Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, September 27, 2019

Hari 14: 'Jho Low, Tim Leissner atur pertemuan Najib-Pengerusi Goldman Sachs'

Hari 14: 'Jho Low, Tim Leissner atur pertemuan Najib-Pengerusi Goldman Sachs': LANGSUNG | Perbicaraan kes jenayah melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak berhubung penyalahgunaan kuasa dan pengubahan dana 1MDB masuk hari ke-14.



Diterbitkan
 |  Dikemaskini


Tanda tanya kerajaan campuran PAS-Umno

 Kerajaan UMNO dan PAS perlu jadi kenyataan sebelum PRU15, jika ingin UMNO dan PAS jd Pemerintah pada PRU15. Rakyat kebanyakkan semakin bijak bukan hanya kata-kata manis boleh mempengaruhi rakyat akan kebaikan kjaan campuran UMNO dan PAS TAPI rakyat mahu lihat keberkesanan kjaan itu.



Tanda tanya kerajaan campuran PAS-Umno: Menilai kembali formula 2-2-2-1.





Tanda tanya kerajaan campuran PAS-Umno



Opinion  | 
Mohsin Abdullah
Diterbitkan  | 
Dikemaskini
 
 
 
Sejak termeterainya piagam PAS-Umno tempoh hari ,penganalis dan
pemerhati politik menyarankan kedua dua parti itu mengwujudkan kerajaan
campuran di negeri yang ditadbir mereka.

Mereka ingin melihat
kerajaan campuran ditubuhkan di Kelantan dan Terengganu yang diperintah
PAS serta Pahang dan Perlis yang ditadbir BN (realitinya hanya Umno
kerana komponen lain kalah teruk pada PRU lalu).

Ura-ura kerajaan perpaduan PAS-Umno atau unity government, lebih dikenali sebagai UG sudah lama kedengaran sejak PRU12 pada tahu 2008 tetapi tidak menjadi kenyataan. 
 
Oleh itu piagam PAS Umno yang dimeterai 14 September lalu dianggap boleh merealisasikan rancangan itu.

Kata
penganalis dan pemerhati politik, langkah itu supaya PAS dan Umno
membuktikan keikhlasan masing masing dalam menjalin perpaduan.

Lebih penting ia akan mempamerkan rupa bentuk, cara dan pendekatan yang PAS dan Umno boleh wujudkan.

Dalam
erti kata lain satu contoh kerajaan campuran PAS-Umno yang mereka akan
tawarkan kepada negara jika mereka berjaya memerintah Malaysia.

Sebenarnya
sejak Mac lalu, penulis buku politik dan pemerhati PAS Mohd Sayuti Omar
mengutarakan cadangan atau apa yang beliau panggil Formula 2-2-2-1.

Formula ini, jika PAS dan Umno mahu, boleh gunakan untuk menubuhkan kerajaan campuran di negeri yang mereka perintah.

Formula yang dicadangkan beliau disiarkan di blog beliau dan saya turut memetiknya untuk artikel saya terbitan The Edge Mac lalu.

Oleh kerana isu ini sedang diperkatakan ramai dewasa ini, rasanya elok saya melihat semula formula yang diajukan Sayuti.

Menurut
Sayuti, Formula 2-2-2-1 memerlukan PAS merombak barisan exconya di
Kelantan dan Terengganu manakala Umno melakukan perkara sama di Pahang
dan Perlis.
Di Kelantan PAS boleh melantik dua daripada lapan ahli
dewan undangan negeri Umno untuk jawatan exco. Dan untuk membuktikan
keterbukaannya, PAS boleh menawarkan jawatan timbalan menteri besar
kepada Umno, kata Sayuti.

Perlu ada yang ‘dikorbankan’

Di Terengganu pun PAS boleh beri dua jawatan exco portfolio penting kepada Umno demi membuktikan keikhlasannya, menurut Sayuti.

Di Terengganu Umno ada 10 ahli dewan undangan negeri.

Dan Umno pula kata Sayuti mesti membalas langkah baik PAS dengan mengambil tindakan sama di Perlis dan Pahang.

Di
Pahang PAS ada lapan kerusi dewan undangan negeri. Lantas, kata Sayuti,
Umno boleh melantik dua daripadanya untuk jawatan exco.

Di Perlis yang bilangan kerusi di dewan undangan negeri tidak banyak. Memadai Umno memberi satu sahaja jawatan exco kepada PAS.

Kesimpulannya,
PAS beri dua jawatan exco di Kelantan, dua di Terengganu manakala Umno
menyerahkan dua jawatan exco di Pahang dan satu jawatan di Perlis.

Itulah 2-2-2-1 yang dimaksudkan Sayuti.
Sama
ada PAS dan Umno setuju atau tidak, formula berkenaan adalah satu
langkah ke depan lanjutan Himpuan Penyatuan Ummah tempoh hari.

Kerajaan perpaduan atau campuran PAS Umno tentunya wajib dibarisi ahli exco mewakili kedua-dua parti.

Namun
perlu diingat jika formula anjuran Sayuti itu atau apa pun kaedah yang
digunakan untuk membentuk kerajaan campuran diwujudkan di negeri yang
diperintah PAS dan Umno ia memerlukan pengorbanan besar kedua-dua parti.


Ia bersifat penyesuaian atau accommodating.

Apabila
rombakan exco dilakukan, ada ahli exco sekarang yang terpaksa
digugurkan untuk mengwujudkan kekosongan yang akan diisi oleh ahli exco
baru daripada parti lain.

Dalam lain perkataan, ahli exco sekarang
perlu “dikorbankan” atau berkorban dengan mengorbankan kedudukan atau
jawatan yang sedang disandang.

Diakui ini pengorbanan besar – sesuatu yang bukan senang dilaksanakan.

Bagaimana
langkah atau pengorbanan sedemikian diterima atau dilihat oleh ahli
exco terbabit mahupun penyokong masing masing bagi saya tidak perlu
dihuraikan sekarang.

Sekali lagi imbas kembali, kali ini kepada waktu menjelang pilihan raya kecil Rantau April lalu.

Terlalu awal

Calon BN iaitu timbalan presiden Umno Mohamad Hasan yang masa itu menjalankan tugas presiden parti menyatakan Umno mahu kerajaan campuran ditubuhkan di empat negeri yang diperintah pembangkang.

Bagaimanapun Iskandar Samad yang ketika itu naib presiden PAS dipetik berkata langkah itu “terlalu awal
kerana kedua-dua parti (pada masa itu) baru menjalinkan kerjasama pada
peringkat pilihan raya kecil dan belum membincangkan hal hal lain.

Kenyataan itu menggambarkan PAS kurang berminat dengan apa yang dikatakan Mohamad.

Tapi
apa yang Iskandar katakan itu ada logiknya kerana sememangnya waktu itu
PAS dan Umno mengambil langkah langkah awal kerjasama dan pendamaian.

Dan kita semua maklum hasrat Mohamad tidak kesampaian.

Mohamad Hasan 
Namun
PAS dan Umno sekarang sudah meningkatkan kerjasama dan perpaduan dengan
adanya piagam rasmi yang dikenali sebagai Piagam Muafakat Nasional.

Lantas
pemerhati dan penganalis politik berpendapat waktunya sudah tiba kedua
dua parti menubuhkan kerajaan campuran di negeri yang mereka perintah
untuk membawa pengertian permufakatan .

PAS pada mulanya menunjukkan tanda atau isyarat mahu bergerak ke arah itu.

Pada
14 September lalu pada sidang media selepas Piagam Muafakat Nasional
ditandatangani, presiden PAS Abdul Hadi Awang memberitahu, parti beliau
merancang untuk membawa Umno menyertai pentadbiran Kelantan dan
Terengganu.

Bagaimanapun enam hari kemudian naib presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah yang juga timbalan menteri besar Kelantan, dilapor Sinar Harian sebagai
berkata, tiada keperluan kerajaan campuran PAS Umno buat masa ini
kerana ia “terlalu awal” - walaupun kedua-dua parti telah memeterai
kerjasama.

Hadi Awang 
Dan pada hari yang sama iaitu 20 September Berita Harian melaporkan Hadi membuat kenyataan senada dengan kata kata Mohd Amar.

Hadi turut menyifatkan terlalu awal untuk PAS dan Umno menubuhkan kerajaan campuran kerana kedua-dua parti “ menjalinkan taawun siyasi yang bermaksud kerjasama bukan tahaluf siyasi yang bermaksud gabungan dua parti” .

Lalu persoalannya ke mana arah impian pengwujudan kerajaan campuran PAS-Umno?

Mungkinkah
Umno yang patut mengambil langkah pertama dengan merombak barisan exco
di Pahang dan Perlis dan membawa masuk Adun PAS memegang jawatan exco?

Lagi pun, individu awal yang mengusulkan cadangan kerajaan campuran ialah Mohamad Hasan.


MOHSIN ABDULLAH ialah seorang wartawan tua yang menulis mengenai itu dan ini, di sana dan di sini.
Tulisan ini pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.



pas umno   

Kematian Adib akibat jenayah, polis lambat bertindak - Koroner

Kematian Adib akibat jenayah, polis lambat bertindak - Koroner: Adalah malang apabila dua trak FRU dengan ratusan anggota bersama tujuh kenderaan pelbagai jenis hanya melihat perusuh-melakukan khianat pada anggota bomba, kata koroner hari ini.





News  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini
 
 
Kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim disebabkan perbuatan
jenayah oleh dua atau tiga penyerang tidak dikenali yang mengheret dan
memukulnya ketika rusuhan berlau di Kuil Sri Mahamariamman di Seafield
tahun lalu.

Koroner Rofiah Mohamad ketika menyampaikan keputusan
bagi menentukan punca kematian Adib juga mengumumkan mahkamah mendapati
polis tidak bertindak semasa rusuhan berlaku.

Menurutnya, trauma
tumpul pada dada yang membawa kepada kematian anggota bomba itu bukan
akibat perbuatan sendiri mahupun disebabkan oleh kemalangan.

"Saya juga membuat dapatan kematian arwah disebabkan kegagalan PDRM dan FRU kawal rusuhan.
 
"Keterangan jelas menunjukkan telah berlaku beberapa kebakaran
sebelum arwah terlibat. Anggota bomba juga telah diancam perusuh yang
tak mahu kebakaran dipadam.

"Ada polis berkawal dan api berjaya dipadam bomba.

"Adalah
amat malang bila dua troop FRU dengan ratusan anggota dengan tujuh
kenderaan pelbagai jenis, water cannon, gas tank dan sebagainya, tetapi
hanya melihat perusuh-perusuh melakukan khianat pada bomba dan tak
melakukan apa-apa.

"(Mereka) hanya siap siaga dengan senjata mereka, semata-mata kerana tak diberi arahan walaupun keadaan meruncing," jelasnya.

Rofiah
berkata salah seorang saksi juga memberi keterangan bahawa Ketua Polis
Daerah Subang Jaya tidak dapat dihubungi semasa kejadian itu.

Beliau berkata kegagalan pihak polis menjalankan tugas mereka menyumbang kepada insiden berkenaan.

Dengan
berakhirnya inkues itu, Rofiah berkata, mahkamah menyerahkan kepada
Peguam Negara dan polis untuk menjalankan siasatan serta melakukan
pendakwaan.

Mahkamah terima keterangan pakar

Ketika
membacakan penghakiman bertulis, koroner menyenaraikan penemuan
mahkamah selama 41 hari inkues, yang menyaksikan seramai 30 saksi tampil
termasuk pakar-pakar forensik untuk memberi keterangan.

Menurut
penemuan yang dibacakan Rafidah di mahkamah, antara bukti utama adalah
video yang diambil semasa kejadian pada 26 Nov 2018 termasuk klip selama
46 saat.

Beliau berkata imej pegun dari video menunjukkan Adib
masih berada di dalam van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS)
pasukan bomba, dengan kepalanya menghadap ketika dia memegang pintu
penumpang depan yang sedikit renggang.

Mahkamah juga menerima
teori bekas pakar forensik Hospital UKM Dr Shahrom Abdul Wahid bahawa
Adib telah ditarik keluar dari kenderaan itu apabila pintu kenderaan itu
sedang ditendang.

Beliau berkata, keterangan pakar fizik itu
adalah kukuh untuk menolak teori pakar patologi Hospital Kuala Lumpur Dr
Ahmad Hafizam Hasmi bahawa Adib tercampak keluar dari van.

Di
samping itu, Rofiah berkata mahkamah menerima keterangan pembantu
perubatan Institut Jantung Negara (IJN) Ashraf Baruji, yang memberi
keterangan bahawa Adib memberitahunya bahawa mangsa dipukul semasa
rusuhan itu.

Beliau berkata mahkamah mendapati Adib berkata
demikian kepada Ashraf menerusi ikatan peribadi yang dibina antara
kedua-duanya ketika mangsa menerima rawatan di IJN, memandangkan Ashraf
bertanggungjawab untuk menjaga Adib setiap hari.

Rofiah berkata
hubungan itu menjelaskan mengapa Adib memberitahu Ashraf mengenai apa
yang berlaku kepadanya dan bukan kepada pihak polis, yang mana mangsa
hanya menggelengkan kepala apabila ditanya polis mengenai kejadian itu.

Peguam, keluarga mahu AG, polis tangkap pembunuh Adib
Sementara itu, suasana gembira dan terharu menyelubungi mahkamah ketika koroner menyampaikan keputusannya.

Seseorang dari galeri awam di mahkamah juga didengar berkata "Yes Alhamdulillah" sebaik sahaja keputusan mahkamah diumumkan.

Beberapa individu yang lain, termasuk peguam yang mewakili keluarga mangsa, juga dilihat memeluk antara satu sama lain.

Selepas
inkues membuat kesimpulannya, peguam Kamaruzzaman Wahab, yang mewakili
keluarga Adib, memberitahu pemberita bahawa dengan keputusan itu, mereka
kini meminta polis mengambil tindakan dengan menangkap individu yang
terlibat dalam kematian Adib dan membawa mereka ke mahkamah.

Seorang
lagi peguam, Syazlin Mansor, berkata mereka sangat berpuas hati dengan
keputusan mahkamah dan mengucapkan terima kasih kepada semua saksi
termasuk pakar yang membantu inkues berkenaan.


 



   

Koroner: Kematian Adib sebab dipukul 2 atau 3 individu tak dikenali

Koroner: Kematian Adib sebab dipukul 2 atau 3 individu tak dikenali: LANGSUNG | Mahkamah Koroner Shah Alam menyampaikan keputusan inkues berhubung kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim hari ini.





News  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini
 
 
LANGSUNG | Mahkamah Koroner di
Shah Alam yang menjalankan inkues berhubung kematian anggota bomba
Muhammad Adib Mohd Kassim, akan menyampaikan keputusannya hari ini.

NGO Ummah akan menganjurkan perhimpunan aman di kompleks mahkamah dan ahli politik daripada PAS dijangka turut hadir.

Malaysiakini melaporkan secara langsung.



Terima kasih kerana mengikuti laporan langsung Malaysiakini.
Laporan disumbangkan oleh Alyaa Alhadjri, Hariz Mohd, Shakira Buang dan
Fadhli Sulaiman. Azneal Ishak selaku jurugambar dan kemas kini media
sosial oleh Ewe Linq Yenn.

11.15 pagi - Jalan Persiaran Pegawai: Abang
kepada Muhammad Adib Mohd Kassim berpuas hati dengan keputusan Mahkamah
Koroner hari ini yang memutuskan kematian adiknya berpunca daripada
perbuatan jenayah.

Menurut Muhammad Asyraf, ibu dan bapanya telah dimaklumkan berhubung keputusan mahkamah hari ini.

"Setakat ini tidak ada saman sivil akan dikemukakan. Kalau ada nak saman siapa? Soalnya.

"Ibu bapa saya akan datang ke Kuala Lumpur malam ini," katanya lagi.

Sementara
itu tunang Adib, Nurul Najihah, yang terdahulu dilihat berada di
mahkamah, menyiarkan dua kemas kini status di Facebook menyatakan ucapan
terima kasih.

Secara berasingan, peguam keluarga mereka, Syazlin
Mansor turut menyatakan rasa lega dan memanjatkan kesyukuran atas
keputusan itu.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada saksi
pakar termasuk profesor patologi forensik dari UKM, Dr Shahrom Abd Wahid
yang memberi keterangan bahawa kecederaan Adib tidak konsisten dengan
kemalangan.

Sejumlah kecil orang ramai yang berada di luar kompleks mahkamah bersurai tidak lama kemudian.


11:10 pagi - Jalan Persiaran Pegawai: Menteri
Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata pihaknya
berpuas hati dengan keputusan disampaikan mahkamah koroner hari ini.
Kata Zuraida, pihaknya telah berusaha sedaya upaya bagi menegakkan keadilan buat anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

“Saya di pihak KPKT dan juga bomba seluruh Malaysia mengucapkan syukur dengan keputusan hari ini.

“Kami
juga puas hati kerana telah menggunakan segala saluran yang boleh kita
gunakan termasuk meminta agar inkues diadakan," katanya.


11:00 pagi - Jalan Persiaran Pegawai: Ketua
Balai Bomba Subang Jaya, Syed Shahril Anuar Syed Sulaiman yang turut
hadir bagi mendengar keputusan hari ini dilihat sebak dan menitiskan air
mata.
Syed Sharil (gambar atas kanan) merupakan saksi ke-18 inkues berkenaan.

Bagaimanapun Syed Shahril ketika ditemui media enggan mengulas lanjut berhubung keputusan itu.

Turut dilihat bercakap kepada media ialah ketua Gerakan Pembela Ummah, Aminuddin Yahya.

10.35 pagi - Jalan Persiaran Pegawai: Ahli
Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam mengetuai orang ramai melaungkan
"Undur Zuraida" ketika Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu
bercakap kepada pemberita berhubung keputusan inkues kematian
Allahyarham Adib.
Lokman juga menuntut Zuraida meletak jawatan.

Orang ramai yang hadir turut melaungkan "Tangkap Pembunuh!".


10.30 pagi - Mahkamah Koroner: Suasana
gembira dan terharu menyelubungi ruang mahkamah apabila koroner Rofiah
Mohamad menyampaikan keputusannya bahawa kematian anggota bomba Muhammad
Adib Mohd Kassim adalah akibat daripada perbuatan jenayah.

Seseorang dari galeri awam di mahkamah juga didengar berkata "Yes Alhamdulillah" sebaik sahaja keputusan mahkamah diumumkan.

Beberapa individu yang lain, termasuk peguam yang mewakili keluarga mangsa, juga dilihat berpelukan antara satu sama lain.


10.25 pagi - Mahkamah Koroner:  Koroner
Rofiah Mohamad berkata, mahkamah kini menyerahkan kepada polis dan
peguam negara untuk menjalankan siasatan dan untuk melakukan pendakwaan.

10:20 pagi- Jalan Persiaran Pegawai: Anggota
parlimen Pasir Mas Fadhli Shaari mengulangi gesaan agar Peguam Negara
Tommy Thomas dipecat'berikutan keputusan inkues bahawa kematian Adib
adalah akibat daripada perbuatan jenayah.


Beliau juga menyeru tuduhan jenayah dikenakan terhadap individu yang didakwa bertanggungjawab atas kematian Adib.

Timbalan Ketua Pemuda PAS itu turut mengucapkan terima kasih berhubung keputusan itu.

Sementara itu abang dan tunang arwah Adib dijangka akan bertemu pemberita dalam waktu terdekat.


10.12 pagi- Mahkamah Koroner:
Mahkamah memutuskan kematian ahli bomba Muhammad Adib Mohd Kassim bukan
perbuatan sendiri tetapi akibat daripada perbuatan jenayah serta
kegagalan polis untuk bertindak pantas pada masa kejadian.
Ketika
menyampaikan keputusannya, Koroner Rofiah Mohamad  berkata mahkamah
membuat kesimpulan dua hingga tiga indvidu tidak dikenali telah
mengheret mangsa keluar dari van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan
(EMRS) jabatan bomba, menarik dan menghentak arwah.

"Saya juga membuat dapatan kematian arwah disebabkan kegagalan PDRM dan FRU kawal rusuhan.

"Keterangan
jelas menunjukkan telah berlaku beberapa kebakaran sebelum arwah
terlibat. Anggota bomba juga telah diancam perusuh yang tak mahu
kebakaran dipadam.

"Ada polis berkawal dan api berjaya dipadam bomba. Adalah amat malang bila dua troop FRU dengan ratusan anggota dengan tujuh kenderaan pelbagai jenis, water cannon, gas tank dan sebagainya, tetapi hanya melihat perusuh-perusuh melakukan khianat pada bomba dan tak melakukan apa-apa.

"(Mereka) hanya siap siaga dengan senjata mereka, semata-mata kerana tak diberi arahan walaupun keadaan meruncing," jelasnya.


Kesatuan Pekerja Bomba harap keputusan berpihak pada arwah Adib
9.55 pagi: Jalan Persiaran Pegawai : Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia tidak melepaskan peluang untuk mendengar keputusan mahkamah koroner.

Presidennya, Zainal Abidin Nong Chik yang ditemui di luar perkarangan mahkamah berharap keputusan berpihak kepada arwah Adib.

“Kami
bukan behimpun, tetapi beri sokongan buat (arwah) Adib dan seluruh
warga bomba dan penyelamat Malaysia di atas tanggungjawab sebagai
pasukan penyelamat.

“Saya harap keputusan apa juga yang kita akan
terima berpihak pada kita. Dan saya amat berharap keluarga Adib terus
tabah hadapi dugaan,” katanya kepada pemberita.


9.40 pagi- mahkamah koroner: Koroner Rofiah Mohamad memasuki mahkamah.
DPP yang menjalankan inkues, Faten Hadni memperkenalkan peguam-peguam yang mewakili pihak-pihak dalam prosiding inkues itu.


9.30 pagi: Mahkamah Koroner: Mahkamah mula bersidang.

9.25 pagi - Jalan Persiaran Pegawai: Sekumpulan
kira-kira 10 orang yang mewakili Gagasan Rakyat Malaysia 7 (Geras 7)
menggesa agar Peguam Negara Tommy Thomas meletakkan jawatan.



Presiden
Geras 7, Abu Bakar Mohamed (gambar) membuat gesaan itu berikutan
kegagalan Thomas untuk memberikan keadilan terhadap kematian arwah Adib.

“Kita
dah ada pakar bedah siasat, kita dah ada pakar forensik. Jadi, inkues
ini untuk apa? Tidak ada tujuan pun," katanya yang juga bekas ketua
polis daerah Bukit Raja, Klang Utara.

“Jadi, walau apa pun yang
berlaku hari ini kita desak Tommy Thomas letak jawatan, kita juga desak
kerajaan dan pembangkang jangan main sentimen agama dan perkauman.

“Sebab
kita tak nak negara kita jadi huru-hara, kita tak nak negara kita jadi
macam Syria yang menjadi barua kepada kuasa besar Barat,” katanya yang
menyifatkan inkues itu untuk melengahkan keadilan terhadap arwah Adib.


9.25 pagi - Mahkamah Koroner: Seorang
pegawai mahkamah memberitahu anggota media bahawa pengarah Kompleks
Mahkamah Shah Alam telah mengeluarkan perintah bahawa tiada sidang
akhbar boleh dijalankan di kawasan itu hari ini.
Pegawai itu mengatakan arahan tersebut dikeluarkan atas sebab keselamatan dan meminta pihak media memberikan kerjasama.


8.55 pagi- Mahkamah Koroner: Galeri awam dipenuhi keluarga Adib, pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat dan kakitangan media.
Peguam
yang mewakili keluarga Adib, Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan, dan DPP yang menjalankan inkues juga telah tiba dan bersedia
menunggu keputusan inkues hari ini.

Kawalan keselamatan juga diperketatkan di mahkamah di mana pihak polis menyediakan dua kaunter bagi pemeriksaan keselamatan.

Pasukan
polis juga dilihat mengawasi pintu masuk utama kompleks mahkamah,
sementara anggota polis berpakaian preman diletakkan di sekitar kawasan
itu.


Keadaan kelihatan tenang
8.50 pagi - Kompleks Mahkamah Shah Alam: Keadaan tenang ketika media menanti ketibaan ahli keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Polis dan anggota dari pasukan Light Strike Force bersiap sedia di luar pagar mahkamah.

Kelihatan memasuki lobi mahkamah adalah pegawai dan rakan-rakan Adib dari Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Turut
kelihatan aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusof Azmi
yang berkata dia hadir untuk memerhatikan prosiding hari ini.

Di
luar kompleks mahkamah sepanduk digantung menggesa keadilan untuk arwah
Adib dan juga menuntut peletakan jawatan peguam negara, Tommy Thomas.

30 saksi dipanggil sepanjang inkues 41 hari 
Mahkamah
Koroner di Shah Alam menutup prosiding inkues kematian Adib pada 24
Julai lalu selepas 30 saksi dipanggil sepanjang 41 hari pendengaran.
Adib
meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Dis 2018,
selepas mengalami kecederaan semasa rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha
Mariamman di Subang Jaya kira-kira sebulan sebelum itu.

Inkues itu diadakan selepas dua versi bercanggah mengenai sebab kematiannya.

Satu versi mendakwa Adib dilanggar oleh kenderaan, manakala satu lagi versi mendakwa allahyarham dipukul oleh perusuh.

Semasa
inkues dijalankan, mahkamah mendengar keterangan daripada pakar sama
ada kecederaan Adib disebabkan dipukul, atau akibat dilanggar kenderaan.



Pakar-pakar juga memberi pendapat berbeza sama ada Adib
mungkin cedera akibat dilanggar oleh van Unit Bantuan Perkhidmatan
Kecemasan (EMRS).
Selain pakar, mahkamah turut mendengar keterangan daripada saksi di tempat kejadian.

Walaupun
inkues ini ditubuhkan untuk menentukan punca kematian dan mereka yang
terlibat dalam kejadian itu, majistret yang bertanggungjawab tidak boleh
membuat penemuan sama ada sesiapa bertanggungjawab melakukan jenayah
berhubung kematian itu.

Jabatan Peguam Negara akan membuat keputusan berdasarkan penemuan mahkamah koroner.



 



   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...