Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, April 12, 2019

Kertas kerja anti-Statut Rom: Jangan cabul kebebasan akademik - Siswa

Kertas kerja anti-Statut Rom: Jangan cabul kebebasan akademik - Siswa:

 Kumpulan aktivis yang sama juga mendedahkan empat pensyarah membuat pembentangan yang disifatkan 'berat sebelah' kepada Majlis Raja-Raja.






News  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini





 
 
Sekumpulan aktivis mahasiswa memberi amaran kepada kerajaan supaya tidak mencabul kebebasan akademik.
Ini
susulan laporan media daripada Kementerian Pendidikan yang akan
berbincang mengenai empat ahli akademik yang dikatakan menyediakan
kertas kerja anti-Statut Rome yang dikatakan digunakan untuk meyakinkan
Majlis Raja-Raja Melayu mengenai perjanjian Mahkamah Antarabangsa (ICC)
itu.


Aktivis mahasiswa tersebut berkata kerajaan perlu berhujah
dan bukan mengambil tindakan terhadap ahli akademik tersebut kerana jika
tidak berbuat demikian maka PH akan tiada bezanya dengan pentadbiran BN
terdahulu.




"Kami membuat pendedahan kertas kerja tersebut
supaya kertas kerja tersebut dapat dibincangkan dan diperdebatkan dalam
semua lapisan masyarakat kerana kertas kerja tersebut yang telah
diambil bulat bulat oleh Kerabat Diraja sebagai hujahan untuk menolak
Statut Rom.


"Kertas kerja pensyarah pensyarah tersebut patut
diperdebatkan dan pensyarah-pensyarah tersebut juga patut tampil
mempertahankan hujah mereka.


"Kami merasakan perdebatan ini harus
berlaku kerana Kerajaan telah cuci tangan dengan alasan bahawa Rom
Statut telah dimanipulasikan oleh sesetengah pihak sehingga timbul
kekeliruan," kata sekumpulan aktivis mahasiswa dalam suatu kenyataan
malam ini.


Mereka juga menggesa empat ahli akademik itu untuk tampil ke hadapan untuk memberikan penjelasan.

Kenyataan aktivis mahasiswa itu dikeluarkan bersama oleh Asheeq Ali Sethi Alivi (gambar, bawah),
Ainina Sofia Adnan, Nurhuda Ramli, Suhail Wan Azahar, Ahmad Taqiyuddin
Shahriman, Wong Yan Ke, Chong Kar Yan, Nik Azura Nik Nasron dan Siti
Nurizzah Mohd Tazali.


Kumpulan
aktivis mahasiswa yang sama mendedahkan mengenai kertas kerja itu
semalam, berkata hujah di dalam pembentangan itu "sangat berat sebelah"
tidak berpihak menyokong Statut Rome dan menunjukkan beberapa kesilapan.


Mereka
juga memulakan petisyen dalam talian menggesa kerajaan mempertimbangkan
semula keputusannya menarik diri daripada menyertai Statut Rome,
menyebutnya demi menuntut keadilan terhadap mangsa penerbangan MH17 yang
ditembak jatuh di Ukraine.


Aktivis mahasiswa berkenaan mengulas
laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie
Ching berkata kementerian itu belum membincangkan status empat orang
ahli akademik terbabit.


"Kita akan bincang tapi di peringkat
kementerian belum bincang secara menyeluruh lagi. Bagi kita sedikit masa
untuk bincang perkara itu,” katanya.


Empat ahli akademik yang
dikatakan di belakang kertas kerja itu ialah Profesor Undang-undang
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rahmat Mohamad, Profesor Uundang-undang
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Shamrahayu Abdul Aziz dan
pensyarah undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) Fareed
Mohd Hassan dan Hisham Hanapi.


Malaysiakini telah menghubungi semua ahli akademik tersebut untuk mendapatkan ulasan. 

Rahmat menjawab hari ini, berkata beliau sedar mengenai pendedahan aktivis mahasiswa berkenaan.

"Saya menyedari perkara tersebut.

"Saya memohon maaf kerana saya tidak dapat membuat sebarang kenyataan pada masa ini," katanya.


 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...