*Korang tengok ruangan komen kat sini (FB Sinar), ramai MACAI dah meroyan.
Friday, May 31, 2013
SULTAN SELANGOR MURKA : JANGAN TIPU RAKYAT
*Korang tengok ruangan komen kat sini (FB Sinar), ramai MACAI dah meroyan.
Monday, April 8, 2013
VIDEO SKANDAL NIK NAZMI TERBONGKAR
Berikut adalah rakaman semasa mesyuarat tertutup untuk membincangkan isu jambatan besi di Petaling Jaya yang dihadiri oleh bekas ADUN Seri Setia, wakil ahli-ahli Parlimen, wakil pemaju PJCC, wakil konsesi lebuhraya NPE dan ahli majlis MBPJ.
Video ini disiarkan untuk membuktikan kepada rakyat, terutama rakyat kawasan Seri Setia dan Kelana Jaya bagaimana sikap sebenar bekas ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Video ini diserahkan oleh salah seorang yang kecewa dengan sikap Nik Nazmi sepanjang tempoh beliau memegang kerusi ADUN.
Sudah jelas terbukti dalam video ini bagaimana Nik Nazmi telah:
1. Tunduk kepada tuntutan pemaju (NPE) untuk merobohkan jambatan dan membiarkan rakyat merana dengan bayaran tol.
2. Menghina agama Hindu dengan panggilan seperti "kuil bawah pokok".
3. Menghina rakyat dengan meminta agar butiran mesyuarat ini tidak keluar kepada pengetahuan umum.
Ini bukan soal parti, tetapi soal individu yang telah korup.
Berbakti kepada rakyat, berkhidmat kepada negara.
TheRakyatMarhaen
Friday, April 5, 2013
Pengundi Pru13 , P150 Batu Pahat TOLAK Calon PKR Datuk Idris Jauzi ( Bekas ABIM)
Jeng Jeng Jeng..Alamak! Semakin hari semakin teruk perpecahan PKR berlaku di bumi selatan tanahair. PKR Johor sedang menghadapi satu krisis yang sangat kritikal dimana perpecahan berlaku semasa pengumuman pencalonan kerusi PKR.
Syed Hamid adalah adik kepada bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali.
Pada ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampung Datuk Sulaiman Menteri, Johor Selasa lalu, Ketua Umum PKR itu telah mengumumkan nama Idris, Naib Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) sebagai calon terbaik sedangkan Syed Hamid telah berkempen lama di parlimen itu.
Sau-wee Lau berkata: “Jika mereka (kepimpinan) masih tidak dapat melihat cahaya itu, saya tidak tahu apa yang hendak dikatakan.”
Seorang lagi penyokong, Dr Tan Leok Soo, berkata ia akan menjadi sukar bagi pengundi untuk menerima “wajah tidak diketahui”.
“Saya sedih dan kecewa,” katanya, takut ia akan menjadi satu kerugian kepada parti jika parti masih berkeras untuk meletakkan Idris, yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Biro Tatanegara (BTN), sebagai calonnya.
BTN merupakan agensi kerajaan yang pernah dikecam PKR sebelum ini yang dituduhnya sebagai rasis.
Seorang penyokong yang menggunakan nama samaran Reformis Sembilan Lapan, berkata ia sedih melihat pemimpin bahagian (Syed Hamid) yang telah dipinggirkan oleh senjata besar PKR.
“Mereka yang telah berjuang hanya ditinggalkan dengan pakaian mereka manakala senjata besar mendapat manfaat,” katanya.
Syed Hamid turut diminta komen tentang Idris, beliau berkata: “Saya sudah bercakap kepada PAS saya dan rakan-rakan DAP tentang bagaimana kita akan menangani isu ini.”

Para penyokong Syed Hamid Ali telah berasa tidak puas hati. Syed Hamid merupakan adik kepada bekas timbalan presiden PKR Syed Husin Ali. Yang mana Syed Hamid Ali juga dikatakan telah terasa hati dengan Anwar.
"Bertahun-tahun Pak Habib buat kerja, sekarang orang lain pula mahu kutip hasilnya. Calon 'payung terjun' ini ialah seorang "dato" yang mengaku dirinya sebagai calon PKR Parlimen Batu Pahat.
"Kononnya Syed Hamid Ali (Ketua Cabang PKR Batu Pahat) telah setuju beri laluan kepadanya! Satu lagi pembohongan!"
Sekarang nak cakap macamana lagi? Dah nampak tak Anwar masuk campur dan gunakan kuasa diktaktornya untuk memastikan semua kroninya menjadi calon tanpa memikirkan perasaan ahli PKR setempat.
Inilah sifat Anwar yang baru menjadi Ketua Pembangkang dah mula catur kroni. Masih nak sokong dia?
Sumber : Siri 3 #CalonPKRosak - Sah PKR Parlimen P150 Batu Pahat Tolak Calon Pilihan Anwar Ibrahim!
Wednesday, February 20, 2013
PKR MUNAFIK Terus Gadai Kalimah Allah Kepada Kristian. Keputusan Majlis Syura Pas dipandang jijik..
Giliran Ostazah Puziah PKR gadai kalimah Allah kepada Kristian
Beliau dicemuh oleh pemimpin-pemimpin parti itu termasuk Datuk Harun
Taib yang menegaskan bahawa PAS tidak akan berkompromi dalam isu
penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim. Thursday, March 15, 2012
Pertunangan Anak PM: Rafizi Kurang Ajar, Babitkan Anwar!! . SUARA PAKATAN RAKYAT TAK MEMBUTUHKAN RAFIZI???
Kantoiiii!!! Rafizi bangkit isu pertunangan anak PM... PKR panas punggung! Baca sini...
Pertunangan Anak PM: Rafizi Kurang Ajar, Babitkan Anwar!!
PENULIS benar-benar berang dengan tindakan Rafizi Ramli, selaku Pengarah Strategi PKR yang menjadikan kes ‘penyalahgunaan kuasa’ Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1997 sebagai rujukan untuk menyokong dakwaannya bahawa Perdana Menteri Najib turut menyalahgunakan kuasa kerana melibatkan pegawai Pejabat Perdana Menteri dalam urusan majlis pertunangan anaknya pada Jun 2011.
Apa tujuan Rafizi menjadikan kes Anwar tersebut sebagai contoh bila mana tidak ada seorang pun dari kami yang telah lama berjuang dalam PKR ini yang percaya Anwar pernah melakukan kesalahan tersebut. Pada kami, kes itu adalah sebahagian daripada konspirasi Mahathir untuk menjatuhkan Anwar dari jawatan Timbalan Perdana Menteri yang disandang beliau ketika itu.
Kalau sudah terkantoi menipu, tanggung sendiri sajalah, kenapa pula hendak membabitkan Datuk Seri?
Apakah Rafizi cuba menunjukkan kepada rakyat bahawa Anwar juga pernah menyalahgunakan kuasa ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu? Adakah ini niatnya?
Penulis minta Rafizi jelaskan kepada laman ini dan seluruh penyokong PKR serta Pakatan Rakyat yang jelas terluka dengan kenyataan ini, adakah dia berniat untuk memalukan Anwar dalam menyokong dakwaannya bahawa Najib menyalahgunakan kuasa dalam soal penganjuran majlis pertunangan tersebut?
Sudahlah tuduhan salah guna kuasa ke atas Najib ini hanya akan memakan diri sendiri kerana umum mengetahui bahawa tugas Rafizi sebagai CEO di pejabat Penasihat Ekonomi Selangor yang diterajui Anwar, turut sama menguruskan hal peribadi Anwar juga. Apa kata Rafizi nanti kalau penyokong UMNO membangkitkan hal itu nanti?
Ini masalahnya bila bercakap tak guna otak.
Secara peribadi, penulis pun tidak pasti dengan gaji lumayan yang diterimanya sekarang, berapa banyak masa dihabiskan Rafizi membantu Anwar menguruskan strategi ekonomi yang betul untuk negeri Selangor kerana kelihatan masanya banyak dihabiskan untuk mencanang dirinya sebagai Pengarah Strategi PKR yang paling baik di antara pemegang-pemegang jawatan tersebut sebelumnya.
Tidak hairan kenapa penyokong UMNO merujuk penubuhan pejabat tersebut sebagai pembaziran wang rakyat Selangor. Mana tidaknya, CEO yang dilantik lebih banyak berpolitik dari membantu Penasihat Ekonomi yang mempunyai tanggungjawab lebih besar dalam mengemudi PKR dan Pakatan Rakyat.
Rafizi (jika punya intergriti), sepatutnya menumpukan lebih banyak usaha membuktikan dakwaan bahawa wang rakyat digunakan dalam membiayai perbelanjaan Majlis tersebut, bukannya membangkitkan isu baru dan membandingkan pula dengan kes yang pernah dihadapi Anwar.
Itu namanya kurang ajar.
Sekarang penulis faham, kenapa ramai rakan penulis dalam Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang jelas tidak senang dengan banyak tindakan Rafizi kebelakangan ini. Rafizi dikatakan menggunakan hubungan baiknya dengan Presiden Parti, Datin Seri Wan Azizah Ismail untuk mengatasi peranan Shamsul Iskandar sebagai Ketua AMK, termasuk mendapatkan jawatan di pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.
Semua ini begitu ketara sekali selepas Rafizi tewas dalam pencalonan untuk jawatan Ketua AMK dalam pemilihan Nasional 2010.
Rafizi juga berjaya menggunakan NGO parti, Jingga 13 untuk menjayakan kepentingannya sedangkan semua dalam Biro Politik PKR tahu bahawa Jingga 13 ditubuhkan untuk menyokong agenda parti, bukan agenda Rafizi.
Penulis tidak mahu mengatakannya tapi kelihatan Rafizi menggunakan PKR untuk kelebihan peribadi dirinya dan mencemarkan imej pemimpin tertinggi kita dalam masa yang sama.







