Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Wednesday, September 5, 2018

Dr Asri ulas isu LGBT, sebatan 2 wanita di Terengganu





Dr Asri ulas isu LGBT, sebatan 2 wanita di Terengganu: Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin menasihatkan orang ramai tidak ekstrem ketika membahaskan i...



2018-09-05 15:00:00

Mufti
Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin menasihatkan orang ramai tidak
ekstrem ketika membahaskan isu sebatan syarie terhadap pasangan lesbian
di Terengganu, kelmarin.

Beliau antaranya menegur pengkritik yang sentiasa tidak bersetuju dengan sesuatu yang dikaitkan dengan syariah.

Bagaimanapun,
katanya, pembela hukuman itu juga tidak boleh menyifatkan pengkritik
sebagai “anti-Islam” kerana hukuman itu cuma takzir, bukan hudud.

“Takzir
ini keputusan yang dibuat oleh hakim, keputusan yang dibuat manusia,
bukan ada nas daripada nabi SAW,” katanya menjawab soalan dalam rakaman
video di media sosialnya.

Kelmarin, pasangan lesbian 32 dan 22
tahun disebat enam kali dalam dewan di mahkamah syariah di Terengganu
setelah disabitkan bersalah cuba melakukan hubungan seks sejenis di
dalam kereta.

Sebatan itu dikatakan yang pertama seumpamanya berlaku di negara ini.

Read more at https://www.kinitv.com/video/65294O74#1vtVPMx03w8ifjOi.99

Peningkatan di dalam Akaun Hasil Disatukan yang belum diaudit kepada RM3.81 billion pada 31 Julai adalah penambahbaikan 8.5 kali ganda

‘Najib fitnah k’jaan salah guna RM42b tapi cuma tinggalkan RM450j’: ULASAN l Najib patut menjawab mengapa jumlah ini merosot dengan mendadak sebanyak RM11.41 bilion atau 96 peratus.



Lim Guan Eng  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 

ULASAN l Bekas Menteri Kewangan
Datuk Seri Najib Razak memfitnah kerajaan Pakatan Harapan
menyalahgunakan RM42.2 bilion setakat 31 Disember 2017 apabila beliau
cuma meninggalkan RM450 juta setakat 30 April 2018.


Najib masih lagi mengungkit isu Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan
Persekutuan yang berjumlah RM42.2 bilion setakat 31 Disember 2017 tetapi
beliau gagal untuk menyatakan bahawa dana ini cuma tinggal RM11.86
bilion di dalam Akaun Hasil Disatukan.


Pembayaran dan pemindahan wang kerajaan hanya boleh dibuat atau
digunakan daripada Akaun Hasil Disatukan dan dengan ini, cuma RM11.86
bilion dalam Akaun Hasil Disatukan sahaja yang boleh dipindahkan ke
Tabung Bayaran Balik GST dan Tabung Bayaran Balik Cukai.


Walau bagaimanapun, RM11.86 bilion tersebut tidak dipindahkan ke
Tabung Bayaran Balik Cukai. Jumlah bayaran balik GST dan bayaran balik
cukai setakat 31 Mei 2018 seperti yang diumumkan sebelum ini adalah
RM35.4 bilion.


Menurut polisi kerajaan persekutuan, semua pungutan yang diterima
hendaklah disimpan dalam satu kumpulan wang yang dikenalikan sebagai
Kumpulan Wang Disatukan. Tetapi, jumlah dana yang disimpan di dalam
kumpulan wang ini adalah kepunyaan tiga akaun berbeza iaitu Akaun Hasil
Disatukan, Akaun Pinjaman Disatukan dan Akaun Amanah Disatukan yang
diselenggara oleh Akauntan Negera.


Najib seharusnya faham bahawa hanya jumlah yang terdapat dalam Akaun
Hasil Disatukan boleh digunakan untuk bayaran balik GST dan bayaran
balik cukai.


Apabila Kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran pusat
pada 9 Mei lalu, kedudukan kewangan di dalam Kumpulan Wang Disatukan
yang belum diaudit setakat 30 April adalah RM35.5 bilion dan daripada
jumlah ini, cuma terdapat RM450 juta dalam Akaun Hasil Disatukan yang
belum diaudit.


Dengan kata lain, baki yang tinggal adalah RM11.86 bilion setakat 31
Disember tahun lalu dalam Akaun Hasil Disatukan telah merosot kepada
RM450 juta setakat 30 April lalu.


Ini juga menunjukkan bahawa Akaun Hasil Disatukan telah menyusut dengan mendadak sebanyak RM11.41 bilion dalam masa empat bulan.


Najib patut menjawab mengapa jumlah ini merosot dengan mendadak
sebanyak RM11.41 bilion atau 96 peratus dalam Akaun Hasil Disatukan dari
31 Disember 2017 hingga 30 April lalu.


Akan tetapi, Najib terus memfitnah kerajaan Pakatan Harapan
menyalahgunakan RM42.2 bilion yang beliau mendakwa ditinggalkan kepada
kerajaan Pakatan Harapan pada 31 Disember 2017 sedangkan beliaulah yang
sebenarnya yang meninggalkan RM450 juta sahaja untuk digunakan pada 30
April lalu.


Walaupun kerajaan telah memberikan percutian cukai yang berkuatkuasa 1
Jun 2018, kedudukan kewangan Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan
Persekutuan yang belum diaudit telah bertambah baik kepada RM59.90
billion setakat 31 Julai lalu.


Pada masa yang sama, jumlah Akaun Hasil Disatukan yang belum diaudit
juga menunjukkan baki yang lebih tinggi iaitu RM3.81 bilion daripada
RM450 juta setakat 30 April lalu.


Peningkatan di dalam Akaun Hasil Disatukan yang belum diaudit kepada
RM3.81 billion pada 31 Julai adalah penambahbaikan 8.5 kali ganda yang
diteraju oleh Pakatan Harapan berbanding kerajaan BN setakat 30 April.


Oleh itu, adalah tidak benar bahawa kerajaan Pakatan Harapan telah
menyalahgunakan dana Kumpulan Wang Disatukan yang diwarisi daripada
kerajaan BN seperti yang didakwa oleh Najib.



LIM GUAN ENG adalah menteri kewangan dan setiausaha agung DAP.


Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Sunday, September 2, 2018

Hishammuddin mungkin disiasat dalam kes bekas bos agensi perisik - Peguam


 

Peguam Hasanah: SPRM akan siasat Hisham, dua putera Arab Saudi

Koh Jun Lin  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Peguam Shaharuddin Ali berkata beliau diberitahu bahawa Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyoal siasat dua putera diraja
Arab Saudi dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein
berhubung dakwaan penyelewengan dana jutaan ringgit melibatkan pegawai risikan kerajaan.


Peguam yang mewakili bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar
Malaysia (MEIO) Datuk Hasanah Abdul Hamid itu berkata, perkara berkenaan
dimaklumkan oleh timbalan pendakwa raya semasa prosiding tahanan reman
hari ini.


"Nama Datuk Seri Hishammuddin disebut sebagai orang yang mungkin juga
disiasat oleh SPRM berkaitan dengan isu Datuk Hasanah dan tujuh pegawai
MEI0 yang lain. Jadi mereka mengatakan bahawa mereka akan menemuduga
Datuk Hishammuddin tak lama lagi.


"SPRM juga mengatakan mereka juga ingin mengesan dua orang putera raja Saudi Arab. I have no idea how these people are involved (Saya tidak tahu bagaimana orang ini terbabit). Saya difahamkan perkara-perkara yang disebut oleh SPRM ini hendak dilakukan dalam tempoh tujuh hari – tempoh yang mereka pohon.


"Datuk Hasanah juga menafikan Datuk Hishammuddin dan dua (putera)
Arab Saudi terlibat dengan apa cara pun dalam kes ini," kata Shaharudin
kepada wartawan selepas prosiding reman hari ini.


Malaysiakini sedang cuba menghubungi SPRM bagi mengesahkan perkara itu.


Beliau menambah Mahkamah Majistret Putrajaya hanya membenarkan
lanjutan tahanan reman selama sehari, berbanding tujuh hari yang dipohon
SPRM.


Hasanah dijangka akan dibebaskan pada pukul 5 petang esok.



Baca: Hasanah kata dia hanya ikut perintah kerajaan



Wanita itu ditahan oleh SPRM pada 28 Ogos lalu sebelum mahkamah
memerintahkan tanahan reman selama lima hari pada hari berikutnya.


Ini berikutan dakwaan penyalahgunaan dana oleh pegawai risikan
kerajaan yang membawa kepada penahanan Hasanah dan tujuh bekas pegawai
MEIO yang lain.


Ketika membantah lanjutan tahanan reman berkenaan, Shaharudin berkata
beliau memberitahu mahkamah bahawa siasatan sedang berjalan dan anak
guamnya tidak sepatutnya dibebankan dengan lanjutan reman.


Di samping itu, beliau memberitahu mahkamah bahawa reman selama lima hari yang diberikan lebih awal sudah memadai.


Saya hanya jalankan tugas - bekas bos agensi perisik


 

Peguam: Hasanah kata dia hanya ikut perintah kerajaan

Koh Jun Lin  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini



Peguam kepada bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia
(MEIO) Datuk Hasanah Abdul Hamid berkata anak guamnya ketika prosiding
reman telah merayu bahawa dia hanya menjalankan tugas berdasarkan
perintah kerajaan.


Bercakap kepada pemberita selepas prosiding itu, peguam Shaharudin
Ali berkata Mahkamah Majistret Putrajaya memberikan lanjutan reman
selama sehari, berbanding tujuh hari seperti yang dimohon Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


"Hasanah membuat kenyataan kepada mahkamah pagi ini. Secara ringkas
dia antara lain menyatakan hanya menjalankan tugas sebagai ketua
pengarah MEIO di bawah perintah dan arahan kerajaan Malaysia," katanya.


Beliau berkata Hasanah dijangka dibebaskan daripada tahanan SPRM pada pukul lima petang esok.


SPRM menahan Hasanah pada 28 Ogos dan dikenakan reman selama lima hari keesokannya.


Penahanan itu berkaitan dakwaan penyelewengan dana jutaan ringgit oleh pegawai risikan kerajaan. Selain Hasanah, tujuh lagi bekas pegawai MEIO turut ditahan.


Shaharudin (gambar) berkata Hasanah telah memberitahu
mahkamah bahawa dia tidak dapat tidur semalam kerana menantikan
pembebasannya pagi ini, dan terkejut apabila mendapati SPRM memohon
remannya dilanjutkan.


Beliau berkata SPRM memberikan sembilan sebab untuk lanjutan itu,
termasuk untuk mengesan beberapa jam tangan dan RM14 juta yang masih
tidak ditemui.


SPRM juga dikatakan memberitahu mahkamah bahawa pihaknya mahu
mengambil keterangan bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin
Hussein dan dua kerabat diraja Arab Saudi berhubung kes itu, selain
memanggil tiga pegawai MEIO di Abu Dhabi.


Bagaiamanapun, beliau berkata Hasanah memberitahu mahkamah bahawa
Hishammuddin dan kerabat Arab Saudi itu tidak terlibat dalam kes itu.


Katanya lagi, suruhanjaya itu juga mahu reman dilanjutkan kerana
ingin menggeledah rumah Hasanah dan menyemak pergerakannya ke luar
negara.


Namun kata Shaharudin, beliau membalas hujah itu dengan berkata
tempoh reman lima hari sudah memadai dan anak guamnya tidak harus
terbeban jika proses siasatan bergerak perlahan.


Mulut Si Puaka Lokman @ UMNO semakin tersingkir


 

Lokman gelar Dr M 'si tua puaka', 'mamak bendahara'



2018-09-02 10:59:45 


Shakira Buang  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini



Dalam membangkitkan kebimbangan orang Melayu dan Islam "terancam" di
bawah kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN), pemimpin Umno menggelar
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai 'mamak bendahara' dan
'si tua puaka'.


Bercakap di Himpunan Kebangkitan Melayu di Pekan Kampung Gajah di
Pasir Salak, Perak malam tadi, Lokman mempersoalkan pelantikan bukan
Muslim sebagai peguam negara yang menurutnya akan berkuasa untuk
menyaman sultan dan raja.


"Peguam negara ada kuasa untuk dakwa, saman yang di-pertua negeri,
sultan dan ada kuasa untuk dakwa Yang di-Pertuan Agong dalam mahkamah
khas yang diwujudkan mamak bendahara, si tua puaka yang bernama Tun Dr
Mahathir Mohamad.


"Takkan kita nak diam? Kita harus bangkit. Betul?" katanya kepada
ribuan hadirin sebelum melaungkan slogan "Hidup Melayu!" dan "hancur
DAP".


Kerajaan melantik Tommy Thomas sebagai peguam negara pada Jun lalu.


"Pernah kita (BN) angkat seorang yang simpati kepada komunis? Pernah
kita ambil orang rapat dgn ketua komunis Chin Peng? tak pernah. Pernah
kita, selepas zaman British ambil bukan islam jadi peguam negara?" kata
bekas calon BN PRK Sungai Kandis itu.


Untuk rekod, kerajaan Perikatan, iaitu gabungan asal BN, pernah
melantik bukan muslim sebagai peguam negara dari 1959 ke 1963 bernama
Cecil Majella Sheridan.


Lokman juga menyentuh pelantikan Richard Malanjum sebagai ketua hakim.


"Orang yang dilantik ada track record cukup jelas menentang Islam. Siapa dia? Tan Sri Richard Malanjum.


"Kenapa saya kata dia tentang Islam? Di malaysia ini orang Islam nak
kahwin bukan Islam, bukan Islam kena masuk Islam. Richard Malanjum bila
kawin dengan Marina Tiu anak Jaafar Tiu, dia tidak peluk agama Islam,
sebaliknya Marina Tiu telah murtad dan kahwin dengan Richard Malanjum,"
katanya.


Malaysiakini ketika ini tidak dapat mengesahkan dakwaan Lokman.


Lokman juga mempersoalkan keputusan mahkamah yang dikendalikan
Malanjum termasuk penukaran agama Lina Joy dan Indira Gandhi, serta
mendakwa beliau menentang Islam.



Lokman juga menambah bahawa Malanjum akan berperanan memilih hakim dalam kes yang melibatkan kepentingan Islam.


"Adakah anda rasa selamat? Adakah kes itu menyebelahi kita? Kita
Melayu ada sebab rasa resah. Itu sebab kita orang Melayu ada hak untuk
bangkit, membantah, kita ada hak untuk berhimpun," katanya sebelum
menggunakan slogan "lawan tetap lawan".


Himpunan itu dianjurkan oleh Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk
Tajuddin Abdul Rahman. Penganjur mendakwa kira-kira 10,000 hadir.


Bagaimanapun, wartawan Malaysiakini yang berada di lokasi menganggarkan 5,000 hadirin.



Read more at https://www.kinitv.com/video/65187O74#0YrYoHWv7Bv6PUSp.99
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...