Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, April 13, 2019

MB baru Johor angkat sumpah esok


 

News  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini
  • Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan untuk melantik menteri besar Johor yang baru pagi esok.

    "Menjunjung
    titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, juga telah berkenan untuk melantik
    Menteri Besar yang baharu dan Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan
    Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar akan diadakan pada hari Ahad, 14
    April 2019, jam 9.30 pagi di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene," kata
    kenyataan media yang dikeluarkan Setiausaha Negeri Johor Azmi Rohani.


    Kenyataan
    media itu juga memaklumkan bahawa Sultan Johor telah berkenan menerima
    peletakan jawatan Osman Sapian sebagai menteri besar Johor pagi tadi.


    Bagaimanapun, kenyataan media itu tidak menyebutkan nama menteri besar Johor yang baru.

    Awal
    hari ini, Osman menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Sultan
    Ibrahim selepas wakil rakyat Bersatu itu memaklumkan kepada media bahawa
    pihak istana memanggilnya mengadap buat kali kedua 6.30 petang ini.


    Osman
    juga memaklumkan bahawa Sultan Ibrahim meletakkan syarat agar menteri
    besar Johor yang baru merombak mesyuarat majlis exco.


    Sultan Johor
    meletakkan syarat untuk membuat rombakan kepada Ahli Majlis Mesyuarat
    Kerajaan (exco) kepada bakal penyandang menteri besar baru,


    Selepas
    laporan berhubung peletakan jawatan Osman diumumkan Perdana Menteri Dr
    Mahathir Mohamad minggu lalu, timbul spekulasi berhubung calon menteri
    besar Johor yang baru.


    Antara nama yang disebutkan adalah Adun Bukit Kepong, Shahruddin Jamal.

    Spekulasi
    itu menarik perhatian ramai apabila Shahruddin hadir bersama Dr
    Mahathir pada Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-9 di Putrajaya
    Selasa lalu yang pada masa sama tidak dihadiri Osman.


    Menurut
    sumber Bersatu Johor, nama lain yang turut dipertimbangkan termasuklah
    Solihan Badri (Tenang), Mohd Izhar Ahmad (Larkin) dan Mazlan Bujang
    (ahli exco negeri Puteriwangsa).   

Sidang media khas MB Johor: Datuk Osman Sapian selepas hantar surat leta...


 



Description: https://yt3.ggpht.com/a-/AAuE7mDRgaq5P0oqZnED5jzu14wT8tmdCAJk1bRQgQ=s48-mo-c-c0xffffffff-rj-k-no
Published on Apr 12, 2019
Datuk Osman Sapian serah surat
peletakan jawatan kepada DYMM Sultan Johor tepat pada jam 10.30 pagi Sabtu.

Sultan Johor mahu exco dirombak, panggil Osman kali kedua





Sultan Johor mahu exco dirombak, panggil Osman kali kedua: KEMASKINI | Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Osman di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pagi ini.



News  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini
 
 
 
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerima menghadap Osman Sapian di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pagi ini.

Osman
memberitahu perkara itu kepada wartawan selepas menghadap baginda bagi
menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai menteri besar Johor.
Ketika ditanya Malaysiakini sama ada Sultan Ibrahim menerima peletakan jawatan tersebut, Osman melalui sistem pesanan ringkas menjawab "Tak tahu".

Pada
sidang akhbar yang disiarkan secara langsung di laman Facebooknya,
Osman berkata Sultan Ibrahim tidak melihat surat peletakan jawatan itu.

Beliau menambah sultan juga menetapkan syarat agar penggantinya perlu merombak barisan exco negeri.

"Saya
sudah serahkan surat peletakan jawatan kepada Sultan Johor, Sultan
Ibrahim Iskandar dan baginda tidak melihat serta menganggap surat itu
sebagai cenderahati.

"Sultan Johor meletakkan syarat untuk membuat
rombakan kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (exco) kepada bakal
penyandang menteri besar baru," katanya.

Osman berkata beliau
menjangka isu peletakan jawatan itu akan dibincangkan lebih lanjut
ketika menghadap Sultan Ibrahim kali kedua petang ini.

Ditanya mengenai alasan sultan mahu exco dirombak, Osman berkata beliau tidak dapat menjawab bagi pihak baginda.

Mengenai alasan beliau meletakkan jawatan, Osman berkata "Saya fikir ia sudah diketahui. Tidak perlu saya memperincikannya."

Isnin lalu Osman mengemukakan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir dan istana Johor sejak itu saling bertelingkah mengenai siapa yang berhak menentukan pelantikan jawatan menteri besar.

Mahathir
berkata, Malaysia tidak akan menjadi sebuah negara demokrasi sekiranya
sultan menentukan calon menteri besar atau perdana menteri.

Sebelum itu, Sultan Ibrahim memberi amaran agar pihak-pihak tertentu tidak campur tangan dalam urusan negeri itu.

Putera Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata ia adalah hak mutlak Sultan Ibrahim untuk melantik menteri besar.


Tukar MB: Dr M alih isu tak puas hati pada PH - Khaled @ "Paku dulang paku serpih,mengata orang dia yang lebih",

 "Paku dulang paku serpih,mengata orang
dia yang lebih", ketua2 UMNO Johor tak usahlah gunakan perkataan
"Ketidakpuashatian rakyat terhadap kerajaan sekarang". Sebelum PRU14 pun
rkyat kebanyakan negeri Johor pun memang tidak puas hati dgn kerajaan
BN pimpinan DS Najib TAPI ada anda semua (Ketua2 UMNO Johor) ada ambil
peduli hingga rakyat Johor nyahkan BN. Sekrg ni kalau yg tidak puas hati
hanyalah penyokong2 UMNO/BN sahaja. Sekarang kamu ( Ketua2 UMNO Johor)
hanya mgambil ruang dan peluang atas kelemahan kjaan sekarang dengan
ciptaan kamu sendiri. Bagi rakyat kebanyakan negeri Johor akan
menentukan kjaan negeri dan persekutuan pada PRU15 nanti. Kecurangan TH,
FELDA, 1MDB,LTAT dan lain-lain lagi tidak pula kamu mengaku kesalahan
oleh kepimpinan UMNO/BN. Jika Kerajaan PH sekrg ni tidak amanah. Kami
akan hukum mereka pd PRU15 nanti.




Tukar MB: Dr M alih isu tak puas hati pada PH - Khaled: Jangan beri peluang perlembagaan dipinda, suatu yang memang didahagakan Dr Mahathir Mohamad, kata naib presiden Umno.



News  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini
 
 
 
PH dilihat sengaja menggunakan isu peletakan jawatan Menteri
Besar Johor Osman Sapian bagi mengalihkan isu ketidakpuasan hati rakyat
terhadap kerajaan.


Naib Presiden Umno Khaled Nordin mendakwa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sudah berjaya menggunakan peluang itu, lapor Utusan Malaysia.



“Mungkin
apabila isu itu timbul saya percaya rakyat yang tidak puas hati dengan
kelemahan pemerintahan PH akan beralih fokus kepada isu ini.



“Dr. Mahathir sudah berjaya menggunakan peluang itu untuk mengalih perhatian rakyat.



“Kita
pun tidak tahu sama ada Dr. Mahathir tercakap atau terumum peletakan
jawatan Osman atau ia adalah satu strategi beliau untuk meminda
Perlembagaan atau sistem yang kita amalkan selama ini,” Khaled
dilaporkan sebagai berkata.

Dr M dahagakan peluang


Khaled
berkata demikian ketika ditanya akhbar itu mengapa Dr Mahathir
mengumumkan peletakan jawatan Osman ketika Sultan Johor Sultan Ibrahim
Sultan Iskandar tidak berada didalam negara.



Pagi tadi Osman menyembah maklum peletakan jawatannya kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.



Selasa lalu, Dr Mahathir mengumumkan peletakan jawatan Osman sebagai menteri besar, 11 bulan selepas dilantik ke jawatan itu.



Osman
yang juga pengerusi Bersatu dan PH Johor, Isnin lalu dilaporkan
menyerahkan dua surat peletakan jawatan kepada perdana menteri dalam
satu pertemuan di Putrajaya.



Ketika pengumuman itu dibuat, Sultan Johor sedang melakukan lawatan ke Bahrain.



Justeru,
Khaled meminta semua pihak untuk tidak memberikan peluang kepada Dr
Mahathir berbuat demikian terutamanya jika terdapat usaha untuk meminda
perlembagaan.



“Adakah
isu ini digunakan Dr. Mahathir untuk mengalih tumpuan rakyat dan beliau
cuba menggunakan peluang itu atas perkara samar dan tidak jelas supaya
membolehkan perlembagaan dipinda atau mengubah sistem yang diamalkan
selama ini.



“Sekali lagi saya tegaskan, jangan beri peluang kepada mana-mana pihak meminda perlembagaan kita.

"Bagi Dr. Mahathir beliau memang dahagakan peluang pindaan itu,” Khaled dilaporkan sebagai berkata.


Menteri: ECRL masuk N Sembilan bukan sebab PRK

Menteri: ECRL masuk N Sembilan bukan sebab PRK: PRK RANTAU | Rundingan semula dengan China telah dibuat sejak tahun lalu dan dimuktamadkan hari ini, kata Anthony Loke.



Zikri Kamarulzaman  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini
  •     
  •  
PRK RANTAU | Menteri Pengangkutan
Anthony Loke menafikan dakwaan PRK Rantau mempengaruhi perubahan
jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang memasuki Negeri Sembilan.

Beliau berkata Malaysia telah mengadakan rundingan semula ECRL sejak tahun lalu, lama sebelum PRK Rantau diumumkan.

"BN hentam kita (kata) nak pancing undi...Tahun lepas kita tak tahu akan ada PRK di Rantau.
"Kita
umum hari ini kerana (ketua perunding) Daim Zainuddin ada di China.
Perjanjian dimuktamadkan maka pengumuman dibuat hari ini.

"Bukan
kerana esok PRK. Ini pengumuman besar yang beri manfaat kepada seluruh
negara," katanya ketika berucap di program finale Pakatan Harapan (PH)
di Bandar Sri Sendayan malam ini.

Hari ini Daim
mengumumkan ECRL akan diteruskan dengan pengurangan kos sebanyak RM21.5
bilion, iaitu daripada RM66.5 bilion kepada RM44 bilion.
Jajaran asal dari Kelantan ke Terengganu dan Pahang akan dikekalkan.
Tetapi
berbanding melalui Bentong ke Gombak seperti perancangan asal, ia akan
menghala ke selatan dari Mentakab menjuju ke Jelebu sebelum ke Kuala
Klawang, Bangi/Putrajaya dan stesen akhir Pelabuhan Klang.
Loke
berkata dengan pembatalan laluan Bentong, kerajaan dapat menjimatkan
kos tinggi untuk membina terowong melalui Banjaran Titiwangsa.
Katanya
lagi, laluan baru itu akan memberi manfaat kepada kawasan perindustrian
dan membantu agenda kerajaan membangunkan kawasan luar bandar.


MB bukan pilihan mutlak Sultan Oleh Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi

Jumaat, 12 April 2019 | 11:00am



https://assets.bharian.com.my/images/articles/12johor_1555038010.jpg 

Oleh Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi

Friday, April 12, 2019

Penjimatan kos ECRL boleh bina 2 KLCC



News  |
Diterbitkan  |
Dikemaskini
 

Pengurangan kos
Projek Rangkaian Kereta Api Pantai Timur (ECRL) cukup untuk membina
dua lagi menara berkembar Petronas KLCC, kata perunding Malaysia bagi
projek itu.
Daim Zainuddin
berkata RM21.5bilion atau 32.8 peratus daripada kos awal berjaya
dijimatkan, lapor The Star.
“Jajaran baru
sepanjang 648km, 40km lebih pendek,” katanya kepada media Malaysia
di Beijing hari ini.

KLCC, gambar hiasan
Setelah rundingan
beberapa bulan, Pejabat Perdana Menteri (PMO) sebelum itu mengumumkan
ECRL diteruskan dengan kos lebih rendah.
Kata PMO kos
pembinaan bagi fasa satu dan dua ECRL dikurangkan sebanyak RM21.5
bilion menjadi RM44 bilion. Kos asal untuk projek tersebut ialah
sebanyak RM65.5 bilion.
Daim, bekas
peneraju Majlis Penasihat kerajaan ketika kerajaan baru dibentuk
selepas 9 Mei, bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut.
Katanya, Perdana
Menteri Dr Mahathir Mohamad dijadual mengadakan sidang media
berkaitan perkembangan itu pada Isnin depan.
Menurut laporan
awal, fasa 1 projek itu sepanjang 688km akan menghubungi Lembah Klang
dan Kuatan manakala fasa kedua pula dari Kuantan ke Kuala
Terengganu.
Dalam fasa ketiga
jajaran itu dipanjangkan ke Kota Baru dan Tumpat.
Projek ECRL asalnya
digerakkan Najib Razak yang ketika itu menjadi perdana menteri. 
Selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan pada Mei tahun
lalu, pelaksanaan ECRL dikaji semula selepas mendapati kosnya terlalu
tinggi.

Kertas kerja anti-Statut Rom: Jangan cabul kebebasan akademik - Siswa

Kertas kerja anti-Statut Rom: Jangan cabul kebebasan akademik - Siswa:

 Kumpulan aktivis yang sama juga mendedahkan empat pensyarah membuat pembentangan yang disifatkan 'berat sebelah' kepada Majlis Raja-Raja.






News  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini





 
 
Sekumpulan aktivis mahasiswa memberi amaran kepada kerajaan supaya tidak mencabul kebebasan akademik.
Ini
susulan laporan media daripada Kementerian Pendidikan yang akan
berbincang mengenai empat ahli akademik yang dikatakan menyediakan
kertas kerja anti-Statut Rome yang dikatakan digunakan untuk meyakinkan
Majlis Raja-Raja Melayu mengenai perjanjian Mahkamah Antarabangsa (ICC)
itu.


Aktivis mahasiswa tersebut berkata kerajaan perlu berhujah
dan bukan mengambil tindakan terhadap ahli akademik tersebut kerana jika
tidak berbuat demikian maka PH akan tiada bezanya dengan pentadbiran BN
terdahulu.




"Kami membuat pendedahan kertas kerja tersebut
supaya kertas kerja tersebut dapat dibincangkan dan diperdebatkan dalam
semua lapisan masyarakat kerana kertas kerja tersebut yang telah
diambil bulat bulat oleh Kerabat Diraja sebagai hujahan untuk menolak
Statut Rom.


"Kertas kerja pensyarah pensyarah tersebut patut
diperdebatkan dan pensyarah-pensyarah tersebut juga patut tampil
mempertahankan hujah mereka.


"Kami merasakan perdebatan ini harus
berlaku kerana Kerajaan telah cuci tangan dengan alasan bahawa Rom
Statut telah dimanipulasikan oleh sesetengah pihak sehingga timbul
kekeliruan," kata sekumpulan aktivis mahasiswa dalam suatu kenyataan
malam ini.


Mereka juga menggesa empat ahli akademik itu untuk tampil ke hadapan untuk memberikan penjelasan.

Kenyataan aktivis mahasiswa itu dikeluarkan bersama oleh Asheeq Ali Sethi Alivi (gambar, bawah),
Ainina Sofia Adnan, Nurhuda Ramli, Suhail Wan Azahar, Ahmad Taqiyuddin
Shahriman, Wong Yan Ke, Chong Kar Yan, Nik Azura Nik Nasron dan Siti
Nurizzah Mohd Tazali.


Kumpulan
aktivis mahasiswa yang sama mendedahkan mengenai kertas kerja itu
semalam, berkata hujah di dalam pembentangan itu "sangat berat sebelah"
tidak berpihak menyokong Statut Rome dan menunjukkan beberapa kesilapan.


Mereka
juga memulakan petisyen dalam talian menggesa kerajaan mempertimbangkan
semula keputusannya menarik diri daripada menyertai Statut Rome,
menyebutnya demi menuntut keadilan terhadap mangsa penerbangan MH17 yang
ditembak jatuh di Ukraine.


Aktivis mahasiswa berkenaan mengulas
laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie
Ching berkata kementerian itu belum membincangkan status empat orang
ahli akademik terbabit.


"Kita akan bincang tapi di peringkat
kementerian belum bincang secara menyeluruh lagi. Bagi kita sedikit masa
untuk bincang perkara itu,” katanya.


Empat ahli akademik yang
dikatakan di belakang kertas kerja itu ialah Profesor Undang-undang
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rahmat Mohamad, Profesor Uundang-undang
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Shamrahayu Abdul Aziz dan
pensyarah undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) Fareed
Mohd Hassan dan Hisham Hanapi.


Malaysiakini telah menghubungi semua ahli akademik tersebut untuk mendapatkan ulasan. 

Rahmat menjawab hari ini, berkata beliau sedar mengenai pendedahan aktivis mahasiswa berkenaan.

"Saya menyedari perkara tersebut.

"Saya memohon maaf kerana saya tidak dapat membuat sebarang kenyataan pada masa ini," katanya.


 

Menjawab pembentangan ahli akademik kepada Majlis Raja-Raja

Menjawab pembentangan ahli akademik kepada Majlis Raja-Raja: ULASAN | Jika Malaysia bukan sebahagian Statut Rome, di mana kredibiliti negara untuk bersuara menentang jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai?





Lim Wei Jiet  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini





 
 
ULASAN | Saya merujuk
kepada pembentangan oleh beberapa ahli akademik kepada Majlis Raja-Raja
Melayu bertarikh 2 April 2019 yang dikatakan, di mana ianya telah tular
di media baru-baru ini [rujuk sebagai pembentangan yang dikatakan itu].

Saya
sedar bahawa kerajaan telah memutuskan untuk menarik diri dari Statut
Rome, dan saya juga mengambil maklum bahawa pembentangan yang dikatakan
itu adalah ringkasan eksekutif semata-mata (pendapat saya di bawah ini
adalah tertakluk kepada pendedahan laporan penuh, jika ada).




Namun
terdapat beberapa perkara yang dibangkitkan dalam pembentangan yang
dikatakan itu yang agak menggamamkan dan saya terpanggil untuk membalas
dari sudut undang-undang dan sejarah antarabangsa – jika tidak, saya
khuatir ianya akan mengakibatkan salah faham isu-isu ini dalam kalangan
orang ramai. 




Pertama, ianya dicadangkan bahawa oleh kerana Yang
di-Pertuan Agong berhak mendapat maklumat dari kabinet (Perkara 40(1))
dan berhak memberi pandangan baginda kepada perdana menteri (Laporan
Suruhanjaya Reid), maka Agong bukanlah seorang raja berperlembagaan yang
tulen. 




Namun, ini hanya membuktikan bahawa Agong memainkan peranan sebagai penasihat dalam tadbir urus negara. 

Ini
tidak menangkis sama sekali peruntukan jelas Perkara 40 (1A) bahawa
Agong mesti bertindak mengikut nasihat perdana menteri pada tiap-tiap
masa - dan dengan itu, perdana menteri bertanggungjawab sepenuhnya
terhadap sebarang keputusan yang dibuat.




Frasa akan diluluskan

Kedua,
rujukan telah dibuat terhadap keputusan Mahkamah Rayuan iaitu Armed
Forces Council, Malaysia & Anor v Major Fadzil bin Arshad [2012] 1
MLJ 313 yang kononnya telah memutuskan bahawa: “Surely His Majesty is expected to play an effective and meaningful role as the Supreme Commander”. 




Dengan hormat, ini hanya merupakan penghakiman bertentangan (dissenting opinion) oleh minoriti Mahkamah Rayuan. 

Agak
hairan mengapa perkara ini tidak diketengahkan dalam pembentangan yang
dikatakan itu. Mana-mana pelajar undang-undang tahun pertama boleh
memberitahu anda bahawa petikan tersebut bukan sama sekali prinsip
berikat yang diutarakan oleh Mahkamah Rayuan.




 

Ketiga,
ianya dicadangkan bahawa Perkara 38(4) Perlembagaan menyatakan bahawa
undang-undang yang memberi kesan kepada keistimewaan, kedudukan,
kemuliaan atau kebesaran Baginda-Baginda memerlukan persetujuan Majlis
Raja-Raja. 




Dengan hormat, ini menyimpang daripada maksud Perkara
38(4), yang menyatakan: "Tiada undang-undang yang secara langsung
menyentuh keistimewaan, kedudukan, penghormatan atau kemuliaan Raja-raja
akan diluluskan tanpa keizinan Persidangan Raja-Raja". 




Frasa
"akan diluluskan" jelas bermaksud ianya hanya merangkumi undang-undang
yang diluluskan di parlimen - dan tidak boleh dibaca sama sekali untuk
termasuk ratifikasi triti antarabangsa.




Tak libat pindaan perlembagaan

Penegasan
seterusnya bahawa Perkara 159(5) telah dilanggar pula adalah lebih lagi
tidak berasas. 




Perkara 159(5) menyatakan bahawa pindaan kepada
Perlembagaan Persekutuan dalam beberapa peruntukan terhad tidak boleh
dilakukan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. 




Tetapi adalah jelas bahawa ratifikasi Statut Rome tidak melibatkan pindaan kepada perlembagaan sama sekali. 



Peruntukan-peruntukan
terhad yang disebut dalam Perkara 159 (5) juga tidak termasuk kekebalan
Agong dan Raja-Raja. 




Oleh itu, cadangan bahawa Perkara 159 (5) telah
dilanggar adalah tidak betul sama sekali.




Hujahan-hujahan di atas juga bertunjangkan andaian bahawa Agong dan Raja-Raja mempunyai kekebalan mutlak.

Sejak
1993, pindaan telah dibuat kepada perlembagaan untuk membenarkan
prosiding jenayah dimulakan terhadap Agong dan Raja-raja melalui
mahkamah-mahkamah khas (lihat Perkara 32, 181, 182 dan 183 Perlembagaan
Persekutuan). 




Oleh itu, dalam negara ini sendiripun, Agong dan
Raja-Raja tidak mempunyai kekebalan mutlak (walaupun dikawal oleh
prosedur khas tertentu) dan boleh dipertanggungjawabkan atas
jenayah-jenayah.  




Ini adalah titik penting yang tidak pernah diserlahkan dalam pembentangan yang dikatakan itu.



Kedudukan Agong dan komander tentera 

Keempat, dikatakan bahawa Artikel 27 dan 28(a) Statut Rome boleh menyentuh kedudukan Agong. 



Sekali
lagi, jika kita melihat dengan lebih dekat Artikel 28(a) Statut Rome,
ICC hanya mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan seorang komander
tentera yang mempunyai "arahan dan kawalan secara efektif" atau "kuasa
dan kawalan secara efektif sebagaimana kes tertentu". 




Adalah amat
tidak mungkin bahawa Agong yang mesti bertindak atas nasihat perdana
menteri boleh ditakrifkan sebagai komander angkatan tentera "secara
efektif" – baginda seorang tokoh simbolik semata-mata.




 

Kelima,
ianya dihujahkan bahawa oleh kerana kerajaan meratifikasikan Statut
Rome tanpa persetujuan Agong, ini melanggar Artikel 46 Vienna Convention on the Law of Treaties (VCLT). 




Artikel
46 VCLT mengatakan bahawa, sebagai peraturan am, sesuatu negara tidak
boleh mengelak kewajiban triti atas dasar bahawa ianya melanggar suatu
undang-undang dalaman mengenai keupayaan untuk menyimpulkan triti. 




Satu-satunya
pengecualian adalah jika 




(a) pelanggaran undang-undang dalaman
sedemikian adalah nyata (ia dianggap nyata hanya jika secara objektif
dapat dianggap sedekimian oleh mana-mana negeri), dan 




(b) ia berkenaan
dengan peraturan undang-undang dalamannya yang amat penting.




Saya dengan rendah diri berpendapat bahawa Malaysia tidak boleh mengguna pakai kedua-dua pengecualian Artikel 46. 

 

Sebarang
pelanggaran tidak boleh dianggap "nyata", dan juga undang-undang
dalaman tidak boleh dianggap "amat penting" kerana jelas bahawa di bawah
Perlembagaan Persekutuan tidak ada persetujuan oleh Agong atau Majlis
Raja-raja diperlukan untuk mengesahkan triti antarabangsa – sepertimana
monarki-monarki berperlembagaan lain yang telah meratifikasi ICC.




Mahkamah ICC putus kata akhir

Keenam,
ianya dihujahkan bahawa tafsiran prinsip "tidak mahu " atau "tidak
mampu" di bawah Artikel 17 Statut Rome (yang menyatakan bahawa ICC hanya
mempunyai bidang kuasa jika negara-negara "tidak mahu" atau "tidak
mampu” bertindak) “hanya berdasarkan keputusan pendakwa ICC
semata-mata". Ini tidak benar. 




Artikel 17 Statut Rome dengan
jelas memperuntukkan bahawa Mahkamah ICC sendiri - dan bukan pendakwa
ICC secara unilateral - mempunyai kata akhir mengenai sama ada prinsip
"tidak mahu" atau "tidak mampu" dipenuhi. 




Malaysia mempunyai
peluang berhujah dan membela diri di mahkamah jika ia tidak bersetuju
dengan pendakwa ICC. Dan 




Mahkamah ICC kemudiannya akan mencapai suatu
keputusan, seperti yang dilakukannya dalam Prosecutor v Katanga (Judgment on the Appeal against the Oral Decision of Trial Chamber II of 12 June 2009 on the Admissibility of the Case) (ICC, Appeals Chamber, Case No ICC-01/04-01/07-1497, 25 September 2009).




Ketujuh,
terdapat dakwaan: "Malaysia yang tidak terjejas apa-apa dengan jenayah
ini dan tidak terkat dengan krisis Rohingya di Myanmar tidak boleh
memaksa ICC untuk mengambil tindakan ke atas Myanmar walaupun selepas
menjadi ahil statut Rom." 




 
 
Selagi unsur suatu jenayah telah berlaku di ahli negara ICC,
maka mana-mana ahli negara lain boleh merujuk perkara tersebut kepada
ICC (lihat Artikel 14 Statut Rome).

Ini diputuskan dalam keputusan ICC baru-baru ini iaitu “Prosecution’s Request for a Ruling on Jurisdiction under Article 19(3) of the Statute” (Case No ICC-RoC46(3)-01/18-37, 9 April 2018). 



Contohnya,
jika tentera Myanmar telah melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas
Rohingya di wilayah Bangladesh (sebuah negara ahli ICC), maka Malaysia
(sebuah negara ahli ICC) boleh memulakan rujukan kepada ICC dan tidak
perlu bergantung kepada Bangladesh.




Kelapan, ianya dihujahkan bahawa mengikut sejarah antarabangsa, pernah berlaku percubaan untuk mendakwa raja-raja. 



Contoh
yang diberikan adalah Raja Wilhelm II dari Jerman yang dinamakan dalam
Leipzig War Crimes Trials namun beliau telah melarikan diri ke Belanda,
serta 




Maharaja Hirohito dari Jepun yang kononnya tertakluk kepada International Military Tribunal for the Far East selepas Perang Dunia Kedua, tetapi tidak diteruskan oleh Amerika Syarikat. 



Dengan hormat, ini adalah suatu kesetaraan palsu (false equivalence). Raja Jerman (Kaizer) adalah seorang raja berkuasa mutlak. 

Maharaja
Jepun juga adalah sama, di mana di bawah perlembagaan Jepun pada masa
itu, baginda mempunyai kuasa dewa ke atas seluruh pelusuk negaranya dari
kepercayaan Shinto yang mengatakan bahawa maharaja adalah keturunan
dewa matahari Amaterasu (hanya pada tahun 1946 gelaran “imperial soverign” ditukar kepada kepada "raja berperlembagaan"). 




Kedua-dua Raja Jerman dan Maharaja Jepun (gambar, kanan)
mempunyai kuasa mutlak mengawal tentera. Terdapat perbezaan yang nyata
antara raja-raja mutlak tersebut dan Agong serta raja-raja moden yang
merupakan raja-raja perlembagaan.




Selanjutnya, pembentangan yang
dikatakan itu seolah-olah telah terlepas fakta bahawa kedua-dua Raja
Wilhelm II dan Maharaja Hirohito telah cuba dibicarakan walaupun ICC
belum lagi wujud. 




Dalam istilah hari ini, PBB boleh menubuhkan tribunal ad hoc sepertimana di Rwanda dan bekas Yugoslavia - tanpa mengira sama ada mereka telah meratifikasikan ICC atau tidak. 



Ini
lantas membuktikan bahawa, seperti yang dinyatakan oleh Prof Shad
Saleem Faruqi, “dengan ratifikasi atau tanpa ratifikasi (Statut Rome),
pada tahap perundangan antarabangsa hari ini, pelaku (jenayah) tidak
dapat lari daripada perbuatannya."




Kesembilan, ianya didakwa
bahawa Agong akan terdedah kepada ICC kerana penyertaan Malaysia dalam
misi-misi keamanan PBB di serata dunia. Ini amat memegunkan. 




 
 
Misi-misi keamanan PBB adalah bertujuan untuk mencegah pembunuhan beramai-ramai atau jenayah perang. 
Adalah
menghairankan untuk mencadangkan bahawa PBB sendiri akan melakukan
kejahatan terkutuk yang diamanahkan kepada pertubuhan itu untuk
mencegahnya. 




Dalam pengetahuan saya, tidak pernah ada sebarang percubaan untuk mendakwa pasukan keamanan PBB di bawah ICC.



Kesepuluh,
ianya dihujahkan bahawa undang-undang kita yang menjadikan seks sejenis
sebagai jenayah akan mendedahkan kita kepada "jenayah perang" (war crimes) di bawah Artikel 7(2) Statut Rome yang menjenayahkan “persecution against any identifiable group or collectivity on...gender as defined in paragraph 3”.




Ini tidak benar. Kita harus melihat apa yang tertera di Artikel 7(3) Statut Rome yang seterusnya: “For
the purpose of this Statute, it is understood that the term "gender"
refers to the two sexes, male and female, within the context of society.
The term "gender" does not indicate any meaning different from the
above.




Oleh itu, jelas bahawa perkataan “gender” dalam Artikel 7(2) tidak boleh ditafsir sebagai orientasi seks – lantas “persecution” terhadap golongan seks sejenis adalah tidak termasuk sebagai jenayah perang.



Kesebelas, ianya dicadangkan bahawa terdapat kes-kes pendakwaan terpilih ke atas Kenya dan Ivory Coast. 



Terdapat
banyak dokumen untuk menentang hujah-hujah tersebut, serta
laporan-laporan antarabangsa yang boleh dipercayai bahawa jenayah perang
sememangnya telah berlaku di negeri-negeri tersebut, dan saya tidak
mahu mengulanginya di sini.




 

Akhirnya,
ianya dihujahkan bahawa terdapat kemungkinan veto oleh negara-negara P5
terhadap siasatan ICC: Rusia dalam siasatan MH17, China dalam
pembunuhan Rohingya dan Amerika Syarikat AS dalam pertikaian
Israel-Palestin. 




Ia juga diketengahkan
bahawa banyak negara Asean adalah bukan sebahagian daripada ICC. Saya
bukannya jahil mengenai realiti undang-undang antarabangsa.

Tetapi Malaysia tidak boleh berdiam diri sementara ancaman-ancaman kemanusiaan berlaku. 

Jika
kita bukan sebahagian daripada Statut Rome, di mana kredibiliti dan
kedudukan kita untuk bersuara menentang jenayah perang dan pembunuhan
beramai-ramai?




Kita
harus bergiat mencapai standard yang lebih tinggi dan jauh sekali
meniru gelagat-gelagat paling teruk daripada kuasa-kuasa besar
antarabangsa.




Orang awam dan Raja-Raja berhak mendapat pandangan undang-undang yang objektif dan tepat mengenai isu penuh kontroversi ini. 

Sekiranya
kita membenarkan keputusan penting dasar luar negeri dipengaruhi oleh
sesuatu pihak sahaja tanpa mempertimbangkan hujahan-hujahan balas, maka
ianya merugikan negara secara keseluruhannya. 





LIM WEI JIET ialah Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya. Beliau juga adalah penulis Halsbury’s Laws of Malaysia on the Federal Constitution (2019 Reissue).
Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminka pendiiran rasmi Malaysiakini.


 

Statut Rome: TMJ berhenti kelirukan rakyat - Aktivis siswa

Statut Rome: TMJ berhenti kelirukan rakyat - Aktivis siswa: ULASAN | Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah sebelum ini jika perjanjian antarabangsa itu bagus mengapa rakyat Palestin masih dizalimi.



Asheeq Ali Sethi Alivi  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini




 
 
ULASAN | Tunku
Mahkota Johor (TMJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini mengeluarkan
kenyataan di Twitter bertitah jika perjanjian antarabangsa itu bagus
mengapa rakyat Palestin masih dizalimi.
Tunku, saya mohon untuk
tunku berhenti mengelirukan rakyat Malaysia. Apa yang Tunku tahu
mengenai campur tangan Mahkamah Jenayah Antarabangsa dalam isu Palestin?


Biar saya beritahu Tunku apa yang sedang dilakukan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa dalam isu Palestin.

Pada
1 Januari 2015 Palestin mengeluarkan suatu perisytiharan di bawah
Perkara 12 (3) Statut Rom untuk membuka laluan kepada Pendakwa Raya
Mahkamah Jenayah Antarabangsa membuka siasatan.


Pada 16 Januari 2015, Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa telahpun membuka siasatan awal ke atas Palestin.

Setelah
siasatan awal, pada 13 Julai 2018, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (PTC
1) telah bersidang dan telah mengeluarkan keputusan memerintahkan
pendaftarnya "untuk mewujudkan, secepat mungkin, sistem maklumat awam
dan outreach activity ke Palestin untuk manfaat mangsa dan komuniti terjejas di Palestin.


Hak kepada mangsa beri keterangan
Perkara
ini terpaksa dilakukan untuk menggalakkan mangsa dalam keganasan
Palestin berpartisipasi dalam prosiding mahkamah tersebut.


Statut
Rom memberikan hak kepada mangsa untuk tampil memberi keterangan semasa
kes berlangsung di Mahkamah Jenayah Antarabangsa.


Untuk menggalakkan mangsa mangsa tersebut tampil memberi kenyataan, outreach activity ini ke Palestin adalah satu langkah yang patut dilakukan.

Jika
Tunku sendiri terkeliru dan tertanya kenapa ambil masa yang sangat lama
untuk Mahkamah Jenayah Antarabangsa bertindak, ingin saya jelaskan
bahawa sememangnya mereka mempunyai kekangan terutamanya kerana ia
melibatkan kedaulatan dua buah negara di mana mereka perlu berhati-hati
mengorak langkah supaya tidak mencabar atau campur tangan dalam
kedaulatan negara negara tersebut.


Tunku,
di saat etnik Rohingya terseksa di Malaysia akibat tidak diberikan hak
bekerja dan hak untuk pendidikan, pada 19 September 2018, Mahkamah
Jenayah Antarabangsa telah memulakan siasatan awal ke atas Myanmar atas
laporan yang telah dibuat oleh kerajaan Bangladesh.


Tunku, jika
perjanjian antarabangsa seperti ini tidak berguna, mengapa Presiden
Amerika Syarikat, Donald Trump mahu menarik balik visa yang diberikan
kepada Ketua Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa, Fatou Bensouda
pada 5 April 2019 kerana mahkamah tersebut telah memulakan siasatan ke
atas keganasan yang dilakukan oleh Amerika di Afghanistan dan juga
kerana siasatan telah dibuka ke atas Israel?


Tunku, ingin saya
ingatkan bahawa rakyat bawahan tidak mempunyai kapal terbang emas
seperti Tunku. Rakyat tidak mempunyai kuasa dan kekayaan seperti Tunku.


Statut Rom ini akan beri perlindungan kepada rakyat supaya tidak dizalimi oleh mereka yang memegang takhta dan kuasa.

Jadi Tunku, berhentilah mengelirukan rakyat jelata. Jangan mempergunakan isu ini untuk kepentingan peribadi Tunku.


ASHEEQ ALI SETHi ALIVI ialah mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia dan Presiden Gabungan Pembebasan Akademik IPT (GPA-IPT).
Ulasan ini asalnya hantaran di media sosial penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
 


Isu MB Johor: Politik mesin hawa nafsu masih bermaharajalela

Isu MB Johor: Politik mesin hawa nafsu masih bermaharajalela: ULASAN | Adakah Osman Sapian mangsa tarik tali percaturan politik Dr Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim dan istana?



Ismail Hashim Yahaya  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini
 
 
ULASAN | Osman Sapian meletakkan jawatan menteri besar Johor. Demikian disahkan oleh Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.
Apakah komen yang kita terima daripada perletakan jawatan itu.

A Kadir Jasin berkata tindakan Sapian demi kebaikan rakyat Johor.



Kenyataan beliau dalam Malaysiakini
ialah: “Apa guna mereka bermegah-megah dengan slogan dan identiti
negeri kalau mereka tidak ada digniti. Orang Johor berhak mendapat
menteri besar yang mampu menaikkan maruah mereka. Menteri besar yang
mewakili keseluruhan rakyat jelata Johor dan bukan kelompok tertentu."
Tambah
beliau lagi, “tetapi hak itu akan menjadi tidak berguna dan akhirnya
hilang apabila wakil yang mereka pilih berubah daripada menjadi wakil
rakyat kepada boneka pihak-pihak tertentu."


“Beliau tidak
mentadbir Johor berasaskan suara majoriti, tetapi terus tunduk kepada
kepentingan sempit golongan elit dan berduit."


Bersatu Johor mungkin terlepas
Terdahulu dalam artikel The Star
pada 8 Disember 2018, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim
mendedahkan bahawa terdapat langkah daripada seorang individu ingin
menjatuhkan Osman sebagai menteri besar.


Osman, yang merupakan
ahli dewan uandangan negeri Kempas dan pengerusi negeri bagi Bersatu
telah menerima kritikan daripada pelbagai pihak berhubungan isu Pulau
Kukup.


Tidak dipastikan adakah yang dimaksudkan Tunku Mahkota Johor itu ialah ahli Majlis Tertinggi Bersatu A Kadir Jasin.

Saya juga tertarik kepada komen kedua yang dibuat oleh saudara Abdullah Fahmin dalam Malaysiakini.


Baca berkaitan:

Jelasnya
pergelutan politik ini dilihat bukanlah antara calon antara parti untuk
jawatan menteri besar Johor, tetapi antara percaturan dan pengaruh Dr
Mahathir, Anwar Ibrahim dan istana.
Abdullah menerangkan
walaupun calon Bersatu ini mungkin lebih berkualiti berbanding Osman dan
calon menteri besar PKR, keadaan seakan tidak menyebelahi Bersatu
Johor. Dan Bersatu Johor mungkin akan terlepas.


Beginilah dinamika
politik, calon yang berwibawa dan berkualiti, mungkin akan gagal
dinobatkan sebagai menteri besar kerana faktor pengaruh elit politik.


Ada
dua bentuk wacana daripada pandangan yang dikemukakan oleh penulis ini
iaitu pertama dakwaan Kadir bahawa bekas menteri besar tidak komited
berkhidmat kepada rakyat dan beliau menjadi boneka kalangan elit
tertentu.


Wacana kedua ialah pergelutan politik di Johor adalah
merupaka tarik tali belakang tabir antara tiga pihak dalam PH iaitu dari
kem Mahathir, Anwar dan melibatkan pihak istana.


Sejauh
manakah peranan Osman dalam memperjuangkan hak rakyat jika dikaitkan
dengan isu Sungai Kim-Kim dan status Pulau Kukup akan kekal sebagai
Taman Negara Johor meskipun dimasukkan ke Jadual ke II Enakmen Tanah
Kesultanan.


Atau Osman adalah mangsa tarik tali antara pihak-pihak tertentu di Johor?

Jika
wujudnya unsur-unsur membelakang rakyat demi menjaga kepentingan
tertentu atau main catur di belakang tabir antara dua atau tiga pihak,
ini bermakna ia bukan lagi pertimbangan rasional demi rakyat tetapi
keputusan hasrat yang mengambil alih.


Hasrat yang mengutamakan
kepentingan pihak tertentu dengan mengesampingkan rakyat yang mengundi
kemenangan PH dalam pilihan raya lepas.


Daripada apa yang saya lihat nampaknya politik hasrat masih bermarajalela dalam era PH ini. 

Walaupun
tidak dinafikan politik memerlukan hasrat untuk berkuasa tetapi jika
hasrat untuk memenuhi kumpulan tertentu atau pergelutan berlaku dari
pihak-pihak tertentu dari belakang tabir, apalah ertinya harapan rakyat
kepada sebuah pakatan ini.


Konsep mesin hasrat
Saya teringat pula kepada sebuah buku karya Felix Guattari “The Molecular Revolution" menggunakan istilah mesin untuk dikaitkan dengan hasrat atau hawa nafsu.

Kenapakah Guattari menggunakan konsep mesin itu? 

Ini
kerana bagi beliau mesin adalah menghasilkan produk atau akan terus
menghasilkan produk (tidak kira yang boleh dilihat atau sebaliknya)
secara berterusan sehinggalah ia diganti setelah rosak.


Pandangan
Guatatri ialah konsep mesin akan terus menghasilkan produk secara
pengulangan dan dikuasai oleh kekuasaan tunggal (mungkin merupakan sang
kapitalis dalam korporat dan industri atau nafsu syahwat) demi mencapai
tujuan tertentu dan untuk memberikan kesan tertentu.


Maka mesin
hasrat beroperasi lagi. Mesin ini akan terus memproses hasrat yang tidak
mengutamakan rakyat. Jika tidak dikawal, ia menjadi mesin hawa nafsu
yang obses kuasa tiada sempadannya.


Politik hasrat adalah hawa nafsu atau “the desiring machine’ yang diamalkan oleh elit pemerintahan lepas yang dapat dilihat dalam kes Felda dan Tabung Haji.

Ini
kerana politik hawa nafsu ini adalah mesin tenaga libido iaitu naluri
tidak sehingga yang telah membawa negara ke kancah hutang kronik dengan
amalan kleptokrasi.


Situasi ketidakpuasan abadi inilah yang
menjadi dasar kepada hasrat, hawa nafsu dan naluri menjadi mesin yang
beroperasi dengan semahunya.


Ini kerana hasrat yang tanpa akhir
ini sentiasa menemukan hubungannya yang gelap pekat dan hitam dengan
mesim-mesin kekuasaan dalam negeri dan negara.


Kemelut kepimpinan
di Johor diharapkan tidak terjebak oleh pergulatan mesin hasrat dan
politik nafsu yang membelakangkan kepentingan rakyat dan bukannya
memenuhi kepentingan pihak-pihak tertentu.



ISMAIL HASHIM YAHAYA ialah pensyarah Jabatan Komunikasi, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Universiti Selangor (Unisel).
Ulasan ini pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
 

UUM pertahan program jemput Zakir Naik

UUM pertahan program jemput Zakir Naik: Pihak universiti itu berkata tiada paksaan ke atas pelajar untuk menghadiri program berkenaan dan penganjur sudah memastikan ia menjaga sensitiviti semua pihak.



News  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini
 
 
 
Universiti Utara Malaysia (UUM) mempertahankan penganjuran program
melibatkan penceramah kontroversi Zakir Naik dengan menyatakan bahawa
pihak universiti telah memastikan sensitiviti semua pihak dijaga.

Timbalan
Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM Prof Madya Dr Hendrik
Lamsali dalam kenyataan media hari ini berkata pihak universiti tidak
memaksa pelajar untuk menghadiri program itu.

"Ia terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk hadir.

"Pihak
UUM berpengalaman menganjurkan program yang melibatkan tokoh-tokoh
berprofil tinggi, dan telah memastikan semua bentuk program yang boleh
menimbulkan sensitiviti terhadap mana-mana pihak dan agama tidak
dilakukan demi menjaga kesentosaan dan kesejahteraan pelajar dan
universiti.

"Pelajar juga dinasihatkan agar sentiasa berfikiran terbuka dan sentiasa beradab dalam menangani perbezaan pendapat," katanya.

Jelas Dr Hendrik, program bertajuk Duty Of A Muslim As A Professional: Zakir Naik itu adalah anjuran Persatuan Kebajikan Malaysia (Perkim) Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM.

Tambahnya,
program itu bertujuan mendedahkan pelajar kepada realiti sosial dan isu
semasa khususnya pelajar-pelajar UUM yang bakal menjadi pengurus dan
golongan profesional pada masa hadapan.

Semalam, Naib Presiden MCA Ti Lian Ker membidas Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching yang berkata pihak UUM mempunyai autonomi untuk mengundang Zakir dalam program mereka.

Ti
menggesa Teo meletakkan jawatan kerana menurutnya, timbalan menteri
sepatutnya menasihatkan UUM mengenai kemungkinan kerosakan dan pengaruh
negatif Zakir terhadap penuntut universiti berkenaan.

Pemimpin MCA
itu juga berkata DAP pada 2017 pernah menggambarkan pendakwah kelahiran
India itu sebagai "liabiliti jelas kepada Malaysia."

Bulan lalu,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa bertemu dengan
Zakir dan menyifatkan usaha dakwah beliau menjadi sumber inspirasi.

Bagaimanapun,
beberapa bulan sebelum itu, menteri di JPM berkata gaya dakwah Zakir
tidak sesuai untuk Malaysia dan membayangkan kaedah memperlekehkan agama
lain sebagai tidak wajar.

Sebelum
ini, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Putrajaya tidak akan
mengusir Zakir, yang merupakan pemastautin tetap Malaysia, walaupun
terdapat permohonanekstradisi dari India.

Pihak berkuasa India sedang menyiasat pendakwah tersebut atas tuduhan pengubahan wang haram dan membuat ucapan kebencian.

Walau
bagaimanapun, Zakir mendakwa beliau menjadi mangsa tuduhan palsu dan
kumpulan fanatik agama di India yang mahu mencemarkan nama baiknya.


Kuasa raja adalah kuasa berdaulat

Pencerahan ilmu, inilah hikmah dan nikmat yang ALLAH anugerahkan kepada tanah air tercinta. Kerajaan didukungi, Rakyat Jelata dihormati , Raja-raja disanjung. 



Kuasa raja adalah kuasa berdaulat: Janganlah menjadi rakyat beremosi semata-mata.





Opinion  | 
Aminuddin Yahaya
Diterbitkan  | 
Dikemaskini
 
 
Sepanjang pentadbiran Dr Mahathir Mohamad sama ada sebagai perdana
menteri keempat mahupun sekarang, amat jarang rakyat melihat beliau
begitu emosi semasa mengadakan sidang media.

Bagaimanapun,
baru-baru ini sewaktu sidang media pengumuman penarikan kembali tanda
tangan untuk menerima Statut Rom, beliau jelas kelihatan begitu marah
sehingga wartawan yang hadir dapat merasakan bahang kemarahan tersebut.

Mana
tidaknya, ini merupakan satu tamparan yang hebat kepada Mahathir selaku
ketua kerajaan dan tindakan kerajaannya dipersoal sehingga terpaksa
ditarik semula.

Perdana menteri pada 5 April ketika mengumumkan kerajaan tarik diri dari Statut Rom.
Sudah
pasti ini merupakan sesuatu yang mengaibkan baginya, bukan sahaja di
peringkat nasional malah di peringkat antarabangsa. Ini melahirkan
persepsi seolah-olah kerajaan tidak cekap dan berhati-hati dalam membuat
sesuatu keputusan.
Rakyat semua memahami Mahathir, bahawa beliau seorang yang sangat teliti dan bijak.

Peristiwa ini menjejaskan imej serta reputasi beliau, maka sudah pasti beliau tidak dapat menerimanya.

Bagi
saya, ini bukanlah salah Mahathir semata-mata tetapi salah menteri luar
dan penasihat-penasihat beliau yang gagal memberi penjelasan yang jelas
kepada Mahathir dan juga rakyat secara keseluruhannya.

Sudah
pasti dengan bebanan kerja yang menimbun dan berat, Mahathir akan banyak
bergantung kepada kebijaksanaan menteri-menteri dan penasihat-penasihat
beliau kerana ini adalah kewajipan mereka untuk membuat penelitian yang
rapi sebelum memberikan sesuatu input kepada perdana menteri. Kecuaian
menteri akan mengakibatkan keputusan yang salah dan bencana kepada
negara.

Kuasa raja-raja

Peristiwa ini membawa satu
pengajaran dan pemahaman yang besar kepada rakyat bahawa kuasa Majlis
raja-raja bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng atau powerless.

Selama ini, mungkin rakyat faham bahawa raja hanyalah sekadar simbol adat semata-mata dalam upacara rasmi negara. 
Tetapi
apa yang berlaku ini telah membuktikan bahawa raja-raja mempunyai kuasa
yang besar yang boleh mempengaruhi keputusan kerajaan.

Raja-raja dan Statut Rom

Banyak pihak yang membicarakan soal imuniti raja-raja terhadap empat kesalahan jenayah yang dinyatakan dalam Statut Rom.

Sebenarnya,
persoalan dan kerisauan yang lebih besar ialah soal kedaulatan negara.
Tindakan menandatangani Statut Rom ini akan membolehkan campur tangan
asing dalam hal ehwal negara.

Seperti yang sedia maklum, setiap
kerajaan yang berdaulat mempunyai kuasa bebas dalam hal ehwal negaranya
sendiri tanpa dikekang oleh kuasa asing.

Sebarang tindakan yang bersifat campur tangan dalam hal ehwal negara perlu mendapat perkenan Majlis Raja-raja.

 Amalan
ini berlaku sejak zaman sebelum merdeka lagi, malah British pun meminta
perkenan raja dalam pelbagai perkara yang melibatkan hal ehwal kerajaan
Melayu.

Soal sama ada baik atau buruknya peruntukan dalam Statut
Rom adalah perkara yang perlu dipersembahkan terlebih dahulu kepada
Majlis Raja-Raja.

Oleh yang demikian, dalam hal ini, jemaah
menteri hendaklah membuat rundingan dengan Majlis Raja-Raja seperti yang
termaktub dalam Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan kerana punca
kuasa berkaitan kedaulatan terletak di situ dan perlembagaan negeri
baginda masing masih tertakluk.

Perkara 38(4):

"Tiada
undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan,
kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan
Majlis Raja-Raja."

Kabinet Mahathir
Saya
tidak bercadang untuk menuding jari kepada mana-mana pihak dalam soal
Statut Rom ini kerana ia sudah pun berlalu. Apa yang saya ingin tekankan
ialah Majlis Raja-Raja bukanlah suatu institusi yang biasa tetapi
mempunyai kuasa yang amat besar dan mempunyai pengaruh yang kuat dalam
menentukan polisi negara.

Institusi Raja bukanlah sebuah
institusi yang boleh diremeh dan dihina tetapi institusi ini mempunyai
kuasa penentu dalam isu-isu negara.

Jadi,
janganlah kita menjadi rakyat yang beremosi semata-mata tanpa memahami
kuasa raja dalam konteks perlembagaan dan perundangan negara.


AMINUDDIN YAHAYA ialah presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...