Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Showing posts with label mukhriz vs najib. Show all posts
Showing posts with label mukhriz vs najib. Show all posts

Friday, February 12, 2016

Tidak Perlu Menjadi Pemimpin Umno untuk Merasai Denyut Nadi Rakyat


Angkara @NajibRazak Rakyat Kedah Tolak BN, PRU 14



Bekas Wanita Umno Langkawi, Ainina Saadudin mendakwa insiden bendera BN yang dipasang secara terbalik di Kedah sebagai isyarat ‘kalih’ namun ia bukan bermaksud rakyat negeri itu menentang BN kerana menyokong parti lain.

Menurutnya, perkara itu menjadi saksi kepada pemimpin BN hari ini bahawa prinsip ‘cash is king’ (duit adalah raja) boleh dicabar di negeri tersebut.

“Hari ini seluruh Kedah memasang bendera BN terbalik kerana mereka mahu menumbangkan Najib (Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak). Seluruh Kedah mahu Najib berhenti daripada terus memusnahkan nilai dan sistem kemanusiaan bukan sahaja di Malaysia tetapi dunia,” katanya dalam kemas kini status di Facebook, hari ini.

Setelah seminggu Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah, situasi politik Umno dan BN kini berhadapan pula dengan protes ahli-ahlinya yang didakwa sengaja menggantung bendera BN dalam keadaan terbalik di sepanjang jalan utama.

Difahamkan, tindakan protes itu dibuat sebagai tanda penolakan akar umbi terhadap pelantikan Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar baharu.

Dalam pada itu, Ainina menegaskan bahawa beliau bukan penyokong kepada bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu meskipun dilihat seperti membelanya.

“Malah Datuk Seri Mukhriz pernah menegur cara saya berucap dalam ucapan penangguhan di mesyuarat agung perwakilan Wanita Umno Bahagian Langkawi 8 Ogos 2015 lalu.

"Saya tidak memerlukan restu Datuk Seri Mukhriz untuk menegur Presiden kerana saya bukan pemimpin Umno. Saya rakyat marhaen. Rakyat marhaen sudah hilang sabar dengan Presiden Umno.

“Jadi, saya tidak perlu ‘consent’ dari Datuk Seri Mukhriz untuk bercakap benar bagi didengari Presiden Umno. Saya hanya bercakap bagi mewakili rakyat marhaen lain seperti saya,” katanya.

Tambahnya, tidak perlu menjadi pemimpin Umno untuk merasai denyut nadi rakyat sebaliknya menjadi rakyat biasa menjadikan dirinya lebih mulia daripada pemimpin-pemimpin yang hanyut dalam buaian kuasa dan mabuk dalam kilauan materia
l.
 

Sunday, February 7, 2016

Memulihkan Keyakinan Rakyat : Tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja

KENYATAAN AKHBAR

1.Sudah empat bulan berlalu sejak Majlis Raja-raja mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB di Istana Negara pada 7 haribulan Oktober, 2015. Kenyataan tersebut menyentuh mengenai keprihatinan Majlis terhadap “keresahan dan kebimbangan Rakyat apabila kredibiliti dan integriti Kerajaan dalam melaksanakan amanah Rakyat mentadbir negara” dikritik.

2.Jelas daripada kenyataan tersebut, Majlis melihat bahawa “keamanan dan kemakmuran negara yang perlu berlangsung dalam suasana politik yang stabil dan Rakyat dapat hidup dalam harmoni” boleh terjejas teruk dengan kontroversi 1MDB.

3.Oleh itu, Majlis telah menitahkan semoga siasatan terhadap 1MDB diselesaikan secepat mungkin dan “penemuan siasatan dilaporkan secara lengkap dan telus supaya Rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan Kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran.”

4.Persoalannya, setelah empat bulan berlalu adakah Kerajaan Persekutuan pimpinan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak telah patuh kepada titah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu melalui Majlis Raja-raja yang merupakan harapan terakhir bagi Rakyat memohon dan merayu perlindungan, lebih-lebih lagi apabila Kerajaan Persekutuan, khususnya Perdana Menteri telah tidak diyakini Rakyat?

5.Adakah dengan hanya beberapa kenyataan oleh Menteri yang dilihat mengkais ketepi titah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, dan tiada respon dari Perdana Menteri sendiri sudah memadai untuk dianggap sebagai jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan oleh Majlis? Wajarkah titah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu ditepis sebegitu rupa tanpa apa-apa respon yang beradab dan munasabah?

6.Perlu diingatkan bahawa kenyataan Majlis berakar dari cambahan rungutan yang disembah maklum oleh Rakyat. Majlis tidak akan mengendahkan aduan dan rintihan daripada Rakyat jelata itu jika difikir ianya tidak berasas. Jelas sekali, apabila Majlis Raja-raja mengeluarkan kenyataan yang ditujukan khas kepada Kerajaan Persekutuan mengenai 1MDB, ianya bukan sesuatu yang boleh diremeh dan tidak diendahkan.

7.Dalam ucapan saya di Istana Anak Bukit bagi menyembah tahniah bagi pihak Kerajaan Negeri dan seluruh Rakyat Kedah Darul Aman sempena Ulang Tahun Keputeraan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yang ke-88 pada 17 haribulan Januari, 2016, saya telah sentuh perkara ini dengan ungkapan :

“ Bagi pihak seluruh Rakyat, Patik bimbang akan kemerosotan nilai penghormatan terhadap Institusi DiRaja dan Islam. Rakyat sentiasa menjunjung tinggi naungan Sultan sebagai payung negeri dan negara. Namun, apabila titah Tuanku tidak dijunjung, ianya membangkitkan kemarahan Rakyat kerana titah Sultan dan Majlis Raja-raja Melayu tidak boleh dipandang remeh. ”

8.Pada ketika itu, saya sudah dapat lihat betapa titah Majlis Raja-raja tidak diambil serius oleh Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan, walhal titah itu mencerminkan keresahan Rakyat. Malah sejak kenyataan tersebut dikeluarkan, tidak ada apa-apa perkembangan yang meyakinkan Rakyat bahawa siasatan ke atas isu 1MDB itu berjalan mengikut lunas undang-undang, dan satu kesudahan yang boleh diterima semua akan terhasil.

9.Sebaliknya, Perdana Menteri seolah-olah menjadi suara rasmi 1MDB, mempertahan segala tindakan 1MDB, dan cuba mengaburi pandangan Rakyat dengan pengumuman-pengumuman tidak relevan seperti pembayaran balik hutang-hutang 1MDB.

10.Di suatu majlis bersama rakan-rakan seperjuangan dalam UMNO di Saloma Bistro, Jalan Ampang di Kuala Lumpur pada 11 haribulan Disember, 2015, saya telah sentuh mengenai keengganan dan kegagalan Perdana Menteri, Menteri-menteri tertentu dan Arul Kanda menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh pelbagai pihak yang resah dengan kes 1MDB. 

Walaupun secara berseloroh, namun maksud tersirat saya itu amat difahami oleh semua pihak yang mendengar ucapan tersebut. Malah, Dato’ Seri Najib sendiri menyatakan kepada saya bahawa ucapan itulah yang menimbulkan rasa marah beliau terhadap saya, mengakibatkan saya dijatuhkan sebagai Menteri Besar Kedah.

11.Pokok pangkalnya, soalan yang ada di dalam pemikiran seluruh Rakyat Malaysia, dan saya fikir termasuk Majlis Raja-raja juga ialah apakah yang terjadi kepada berbillion-billion wang Rakyat yang telah dipinjam dari cagaran aset negara dan dibelanja oleh 1MDB atas persetujuan dan kelulusan Pengerusi Panel Penasihatnya iaitu Perdana Menteri sendiri. Itulah soalan yang paling utama ditanya berulang-ulang kali oleh semua pihak.

12.Namun begitu, “jawapan” yang diberikan ialah bahawa dalam masa enam bulan lagi semua hutang-hutang itu akan dilangsaikan dengan penjualan saham anak-anak syarikat 1MDB dan aset.

13.Apabila soalan pokok tidak dijawab walaupun ditanya berulang kali, dan penerangan yang diberikan (termasuk melalui cetakan buku-buku oleh pihak JASA) tersasar dari soalan pokok dan cuba mengelirukan Rakyat dengan maklumat-maklumat yang tidak relevan, maka mahu tidak mahu terbentuklah andaian bahawa ada fakta dan kebenaran yang hendak disembunyikan oleh Dato’ Seri Najib.

14.Oleh yang demikian, menjelang Mesyuarat Majlis Raja-raja yang akan berlangsung pada 17 dan 18 haribulan Februari, 2016 ini, dengan penuh hormat dan takzimnya saya merayu kepada KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku-Tuanku Sultan dan Tuan Yang Terutama Yang DiPertua-Yang DiPertua Negeri semoga mengarahkan Peguam Negara, Gabenor Bank Negara, Ketua Polis Negara, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ketua Audit Negara, dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara untuk melaporkan kepada Majlis Raja-Raja mengenai siasatan-siasatan mereka mengenai 1MDB secara telus dan benar tanpa melindungi mana-mana pihak.

15.Jika ini tidak dapat dilakukan, atau berlaku campurtangan oleh pihak yang disiasat, atau laporan-laporan yang diterima tidak dipercayai, maka saya merayu kepada Majlis Raja-raja untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi mendedahkan kebenaran mengenai 1MDB secepat mungkin.

16.Sesungguhnya, dalam tempoh lebih setahun ini, kes 1MDB dan lain-lain isu membabitkan Perdana Menteri telah membelenggu negara. Tahap keyakinan Rakyat terhadap kewibawaan dan integriti Kerajaan Persekutuan yang diterajui Dato’ Seri Mohd Najib semakin terhakis apabila beberapa pihak berkuasa luar negara membuat kenyataan mengenai siasatan yang telah mereka lancarkan ke atas beberapa transaksi mencurigakan yang melibatkan 1MDB. Ini termasuklah siasatan yang dijalankan oleh Pejabat Peguam Negara Switzerland terhadap kes penyelewengan dana yang membabitkan 1MDB.

17.Sambil Rakyat meratapi nasib negara, dunia memerhati masalah demi masalah yang menimpa Malaysia, dan tertanya-tanya kenapa ini boleh berlaku dan apa kesudahannya. Rata-rata seluruh dunia mencemuh dan memandang serong terhadap Malaysia yang dikatakan antara negara yang paling korup sekarang. Adakah kita masih boleh memejam sebelah mata dan bersikap toleran lagi?

18.Perkara yang saya bangkitkan ini adalah soal kepentingan negara. Janganlah sesiapapun cuba mengalih perhatian Rakyat dengan mempolitikkan kenyataan saya ini. Semoga Allah Subhanahu Wata’ala memberi petunjuk dan hidayah, melindungi negara dan seluruh warganya dari malapetaka, khususnya dari angkara manusia sendiri.

DATO’ SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR
Mantan Menteri Besar Kedah Darul Aman
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah
ADUN Ayer Hitam

7 Februari 2016 


Saturday, February 6, 2016

Tukar MB Kedah- Mukhriz Tun Mahathir Beri Penjelasan Mengapa Berlaku?






Ucapan Mukhriz Mahathir Yang Mungkin Menyebabkan Dia Disingkir Sebagai MB Kedah



Inilah Ucapan Mukhriz Mahathir Yang Mungkin Menyebabkan Dia Cuba Disingkir Sebagai MB Kedah.

Hidup dan mati kerana ALLAH Taala bukan kerana UMNO. Cubalah pecat Mukhriz Mahathir FC. tu pun kalau PM berani. Politician yg macam ni kita nak like emoticon. Pemimpin perlu dihormati, bukannya ditakuti.

Org macam Dato Mukhriz tak takut kena pecat dari jawatan yg dilantik.. itu bukan periuk nasi dia...

Jawatan DUN pula pilihan rakyat. Next PRU kalau dia bertanding bebas pon, rakyat tetap akan memilih pemimpin macam dia.

Masa Kedah jatuh kat tangan dia ni aku dah agak lama dah...sebelum jadi MB lagi dia ni memang ada kredibiliti, takde kontroversi mcm bapak dia dan adik-beradik dia...kalau org mcm ni yg rampas Kedah dari PR no wonder la dia menang...dia antara org yg bijak dan berani dlm UMNO...

ANTARA MUKHRIZ DAN 14 KETUA BAHAGIAN KEDAH, SIAPA YANG GAGAL?

Kumpulan yang mendesak penyingkiran Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah secara umumnya memberikan empat sebab asas mereka berbuat demikian.

Kumpulan itu dianggotai oleh 14 Ketua UMNO Bahagian Kedah, kecuali Jerlun, Padang Terap dan Kulim Bandar Baru yang diwakili oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian masing-masing dan ia diketuai oleh Ahmad Bashah Hanipah, Timbalan Pengerusi UMNO negeri serta Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Ahmad Bashah juga merupakan calon utama untuk menjadi Menteri Besar Kedah sekiranya Mukhriz disingkirkan.

Empat sebab yang disebut sebagai punca hilang keyakinan itu ialah kegagalan Mukhriz menyatupadukan parti, kekurangan perancangan strategik menghadapi pilihanraya akan datang, kegagalan memimpin serta menggerakkan jentera parti dan ketidakupayaannya mengurus pentadbiran negeri dengan berkesan.

Benarkah Mukhriz seorang pemimpin yang gagal atau kegagalan anak Tun Mahathir itu sebenarnya kerana beliau sentiasa disabotaj dan gagal diberi sokongan oleh semua pemimpin UMNO Kedah sendiri?

Bagaimanakah Mukhriz boleh berjaya jika beliau sepanjang masa disabotaj dan tidak diberi kerjasama atas faktor-faktor kepentingan peribadi yang berbagai di kalangan pemimpin UMNO bahagian dan wakil-wakil rakyat negeri itu?

Bukankah pentadbiran UMNO dan kerajaan merupakan suatu usaha kolektif yang bahu-membahu serta saling bekerjasama antara satu sama lain?

Apakah tindakan menyalahkan Mukhriz dengan melabelnya sebagai pemimpin yang gagal itu bertujuan melindungi kegagalan mereka sendiri yang hakikatnya lebih besar dan memalukan?

Apakah pula Ahmad Bashah yang mengetuai kumpulan mendesak penyingkiran Mukhriz itu benar-benar seorang pemimpin yang hebat, berjaya dan gemilang rekodnya?

Apa rekod dan pencapaiannya di Kedah sebelum ini, baik sebagai Exco mahukan pemimpin UMNO negeri?

Sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang ketika ini bertanggungjawab memainkan peranan meringankan beban kehidupan rakyat yang sarat dengan pelbagai isu kos ara hidup dan kenaikan harga barang, apa yang pernah kita dengar idea dan usahanya sejak memegang jawatan itu pada 2013 lalu?

Jika Ahmad Bashah menjadi Menteri Besar menggantikan Mukhriz, adakah beliau mampu jadi lebih baik atau segala-galanya akan bertambah buruk lagi?

Kalaulah benar Mukhriz seorang yang gagal, bukankah sebahagian besar Ketua UMNO Bahagian dan wakil rakyat Kedah yang ada sekarang adalah mereka yang menyebabkan negeri itu tumbang di tangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya 2008 lalu?

Jika mereka sudah pernah ditolak pengundi pada 2008 dan BN berjaya mengambil alihnya kerana penonjolan Mukhriz sebagai calon Menteri Besar sebelum pilihanraya 2013 lalu, apakah muka-muka lama yang gagal itu boleh menjanjikan kemenangan dapat dikekalkan?

Selain itu, apakah muka-muka lama itu lebih bersih di mata pengundi Kedah daripada segala skandal dan kebejatan politik berbanding Mukhriz yang tidak pernah kita dengar sama sekali ada titik-titik hitam berkaitan diri dan pentadbirannya?

Ahmad Bashah, Mahadzir Khalid, Jamil Khir Baharom, Azeez Rahim, Johari Baharom dan lain-lain pemimpin Kedah di peringkat nasional yang sedang menekan Najib untuk memenuhi tuntutan mereka, apakah yang kalian mahu sebenarnya - mengukuhkan parti atau lebih melumpuhkannya? (SH 21/012016).

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2...

Friday, February 5, 2016

Apa pula tiada jemputan,ini surat jemputan dan perubahan tarikh ( MM menunjukkan Surat Jemputan )

Halau Mukhriz Untuk Memalukan Beliau Sebaliknya Rakyat Bersimpati


Surat yang bertarikh hari ini 29 Januari 2016 yang dialamatkan ke Pejabat Menteri Besar Kedah, Wisma Darulaman, Alor Setar hanya diserahkan kepada DS Mukhriz sewaktu beliau hadir di PWTC untuk mesyuarat MT hari ini. 

Setiausaha Agung UMNO sepatutnya menyerahkan surat ini lebih awal jika benar mereka benar-benar jujur dan tidak bertujuan untuk memalukan Dato' Seri Mukhriz.

Tindakan ini tidak profesional malah seolah-olah cuba mempermainkan Dato' Seri Mukhriz.


Namun demikian, perkara sebaliknya berlaku apabila rakyat dan penyokong UMNO melahirkan rasa simpati terhadap Dato' Seri Mukhriz yang diperlakukan sedemikian rupa.

Lalu blog upahan dedak mula menyalahkan Dato' Seri Mukhriz yang dikatakan tidak dijemput tetapi datang untuk meraih simpati.

Berikut adalah surat jemputan terdahulu berkenaan pindaan tarikh mesyuarat. Surat tersebut tidak pula menerangkan bahawa Ahli Majlis Tertinggi yang turut hadir tidak dijemput.




Bab kelmarin kecoh Mukhriz di halau dari meeting MT. Mula admin rasa tak perlu nak jelas sebab game Najib memang tak cantik. Dah namanya pengecut. 

Walau bagaimana ada satu tulisan dari Key Marzuki yang mencuit mata admin utk sama sama di kongsikan utk lebih memahami apa yang sebenarnya berlaku dalam dewan meeting di tingkat 38 pwtc.
Kisahnya begini....

MB Kedah masuk bilik mesyuarat seperti biasa dan bersalaman dengan rakan2 MT.


Tetapi beliau agak terkejut kerana mendapati kerusi di tempat kebiasaan beliau duduk tiada.

Lalu beliau meminta Urusetia Persiapan sediakan kerusi untuknya.
Setelah duduk tiba2 Dato Raof datang dan berbisik padanya.


RAOF :Dato tak boleh hadiri mesyuarat ini

MM : kenapa pula,saya adalah MB.


RAOF : Tak boleh sebab tiada jemputan.


MM : Apa pula tiada jemputan,ini surat jemputan dan perubahan tarikh ( MM menunjukkan Surat Jemputan )

RAOF : Tidak,Ku Nan tak jemput Dato' dan telah di beritahu melalui telefon kepada Setiausaha Politik.

MM : Kenapa pula,saya di jemput,ini suratnya.


RAOF : Tunggu sebentar 
( mengarahkan Surat di taip segera ) lalu menyerahkan kepada MM.

MM : Keluar dan beredar.

Ketika kejadian,PM masih di bilik menunggu dan belum masuk ke bilik mesyuarat.


Apabila MM beredar,barulah PM masuk dan mesyuarat pun mula berjalan.

Di sertakan surat jemputan awal dan surat kedua yang di buat secara AD HOC selepas meeting MT di jadual bermula. 

Game pengecut Najib. Sebab malu nak tukar MB Kedah Jemaah Pemangku Sultan tolak 3-3 nama yang di persembah Najib. Tak puas hati sebab Istana sayang Mukhriz lalu di balas di KL. 

Game tak gentle la lu Najib.

- Mahathir The Legend
Mukhriz Mahathir FC

Wednesday, February 3, 2016

Mukhriz Umum Letak Jawatan MB Kedah. Berundur bukan bererti kalah. Syabas Datuk Mukhriz



Mukhriz Mahathir baru sahaja mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Kedah berkuatkuasa serta merta dalam satu sidang media di Wisma Darulaman sebentar tadi.

Beliau bertindak demikian ekoran dari tidak mendapat kepercayaan daripada majoriti Ketua-ketua Umno Bahagian dan juga krisis sokongan terhadap Perdana Menteri DS Najib Razak.

Dimaklumkan bahawa SUK akan mengumumkan perlantikan Menteri Besar Kedah yang baru lebih kurang pukul 11 pagi nanti.

Umno akan berada pada kedudukan paling lemah selagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kekal sebagai presiden, kata Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Mukhriz berkata demikian dalam sidang media di Alor Setar bagi mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah, selepas mendapat tekanan daripada Umno negeri itu.
"Saya minta maaf untuk mengatakan, selagi Najib masih ada, Umno akan berada pada titik yang paling lemah ketika ini," katanya disambut tepukan daripada penyokongnya.
"Skandal demi skandal, kita tidak boleh terima semua ini. Ini sudah melampau. Ini trauma kita semua. Kita tidak boleh lagi merasa bangga apabila kita ke luar negara," katanya.
Katanya, meskipun Umno memiliki tiga juta ahli, namun ia tidak bermakna apabila mereka tidak boleh bersuara terhadap presiden parti itu.
Tambahnya, ia dapat dilihat pada Perhimpunan Agung Umno tahun lepas apabila parti itu menongkah tradisi dengan hanya membenarkan Najib untuk berucap kepada perwakilan.
Manakala timbalan dan naib presiden tidak dibenar berucap seperti kebiasaan.
"Malah amalan kebudak-budakan itu apabila dalam (ucapan) mukadimah pun tak disebut nama vip yang hadir termasuk Tun Mahathir, timbalan presiden, naib-naib presiden. Sampai macam tu sekali disekat. Jadi itu keadaan parti kita sekarang," katanya. - MK
Dijangka juga, jawatan Mukhriz akan diisi oleh Datuk Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar yang baru. - Utaranews.com 


SEBAB UTAMA MUKHRIZ MESTI DISINGKIRKAN SEGERA

"MAHU TUTUP MULUT  SAYA DARI JADI SUARA RAKYAT (lihat kenyataan penuh Mukhriz di bawah)

Apakah sebab utama sebahagian besar  anggota BN Dewan Undangan Negeri Kedah mahu MB Mukhriz  disingkirkan sebelum sampai masanya. Kerakusan tindakan ini dengan alasan  tipis menghina tidak sahaja  kemampuan berfikir rakyat Kedah tetapi seluruh rakyat Malaysia.

Kerakusan ini juga semakin mendedahkan kepada rakyat kerakusan politik Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib sehingga mencetuskan suatu krisis perlembagaan di negeri Kedah yang melibatkan Istana.

Ini adalah politik do or die bagi Najib dan juga penyokong-penyokong setianya di negeri Kedah.

Mukhriz mesti disingkirkan dengan pantas untuk menjamin kumpulan  yang mahu menyingkirkannya tidak tersingkir dari pencalonan bagi DUN dan juga  Parlimen  Kedah dalam pilihanraya umum akan datang. Mukhriz pastinya tidak akan mengekalkan mereka.

Jika Mukhriz kekal sebagai MB dan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Kedah maka pastinya muka-muka lama dan tua ini tidak lagi berpeluang untuk menjadikan politik sebagai profesyen seumur hidup.Walaupun beliau tidak mempunyai kuasa sepenuhnya dalam hal ini (Kuasa pemutus di tangan Presiden) tetapi beliau  sedang  memantapkan kedudukan politiknya  di kalangan pemuda yang sukar bagi Najib untuk menolak suaranya kelak.

Banyak pemuda UMNO Kedah yang secara diam-diam memberikan sokongan kuat kepada Mukhriz. Mereka telah  sekian lama dinafikan peranan  untuk turut memberi sumbangan menjalankan sebuah kerajaan negeri berjiwa rakyat yang dinamik,bervisi dan cekap. Mereka melihat pendekatan Mukhriz ke arah ini dan Mukhriz telah memberikan harapan baru kepada mereka.

Inilah yang ditakuti  oleh kumpulan yang mahu menyingkirkan Mukhriz.

Kegagalan Mukhriz dalam menjalankan pentadbiran dan pengurusan politik negeri Kedah adalah kerana kumpulan ini menjadi duri dalam daging dan tidak membantu Mukhriz dalam melaksana visi dan  perancangannya di Kedah. Mereka memburuk dan memperkecil  rancangan  Mukhriz untuk membangunkan lapangan terbang antarabangsa baru di Kulim.

Mereka menjalankan kerja-kerja sabotaj dengan memburukkan Mukhriz di kalangan rakyat Kedah dan sekarang mereka menuding jari kepada Mukhriz untuk menutup kesilapan dan keburukan mereka sendiri.

Kepada rakyat Kedah, Mukhriz tidak lemah tetapi yang lemah adalah mereka yang mahu menyingkirkannya.


Saturday, January 30, 2016

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak : Datuk Seri Mukhriz Mahathir masih Menteri Besar Kedah



Kuala Lumpur: Kedudukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah akan diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT)UMNO akan datang.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau mendengar permasalahan yang berlaku di Kedah dan mengambil pertimbangan serius mengenainya.

Katanya, beliau menghadap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah pagi tadi bagi menyembah maklum beberapa nama pengganti Menteri Besar Kedah yang baharu bagi menggantikan Mukhriz.

Bagaimanapun katanya, tiada sebarang keputusan dicapai dan perkara mengenainya akan diumumkan kemudian.

Walaubagaimanapun Najib mengakui telah menyatakan bahawa penggantian telah dicadangkan kepada Istana Kedah.

Dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini, Najib Razak menafikan spekulasi bahawa nama-nama untuk menggantikan Mukhriz telah ditolak oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan Tengku Mansor pula memaklumkan, beliau memberitahu Mukhriz pagi tadi supaya tidak menghadiri Mesyuarat MT hari ini kerana Mukhriz adalah ahli MT lantikan yang tidak perlu hadir pada mesyuarat MT hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 January 2016 @ 6:22 PM

Friday, January 29, 2016

"Pada siapa yang hadir yang tak dijemput untuk beredar", Arahan Ku Nan Kepada Mukhriz

Mukhriz diarah tinggalkan mesyuarat MT Umno

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini diarahkan meninggalkan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Menurut Mukhriz, arahan tersebut adalah daripada Setiausaha Agung Umno.
Majlis Tertinggi Umno dipercayai sedang berbincang mengenai masa depan Mukhriz yang juga adalan pengerusi perhubungan Umno Kedah sebagai menteri besar.
"Mereka kata, pada siapa yang hadir yang tak dijemput untuk beredar. Ia merujuk kepada saya," kata Mukhriz ketika ditemui pemberita di lobi PWTC.
Ketika ditanya ia adalah arahan siapa, Mukhriz sekadar berkata: "Setiausaha agung," katanya ringkas.
Beliau juga sempat melemparkan senyuman kepada wartawan yang ingin tahu mengapa dirinya beredar dari mesyuarat berkenaan sebelum memasuki keretanya.
Spekulasi bertiup kencang sejak pagi tadi apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Istana Darul Aman, di Kuala Lumpur, pagi tadi.
Tindakan terhadap Mukhriz itu dikatakan ada kaitan dengan kempen berterusan bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggulingkan Najib.  

Monday, January 25, 2016

GENG Ahmad Bashah Pernah Kalah Dalam PRU12...


Tun M : BN Kedah TIDAK PERNAH Kalah PRU tapi Bawah Tangan Puak Penentang MB, PRU-12 BN KALAH


LANGKAWI: Kumpulan yang mendesak pertukaran Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, disifatkan sebagai golongan yang memiliki reputasi tidak baik. 

Perkara itu dinyatakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas mengambil kira peranan kumpulan terbabit yang menyebabkan Barisan Nasional (BN) Kedah tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) lalu. 

"BN Kedah tak pernah kalah dalam PRU, tetapi di bawah kepemimpinan kumpulan itu, BN kalah dalam PRU dulu (PRU-12). Kumpulan ini desak Menteri Besar ditukar, tetapi mereka sendiri tidak ada reputasi yang baik. 

"Saya rasa Kedah akan kalah dalam PRU akan datang kalau kepemimpinan negeri diserahkan kepada mereka," katanya selepas menghadiri majlis anjuran Global Doctor di sini, hari ini. 

Ditanya apa akibat tindakan diambil kumpulan penentang Menteri Besar, beliau berkata, golongan itu perlu sedia menerima akibat atas tindakan mereka termasuk risiko sekali lagi hilang negeri ke tangan pembangkang. 

Mengulas adakah beliau bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang turut berada di Langkawi semalam, Dr Mahathir mengesahkan tiada pertemuan diadakan. 

"Saya ke Langkawi sebab ada majlis lain...saya tak jumpa dia (Najib)," katanya. 

Ditanya pandangan beliau sebagai bekas Perdana Menteri mengenai jalan penyelesaian terbaik dalam isu itu, beliau bagaimanapun berkata, dirinya bukan lagi Perdana Menteri. 

"Saya bukan lagi Perdana Menteri dan dia (Najib) tak perlukan nasihat saya," katanya.
 
 

Mat Bashah Di Sisihkan Calon UMNO KEDAH, Mukhriz Bakal Ditabalkan Menjadi MB Kedah!!!

ALOR SETAR – Datuk Mukhriz Tun Mahathir dipersiapkan sebagai calon Menteri Besar jika BN menang adalah antara perkara tersirat dari senarai calon BN Kedah yang terdedah semalam dari sumber ibu pejabat UMNO, Kuala Lumpur.Sekaligus ia memberi tamparan kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah Dato’ Ahmad Bashah Md Hanipah yang dikatakan turut mengidamkan jawatan tersebut.Terdapat beberapa kejutan dalam senarai calon yang dikatakan hampir pasti disahkan oleh Presiden UMNO iaitu; empat muka lama yang kalah dalam pilihanraya umum lalu akan dicalonkan semula, seorang pegawai KCS, seorang penghulu dan dua pemimpin NGO mewakili belia turut tersenarai. Datuk Mukhriz diletakkan bertanding di kawasan DUN Kuah manakala Dato’ Ahmad Bashah kekal di Bakar Bata. Harapan kemenangan untuk Mukhriz adalah lebih baik kerana Kuah adalah kawasan berstatus Putih bagi BN, sementara Bakar Bata berstatus kelabu kerana faktor pengundi bukan Melayu mewakili 27 peratus di kawasan tersebut. Sementara itu, ADUN Kuah kini Dato’ Ir Nawawi Ahmad akan diberi amanah bertanding kerusi Parlimen Langkawi.


(Muka baru)BN akan mengekalkan semula Datuk Abd. Azeez Abdul Rahim di kerusi Parlimen Baling, Datuk Othman Aziz di DUN Ayer Hitam, sekalipun mereka kalah di tempat yang sama PRU12 lalu. Dato’ Tajul Urus Md Zain yang kalah di Parlimen Merbok akan diletakkan di DUN Tanjung Dawai manakala Dato’ Ariffin Man yang kalah di DUN Bukit Lada akan bertukar ke DUN Bukit Pinang.Agak mengejutkan juga apabila BN mengekalkan Dato’ Abu Hassan Sarif di DUN Kota Siputeh sekalipun beliau pernah mencetuskan kontroversi tidak menghadiri Sidang DUN dua kali berturut-turut sehingga diisytiharkan hilang kelayakan. Bagaimanapun kedudukannya sebagai wakil rakyat dipulihkan oleh mahkamah. Faktor ‘calon boleh menang’ mungkin menjadi sebab beliau disenaraikan semula. Pengerusi SADA yang juga merupakan seorang pegawai tadbir kerajaan negeri Kedah (KCS), Dato’ Adzmi Din bakal dicalonkan oleh BN bagi kerusi DUN Sungai Tiang. Sama ada beliau menerima atau menolak pelawaan tersebut belum dipastikan kerana menurut sumber yang rapat dengan Adzmi, beliau hanya mahu bertanding jika terdapat akujanji dari Presiden UMNO untuk melantik beliau sebagai Menteri Besar jika BN menang di Kedah. Penyandang DUN Sungai Tiang, Suraya Yaakob akan dicalonkan bertanding di kerusi Parlimen Pendang.
Penghulu Ahmad Fuad Zabidin merupakan seorang lagi kakitangan kerajaan negeri yang akan mewakili BN di kerusi DUN Bandar Baharu.
Bagi memenuhi janji Datuk Seri Najib terhadap kepimpinan belia negeri, dua nama pemimpin bakal dicalonkan bertanding mewakili BN. Mereka ialah pemimpin belia negeri, Shaharol Niza Omar, mewakili BN di DUN Tokai dan Ku Iskandar Ku Saad di DUN Jitra.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim pertama kali akan bertanding di kampung laman sendiri iaitu Parlimen Pokok Sena. Calon kerusi DUN untuk Bukit Lada dan Bukit Pinang ialah Haris Fadzilah Che Mat dan Dato’ Ariffin Man. Senarai tersebut dijangka akan mencabar kewibawaan Ketua Bahagian Pokok Sena, Dato’ Ahmad Lebai Sudin yang sedang bersiap sedia untuk bertanding mana-mana kerusi di Pokok Sena.
Bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Mahathir Khalid akan dialihkan bertanding di kerusi Parlimen Pedu. Antara penyandang jawatan ADUN yang akan dikekalkan ialah Mohd Rawi Abd Hamid (Ayer Hangat), Dato’ Ahmad Zaini Japar (Bukit Kayu Hitam), Dato’ Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail (Guar Chempedak) dan Mohd Tajudin Abdullah (Belantek). Manakala bagi kerusi Parlimen, nama Datuk Mohd Johari Baharom (Kubang Pasu) dan Dato’ Paduka Abu Bakar Taib (Langkawi) digugurkan.
Bagaimanapun cabaran terbesar BN Kedah ialah untuk merampas Kedah dari Pakatan Rakyat, kerana sehingga kini laporan bilik gerakan parti menunjukkan bahawa mereka hanya mampu menang (status putih) di sembilan kerusi DUN. –sumber

Saturday, January 23, 2016

Apa dah jadi dengan UMNO Kedah?Najib sedang menggali kuburnya sendiri dengan bantuan rakan-rakan


TINDAKAN GUILNG MUKHRIZ GUGAT BN DI PILIHANRAYA SAWARAK

ITS WRONG TIMING WHEN SARAWAK IS FACING ELECTION

Saya telah menerima sebuah mesej dari seseorang yang sangat berpengaruh dalam kerajaan  Sarawak dan penyokong kuat kepada Ketua Menteri Sarawak Datuk Adenan Satim yang saya kenal lama dan sangat saya hormati( Bagi saya dia adalah paling layak untuk gantikan Datuk Seri Najib).

Mesej ini saya terima berikutan dengan tindakan gopoh gapah pemimpin -pemimpin UMNO Kedah dengan diketuai oleh Ahmad Bashah yang  mahu menggulingkan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah untuk beliau  menggantikannya.

Mesej itu berbunyi: As'Salam Tan Sri,apa dah jadi dengan UMNO Kedah?

Jawapan saya : Najib sedang menggali kuburnya sendiri dengan bantuan rakan-rakan.Sedih.Dia tidak sedar ramai orang hanya berpura-pura setia padanya termasuk pegawai-pegawai kerajaan sendiri.Kesetiaan politik hanya kerana kepentingan  diri masing-masing. Ahmad Bashah dah tak sabar nak jadi MB. Baginya do or die dan demikian juga rakan-rakannya kerana jika Mukhriz terus jadi MB harapan mereka punah samasekali  di Kedah pada pilihanraya akan datang. Tak ada peluang  nak jadi calun pun.

Jawapan yang saya terima: It is a wrong timing when Sarawak is facing election.

Saya pun baru tersedar ada kaitannya dengan Sarawak yang merupakan fix deposit  BN.Apatah lagi dengan orang yang gila nak jadi menteri besar dan juga Najib yang hendak selamat sebagai PM. Tentunya  tidak mengambil kira perasaan orang Sarawak dan juga KM Sarawak dan kesannya kepada Pilihanraya Negeri Sarawak kelak.

Saya baru ke Sarawak  dan saya amat malu ketika berjalan kaki bersama kawan-kawan di bandar  Kucing, ada orang berteriak dg kuat kepada saya  dari seberang  jalan : Datuk Bila Najib nak  turun, suruh dia turun cepat lah.Kawan-kawan saya ketawa.

Sebenarnya apa yang berlaku adalah proses sama yang berlaku kepada pemimpin-pemimpin negara yang hendak menyelamat  diri pada saat-saat terakhir.

Najib dalam keadaan panik, hilang perhetongan dan kewarasan walaupun nampak tenang dengan denial sydrom nya tetapi tindaknya adalah menampakan kepada rakyat  dirinya yang sebenar.

Dia lupa kepentingan Adenan Satem,dia  lupa Sarawak sebagai fix deposit dan dia ingat hanya UMNO  boleh selamatkannya.

Salam hormat dan simpati saya kepada Adenan Satem.


Nota:  Maaf jika terdapat  sebarang kesilapan ejaan.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...