu kenyatan media hari ini.


Menurut Mohamed Khalid, langkah itu bukan sekadar tindakan "yang
betul" perlu diambil bekas perdana menteri atau anggota keluarganya
malah akan memanfaatkan mereka.


"Ia bukan sahaja satu perkara yang betul untuk dilakukan, malah akan
membantu membersihkan nama dan imej beliau serta keluarga yang kini
tercemar dengan skandal berkenaan," katanya.


Jho Low - atau nama sebenarnya Low Taek Jho - ialah individu yang
sedang dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia bagi membantu siasatan
skandal 1MDB.


Masih berusia 30-an, Jho Low berasal dari Pulau Pinang namun
mempunyai profil tinggi dan pernah dilihat bergambar bersama Najib,
isterinya Rosmah Mansor dan anak mereka di satu lokasi yang tidak
diketahui.


Bukan watak sampingan


1MDB ialah syarikat pelaburan kerajaan yang lahir daripada ilham
Najib semasa beliau menjadi perdana menteri, namun dibelenggu hutang
yang besar. Ia turut menyumbang kepada kejatuhan BN daripada kuasa buat
kali pertama sejak lebih 60 tahun.


Untuk rekod berbanding dua lagi naib presiden Umno, Mohamed Khaled
dilihat lebih bersikap terbuka, berterus-terang dan agak lantang
bersuara sebelum ini.


Seorang lagi bekas menteri yang mengambil pendekatan hampir sama dengan Mohamed Khaled ialah Datuk Johari Abdul Ghani.


Bagaimanapun Johari gagal mendapat sokongan mencukupi daripada
bahagian-bahagian Umno di seluruh negara untuk menjadi naib presiden
baru-baru ini.


Mohamed Khaled menambah pada masa sama kerajaan - yang yakin dan
mendakwa mempunyai maklumat mengenai pembabitan Jho Low - perlu
menggandakan usaha menangkap, membawa pulang, menyoal siasat serta
mendakwanya.


Katanya isu 1MDB sudah terlalu kerap dilaporkan media sama ada di dalam atau luar negara dan belum menampakkan kesudahan.




Bagaimanapun menurut Mohamed Khaled di sebalik segala laporan dan
dakwaan itu Jho Low masih belum ditahan oleh mana-mana pihak berkuasa
Malaysia, apatah lagi dibicarakan di mana-mana mahkamah.


Justeru katanya pihak berkuasa Malaysia mesti bekerjasama rapat
dengan mana-mana pihak berkuasa luar negara yang sedang menyiasat serta
mencari penyelesaian kepada skandal 1MDB.


"Kerajaan Malaysia harus mempamerkan keseriusan yang lebih tegas bagi mendapatkan Jho Low dan mengheret beliau ke muka keadilan.


"Kerajaan tidak boleh sekali-kali melihat beliau sebagai sekadar watak sampingan yang boleh diketepikan.


"Sebarang pendekatan menunggu dan mengharapkan beliau tampil sendiri
dan memberi penjelasan secara sukarela tidak akan berjaya dalam kes
ini," katanya dan menambah, Umno sendiri mahu isu skandal 1MDB
diselesaikan segera.


PAS PERLU MINTA MAAF SECARA TERBUKA ATAU TARIKH BALIK AMANAT HJ AWANG JIKA BESATU DLM BN (UMNO,MCA MIC)

Org
PAS dah lupakan gitu saje amanat hj awang. Minta maaf secara terbukalah.atau
tarik balik amanat itu, Ramai jadi mangsa dengan amanat hj awang. Terutama org
melayu;



 


Pintu untuk PAS, MIC bekerjasama kini terbuka: Selepas memberikan sokongan kepada Umno dan MCA, kini giliran MIC disantuni PAS melalui pertemuan peringkat presiden kedua-dua parti.

Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Satu lagi khabar menggembirakan buat PAS menjelang pilihan raya kecil (PRK) Seri Setia yang akan diadakan pada 8 Sept ini.


Selepas mendapat sokongan dan bantuan Umno, parti itu hari ini
mendapat suntikan semangat baru apabila MIC pula membuka pintu untuk
bekerjasama dengan PAS.


Persefahaman berkenaan tercapai semasa Presiden PAS Datuk Seri Abdul
Hadi Awang bertemu dengan Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran di Jalan
Raja Laut hari ini.


Dalam kenyataan media dikeluarkan Pejabat Presiden PAS, Vigneswaran
memberitahu MIC bersedia menjalin kerjasama dengan PAS dalam pelbagai
aspek demi kepentingan bersama.


Hubungan tersebut, kata Setiausaha Politik Presiden PAS, Syahir
Sulaiman, termasuk memberikan sokongan kepada calon parti itu yang
terbabit dalam PRK Seri Setia.


"PAS menyambut baik keterbukaan MIC yang menunjukkan kesediaan untuk
bekerjasama dalam agenda kebajikan rakyat dan keharmonian kaum dalam
negara," katanya.


Untuk rekod Umno memberikan sokongan moral secara terbuka dan terbuka
semasa proses penamaan calon PRK Seri Setia di Petaling Jaya semalam.


Dialog antara kaum, agama


BN tidak meletakkan calon di Seri Setia walaupun bertindak demikian
pada pilihan raya umum ke-14 lalu. Ia adalah sebagai menghargai sikap
PAS memberi laluan kepada Umno mencabar Pakatan Harapan (HARAPAN) di
Sungai Kandis pada 4 Ogos lalu.


PRK Seri Setia akan diadakan serentak dengan PRK Balakong yang menyaksikan HARAPAN dicabar calon MCA, Tan Chee Teong.


Pada 15 Ogos lalu Abdul Hadi sudah mengeluarkan arahan kepada penyokong PAS supaya memberikan undi mereka kepada calon MCA berkenaan.


Menurutnya langkah itu dibuat atas dasar "semangat pembangkang" yang menghadapi kerajaan.


Bagaimanapun setakat ini belum ada kenyataan rasmi dibuat oleh MCA sebagai membalas arahan Abdul Hadi berkenaan.


Menurut Syahir pertemuan dengan pemimpin MIC hari ini turut dihadiri
beberapa tokoh termasuk Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan
Man; setiausaha agung, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Dewan Himpunan
Penyokong PAS N Balasubramaniam.


Delegasi MIC turut disertai timbalan presidennya Datuk Seri S K Devamany dan ketua pemuda Datuk Sivarraajh Chandran.


Kata Syahir, Abdul Hadi sempat berkongsi pandangannya mengenai isu masyarakat majmuk dan kepelbagaian agama di negara ini.


Tidak ketinggalan katanya Abdul Hadi menjelaskan mengenai keperluan
untuk memberikan kefahaman sebenar demi mewujudkan keharmonian antara
agama.


"Presiden PAS merakamkan setinggi penghargaan kepada presiden MIC
atas pertemuan yang bersejarah ini, serta menyatakan kesediaan untuk
meneruskan usaha dialog antara kaum dan agama," katanya.


Saturday, August 18, 2018

PM Mahathir ucap tahniah kejayaan pasukan bolasepak B23 negara


 
Sukan Asia 2018: Sorotan Aksi Perlawanan | Malaysia 2 - 1 Korea Selatan ...
Published on Aug 17, 2018

Sejarah tercipta apabila Malaysia mencatat kemenangan keatas Korea Selatan dalam perlawanan peringkat kumpulan, acara bolasepak Sukan Asia 2018.

 Keputusan FT:

Malaysia 2-1 Korea Selatan

5’, 45+1’ Safawi Rasid (MAS)

88’ Hwang U. J. (KOR)

SUBSCRIBE YouTube Astro Arena (youtube.com/AstroArena)
Layari portal berita sukan





Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Kemenangan sensasi pasukan bola sepak lelaki Bawah 23 tahun Malaysia
ke atas pasukan pilihan Korea Selatan di Sukan Asia 2018 pada Jumaat
menarik perhatian Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Dr Mahathir menerusi laman Twitter hari ini mengucapkan tahniah atas
kejayaan membanggakan dilakar pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee yang
menewaskan Korea Selatan 2-1.


“Tahniah kepada skuad bola sepak negara ke Sukan Asia atas
kemenangan. Malaysia Boleh!,” katanya yang kini berada di China bagi
lawatan rasmi lima hari di sana.


Dalam aksi Kumpulan E di Stadium Si Jalak Harupat, Malaysia nyata
tidak gentar berhadapan pasukan memiliki reputasi tinggi itu apabila
mendahului pada minit keempat, hasil jaringan Muhammad Safawi Rasid, dan
sekali lagi menambah jaringan pada minit ke-45.


Penjaga gol skuad Bawah 23 tahun Malaysia, Muhammad Haziq Nadzli
kebal mempertahankan gawang sebelum akhirnya dibolosi pasukan Korea
Selatan pada minit ke-87 melalui jaringan Hwang Ui Jo.


Menerusi kemenangan itu, skuad muda Malaysia kini mendahului Kumpulan
E dengan mengumpul enam mata, sekali gus layak ke pusingan kedua.


Malaysia dijadual bertemu Bahrain pada perlawanan terakhir kumpulan, 20 Ogos ini.


- Bernama




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...