Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Showing posts with label Najib VS Muhyidin. Show all posts
Showing posts with label Najib VS Muhyidin. Show all posts

Friday, October 28, 2016

Muhyiddin Didakwa Dedah Rahsia Kerajaan

Laporan polis ke atas Muhyiddin atas dakwaan dedah rahsia kerajaan:
Hasil carian imej untuk Laporan polis ke atas Muhyiddin atas dakwaan dedah rahsia kerajaan
Azwanddin dalam laporannya menyebut Muhyiddin berbuat demikian dalam dua kejadian - minggu ini di Parlimen, dan awal bulan ini dalam sebuah ceramah.

Satu laporan polis dibuat terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas dakwaan mendedahkan "rahsia kerajaan" yang berkaitan dengan 1MDB.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Datuk Azwanddin Hamzah dalam laporannya menyebut Muhyiddin berbuat demikian dalam dua kejadian - minggu ini di Parlimen, dan awal bulan ini dalam sebuah ceramah.

"Beliau melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana semua dokumen yang telah diklasifikasikan mesti kekal rahsia," kata Azwanddin dalam laporannya. Satu salinan laporan diperolehi oleh Malaysiakini.

Parlimen Malaysia Terkini Oktober 2016:MANTAP:Muhyiddin Yassin-Bahas Budget 2017 Dan Keparahan Najib Razak 1MDB
 
Azwanddin berkata, tindakan Muhyiddin itu perlu dipandang serius kerana ia ibarat "menghasut rakyat".
Dalam klip video yang dimuat naik oleh KiniTV, Azwanddin bagaimanapun mengakui bahawa tindakan mungkin tidak dapat diambil terhadap Muhyiddin kerana beliau mengeluarkan kenyataan berkenaan di Parlimen.
Hasil carian imej untuk Laporan polis ke atas Muhyiddin atas dakwaan dedah rahsia kerajaan
Laporan polis hari ini dibuat selepas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, Muhyiddin dan juga bekas rakan anggota kabinetnya, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mungkin melanggar sumpah kerahsiaan ketika membahaskan Bajet 2017 di Parlimen.

Parlimen Malaysia Terkini Oct 2016:Ahmad Husni Hanadzlah BN-Bekas Menteri Kewangan Persoalkan 1MDB Dan Najib Razak 

"MP BN tak Berani Mencelah bila Shafie Afdal "Hentam" Najib dalam Dewan Rakyat"

Saturday, February 27, 2016

TAHNIAH KEPADA MT UMNO TELAH MEMBERSIHKAN DURI DALAM DAGING



BALASAN PERJUANGAN TAN SRI DATO HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN.

KENYATAAN YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Majlis Tertinggi UMNO memutuskan untuk menggantung saya daripada jawatan Timbalan Presiden. Keputusan ini telah saya jangka. Ia bukan satu perkara yang mengejutkan. 

Sejak saya digugurkan daripada kabinet, saya telah dihalang daripada menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden. Saya disekat daripada menghadiri program-program parti. Majlis parti yang dianjurkan untuk saya diarahkan supaya dibatalkan. Ahli-ahli parti yang menyokong saya diugut. Malah, buat pertama kali dalam sejarah, seorang Timbalan Presiden dihalang daripada berucap dalam perhimpunan agung.

Sepanjang enam tahun saya memegang jawatan Timbalan Presiden, saya tidak pernah mengabaikan tugas dan tanggungjawab saya membantu Presiden. Saya mengetuai jentera pilihanraya BN dalam setiap kali pilihanraya kecil atau pilihanraya umum dan bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN. Dengan kemenangan itulah, maka Presiden selaku ketua parti kekal menjadi Perdana Menteri. Tidakkah itu bermakna saya membantu Presiden? 

Saya juga melakukan tugas-tugas lain seperti mempengurusikan mesyuarat pengurusan UMNO, mesyuarat pengurusan BN, menyelesaikan masalah-masalah parti, memantapkan jentera pilihanraya, turun ke bahagian-bahagian dan tugas-tugas untuk memastikan kesempurnaan perjalanan parti. Ini bermakna saya telah membantu Presiden dalam mentadbir dan mengurus parti. Saya juga bertanggungjawab menyampaikan pandangan dan keluhan ahli-ahli kepada Presiden serta menegur Presiden jika dia melakukan tindakan yang menjejaskan kepentingan UMNO. 

Inilah yang saya lakukan apabila saya menegur Presiden berhubung pembabitannya dalam skandal 1MDB dan derma RM2.6 billion. Semua ini saya lakukan dengan niat untuk memastikan kesempurnaan perjalanan parti dan mengembalikan kepimpinan UMNO ke landasan yang betul supaya UMNO terus diterima oleh rakyat. Tetapi saya telah dihukum kerana kononnya saya tidak membantu Presiden.


Adakah membantu Presiden itu bermaksud menyokong Presiden secara membuta-tuli termasuk mempertahankan kesalahannya? Saya tidak fikir begitu. Jika Datuk Seri Najib melakukan kesalahan, maka wajib bagi saya dan yang lain-lain di dalam UMNO menegurnya dan meminta dia memperbetulkan kesilapannya demi kebaikan parti. Jika dia berterusan melakukan kesilapan, dan semua orang di dalam UMNO bersekongkol mempertahankan kesilapannya, maka kesan buruk akan terpalit kepada UMNO. 

Hari ini tercatat dalam lipatan sejarah UMNO, seorang Timbalan Presiden yang dipilih dalam pemilihan parti digantung daripada jawatannya oleh MT semata-mata kerana tindakannya menegur Presiden. Nampaknya, kuasa MT mengatasi suara ahli-ahli parti yang memilih saya sebagai Timbalan Presiden. Ketika pindaan perlembagaan UMNO dibuat untuk membolehkan ahli-ahli di akar umbi memilih pemimpin utama parti, UMNO dicanang sebagai sebuah parti yang paling demokratik di negara ini. Tidak ada mana-mana parti di Malaysia yang membuka ruang seluas-luasnya kepada lebih 140,000 perwakilan dari seluruh negara memilih pemimpin-pemimpin utama parti. 

Namun, keputusan MT hari ini langsung tidak memperlihatkan UMNO sebagai sebuah parti yang demokratik. Suara majoriti ahli, malah majoriti rakyat, diketepikan dengan sewenang-wenangnya oleh MT semata-mata untuk mempertahankan seorang individu yang terpalit dalam skandal rasuah dan penyelewengan yang amat memalukan. 

MT gagal menangani krisis kepimpinan parti yang berpunca daripada penglibatan Najib dalam skandal IMDB dan derma RM2.6 bilion yang tidak dijelaskan dengan sepenuhnya oleh beliau. MT tidak berani bertanya Najib jika benar RM2.6 bilion itu wang parti, kemana perginya wang itu selepas akaun ditutup pada 2013. MT juga tidak bersedia bertanya Najib mengenai tuduhan wang SRC International berjumlah RM42 juta yang masuk ke dalam akaun Najib. 

Skandal yang menyelubungi Najib telah memberi imej yang amat teruk kepada parti, kerajaan dan memalukan rakyat. Mengenai wang yang dikatakan masuk ke akaun peribadi Najib dari SRC International, saya diberitahu mengenainya oleh mantan Peguam Negara sendiri beserta dengan buktinya sekali yang sah merupakan suatu perbuatan jenayah! Saya beristighfar! 

Yang terbabit dalam skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion bukan saya, tetapi Najib. Yang menerima RM42 juta duit SRC International bukan saya, tetapi Najib. Yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan berhadapan dengan risiko pendakwaan jenayah bukan saya, tetapi Najib. Yang ditolak oleh sebahagian besar rakyat bukan saya, tetapi Najib. Yang menjadi punca segala masalah UMNO hari ini bukan saya, tetapi Najib. Peliknya, yang digantung adalah saya, manakala Najib terus bersenang-lenang menikmati kuasa jawatan dan wang yang ada padanya. 

MT lebih mementingkan soal teknikal dalam mengambil tindakan terhadap diri saya daripada meneliti kandungan ucapan-ucapan saya yang mempunyai implikasi jauh lebih besar terhadap masa depan UMNO dan negara. Malah MT juga tidak mengikut prosedur tatatertib. Saya tidak diberikan surat tunjuk sebab dan tempoh masa untuk membela diri. Saya tidak dihadapkan ke Lembaga Disiplin untuk membolehkan lembaga membuat perakuan kepada MT. Ahli biasa pun diberikan peluang untuk membela diri sedangkan saya terus dihukum. Nampaknya MT tidak sabar-sabar untuk menggantung saya. Walau bagaimanapun, saya tidak akan merayu.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa pada peringkat awalnya, beberapa pemimpin utama UMNO datang menemui saya mengadu hal mengenai pelbagai skandal yang menyelubungi Najib dan isterinya. Mereka meminta saya melalukan sesuatu untuk memperbetulkan keadaan. Mereka bimbang UMNO akan ditolak oleh rakyat jika Najib terus memimpin parti. Saya katakan kepada mereka bahawa saya tidak boleh memperbetulkan keadaan secara bersendirian. Saya cadangkan supaya mereka bersama-sama secara kolektif menasihati Najib. Mudah-mudahan dia bersedia untuk memperbaiki kesilapannya demi menyelamatkan UMNO dan negara. 

Malangnya, mereka tidak berani menasihati Najib. Akhirnya, apabila keadaan bertambah teruk saya mengambil tanggungjawab untuk menegur Najib dalam pertemuan empat mata bersamanya, dalam mesyuarat kabinet, mesyuarat MT dan kemudiannya dalam platform parti secara terbuka. Apabila saya mula bersuara, orang-orang yang sebelumnya datang menemui saya mula menjauhkan diri daripada saya. 

Hari ini, orang-orang inilah yang paling lantang mengecam saya. Saya tidak berduka dengan apa yang terjadi kepada diri saya. Namun saya berasa jengkel. Apa sudah jadi dengan sistem nilai di dalam UMNO? Telah terhapuskah nilai-nilai kejujuran, keikhlasan dan keberanian untuk menyatakan yang hak dan menentang yang batil? Telah leburkah semangat perjuangan dalam diri pemimpin UMNO? Atau, apakah yang bermaharajalela hanyalah nafsu kuasa yang penuh muslihat dan tipu daya?

Barangkali sistem nilai dalam UMNO telah punah. Mereka yang berkepentingan tidak lagi dapat membezakan mana yang benar dan mana yang salah. Yang diutamakan bukanlah matlamat asal perjuangan parti, tetapi kepentingan diri. Akibat daripada ini UMNO akan rosak dan ditolak oleh rakyat. 

Hari demi hari, kredibiliti dan imej negara juga semakin terjejas. Keadaan ekonomi semakin tidak menentu, rakyat dihimpit masalah kos sara hidup yang semakin meningkat manakala ruang demokrasi dan kebebasan semakin tertutup. Mereka yang lantang mengkritik Najib ditahan di bawah undang-undang keselamatan, portal berita atas talian disekat dan suara-suara yang menentang ditekan dengan pelbagai ugutan. 

Najib juga sedang mengukuhkan kuasanya. Peguam Negara memberikan alasan paling tidak munasabah untuk menolak pendakwaan ke atas Najib walaupun mempunyai bukti yang kukuh. Hanya kerana dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, Peguam Negara tidak berani mendakwa Najib. Institusi seperti SPRM dan Bank Negara tidak dapat berfungsi dengan sempurna kerana ditekan oleh mereka yang berkuasa. Akta Majlis Keselamatan Negara pula digubal untuk memberi kuasa kepada Perdana Menteri mengisytiharkan kawasan keselamatan yang impaknya sama seperti pengisytiharan darurat. 

Dalam menghadapi kemarahan rakyat terhadap kepimpinannya, Najib menggunakan segalakuasa yang ada padanya untuk menekan suara yang menentang dan mendiamkan pengkritik. Kita sebenarnya sedang menyaksikan keruntuhan institusi demokrasi dan kemunculan seorang diktator baharu. Saya akan terus bersuara untuk menegakkan kebenaran dan menuntut reformasi institusi (institutional reform) yang lebih menyeluruh. Kuasa Perdana Menteri untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong dalam pelantikan dan pelucutan jawatan Peguam Negara mesti dihadkan. Oleh kerana Yang Di-Pertuan Agong dalam menjalankan kuasanya di bawah Perlembagaan bertindak atas nasihat Perdana Menteri, maka sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri boleh terlepas daripada pendakwaan jenayah dengan hanya menasihati Yang Di-Pertuan Agong supaya melucutkan jawatan Peguam Negara.

Jika Peguam Negara bukan seorang yang berani, maka Perdana Menteri akan menjadi seorang yang amat berkuasa dan kebal di sisi undang-undang. Dia boleh dengan sewenang-wenangnya melakukan apa sahaja jenayah dan terlepas daripada sebarang hukuman. Ini bukanlah sesuatu yang adil malah amat bertentangan dengan prinsip bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang. 

Selain itu, Jabatan Peguam Negara, SPRM, Bank Negara dan Polis Di-Raja Malaysia mesti dipastikan bebas untuk menjalankan fungsi masing-masing tanpa diganggu-gugat oleh sesiapapun. Peranan mereka di bawah Perlembagaan dan undang-undang negara mesti diperkukuhkan. Kuasa Perdana Menteri dalam pelantikan ketua-ketua agensi ini mesti dihadkan untuk membolehkan mereka bertindak secara bebas dan telus. 

Saya fikir, episod hitam yang berlaku di Malaysia sedang mematangkan kita. Jika kita mahu melihat Malaysia kembali menjadi sebuah negara yang dihormati dan rakyat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera, maka kita mestilah bersedia untuk bersama-sama menuntut perubahan. Ia bukan sekadar mendesak Perdana Menteri supaya berundur, tetapi menolak institusi politik yang telah gagal dalam memenuhi aspirasi rakyat. 

Ketepikan sentimen kaum, agama dan ideologi untuk membentuk suatu konsensus atau muafakat rakyat ke arah mewujudkan sebuah kerajaan yang adil, amanah dan berintegriti. Saya menghargai semua pihak yang menyatakan sokongan untuk terus berjuang bersama saya. Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah lebih awal menyatakan sokongan kepada saya. 

Kepada kedua-dua mereka saya ucapkan terima kasih. Kepada pemimpin akar umbi UMNO terutamanya Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang berani berkata benar saya ucapkan tahniah. Saya juga amat menghargai pendirian UMNO Pagoh yang tidak gentar mengharungi badai gelombang bersama saya. Marilah kita terus berjuang! Rakyat mesti bangkit untuk menentang kezaliman dan kemungkaran. 

Selamatkanlah Malaysia. Saya bersedia untuk bersama-sama anda dalam perjuangan ini. Jangan takut kerana yang Maha Berkuasa ialah Allah s.w.t. Allahu Akbar

MUHYIDDIN YASSIN 27 Februari 2016

Friday, February 12, 2016

INTIPATI UCAPAN TSMY DI PAGOH 10.02.2016

Kerajaan Pula Tidak Mempunyai Wang Yang Cukup - Tan Sri Muhyiddin
INTIPATI UCAPAN TSMY DI PAGOH
10 Februari 2016

1. Negara kita telah mencipta banyak kejayaan. Perdana Menteri terdahulu bekerja kuat untuk memajukan negara. Rakyat pelbagai kaum juga berusaha gigih untuk memajukan negara.

2. Namun, beberapa tahun kebelakangan ini negara kita dirundung masalah. Perasaan ketakutan semakin meresap. Orang hendak bercakap pun kena tengok baik-baik. Seolah-olah kebebasan telah hilang.

3. Situasi politik hari ini tidak berapa menentu. Ada orang cakap kalau esok diadakan pilihanraya BN akan kalah.

4. Ekonomi negara kita juga semakin teruk. Harga barang semakin mahal. GST 6% tetapi harga barang naik 20% hingga 30%.

5. Mengenai kejatuhan matawang, PM kata mana-mana negara pun matawang jatuh. Tetapi negara kita jatuh lebih teruk berbanding negara-negara lain. Ini kerana wujudnya sentimen negatif terhadap Malaysia. Rasuah berlaku amat luar biasa.

6. Saya bercakap atas dasar hak dan kebenaran. Kerana itu saya dibuang. Bukan kerana saya buat apa-apa kesalahan tetapi kerana saya bercakap terus-terang. Bukan depan cakap lain, belakang cakap lain.

7. RM2.6 bilion masuk ke dalam akaun peribadi PM tidak salah. Kalau begitu pegawai-pegawai kerajaan pun boleh terima duit berjuta-juta masuk ke dalam akaun peribadi atas nama derma. Ini tidak betul.

8. Kerajaan pula tidak mempunyai wang yang cukup. Perbelanjaan untuk rakyat terpaksa dipotong. Bajet 2016 dinilai semula.

9. Orang sudah tidak percaya kepada kerajaan. Mereka tiada keyakinan lagi. Pelabur mahu datang ke Malaysia pun tunggu dulu. Ini kerana faktor ekonomi yang tidak menentu dan rasuah yang berterusan.

10. Imej negara kita makin hari makin menurun. Ada orang Malaysia yang pergi ke luar negara malu hendak mengaku dari Malaysia.Takut orang tanya dari mana PM Malaysia dapat banyak duit. Ada orang kata derma. Ada pula yang kata 'pelaburan'. Tidak tahu mana satu yang betul.

11. Ada orang parti beritahu saya mereka juga tidak tahu apa hendak buat. Samada hendak pilih BN atau tidak dalam pilihanraya nanti. Mereka kata disebabkan masalah peribadi Najib, BN boleh kalah.

12. Rakyat kena pilih antara parti dan individu. Sebahagian ahli parti berada dalam dilema. Ramai orang kata kepada saya jangan fikir pasal parti lagi Tan Sri. Tetapi fikir pasal negara. Negara sedang menjunam dan mesti diselamatkan.

13. Kita tidak mahu negara kita rosak, hancur, rakyat miskin. Kalau perbuatan pemimpin menyebabkan negara kita rosak, kita mesti buat sesuatu.

14. PM mesti bertanggungjawab. Turun ke bawah. Tanya berapa ramai rakyat yang sokong dia. Balik fikir. Jangan asyik terima saja yang orang lain cakap yes sir, yes sir, semuanya baik-baik belaka.

15. Rakyat mesti berani bercakap yang benar. Beritahu PM perkara-perkara tidak betul yang dibuat.

Saturday, December 12, 2015

PAU 2015 : RM 2.6 BILION .... DERMA VS RASUAH


Bersama Timbalan Presiden UMNO - Kelab Sultan Sulaiman 7 Dis 2015




Atau anda boleh ke Youtube ( KLiK ) dan copy embed code di sana dan paste di mana saja blog atau FB ( seperti yang biasa kita buat kalau nak copypaste video Youtube )
Untuk pengetahuan, majlis adalah anjuran bersama Umno Cawangan Kampung Sungai Rasau bersama Suara Belia Marhaen ( SUABEMA ), Gabungan Anak Melayu Bangkit ( GAMB ) dan Gabungan Ketua2 Pemuda Cawangan Se-Malaysia.

Disebalik 'arahan' supaya jangan disebut isu RM2.6 bilion sepanjang PAU rupanya, sebaliknya pula yang berlaku bila RM2.6 bilion menjadi antara isu utama yang dibincangkan. Yang menjadi dalang buat kecoh bukan orang lain pun tapi Najib sendiri. 

Konon sudah beri penjelasan terperinci semasa taklimat ....  konon semuanya sudah dijelaskan .... ternyata tidak ada apa2 maklumat baru yang diberikan yang boleh menjelaskan kemelut sedia ada.

Tapi yang buat tambah rencah isu RM2.6 bilion ini adalah cubaan Najib untuk meRAMAIkan bilangan penderma dari satu orang kepada 'MEREKA'. ( lebih dari seorang )

Ya, saya katakan memang itu satu usaha licik dari Najib sendiri. Selama ini SEMUA ORANG hanya merujuk kepada SATU orang penderma saja. Cai2 Najib siap berikan contoh orang yang kayaraya dari kalangan pak Arab yang banyak menderma untuk berikan persepsi kononnya itu lah si penderma. 

Pada 22 Ogos, Mkini melaporkan - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau sudah bertemu ketua pegawai pelaburan dan pemegang amanah harta keluarga Arab yang mendermakan RM2.6 bilion kepada perdana menteri. 

Whatever lah ...... apakata minta Zahid atau Najib sendiri komen di MANA BAKI WANG itu  dan BERAPA BAKI yang tinggal ? 

Kerana Umno ketika ini amat perlukan suntikan derma itu !



Kenapa artikel berkenaan sudah tidak dapat dikesan bila saya cuba klik

Hmmm .... bagaimanapun dari carian di blog lain yang sempat copypaste artikel berkenaan, ini adalah perenggan awalnya -



                             ********************
Actually yang di atas tu sekadar nak buat catatan sekiranya perlu rujukan kelak. Yang ini point utama artikel sebagaimana tajuk -

Blogger JMD (KLiK) ada mengingatkan kita kepada wang RM42 juta dari SRC yang turut didedahkan ada dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib. Yalah, kita duk tumpu pada jumlah yang besar ( USD681 juta ) tapi kita jarang nak bercakap mengenai jumlah yang lebih kecil iaitu RM42 juta yang berlaku dalam negara dan waktunya pula baru sangat, tak sampai setahun.

Transaksi dari SRC yang juga tidak dinafikan oleh Najib ini berlaku dalam 3 peringkat -

1 - RM27 juta pada 26 Disember 2014
2 - RM5 juta pada 27 Disember 2014
3 - RM10 juta pada 10 Februari 2015



Yang ini tidak ada kaitan dengan Pak Arab kan ...... Jadi yang ini derma jugakah ? Dari siapa ? Kenapa berpunca dari SRC, sebuah syarikat yang asalnya milik 1MDB tapi kemudiannya dipindahmilik kepada Kementerian Kewangan ? Apa tujuan pembayaran itu ?

Fakta yang saya maksudkan sebagai mampu buat darah panas adalah .......perhatikan dua tarikh transaksi awal itu .... 26 dan 27 Disember 2014 berjumlah RM32 juta.

Cuba ingat balik apa yang berlaku pada tarikh itu tahun lepas ....... negara dilanda musibah banjir yang paling teruk dalam sejarah. Kalau tak silap, masih ramai lagi mangsa yang tinggal di penempatan sementara sehingga kini.

DAN DI MANA NAJIB ROSMAH PADA TANGGAL 26 DAN 27 DISEMBER 2014 ?

Tidak ada siapa pun tahu pasangan Najib Rosmah sudah pergi bercuti kalau tak silap sekitar 20 Disember .... namun percutian mereka menjadi berita gempar bila didedahkan oleh The Washington Post pada 26 Disember yang menunjukkan gambar Najib sedang bermain golf bersama Obama di Hawaii !



Bila dah kantoi big time, Najib pun bergegas pulang seorangan meninggalkan Rosmah di Amerika, dan tiba di tanahair pada 28 Disember.

Transaksi dari SRC bernilai RM32 juta itu adalah pada 26 dan 27 Disember .........

Anda fikirkan sendirilah ...... saya hanya bentangkan FAKTAnya saja. MUNGKIN saja dana itu digunakan buat bantu mangsa banjir, kan ...... secara senyap2, manalah kita tahu.



Maka itu kerana apakah kita gemparkan sumbangan RM2.6 billion kepada poket Najib untuk pilihanraya?
RM 2.6 billion  luar biasa kerana selain dari jumlahnya yang sangat besar dan dimasukan dalam akaun persendirian tetapi diakui  datang dari luar negara.
Pengakuan itu sekali gus menyebabkan sesiapapun tidak yakin bahawa pemberian itu adalah sedekah yang ikhlas  dari penderma atau penderma-penderma asing.
Cerita Menteri Dalam Negeri bahawa kita tidak terikat apa-apapun dengan penderma atau penderma-penderma itu bukan sahaja tidak dipercayai oleh orang-orang yang bersekolah, malah yang tidak bersekolah pun mentertawakan ini apatah lagi orang Melayu yang berpegang kepada "Ada ubi ada batas, ada budi ada balas"
Boleh juga difikirkan mungkin negara-negara Arab yang  memberikan sumbangan ini adalah proxy kepada kuasa-kuasa besar. Dari sejak sebelum dan sesudah merdeka pun Malaysia adalah proxy  kuasa Barat  tetapi tidaklah didedahkan sumbangan mereka dalam bentuk kewangan sebaliknya dilindungi oleh dasar kemanusiaan dan ketenteraan.
Pendedahan RM2.6 Billion oleh Najib Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO Ini adlah suatu pendedahan yang sekaligus dianggap sebagai melibatkan penjualan maruah bangsa dan negara dan menjustifikaksikan kepada rakyat perbuatan rasuah secara terang terangan.
Jika seorang pemimpin  negara yang berkuasa mencorakan dasar luar negara dan ekonomi boleh menerima sumbangan dari negara asing untuk kepentingan parti maka apakah  salah jika pegawai tinggi kerajaaan menerima sumbangan berjuta ringgit atas alasan untuk membantu pemimpin negara  mendapatkan sokongan pegawai-pegawai dibawahnya.
Tidaklah boleh dinafikan bahawa UMNOlah yang menjuarai ketulusan dalam  menerima sumbangan pilihnarya dari luar negara walaupun dahulu disembunyikan dengan menuding jari kepada orang lain.
Rakyat masih berada dalam prasagka atas tuduhan terhadap  parti-parti pembangkang menerima  sumbangan dalam pilihanraya dari luar negara tetapi UMNO mendedahkan perbuatanya yang niat asalnya mahu disembunyikan tetapi menjadi kes terlalu berat apabila dikaitkan dengan 1MDB.
Saya tidak tahu apakah Perdana Menteri Dr.Mahathir juga pernah menerima sumbangan untuk dana pilihanraya  dari luar negara tetapi kecendorongan untuk mengungkit kesilapan dan keburukan Tun Mahathir bagi menutup atau menjustifikasikan kesilapan Najib tidak akan dapat mempengaruhi rakyat kerana jasanya sangat besar kepada negara dan agama  yang menyebabkan rakyat tidak mahu melihat dosanya.
Dasar bebas luar negara Tun Mahathir yang dipelupori oleh Tun Abdul Razak telah menggoncangkan dunia dan Malaysia dihormati  walaupun berada dalam blog Barat. Dalam keadaan ini pun ekonomi negara maju terus berbanding dengan sekarang walaupun menjadi anak emas baru US.
Dari dulu hingga sekarang dasar negara tetap menentang gerakan militan tetapi tidak terlihat kerana menerima bantuan kewangan dari negara-negara Arab yang menjadi proxy Barat tetapi sekarang sokongan kita telah jelas kepada dunia terutama kepada puak militan kerana kita disogokkan dengan wang dan bukan kerana dasar asal atau kejatian diri kira.
Maka itu kita menjemput bahaya yang besar kepada keselamatan negara kerana imej kita setaraf dengan negara-negara Arab yang menjadi alat kepada dasar Amerika.
Kebijaksaan, kehalusan dan ketertiban diplomasi telah runtuh dan maruah sebagai sebuah negara bebas dan berkecuali telah musnah kerana kerakusan dan ketamakan.
Inilah harga yang sedang dibayar oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang telah hilang perhitungan maruah dan juga seluruh rakyat Malaysia.
Kepintaran Allahyarham Tun Abdul Razak dan keberanian kecekalan Tun Mahathir dalam membina maruah bangsa tinggal sebagai kenangan untuk ditangisi oleh anak anak bangsa.
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...