Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Showing posts with label Ustaz Nasharudin. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Nasharudin. Show all posts

Saturday, February 23, 2013

Seramai 4.3 juta Penonton Menonton Sesi Soal Jawab Bersama YB Nasha Di TV 3 Catat Jumlah Penonton Teramai...

SOAL JAWAB (TV3) BERSAMA NASARUDDIN MAT ISA (FULL) 

 

Sesi Soal Jawab Bersama YB Nasha Di TV 3 Catat Jumlah Penonton Teramai...


Siaran rancangan berbentuk Siri Rancangan Temubual terbitan TV3, rancangan ‘Soal Jawab’ yang menampilkan Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin Mat Isa daripada parti PAS sebagai tetamu undangan pada 6 Februari 2013 yang lalu seperti tidak disangka berjaya melakarkan sejarah tersendiri menerusi pertumbuhan kadar tontonan yang tinggi dalam Siri Rancangan Temubual televisyen di Malaysia pada tahun 2013 setakat ini.
Rancangan yang dibuat secara rakaman dari studio Media Prima, telah berjaya mewujudkan satu ‘benchmark’ tertinggi bagi rancangan berbentuk Siri Rancangan Temubual bukan saja bagi TV3 tetapi bagi sesebuah produksi siri Rancangan Temubual di Malaysia, apabila berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 4.3 juta (25.9 TVR) atau 72.6% (sumber: A.C. Nielsen Audience Measurement).
Secara purata, rancangan berbentuk temubual atau bual bicara hanya mencatatkan rekod 300,000 penonton sahaja. Namun atas faktor kekuatan tetamu undangan pada 6 Februari lalu, iaitu Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang baru sahaja digugurkan daripada Majlis Syura Ulama PAS oleh pimpinan tertinggi PAS pada 14 Januari 2013, jumlah penonton yang menonton rancangan tersebut meningkat mendadak sebanyak 4 juta kepada 4.3 juta penonton.
Secara kesimpulannya, kadar tontonan keseluruhan rancangan Soal Jawab pada 6 Februari lalu telah mencipta rekod baru dengan tontonan sebanyak 4 juta penonton, iaitu hampir ‘sebaris’ dengan jumlah penonton Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 27 yang telah diadakan pada 6 Januari 2013 lalu iaitu sebanyak 6 juta penonton.
Fenomena ini dilihat sebagai satu keadaan di mana medium televisyen di Malaysia telah dibuka luas untuk pemimpin politik berbicara mengenai kempen-kempen menjelang Pilihanraya Umum ke 13 tidak lama lagi. Kemunculan tetamu undangan pada hari tersebut tidak perlu disangkal lagi kerana kemunculannya amat dinantikan oleh penganalisis dan pengikut politik tanahair yang sarat dengan isu semasa dan sensitif, seperti isu perpaduan kaum Melayu Islam di Malaysia, isu penggunaan Kalimah Allah, isu keakraban beliau bersama Perdana Menteri Malaysia dan isu kemasukan beliau ke dalam UMNO. Bukan sahaja melalui kaca televisyen, pendedahan oleh Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin pada malam itu juga dipancarkan menerusi laman web rasmi TV3 dan di laman web tonton.com.my .
Jumlah audience yang menonton secara online pula mencecah 95,312, juga menjadikannya satu rekod baru tontonan Siri Rancangan Temubual melalui online di Malaysia. Ditambah dengan adanya kemudahan internet mudah alih dan smartphone, tontonan secara ‘live streaming’ mencapai angka tertingginya pada permulaan rancangan tersebut, iaitu tepat pada jam 10.03 malam dengan 18,598 hits berbanding hanya 6,109 pada penghujung rancangan. Malaysia mencatatkan tontonan online tertinggi sebanyak sebanyak 98,435 tontonan, diikuti negara-negara lain seperti United Kingdom (4,542), Arab Saudi (3,431), Amerika Syarikat (3,068), Australia (2,956), Singapura (2,158), Indonesia (1,132) dan Brunei (1,009).
Bacaan tontonan yang dibuat ini tidak termasuk dengan jumlah siaran yang telah direkodkan oleh pengguna stesen televisyen berbayar Astro melalui dekoder Astro dan tontonan rakaman yang telah dimuatnaik ke laman web di internet, terutamanya Youtube dan blog-blog yang berunsurkan politik.
Rancangan Soal Jawab pada 6 Februari lalu telah membawa satu dimensi baru dalam penyiarannya yang menampilkan Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin Mat Isa sebagai tetamu undangan yang datangnya dari pihak pembangkang di Malaysia. Siaran bertemakan “Nasharuddin – Berjuang Dalam Kontroversi” ditayangkan selama satu jam tersebut dilihat memberi satu impak negatif kepada barisan parti pembangkang, khususnya menjelang Pilihanraya Umum ke 13, apabila banyak pendedahan dibuat oleh tetamu tersebut yang menjawab kepada segala persoalan isu-isu semasa tanahair. Keberanian beliau selaku wakil parti politik daripada pihak pembangkang yang secara berani menerima jemputan bagi ditemubual oleh TV3 dengan membincangkan masalah dalaman parti secara terbuka di kaca televisyen, yang ditonton oleh masyarakat di seluruh dunia. (Dipetik dari sumber)

Thursday, February 14, 2013

Nasharudin Tidak Akan Bertanding pada PRU13 Jika Tidak Dicalonkan Oleh PAS

Nasharudin tolak jadi calon bebas PRU13



Bekas ahli Majlis Syura Ulama, Nasharudin Mat Isa menolak untuk bertanding sebagai calon bebas sekiranya tidak dicalonkan oleh PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Kata Nasharudin, beliau masih lagi ahli PAS dan mustahil untuk bertanding sebagai calon bebas.

"Saya tidak kisah (tidak menjadi calon) kerana saya boleh fokus kepada mengukuhkan Islam melalui pelbagai saluran.

"Salah satu daripadanya adalah melalui pergerakan global kesederhanaan," katanya ketika menghadiri Forum Gerakan Kesederhanaan Global di sini semalam.

The Star turut melaporkan bahawa Ahli Parlimen Bachok itu masih komited terhadap PAS walaupun telah digugurkan daripada Majlis Syura Ulama.

"Saya mematuhi apa-apa keputusan yang dibuat oleh kepimpinan parti,

"Saya masih seorang ahli dan saya terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti parti," ujarnya.

Nasharudin sebelum ini telah dilucutkan keanggotaan Majlis Syura PAS pada 13 Januari lalu kerana didakwa tidak hadir ke mesyuarat sebanyak tiga kali berturut-turut selain sering mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan ketetapan parti.

Namun terdapat spekulasi bahawa pemecatan beliau berkait rapat dengan ketidakpuasan hati kepimpinan PAS dengan hubungan Nasharudin yang dilihat 'rapat' dengan pemimpin Umno.

Monday, February 11, 2013

Ustaz Nasharudin Mat Isa : Berjuang Dalam Kontroversi

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa mengimbau suka duka perjuangan politiknya.
Tontonilah rakaman video di atas sesi soal jawabnya bersama TV3.



PAS & UMNO Adalah Dari Satu Ummat Nabi Muhammad S.AW



Ustak teringat apa yang Ustaz Nasharudin ceritakan dalam sesi temubualnya bersama Soal Jawab di TV3. Yang menceritakan bagaimana Najib Razak dengan bersungguh-sungguh bertanya beliau apa yang boleh di bantu untuk menguruskan jenazah Almarhum Ustaz Fadzil Noor?

Ketika itu dengan spontan Najib mengarahkan penerbangan khas membawa balik jenazah ke Kedah, dengan menggunakan kuasanya sebagai Menteri Pertahanan ketika itu. Apa yang lebih membuat Ustak berasa hiba mendengar cerita itu bila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menjadi PM ketika itu bergegas ke Sungai Besi untuk ziarah dan dengan spontan masuk kedalam van jenazah untuk membaca doa kepada Almarhum sebelum penerbangan.

Begitulah juga cerita yang kita selalu dengar betapa Najib Razak sangat prihatin dan cakna akan kesihatan Nik Aziz. Admin melihat ini sebagai semangat sesama islam dan sebangsa walaupun berbeza pendapat tetapi jauh disudut hati Pemimpin UMNO yang PAS dan UMNO itu adalah satu ummat Nabi Muhammad S.A.W.. Mungkin masih kuat dengan sejarah pas yang mana adalah UMNO juga. Ustak menitiskan air mata sedih dan marah bila mendengarkan doa KO UMNO yang dibacakan adik nik aziz sendiri.

Adakah kerana PAS sudah jauh dari landasan atau sudah lupa siapa mereka.. Kita doakan semoga Islam di Malaysia terus bersatu dan jauhkan dari apa yang berlaku di negara Arab seperti Syria dll.

Thursday, February 7, 2013

Nasharuddin Mat Isa bersama Dato Ahmad Talib dalam Bual Bicara di TV3

BILA AHLI PARLIMEN PAS MASUK TV3.


Semalam rancangan Bual Bicara di TV3. Rancangan yang diacarakan oleh Dato Ahmad Talib itu telah menjemput Nasharuddin Mat Isa.

Antara point-point menarik yang diutarakan Ustaz Nasha..

Ustaz Nasha nampaknya konfius sama ada dia masih ahli PAS atau tidak sebab Nik Aziz kata dia automatik tak jadi ahli, manakala Presiden, Hj Hadi kata dia ahli biasa

Ustaz Nasha mengKOMFEMkan bahawa kenyataan yang dibuat Hj Hadi tentang kalimah Allah bersama Anwar dan Lim Kit Siang memang berbeza dengan apa yang diputuskan kemudian oleh Majlis Syura

Ustaz Nasha tak pernah dijemput untuk masuk UMNO oleh PM.

Ustaz Nasha pernah mewakili Speaker Parlimen di Persidangan Speaker Parlimen di Syria pada 2 tahun lepas - menunjukkan keterbukaan Kerajaan Barisan Nasional dalam perjuangan satu-satu isu terutamanya agama Islam

Ustaz Nasha juga nampak usaha yang dilakukan ketika lawatan ke Mekah bersama ulama-ulama disana adalah satu usaha yang besar...malah lebih besar dari percanggahan politik UMNO dan PAS.

Ustaz Nasha akui yang usaha beberapa pihak untuk membenarkan kafir menggunakan kalimah Allah adalah satu agenda jahat untuk menjahanamkan akidah umat Islam...dia memberi contoh yang agak baik: sepertimana yang diutarakan oleh pemimpin Pakatan yang perkataan Allah digunakan oleh non-muslim di Arab..tetapi Ustaz Nasha menjelaskan..perkataan ustaz digunakan oleh Pak-pak Arab untuk panggil orang-orang yang dihormati seperti Prof.. pemimpin, tokoh-tokoh dan sebagainya..berbeza dengan di Malaysia yang ustaz hanya khas untuk gelaran orang-orang yang ahli dalam agama Islam..

Di dalam facebook..ramai juga geng-geng Pakatan meroyan tak tentu arah...ada yang mengatakan Ustaz Nasha menjual agama lah dan macam-macam lagi..sedangkan PAS sendiri dah jual agama dengan benarkan kafirun pakai kalimah Allah...

Wednesday, February 6, 2013

Pas Perlu Keluar Dari Pakatan(PR) Jika Ingin Terus Kekal Relevan Sebagai Parti yang Memperjuangkan Islam.

Ustaz Nasha: Pas Perlu Keluar Dari Pakatan 

 

PAS perlu keluar daripada pakatan pembangkang dan bergerak secara bersendirian bersandarkan kekuatannya jika ingin terus kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Ketika membuat desakan itu, bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, berkata walaupun PAS menjalin hubungan dengan DAP dan PKR berasaskan konsep tahaluf siyasi atau muafakat politik, pelanggaran beberapa syarat dalam ikatan itu jelas mengusik kesucian Islam.
Malah, katanya, kerjasama dengan PKR yang membabitkan pengaruh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam hal ehwal dalaman dilihat mula melunturkan kekuatan PAS.

Berikutan itu, katanya, PAS perlu menjarakkan diri daripada anasir luar berkepentingan peribadi termasuk pihak yang memiliki ikatan tahaluf siyasi jika mahu mengekalkan asas perjuangannya.

PAS itu hebat bersendiri, PAS pernah bersendiri, saya rasa ramai juga orang menyokong PAS jika bersendiri, katanya ketika ditemui selepas sesi temu bual eksklusif bersama BHOnline.

Nasharudin menegaskan kelantangan DAP bersuara dalam isu membabitkan kepentingan Islam, terutama mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu menjadi kewajaran untuk PAS mengkaji semula tahaluf siyasi mereka.

Beliau berkata, ketika bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor menerajui parti itu, satu pertemuan dengan pemimpin gerakan Islam sedunia diadakan di Liecester, United Kingdom, menetapkan beberapa syarat untuk bertahaluf siyasi.


Antara syaratnya ialah kita jangan mudah lunturkan dasar Islam, jangan biarkan mereka yang bertahaluf mudah sangat mengusik Islam, hendak cubit Islam, tetapi saya lihat mutakhir ini ia berlaku.

Jadi bagi saya, jika benda itu berlaku, ia melanggar syarat walaupun ada tahaluf dan apabila sudah melanggar syarat ia harus dikaji semula.

Jika tidak ditulis dalam syarat tahaluf, tetapi secara umumnya jika orang lain itu menegur agama kita secara terbuka dalam bentuk cabaran, saya rasa tanpa tahaluf pun orang Islam kena bangkit nyatakan pendirian, katanya.

Nasharudin berkata, dalam isu kalimah Allah, PAS perlu bersuara dan menyatakan pendiriannya yang jelas kerana kenyataan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama kepemimpinan pakatan pembangkang lain jelas bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS.


Sementara itu, ketika sesi temu bual eksklusif secara online bersama pembaca BH, beliau turut menjawab beberapa persoalan membabitkan Anwar sama ada pemimpin pembangkang itu turut campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran PAS.

Beliau berkata, kemungkinan itu memang ada dan ia tidak sewajarnya berlaku dalam PAS.



Timbul beberapa isu berkaitan Anwar Ibrahim yang menimbulkan keraguan. Saya berpandangan sebagai ahli PAS, sudah tentu kepimpinan tertinggi parti saya adalah calon terbaik untuk memimpin, katanya.

Beritaharian

Tuesday, February 5, 2013

Nasharudin Mat Isa :, DAP Sudah Jelas Mencabuli Dasar Hormat-menghormati yang Dijalin Melalui 'Tahaluf Siyasi' dengan PAS ,,, Karpal Sigh Bukannya Kristian yang puak PAS .. sokong nape//

Nik Aziz akur walaupun DAP cabar dasar PAS 



KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, DAP sudah jelas mencabuli dasar hormat-menghormati yang dijalin melalui 'tahaluf siyasi' apabila ia secara terang mencabar beberapa asas dan dasar perjuangan Pas.
Tahaluf siyasi bermaksud kerjasama badan Islam dengan pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam dalam perjuangannya, bagi mencapai matlamat sama.
Beliau berpendapat tindakan itu adalah satu sikap yang tidak menghormati semangat kesepakatan antara parti yang sekaligus menandakan mereka tidak ikhlas dalam bertahaluf dengan Pas.
"Tahaluf siyasi yang disepakati oleh Pas pada peringkat awal tertubuhnya pakatan pembangkang bersetuju untuk menghormati dasar parti masing-masing," katanya dalam lintas langsung eksklusif melalui BH Online bertajuk 'Mengupas Kemelut Dalaman Pas' hari ini.

"Tetapi kelihatan mutakhir ini, dasar hormat-menghormati ini sudah tercabar dengan DAP secara khususnya secara terang mencabar beberapa asas dan dasar perjuangan Pas," katanya. 


Menjawab pertanyaan faktor yang menyebabkan Pas telah keluar dari landasan perjuangannya, Nasharudin berkata, mungkin keadaan itu berlaku kerana tuntutan politik semasa yang kelihatan begitu mendesak bagi Pas meraikan tuntutan berkenaan.
"Akibatnya, kelihatan beberapa pendirian dan dasar Pas terpaksa diolah mengikut kehendak itu yang mengakibatkan persepsi yang timbul adalah Pas lari daripada landasan perjuangannya," katanya yang sedang menerima rawatan fisioterapi sakit belakang dan berkaitan saraf di sebuah pusat perubatan swasta, di sini.
Ditanya sama ada majoriti undi orang Islam akan berubah kepada Pas apabila parti itu bersendirian, beliau berkata, kekuatan Pas terletak kepada agenda perjuangan Islamnya yang menjadi sebab penubuhan Pas.
"Jadi, saya melihat kalau sekiranya Pas itu bersendiri, Pas akan lebih bebas untuk melaksanakan agenda terbabit," katanya sambil menambah sudah ada banyak suara yang merasakan Pas akan lebih terserlah jika bersendirian.
Berhubung laporan mengenai Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang seolah-olah marah kepada beliau, Nasharudin berkata, memang ada timbul tanda tanya pada dirinya tentang sikap Mursyidul Am itu terhadap beliau.
"Sejak daripada isu kerajaan perpaduan yang timbul satu ketika dulu, sehinggalah hari ini. Saya tidak tahu apa puncanya, namun saya masih menghormati beliau sebagai pimpinan tertinggi parti," katanya sambil memberitahu sehingga saat ini masih belum menerima sebarang hitam putih mengenai pemecatan beliau.
Ditanya sama ada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim pernah campur tangan dalam urusan dalaman Pas, beliau berkata, mungkin ada, dan itu tidak sepatutnya berlaku.
Mengenai pandangan beliau terhadap Anwar dan perjuangan yang dibawa olehnya, beliau berkata, berbangkit beberapa isu berkaitan Anwar yang menimbulkan keraguan.
"Saya berpandangan sebagai ahli Pas, sudah tentu kepimpinan tertinggi parti saya sebagai calon terbaik untuk memimpin," katanya.
Mengenai gambar beliau bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah Ogos lepas, Nasharudin berkata, beliau menyertai banyak rombongan rasmi sebagai anggota Parlimen ke luar negara, termasuk secara kebetulan bersama perdana menteri.
Katanya, menyertai rombongan ke luar negara adalah tugas sebagai Ahli Parlimen untuk mewakili negara ke beberapa persidangan dan program.
"Saya pernah keluar negara dengan menteri, dengan speaker Parlimen dengan anggota Parlimen dan secara kebetulan, mutakhir ini dengan perdana menteri," katanya.
Kehadiran Nasharudin yang dilihat bersama Najib semasa pertemuan dengan beberapa ulama selepas sidang kemuncak luar biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menimbulkan pelbagai tanggapan pihak tertentu dalam Pas berhubung pendirian beliau.
Ditanya sama ada akan menerima pelawaan Umno untuk menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang sekiranya Pas memecat beliau, Nasharudin berkata, beliau tidak pernah dan belum pernah menerima sebarang pelawaan daripada Umno untuk menjadi calon PRU13.
Sementara itu, Nasharudin berpendapat isu kalimah ALLAH yang dimainkan oleh pimpinan DAP adalah sekadar untuk meraih undi daripada mereka yang beragama Kristian.
"Pada pandangan saya, yang mereka mahukan sekadar meraih undi daripada rakan-rakan kita yang beragama Kristian. Karpal Singh yang kuat bersuara pun pada hemat saya, bukan beragama Kristian. Jadi, apa perlunya Karpal Singh bersuara dalam isu ini sedangkan dia sendiri tidak beriman dengan Kristian," katanya.
Beliau berkata, isu kalimah ALLAH harus dipertahankan daripada digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat Islam.
"Bagi saya, ia adalah isu akidah yang menjadi tanggungjawab kita semua," katanya yang mahu keputusan Majlis Syura Ulama ditaati dengan sepenuhnya oleh semua anggota dan pemimpin Pas. - Bernama

sumber

Saturday, February 2, 2013

Ustaz Nasharudin Mat Isa : Saya mahu perjuangan asal Pas kekal, bukan Perjuangan PAS sekarang sewenangnya dicairkan ikut kemahuan rakan pembangkang lain

NASHA MASIH ANGGOTA PAS


KUALA LUMPUR 2 Feb - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa hari ini menegaskan beliau akan kekal sebagai anggota Pas dan statusnya sekarang yang digugurkan daripada Majlis Syura Pas tidak akan menghalangnya untuk terus mempertahankan perjuangan asal parti.

Menurut Nasharuddin, beliau aKan kekal di dalam parti (Pas) bagi memastikan perjuangan asal parti tersebut (menegakkan Islam) tidak 'dicairkan' berikutan hubungan Pas bersama PKR serta DAP.

"Tidak betul kata kalau tak jadi anggota Majlis Syura tidak boleh bersuara, saya masih boleh bersuara sebagai anggota biasa akar umbi parti. Saya mahu perjuangan asal Pas kekal, bukan sewenangnya dicairkan ikut kemahuan rakan pembangkang lain.

"Pas sebelum adanya pakatan pembangkang ini punyai kekuatan bagi berdiri dan maju sendiri sebagai sebuah parti yang perjuangkan Islam. Namun kekuatan itu dicairkan sedikit demi sedikit demi memenuhi kehendak pakatan itu," katanya kepada pemberita di kediamannya di Bandar Bukit Mahkota, Kajang di sini.

Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Nasharuddin masih kekal anggota Pas walaupun dipecat daripada Majlis Syura Ulama Pas, dan Nasharudin juga tidak disenarai sebagai calon Pas pada pilihan raya umum ke-13.

Tambahnya, beliau menyertai Pas kerana parti itu dahulunya sentiasa konsisten memperjuangkan isu Islam namun kini, parti itu perjuangan itu semakin hilang.

"Kini, kepentingan politik itu diambil kira terlebih dahulu. Ia semakin melampau apabila semakin menghilangkan identiti Pas sebagai parti yang sentiasa konsisten memperjuangkan Islam, malah mula menenggelamkan suara akar umbi yang mahu perjuangan Islam itu di depan," katanya.

Mengulas mengenai pemecatannya daripada Majlis Syura, beliau akur dengan keputusan tersebut walaupun masih belum menerima surat rasmi daripada parti tersebut.

"Saya akur dengan keputusan majlis itu, tetapi sehingga kini selepas lebih dua minggu saya hanya mengetahuinya melalui media tanpa apa-apa surat rasmi... saya juga ingin tahu apa status keanggotaan saya sekarang," ujarnya.

Beliau turt menafikan bahawa beliau menerima habuan daripada Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk berpaling tadah sambil menegaskan perjuangan Islamnya tidak boleh dijual beli.

"Ini adalah sumbangan saya untuk negara, tidak kira Umno, BN atau Pas, sekiranya ada peluang bagi saya membela nasib umat Islam dan memperjuangkan Islam, saya akan ambil.

"Pihak Umno dan BN menerima pendirian saya ini dengan tangan terbuka, mereka tidak kisah saya orang Pas. Sebagai seorang rakyat Malaysia bila negara mahukan saya menyumbang demi kemajuan Islam dan rakyat, saya terima dengan hati terbuka," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan beliau mengikut lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini dan Makkah tidak lama dahulu sehingga menimbulkan kontrovesi di kalangan penyokong pembangkang.Sumber: KLPos dot com

YB Ustaz Nasharudin Lebih Mementingkan Perpaduan Ummah berbanding Perpaduan di dalam Pakatan.

SELURUH NEGARA TUMPU MATA KE ARAH YB NASHA & DATO HARUN DIN

UMAT ISLAM MENANTI KEPUTUSAN BIJAK MEREKA DEMI ISLAM

Benarkah YB Nasha akan keluar PAS dan diikuti oleh ulama-ulama PAS yang Pro Perpaduan termasuklah Presiden PAS? Siapakah yang disindir oleh Nik Aziz kononnya sedangkan Presiden PAS yang dulu (Allahyarham Dato' Asri) boleh dipecat! Kata Nik Aziz lagi, YB Nasha tidak dicalonkan! Kita sama-sama baca artikel terbaru penulis muda ini...

Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan Kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan keIzinanNYA jua, kita masih diberikan nafas, kesihatan,pemikiran, ibadah dan dakwah menegakkan syiar Islam, agama yang dibawa oleh junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Saya fikir ini adalah artikel terakhir saya mengenai YB Ustaz Nasharudin, kerana sejak tahun 2008 saya telah menulis 14 artikel mengenai YB Ustaz Nasharudin, di mana di dalam hati saya, terakam sebuah perasaan yang sama, iaitu YB Ustaz Nasharudin lebih mementingkan Perpaduan Ummah berbanding perpaduan di dalam pakatan.



YB NASHA RAPAT BAHU-MEMBAHU DENGAN DS NAJIB DEMI PERPADUAN UMMAH
Tulisan pertama saya ini http://www.al-azharrisiddiq.com/2008/07/anwar-saman-nasharudin.html mengenai usaha YB menyatupadukan Ummah ketika itu bersama-sama dengan YB Dato Hj. Hadi Awang diserang oleh Anwar dan Karpal Singh. Dalam hal ini, saya mempertahankan YB kerana saya tahu YB mempunyai gagasan yang besar, iaitu Perpaduan Ummah



Kemudian, pada tahun 2009, saya menulis artikel ini http://www.al-azharrisiddiq.com/2009/06/erdogan-israel-umno-dap.html ketika itu YB bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS, di mana kumpulan Dato. Dr Harun Din memihak kepada YB Nasharudin Mat Isa. Saya turut mendoakan kejayaan YB. Dan Alhamdulillah, Allah SWT memberi kemenangan kepada YB Nasharudin Mat Isa. Namun jalan ke arah Perpaduan Ummah tetap berliku.

YB NASHA SENTIASA DI SEBELAH DS NAJIB DEMI PERPADUAN UMMAH
Tulisan saya ini pula,  http://www.al-azharrisiddiq.com/2009/11/rum0s.html , saya terus memberikan sokongan agenda Perpaduan Ummah bersama UMNO yang diusahakan oleh YB Nasharudin Mat Isa bersama-sama YB Dato' Presiden PAS.

Kemelut yang berlaku di dalam PAS semakin membesar pada tahun 2012, kerana itu saya telah menulis banyak hal-hal yang melibatkan kesukaran YB Nasharudin Mat Isa dan YB Haji Hadi Awang (Presiden PAS) untuk menjayakan Perpaduan Ummah  di dalam UMNO dan PAS. Ianya memang berliku, namun kesabaran YB Nasharudin Mat Isa  dan YB Presiden PAS sangat terpuji walaupun menerima kritikan dan serangan daripada Anwar Ibrahim, Karpal Singh dan kumpulan pro-Anwar dalam PAS. Antara tulisan saya mengenai YB Nasharudin Mat Isa pada tahun 2012 ialah 


PERPADUAN UMMAH : YB NASHA DAN DS NAJIB BERSAMA ULAMA MEKAH
http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/01/yb-nasharudin-gerakkan-semula-united.

htmlhttp://www.al-azharrisiddiq.com/2012/01/grand-design-united-goverment-masih.html

http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/01/selepas-dr-hassan-ali-giliran.html

http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/01/proses-menyisihkan-kumpulan-pro-ulama.html

http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/02/pertemuan-10-mata-umno-pas.html

http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/07/yb-pas-jadi-menteri-tugas-tugas-khas.html 

http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/08/yb-nasharudin-istiqamah-bersama-umno.html , dan  

http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/10/semalam-di-kb-yb-nasha-sampaikan-salam.html


15,000 PEMBACA DALAM 7 HARI MENUNJUKKAN KEINGINAN SEMUA PIHAK KEPADA PERPADUAN UMMAH
Artikel saya ini  http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/01/surat-dato-dr-haron-din.html hampir 15,000 pembaca dalam tempoh 7 hari, saya sangat terkejut, siapakah yang membacanya? 

Maknanya, ahli-ahli UMNO, ahli-ahli PAS dan pengundi-pengundi yang tidak berparti memberikan minat yang mendalam terhadap YB Nasharudin Mat Isa, mereka menunggu-nunggu apa lagi selepas ini. Kata hati saya, keluarlah, kerana sudah tiada gunanya duduk di dalam parti memandangkan Usaha YB Nasharudin Mat Isa memperjuangkan Perpaduan Ummah tidak dihargai di dalam PAS, hanya YB Nasharudin Mat Isa memahami kehendak dan gerak hatipolitik YB Haji Hadi Awang juga seorang yang hatinya mahukan Perpaduan Ummah menjadi kenyataan.

Yang lain, kebanyakannya melihat hendak ke Putrajaya sahaja, sangat kecil perjuangan mereka berbanding Perpaduan Ummah.
PERPADUAN UMMAH: YB NASHA BERSAMA TPM

Apakah Penamat yang hendak saya nyatakan dalam Tulisan terakhir saya mengenai YB Nasharudin Mat Isa? 



Kepada YB Ustaz Nasharudin Mat Isa, dalam tempoh 30 hari menjelang PRU13 ini, rasanya, untuk menjayakan Perpaduan Ummah, YB Nasharudin Mat Isa kena membuka jalan, keluarlah dan akan disambut oleh sahabat-sahabat seperjuangan seperti YB Dato Dr. Hassan Ali, Ustaz Hassan Basri, Ustaz Ismail Mina, Ustaz Kassim Elias dan sudah semestinya ahli PAS Saudara Norman Toha.
ADAKAH MEREKA MENUNGGU YB NASHA MEMBUKA JALAN TERLBIH DAHULU?

Kemudian akan dikuti pula oleh Dato Dr. Harun Din dan tokoh-tokoh Ulama lain yang mempertahankan kalimah suci Allah SWT hanya untuk Islam sahaja.

Seruan YB PAS ini Datuk Dr. Mazian Mohamad http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130201/po_10/Pilih-calon-Islam-UMNO supaya undi Calon UMNO dalam PRU13 ini benar-benar mengujakan.

Nampaknya, selain YB Nasharudin Mat Isa, Yb Datuk Dr. Hassan Ali, Yb Datuk Dr. Mazian Mohamad, Norman Toha momentum Perpaduan Ummah yang saya cita-citakan semakin mendapat sokongan dari ahli-ahli PAS. 

Selamat membaca.

Thursday, January 31, 2013

Pemecatan Ustaz Nasha : Fasal 77(7) Keputusan dan tindakan "MAJLIS SYURA ULAMAK" itu adalah muktamad. Ustaz Nasha Bukan Ahli Pas Lagi... zalim????

Nik Aziz Terus Guna Fasal 77(7) 


Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz Nik Mat telah mengumumkan pemecatan keahlian Ust Nasharuddin Mat Isa.

The Star telah melaporkan kenyataan Nik Aziz dan petikannya adalah seperti di bawah.

Walau dalam perlembagaan PAS ada menyebut,
Fasal 77(7) 
"MAJLIS SYURA ULAMA" dalam keadaan tertentu dalah berhak mengambil apa-apa tindakan tatatertib dengan sendirinya tanpa menghiraukan Jawatankuasa Tatatertib ke atas mana-mana ahli PAS yang diadukan kepadanya oleh mana-mana pihak yang tersebut dalam ceraian (2) Fasal ini. Keputusan dan tindakan "MAJLIS SYURA ULAMAK" itu adalah muktamad.
namun, sebenarnya masih ada ruang perbicaraan, jika Nik Aziz menggunakan budibicara, dengan merujuk Nasharuddin ke Lembaga Tatatertib.
Ini termaktub dalam fasal-fasal berikut,
Fasal 75(4) 
"MAJLIS SYURA ULAMAK", menurut kuasa yang diperuntukkan kepadanya dalam Fasal 7(3)(c) Perlembagaan ini adalah diberi kuasa melantik semua ahli-ahli Jawatankuasa Tatatertib dari masa ke semasa. 
Fasal 75(5) 
Kuasa Jawatankuasa Tatatertib itu ialah 
(a) Memberi amaran 
(b) Melucutkan hak-hak dalam parti 
(c) Menggantung keahlian 
(d) Memecat dari menjadi ahli 
Fasal 75(6) 
Seseorang ahli yang tidak berpuashati terhadap sebarang tindakan dan keputusan yang dikenakan ke atasnya oleh Jawatankuasa ini bolehlah membuat rayuan bertulis kepada "MAJLIS SYURA ULAMAK" dalam tempoh tidak lewat daripada enam puloh hari dari tarikh tatatertib itu diambil terhadapnya. Keputusan "MAJLIS SYURA ULAMAK bersabit dengan rayuan itu adalah muktamad.
Akan tetapi dalam kes Nasharuddin, nasib beliau begitu malang apabila Nik Aziz mempergunakan kuasa mutlak Majlis Syura Ulamak.



Nik Aziz : Nasharuddin Sudah Dipecat Ahli Pas Apabila Majlis Syura Gugur Jawatan

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seperti dilaporkan The Star berkata pemecatan Nasharuddin Mat Isa daripada jawatan Majlis Syura sama seperti dipecat daripada menjadi anggota Pas.

Katanya, Nasharuddin tidak perlu lagi menunggu surat daripada parti berkenaan status keahliannya kerana pemecatan daripada Majlis syura secara automatik bermaksud beliau bukan lagi ahli PAS.

“Tidak penting sama ada dia telah menerima atau tidak surat dari Majlis Syura yang membuktikan dia telah dilucutkan atau menunggu status keahliannya, faktanya sama bahawa apabila ‘lafaz cerai’ (lafaz perceraian suami-isteri) telah dilakukan, dia secara rasmi bukan lagi menjadi ahli parti,”katanya kepada pemberita di Bachok hari ini.

Pada 29 Januari, Nik Aziz dilaporkan Sinar Harian berkata beliau dengan rela hati melepaskan bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa menyertai mana-mana parti pilihannya.

“Itu dia punya pasallah, saya sebut kelmarin kepada wartawan orang laki bini lagikan bercerai. Padahal kita nak sambut bini (isteri ) itu dengan sembelih lembu, palu gong gendang lah, selawat kepada Nabi, tetapi boleh bercerai. Ini kerana parti (Ini kan pula dalam parti).

“Dalam syarikat ekonomi dia (pengurusan) buang rakan kongsi dan apa sekali, kita hidup atas dunia ini ada peraturan. Islam adalah disiplin seratus peratus dunia akhirat. Islam adalah cara nak selamatkan dunia,” katanya kepada media.

Monday, January 28, 2013

Jawapan Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Selepas Berita Dia Digugurkan Daripada Majlis Syura PAS!

Khas buat Nik Aziz dari Nasaruddin Mat Isa..




Kenyataan terkini dari Nasaruddin Mat Isa... 

Inilah layanan orang PAS kepada pejuang kebenaran. Kini tak perlu belajar agama, hanya perlu bijak menipu rakyat baru boleh diangkat sebagai ulama PAS. Berikut adalah jawapan Istaz Nasha selepas berita beliau digugurkan daripada Majlis Syura PAS.

Terima kasih semua rakan rakan saya.Saya menerima ratusan sms,email dan panggilan talipon.Sehingga disaat saya hantar sms ini saya masih belum menerima sebarang surat menyatakan perlucutan jawatan tersebut. 

Walau apa pun,perjuangan untuk mendaulatkan Islam mesti diteruskan,berjawatan atau tidak. Jawatan tersebut adalah lantikan Parti, bukan pilihan saya, jika Parti ambil kembali jawatan itu, itu adalah hak Parti. 


Cuma setakat ini saya hanya tahu tentang pemecatan tersebut melalui media dan tidak melalui saluran rasmi Parti.Berorganisasi hanya lah wadah tetapi berpegang pada prinsip adalah satu tuntutan. Saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam.

Nasharudin Mat Isa

Sunday, January 27, 2013

PAS AMALKAN IDEOLOGI YAHUDI DAN UNDANG-UNDANG RIMBA : Ustaz Nasharudin DIPECAT daripada Majlis Syura PAS


Ustaz Nasharudin DIPECAT daripada Majlis Syura PAS, Contoh Undang-Undang Rimba

Sebelum ini mereka kata ISA zalim kerana tahan tanpa bicara lalu mereka mengelar undang-undang  itu adalah undang-undang rimba. Begitu juga apabila kes-kes mahkamah yang keputusannya tidak berpihak kepada mereka, maka mereka kata mahkamah tidak adil dan diadili oleh hakim yang telah dibeli.

Sebelum ini juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Dato’ Dr Hassan Ali menjelaskan bahawa beliau dipecat sebagai ahli PAS kerana mengkritik Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.
“Saya mempersoalkan mengapa isu peribadi Anwar Ibrahim di jadikan sebagai agenda Pakatan Pembangkang. Saya tidak mahu rakyat diheret kedalam masalah peribadi dia yang kotor! Saya sering mempersoalkan justifikasi mengapa Anwar dijulang sebegitu rupa”.

Dr Hassan juga mempersoalkan tindakan PAS untuk memngugurkan slogan ‘Perjuangan Negara Islam’ dari parti dan sebaliknya tunduk kepada tekanan Pakatan Pembangkang, “‘Negara Berkebajikan’ ini sudah lari dari perjuangan asal PAS, iaitu menubuhkan negara Islam”.
Pemecatan Dr .Hassan dari PAS diputuskan Jawatankuasa Pusat PAS tanpa beliau diberikan untuk mempertahankan diri semasa JK Pusat PAS bermesyuarat dan membuat keputusan itu.
Terbaru, Ahli Majlis Syura PAS, Nasharudin Mat Isa telah dipecat daripada menjadi Ahli Majlis Syura hanya kerana tidak hadir mesyuarat.
Malah apa yang menyedihkan, mereka langsung tidak menghubungi Ustaz Nasharudin tentang pemecatan tersebut.
Seolah-olah jasa Ustaz Nasharudin dalam PAS sehingga menjawat jawatan Timbalan Presiden PAS langsung tiada harga. Mereka perlakukan Ustaz Nasharudin seperti budak-budak pemasang bendera sahaja.
Zalim sungguh undang-undang rimba PAS

SHAH ALAM – Majlis Syura Pas mengesahkan telah menggugurkan keanggotaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang pernah disebut akan diambil tindakan disiplin tahun lalu, atas alasan telah melanggar beberapa peraturan badan tertinggi parti itu.

Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin  didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.

“Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya saya tidak mahu ulas… maaf ya.

“Surat mengenai perlucutan Nasharuddin sebagai anggota Majlis Syura sudah diserahkan selepas mesyuarat itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.


Ketika ditanya sama ada pihak Majlis Syura ada menghubungi Nasharudin selepas keputusan itu dibuat, Nik Zawawi berkata, pihaknya tidak ada menghubungi Ahli Parlimen Bachok itu.

“Beliau juga tidak ada menghubungi kami untuk penjelasan lanjut.

“Dengan keputusan ini, anggota Majlis Syura berharap beliau akan istiqamah dan menumpukan perhatian dalam perjuangan parti. Sumbangan beliau masih diperlukan dan diharapkan beliau dapat beri manfaat kepada parti,” katanya lagi.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai tindakan Nasharudin yang mengikuti rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk lawatan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza baru-baru ini, Nik Zawawi berkata, itu merupakan tindakan peribadi Nasharudin.

“Itu terpulanglah kepada dia (Nasharudin), itu tindakan peribadinya sendiri."


Pada September lalu, Nasharudin dan Majlis Syura dilaporkan menjadi tumpuan dengan membincangkan nasib bekas Timbalan Presiden Pas itu.

Bagaimanapun mesyuarat 9 September itu bersidang tanpa membincangkan isu berkaitan dengan Nasharudin.

Seperti diramalkan pemerhati dan kebanyakan pemimpin kanan parti ketika itu, beliau 'selamat' daripada sebarang tindakan berat.

Ketika itu, Nasharudin menjadi tumpuan ekoran  gesaan beliau agar Pas mempertimbang semula keanggotaan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat berikutan pend

Ustaz Nasharudin Mat Isa Di Pecat





Tahniah PAS , pada ketika semua pihak mempertikaikan tentang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam Majlis Syura PAS bertindak menggugurkan keanggotaan Ustaz Nasharudin dari Majlis Syura PAS.

Walaupun Majlis Syura PAS telah membuat keputusan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam namun di peringkat Pakatan Haprak ianya masih kekal dengan keputusan yang dibuat oleh Hadi bersama kepimpinan DAPigs dan PKR.



Persoalannya mengapa Majlis Syura PAS langsung tidak mengambil sebarang tindakan susulan supaya keputusan diperingkat Pakatan Haprak itu ditarik balik sebaliknya boleh pula mengadakan mesyuarat bagi membincangkan tentang kedudukan Ustaz Nasharudin dalam Majlis Syura ?

Alasan pengguguran Ustaz Nasharudin sebagai anggota Majlis Syura kerana melanggar peraturan berjamaah dilihat cukup memalukan lebih-lebih lagi dalam keadaan penggunaan kalimah Allah masih menjadi teka teki dalam Pakatan Haprak.

Dalam hal ini dimana kredibiliti anggota Majlis Syura PAS yang dianggotai oleh ulama PAS sekiranya urusan parti diletakkan lebih penting dari membetulkan tentang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam ?


Majlis Syura Ulama PAS dalam mensyuaratnya pada 13 Januari lalu telah memutuskan untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya. Keputusan itu dibuat kerana beliau didapati telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS, lapor 'Harakah Bil 1813 Edisi Isnin, 29 Januari 2013 pada muka belakangnya.  

Setiausaha Majlis Syura, Dato' Nik Muhamad Zawawi Salleh menjelaskan, selain itu, Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini merugikan parti. Menurut beliau, selain itu, gelagat bekas Timbalan Presiden PAS itu juga didapati telah menimbulkan suasana yang keroh di kalangan ahli-ahli parti.

Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini telah menimbulkan fitnah bagi jamaah, di samping bercanggah dengan kaedah-kaedah dan pendirian yang dibuat oleh parti, tegasnya kepada Harakah 25 Januari lalu.

Bagaimanapun, tegas Ustaz Nik Zawawi, keahlian Nasharudin dalam PAS masih dikekalkan, tetapi kedudukannya sebagai ahli biasa sahaja. Ustaz Nik Zawawi yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama

PAS Pusat menjelaskan, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS hanya menggugurkan beliau sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS, bukannya menggugurkan beliau daripada parti.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...