Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, May 26, 2018

TERKINI:ANWAR IBRAHIM-"DIBEBASKAN KERANA AGONG YAKIN SAYA DIZALIMI"


 
TERKINI,TERBARU 2018:ANWAR IBRAHIM-"DIBEBASKAN KERANA AGONG YAKIN SAYA DIZALIMI"

Rakyat kena buktikan kita bukan manusia pelupa

Rakyat kena buktikan kita bukan manusia pelupa: ULASAN | Penting ada kumpulan pendesak daripada rakyat - tidak kiralah mahasiswa, aktivis sosial atau rakyat biasa.

Rahman Imuda  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
ULASAN | Sudah hampir tiga minggu Malaysia menerima kerajaan baru dan harapan rakyat untuk Pakatan Harapan (HARAPAN)menggunung.


Selepas sahaja keputusan PRU14 dikeluarkan, masa seperti berlalu dengan cukup pantas.


Kerajaan baru melakukan beberapa pengumuman penting seperti
menjadikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada kadar sifar,
menamatkan kontrak pekerja lantikan politik - dan yang paling mendapat
perhatian - melakukan siasatan ke atas beberapa individu yang dulunya
seperti kebal daripada undang-undang.


Jumlah rampasan yang dilakukan di kediaman mantan perdana menteri dan
pengerusi Tabung Haji memperkukuhkan tanggapan kita bahawa pihak
pemerintah sebelum ini terlibat dalam skandal wang rakyat.


Namun saya fikir Malaysia “kepincangan” satu elemen penting setelah PRU14 tamat – pihak pembangkang.


Jika anda masih ingat, beberapa hari selepas keputusan PRU14
diumumkan, berlaku sedikit pertelagahan di antara Tun Dr Mahathir
Mohamad dan Rafizi Ramli kerana masalah pembahagian jawatan menteri.


Kemudian tidak lama selepas itu Dr Mahathir mengumumkan dirinya sebagai menteri pendidikan.


Sengaja saya memetik dua peristiwa siginifikan ini supaya anda boleh membayangkan reaksi penyokong fanatik HARAPAN.


Tak boleh ditegur


Walaupun saya tidak nafikan salah satu elemen penting yang
menyebabkan HARAPAN menang ialah kerana faktor “Mahahtir”, namun ia
bukanlah sesuatu yang sihat untuk terlalu memuja beliau.


Memuja yang dimaksudkan ialah dalam konteks bersetuju dengan semua
keputusan yang beliau lakukan tanpa mempertimbangkan sudut-sudut
munasabah lain.


Lihatlah bagaiman Rafizi begitu mudah dilupakan jasa-jasanya oleh
sekelompok penyokong fanatik HARAPAN hanya kerana mempersoalkan
keputusan Dr Mahathir.


Begitu juga ketika Dr Mahathir dikritik kerana mahu memegang jawatan
menteri pendidikan sedangkan ia bercanggah dengan manifesto HARAPAN.


Maka bangkit kumpulan ini yang menyerang dengan agresif pengkritik Dr Mahathir.


Akhirnya Dr Mahathir mengakui manifesto itu dan memberikan jawatan berkenaan kepada orang lain.


Dr Mahathir mengiktiraf teguran adalah proses demokratik yang perlu
diraikan, mengapa ada sesetengah penyokong melihat ia sebagai
penghinaan?


Kita tidak boleh menjadi bangsa Malaysia yang lupa kenapa kerajaan
sebelum ini terlalu sukar untuk ditegur dan akhirnya tersungkur.


Perubahan kerajaan seharusnya diikuti dengan perubahan mentaliti dan sikap rakyat terhadap parti yang memerintah.


Konsep “kerajaan tahu segalanya” harus dikikis daripada kepala setiap
rakyat. Kita harus terlibat secara aktif dalam proses memeriksa
kerajaan agar mereka tidak terlalu selesa dalam membuat keputusan.


Sifat selesalah yang telah menyebabkan kerajaan sebelum ini mengambil
tindakan sesuka hati sehingga memberi bebanan kepada rakyat.


Kita harus mengakui, BN masih lagi belum “biasa” dengan peranan
mereka sebagai pembangkang. Barangkali mereka sedang dalam proses
“reformasi” untuk memastikan gabungan politik itu kekal relevan dan
mampu menguggat kerajaan semasa.


Berusaha kekal relevan


Peristiwa di Perlis beberapa hari lepas tidak membantu proses penjenamaan semula Umno, bahkan ia memburukkan keadaan.


Umno yang terkenal dengan semangat Melayu tiba-tiba berlaku tidak sopan kepada raja yang merupakan payung Melayu.


Lebih malang lagi, beberapa individu penting dalam BN sedang berada
dalam siasatan pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM).


Bagi yang tidak disasat pula, bagaimana sesetengah mereka boleh
mewakili pembangkang dengan baik jika khuatir 'kain buruk' mereka akan
diselak oleh pemerintah?


PAS pula pada pandangan saya sedang selesa dengan kemenangan dua negeri di Pantai Timur.


Setelah berpisah daripada Pakatan Rakyat, saya tidak melihat mereka
sering mengkritik BN secara keras. Lebih malang, pernah ada laporan yang
mengatakan wakil mereka berpuas hati dengan penerangan ketua pegawai
eksekutif 1MDB yang jelas bermasalah.


Beberapa hari lepas saya ada membaca wakil mereka memberikan masa
sehingga 1 Jun 2018 untuk kerajaan mengemukakan Indeks Prestasi Utama
(KPI) kepada rakyat.


Bagi saya ia tempoh yang terlalu singkat dan tidak berasas. PAS telah
ditolak di kebanyakan tempat di Malaysia (melalui keputusan PRU14)
kecuali di Pantai Timur dan Kedah.


Ini bermakna mereka juga perlu bekerja untuk menjadi relevan semula kepada rakyat Malaysia.


Atas sebab inilah saya fikir pentingnya ada kumpulan pendesak
daripada rakyat - tidak kiralah mahasiswa, aktivis sosial atau rakyat
biasa. Kekosongan ini perlu diisi supaya kerajaan sentiasa dapat disemak
imbang.




Masalahnya, kebanyakan pengkritik kerajaan terdahulu adalah penyokong
kerajaan pada hari ini, bermakna kebarangkalian untuk mereka bangkit
mengkritik kerajaan amatlah rendah.


Lebih-lebih lagi jika mereka mempunyai jawatan, pastinya mereka akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kedudukan itu.


Dr Mahathir pernah berkata, Melayu mudah lupa. Saya fikir Melayu atau
rakyat Malaysia pada hari ini tidaklah lagi boleh menjadi kelompok
pelupa.


Kita harus ingat mengapa pada PRU14 HARAPAN dipilih sebegai
pemerintah. Pastinya kerana inginkan perubahan yang lebih baik.
Perubahan itu sukar berlaku jika kita mewarisi sifat pelupa.



RAHMAN IMUDA ialah aktivis mahasiswa.


Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Dr M rancang kurangkan hutang negara sebanyak 20 peratus

Dr M rancang kurangkan hutang negara sebanyak 20 peratus: Langkah pertama adalah memastikan Malaysia mampu bayar hutang itu dan kurangkan jumlah prinsipal yang telah dipinjam, katanya



Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad percaya beliau telah menemui
cara untuk mengurangkan hutang negara kepada kira-kira RM800 bilion
daripada jumlahnya sekarang sebanyak RM1 trilion.


Dalam satu temubual dengan stesen penyiar Voice of America, perdana menteri berkata rancangan itu sedang dibincangkan dengan rakan komponen Pakatan Harapannya yang memerintah.


"Kerajaan sebelumnya telah mengumpulkan sejumlah besar pinjaman dari
negara lain, dari bank asing dan malah juga dari sumber-sumber tempatan.


"Jadi, perkara pertama yang perlu kita lakukan, tentu saja, adalah
untuk memastikan bahawa kita mampu membayar pinjaman itu dan cuba
mengurangkan jumlah prinsipal yang telah dipinjam," katanya.


Dr Mahathir berkata kerajaannya kini menghadapi isu hutang besar
kerana ia telah mewarisi sistem kewangan yang telah "dimusnahkan" oleh
pendahulunya, Datuk Seri Najib Abdul Razak.


"Nah, semasa saya selama 22 tahun menjadi PM dahulu adalah agak mudah. ​​Saya mewarisi sistem yang sudah ada.


"Apa yang saya perlu lakukan adalah memperkenalkan idea-idea baru
supaya kita dapat mempercepat pertumbuhan dan pembangunan Malaysia.


"Tetapi di sini, saya berurusan dengan sebuah negara yang sebenarnya telah musnah. Sistem kewangannya telah musnah," tegasnya.


Katanya, sistem kerajaan telah diabaikan dan tidak digunakan dan satu
sistem baru, atau sebaliknya sistem autoritarian, telah diperkenalkan.


Menurut Menteri Kewangan yang baru, Lim Guan Eng, hutang negara -
yang mengikut takrifannya termasuk jaminan kerajaan bagi pembayaran
hutang pelbagai agensi serta pembayaran pajakan - kini berjumlah
RM1,087.3 bilion, atau 80.3 peratus daripada KDNK, pada 31 Dis 2017.


Kadar hutang Putrajaya meningkat dengan pesat sejak Datuk Seri Najib
Razak mengambil alih kuasa pada 2009. Bagaimanapun, beliau mendakwa
nisbah hutang kepada KDNK yang dibekalkan oleh pentadbirannya adalah
tepat dan mematuhi piawaian antarabangsa.


Beliau juga menuduh pentadbiran sekarang mentakrifkan semula hutang
negara untuk tujuan politik dengan mengorbankan keyakinan pelabur.


Menurut VOA, Mahathir juga menolak tanggapan bahawa dia memikirkan
semula untuk menghapuskan undang-undang Antiberita Tidak Benar, iaitu
janji utama pakatan Harapannya menjelang pilihan raya umum pada 9 Mei.


Bagaimanapun, beliau berkata beberapa kawalan perlu dikekalkan terhadap media untuk mengelak berlaku ketegangan kaum.


[Baca berita penuh]


Anwar Ibrahim: Pidato Perdana Di Permatang Pauh


 

Anwar gesa media berhenti mengampu k'jaan

Susan Loone  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa media supaya menjadi
suara rakyat dan bukan pengampu kerajaan dalam memainkan peranan semak
dan imbang di negara ini.


"Memang baru-baru ini rasa sangat gembira semua sokong Pakatan Harapan (HARAPAN).


"Tapi setelah keadaan reda media berhak menegur dan mengkritik
kerajaan negeri dan persekutuan," katanya pada ceramah pertamanya di
Permatang Pauh sejak mendapat pengampunan diraja 15 Mei lalu.


Kata Anwar lagi, media sebelum ini mengampu pemimpin dengan memberi gambaran palsu tentang isu seperti pendidikan dan ekonomi.


“Pemimpin terbaik di dunia. Ekonomi terbaik di dunia. Pendidikan?
Terbaik di dunia. Kesihatan? Terbaik di dunia. Pertanian? Terbaik di
dunia. Kilang? Terbaik di dunia. Gaji? Terbaik di dunia.


“Haprak, penipu semuanya. Sebab itu kita mesti terima kenyataan…
media seperti mana suara rakyat harus bebas untuk memberikan pandangan
dan teguran dan pemimpin tidak harus bertindak melenting seperti
pemimpin Umno,” katanya.


Anwar berkata beliau sendiri tidak terlepas daripada kritikan apabila
media melaporkan beliau menaiki kapal terbang kerajaan untuk ke
Kelantan bersama isterinya, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail dan anak-anak mereka.


Beliau kemudian menjelaskan bahawa beliau hanya sekadar menemani Wan
Azizah kerana bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Anis Tengku Abdul
Hamid menjemput mereka sekeluarga berkunjung ke istana di Kota Bahru.


[Baca berita penuh]


Friday, May 25, 2018

Siapakah SUAMI Siti Kassim ?


 

Berita Menarik Hari Ini: 24 Mei 2018


 
Published on May 24, 2018

Rangkuman Berita Hari Ini:
Polis sedang buru Musa Aman
ECRL bukan pelaburan tapi pinjaman
Azeez Abd Rahim letak jawatan Penegerusi Tabung Haji
Skim Peduli Sihat ke seluruh negara
BERSIH tuntut anggota SPR letak jawatan

Perlis kena pilihan raya semula – mufti

Perlis kena pilihan raya semula – mufti: 'Mungkin dengan cara itu semua akan puas hati,” kata Asri Zainul Abidin.



Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin berpendapat Perlis harus
mengadakan pilihan raya semula susulan krisis menteri besar yang sedang
melanda.


“Nampaknya, macam Perlis kena buat pilihan raya semula.



"Mungkin dengan cara itu semua akan puas hati,” kata ahli agama yang sering memberikan pandangan politik.


Semalam, kesemua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis
memulaukan istiadat angkat sumpah Menteri Besar Azlan Man kerana mahukan
Datuk Ismail Kassim, adik pengerusi BN Perlis Datuk Seri Shahidan
dilantik ke jawatan itu.


Tindakan itu menyebabkan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail murka.


Baginda menegaskan tidak mahu seorang menteri besar boneka. Ismail
menafikan perkara itu dan mencadangkan nama lain selain beliau dan
Azlan.


Shahidan mendakwa kesemua sembilan ADUN BN tidak menyokong Azlan,
sekali gus bermakna mereka memperoleh majoriti penentu dalam dewan
negeri.


Termasuk Azlan, BN mempunyai sepuluh kerusi manakala lima lagi milik pembangkang.


Menulis di Facebook, Asri berkata jika pilihan raya raya baru dibuat, boleh membuka kemungkinan baru.



“Boleh pilih wajah-wajah yang baru dan bermutu tinggi dari semua pihak yang bertanding.



“Mana-mana jaguh yang ada kualiti tapi telah 'terkalah' di tempat lain, mungkin boleh datang bertanding di Perlis.



“Ada 15 kerusi untuk direbut. Maka, Perlis boleh dapat calon-calon terbaik.



“Di samping, isu-isu 1MDB dan yang sewaktu dengannya, mungkin boleh
menjadi panduan rakyat Perlis untuk membuat penilaian semula,” katanya.


LIVE: Sidang media Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkaitan skandal 1MDB


 

RM114 juta: 22 pegawai bank, 3 hari kira, 35 beg wang tunai, 26 mata wang

Alyaa Alhadjri  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Seri Amar Singh
berkata seramai 22 pegawai bank mengambil masa tiga hari bagi mengira 35
beg wang tunai yang dirampas daripada kediaman yang dikaitkan dengan
bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.


"Kita rampas 72 beg dan 35 daripadanya mengandungi wang tunai dalam
26 mata wang," katanya kepada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.


Amar berkata wang berkenaan dikira oleh 21 pegawai daripada Bank Negara dan seorang pegawai daripada Bank Islam.


Jumlah keseluruhan wang tunai adalah RM114 juta.


Nilai 37 beg yang lain yang mengandungi barang kemas dan jam masih belum dipastikan.


Pada 18 Mei lalu, polis merampas 72 beg dan 284 kotak beg berjenama dari kediaman di Pavilion Residences, Kuala Lumpur.


Sementara itu, Amar berkata gambar yang tular di media sosial yang didakwa memaparkan barangan rampasan adalah palsu.


Amar menggesa agar semua pihak tidak menyebarkan gambar palsu berkenaan.


Semalam, Umno mendakwa wang tunai berkenaan adalah baki dana kempen
pilihan raya yang sedang dalam proses untuk dipindahkan kepada
kepimpinan baru susulan peletakan jawatan Najib sebagai presiden.


[Berita lanjut menyusul] 





3 kondo mewah milik anak Najib, Tan Sri

Alyaa Alhadjri  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Polis mengesahkan dua daripada tiga unit kondominium mewah di tengah
Kuala Lumpur yang digeledah baru-baru ini milik anak Datuk Seri Najib
Razak, iaitu Nooryana dan Mohd Ashman.


Satu unit lagi, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh, dimiliki seseorang yang bergelar Tan
Sri.


Bagaimanapun identiti Tan Sri terbabit tidak didedahkan.


Amar Singh berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan sama ada
kediaman mewah di Pavilion Residence itu mempunyai kaitan dengan bekas
perdana menteri terbabit.


"Ia akan jadi sebahagian daripada siasatan. Saya rasa tidak wajar untuk saya mengatakannya sekarang," katanya.


Amar Singh berkata demikian dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.


Polis Bukit Aman menggeledah tiga kediaman mewah yang terletak di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur pada 18 Mei lalu.


Hasil penggeledahan itu polis merampas 72 beg berisi wang tunai serta
barangan berharga, selain 284 kotak beg tangan berjenama mahal.


Amar mendedahkan daripada 72 beg itu, 35 mengandungi wang tunai dalam 26 mata wang dengan nilai keseluruhan RM114 juta.


Nilai bagi barangan kemas serta jam yang terkandung dalam beg lain, katanya, belum disahkan.


[Baca berita penuh]





LIVE: Sidang media Ketua Polis Negara


 

Pulangkan wang pada Umno? Ikut undang-undang, kata polis

Annabelle Lee  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata polis akan
mengikut proses dalam siasatan berhubung wang yang dirampas dari
kediaman bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.


Fuzi berkata demikian ketika ditanya berhubung gesaan Umno agar wang berkenaan dipulangkan kepada parti itu.


"Ada proses dan cara tuntutan itu. Kita mesti mengikut proses yang diperuntukkan oleh undang-undang.


"Siasatan masih berjalan dan mungkin kita memerlukan masa.


"Tapi kita tidak boleh bertindak sebarangan, kita perlu mengikut
saluran dan proses undang-undang," katanya kepada sidang media selepas
acara mengagihkan kuih hari raya di ibu pejabat polis di Bukit Aman,
Kuala Lumpur.


Semalam, Umno berkata wang berkenaan sedang dalam proses untuk
diserahkan kepada pimpinan baru susulan peletakan jawatan Najib sebagai
presiden parti.


"Kita kesal apabila dana dan baki sumbangan kempen dirampas polis
ketika dalam proses menyerahkannya kepada pemangku kepimpinan Umno
selepas peletakan jawatan beliau sebagai presiden Umno dan BN," kata
parti itu dalam satu kenyataan.


Malay Mail sebelum ini melaporkan Najib yang membuat laporan polis mendakwa wang yang dirampas itu merupakan sumbangan kempen pilihan raya.


Sementara itu, Mohd Fuzi berkata siasatan polis ke atas 1MDB sedang
berjalan dan menambah bahawa pihaknya sedia bekerjasama dengan pihak
berkuasa lain untuk menyiasat skandal berkenaan.


"Kita sedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk pasukan khas 1MDB dan Majlis Penasihat Kerajaan yang ditubuhkan kerajaan.


"Kita memang sudah jalankan siasatan sebelum ini, kita akan sambung," katanya.


Mohd Fuzi bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkembangan siasatan polis ke atas 1MDB.


"Yang itu saya tak boleh dedahkan, terlalu awal untuk saya ulas apa-apa," katanya.


'Perlis contoh kenapa anak muda meluat pada Umno'

'Perlis contoh kenapa anak muda meluat pada Umno': Kata ketua Puteri Umno apa yang berlaku berpunca daripada perebutan kuasa yang tidak berkesudahan.



Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 
 Krisis kepemimpinan Perlis bukan saja meresahkan orang ramai tetapi
turut menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pemimpin Umno.


Ketua Puteri Umno Malaysia misalnya berpendapat apa yang berlaku di
Perlis hari ini akan memberi kesan buruk kepada parti berkenaan.


Menurut Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada umumnya Perlis bukanlah
kawasan yang besar berbanding negeri-negeri lain dalam Malaysia.


Kata anggota parlimen Masjid Tanah, Melaka itu dalam keadaan demikian sepatutnya pemimpin dan rakyat Perlis boleh berpakat.


"Negeri sebesar daerah (saja) tapi ada DUN (dewan undangan negeri),
MB (menteri besar), ahli parlimen di kalangan Umno dan ada Raja, Perlis
sepatutnya sepakat," katanya melalui Twitter.


Perlis menjadi sebutan hari ini apabila berlaku krisis kepemimpinan
ekoran pelantikan Datuk Seri Azlan Man sebagai menteri besar.


Azlan mengangkat sumpah jawatan di depan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.


Saling rebut kuasa


Namun sembilan daripada anggota dewan undangan negeri (ADUN) Umno
tidak hadir di majlis berkenaan, berbanding tiga Pakatan Harapan dan dua
PAS.


Perlis mempunyai 15 kerusi DUN dan tiga kerusi parlimen.


Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim kemudian memohon Raja Perlis supaya tidak campur tangan dalam pentadbiran negeri.


Mengulas tindakan Datuk Seri Azlan Man yang pagi tadi mengangkat
sumpah jawatan sebagai menteri besar negeri itu, beliau berkata
keputusan berkenaan dibuat tanpa mendapat sokongan majoriti ADUN Perlis.


Untuk rekod Shahidan pernah menjadi menteri besar Perlis sebelum dibawa ke parlimen menjadi menteri.


Selepas PRU ke-14 berakhir, Shahidan mencadangkan nama adiknya Datuk Ismail Kassim sebagai calon menteri besar baru negeri itu.


Ismail ialah ADUN Tambun Tulang.


Perlis menjadi negeri terakhir menyaksikan pelantikan menteri besar selepas PRU ke-14.


Mas Ermieyati berkata apa yang berlaku bepunca daripada sikap berebut kuasa.


"Disebabkan sikap berebut kuasa yang tak pernah habis, Perlis sekadar
negeri contoh mengapa anak muda meluat dengan Umno. #berubahlah,"
ciapnya.


Thursday, May 24, 2018

Fakta di sebalik hutang RM1 trilion negara

Fakta di sebalik hutang RM1 trilion negara: Hutang kerajaan persekutuan adalah RM686.8 bilion iaitu 50.8 peratus daripada KDNK.





Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini membidas bekas perdana
menteri Datuk Seri Najib Razak yang membidas pengumuman kerajaan
sekarang bahawa hutang negara sekarang berjumlah RM1 trilion.


Najib dilaporkan berkata kenyataan itu "hanya akan menimbulkan
keraguan terhadap pasaran kewangan, mengejutkan agensi penarafan kredit
dan menjejaskan keyakinan pelabur dalam institusi negara seperti Bank
Negara Malaysia".


“Izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan liabiliti
bernilai RM1 trilion pada 31 Dis, 2017, seperti yang diumumkan sebelum
ini.


"Pertamanya, hutang kerajaan persekutuan adalah RM686.8 bilion iaitu 50.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).


"Selain itu, kerajaan juga perlu membayar jaminan kerajaan kepada
pelbagai entiti yang gagal untuk membayar hutangnya. Jumlah ini adalah
sebanyak RM199.1 bilion (14.6 peratus daripada KDNK).


"Antara jaminan itu melibatkan entiti seperti Danainfra Nasional Bhd.
(RM42.2 bilion), Govco Holdings Bhd. (RM8.8 bilion), Prasarana Malaysia
Bhd. (RM26.6 bilion), Malaysia Rail-link Sdn. Bhd. (RM14.5 bilion)
serta dianggarkan RM38 bilion untuk 1MDB," katanya.





Menurut Lim, selain jumlah berkenaan, kerajaan juga dikehendaki untuk
menjelaskan pelbagai pajakan untuk pelbagai projek awam swasta seperti
pembinaan sekolah, balai polis, jalan raya serta lain-lain yang
berjumlah RM201.4 bilion (14.9 peratus daripada KDNK).


Katanya, meskipun tampuk kepemimpinan kerajaan persekutuan sudah
berubah, namun tanggungjawab dan komitmen terhadap kewangan negara
adalah masih sama.


"Dalam tempoh jangka pendek, keputusan untuk memberi kebenaran
mungkin menimbulkan ketidak selesaan kepada (bekas perdana menteri)
Datuk Seri Najib Razak.


"Bagaimanapun, kita percaya bahawa dalam tempoh sederhana, dengan
mengakui situasi hutang hari ini, kerajaan dapat mengambil langkah
konkrit untuk mengawal selia dan mengukuhkan kedudukan kewangan,"
katanya.


Menurut Lim, kerajaan baru Pakatan Harapan akan melaksanakan
pentadbiran berdasarkan prinsip-prinsip kecekapan, akauntabiliti dan
ketelusan (CAT).


“Kami mahu menubuhkan garis dasar sebenar mengenai keadaan kewangan,
mendiagnosis masalah dan kemudian mencadangkan semua tindakan yang perlu
diambil,” katanya.


[Baca kenyataan penuh Lim]

Sidang akhbar Shahidan Kassim


 
Published on May 24, 2018

TVKosmo! Sidang akhbar penuh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim di Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur petang tadi berhubung pelantikan Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

TERKINI : "Lembaga 1MDB Akui Syarikat Tak Mampu Bayar Hutang" - Guan Eng


 
Published on May 23, 2018

Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengesahkan bahawa syarikat itu ‘bankrap’ (insolvent) dan telah tidak mampu membayar hutang.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, bekas Ketua Pegawai kewangannya (CFO), Azmi Tahir juga telah menulis surat kepada Kementerian Kewangan pada Mac 2018 menyatakan 1MDB tidak berupaya membayar faedah yang tarikh akhir pembayaran pada April dan Mei 2018.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

Shahidan isytihar Azlan Man sebagai MB Bebas


 
Published on May 24, 2018

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim, hari ini menuntut Datuk Seri Azlan Man yang mengangkat sumpah jawatan menteri besar Perlis pagi ini dipecat serta-merta.

Pada sidang akhbarnya di Kuala Lumpur, beliau berkata Azlan sepatutnya tidak terima pelantikan itu kerana tak mendapat sokongan majoriti.

Beliau juga berkata, dirinya selaku pengerusi Umno Perlis telah memecat keanggotaan Azlan dan sedang menunggu pengesahan pemecatan daripada Umno Pusat.

Shahidan berkata demikian pada sidang media itu yang turut dihadiri oleh sembilan ADUN BN Perlis yang gagal hadir pada majlis mengangkat sumpah jawatan itu pagi ini.

JMM adu salah laku Dr M pada SPRM


 
Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menyerahkan satu memorandum kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar dapat menyiasat salah
laku Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Wednesday, May 23, 2018

Anwar Ibrahim Mengaku Sempat Tak Percaya dengan Mahathir


 
Published on May 22, 2018

Anwar Ibrahim menceritakan awal mula dirinya diajak oleh Mahathir Mohamad untuk membangun reformasi Malaysia. Mahathir menemui Anwar di penjara untuk meminta maaf dan mengajak untuk melawan pemerintahan Najib Razak. Awalnya Anwar mengaku tidak percaya dengan Mahathir. Tapi setelah merenung dan berdiskusi dengan beberapa kolega Anwar pun melihat kesungguhan Mahathir yang ingin reformasi terjadi di Malaysia.

Kementerian Kewangan: Arul Kanda tak boleh dipercayai

Kementerian Kewangan: Arul Kanda tak boleh dipercayai: Menteri arahkan kedudukannya sebagai presiden 1MDB disemak semula.





Kementerian Kewangan: Arul Kanda tak boleh dipercayai

Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Menteri Kewangan Lim Guan Eng menuduh presiden merangkap ketua
pegawai eksekutif (CEO) 1MDB “tidak jujur dan tidak boleh dipercayai”.


Kenyataan itu dibuat selepas Arul memberi taklimat padanya berkaitan
kedudukan syarikat pelaburan itu, yang tidak memuaskan hati kementerian.



“Saya dapati Arul kanda sama sekali tidak jujur dan tidak boleh dipercayai.



“Saya telah mengarahkan penasihat undang-undang Kementerian Kewangan
untuk menyemak semula kedudukannya sebagai presiden 1MDB,” katanya dalam
sidang media di Putrajaya hari ini.


Menurut Lim, Arul Kanda memberitahunya beliau tidak pasti berkaitan
nilai pelaburan “unit dana” AS$2.5 bilion (RM9.8 bilion) atau sama ada
ia benar-benar wujud.


Katanya, reaksi Arul itu amat mengejutkan kerana beliau telah
menjelajah negara dan berceramah tentang daya mahu 1MDB dan pelaburan
baiknya.


Malaysiakini telah menghubungi Arul dan sedang menunggu maklum balasnya.


[Baca berita asal]


'Pengarah 1MDB mengaku unit dana RM9.8b adalah penipuan'

'Pengarah 1MDB mengaku unit dana RM9.8b adalah penipuan': CEO pula berkata “tidak tahu menahu” dengan kedudukan kewangan syarikat, menurut Lim.





'Pengarah 1MDB mengaku unit dana RM9.8b adalah penipuan'

Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata seorang daripada pengarah
syarikat 1MDB mengaku bahawa pelaburan “unit dana” AS$2.5 bilion (RM9.8
bilion) adalah penipuan semata-mata.


Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat syarikat pengarah
1MDB Norazman Ayob dan Kamal Mohd Ali, presiden dan ketua pegawai
eksekutif (CEO) Arul Kanda Kandasamy, bekas ketua pegawai kewangan (CFO)
Azmi Tahir dan bekas peguam syarikat Ivan Chen.


“Lembaga pengarah, yang membekalkan minit mesyuarat lembaga pengarah
1MDB kepada kementerian, mendakwa mereka berulang kali mempertikaikan
nilainya dan malah kewujudan pelaburan ini semasa mesyuarat bulanan
lembaga pengarah.


“Ini kerana pengurusan 1MDB berulang kali gagal membekalkan lembaga
pengarah dengan sebarang bukti kewujudan pelaburan ini lebih dua tahun.


“Kamal Mohd Ali menggelar pelaburan ini sebagai 'penipuan',” kata Lim dalam sidang media di Putrajaya hari ini.


1MDB sebelum ini mendakwa mempunyai AS$2.5 bilion “unit dana” yang
disimpan oleh anak syarikatnya Brazen Sky Ltd dan AS$1.56 bilion lagi
dalam sebuah lagi anak syarikatnya 1MDB Global Investment Ltd (1MDB
GIL).


Bagaimanapun, Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mendakwa “unit
dana” itu “tidak bernilai” dan hanya bertujuan mengaburi wang yang telah
dicuri.


Dalam pembentangan sama, Arul Kanda, yang sebelum ini menegaskan wang
itu ada dan untuk digunakan 1MDB bagi membayar hutang, kini berkata
tidak pasti.


Beliau juga berkata “tidak tahu menahu” dengan kedudukan kewangan syarikat, menurut Lim.


“Arul Kanda ketika ditanya, mengetengahkan beliau cuma menghabiskan bagi perkhidmatannya sehingga kontrak tamat pada Jun 2018.


“Justeru, beliau mendakwa tidak tahu menahu berkaitan situasi keadaan syarikat,” kata Lim.


Kerajaan baru Pakatan Harapan mendakwa pentadbiran BN sebelum ini cuba menutup skandal berbilion ringgit 1MDB.


[Baca berita asal]


''Jangan Hantar Hadiah'' - Tun Siti Hasmah


SIDANG MEDIA MENTERI PERTAHANAN MAT SABU DIHARI PERTAMA BERTUGAS


Pandangan Dr Danial berkenaan DAP di Pulau Pinang


Pandangan Ust Dr Danial Terhadap Tun M & Dr Mazlee


Tuesday, May 22, 2018

LIVE: Maszlee Malik di hari pertama sebagai Menteri Pendidikan


 


Sidang Media Khas Menteri Kewangan


 

Guan Eng: Tiada lagi ‘fail sulit merah’ kewangan negara

Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   

Pegawai-pegawai kanan Kementerian Kewangan mendakwa mereka dihalang
daripada mengakses "fail sulit merah" tertentu oleh pentadbiran BN
sebelum ini ketika menjalankan kewajipan profesional mereka dengan
integriti.


Perkara ini didedahkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang
berkata beliau menerima aduan itu semasa beberapa siri mesyuarat awal
hari ini dengan semua pegawai kanan perbendaharaan, yang diketuai oleh
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Kewangan, Datuk Siti
Zauyah Mohd Desa.


Sejak memulakan tugas pada hari pertama di pejabat pagi ini, Lim
berkata beliau juga berjumpa dengan Ketua Audit Negara Tan Sri Madinah
Mohamad dan pasukan pegawainya.


"Kedua-dua mereka memberi taklimat kepada saya mengenai status semasa
kewangan negara dan apa yang mengejutkan adalah bahawa mereka dilarang
mengakses akaun dan laporan tertentu.


"Terdapat juga aduan bahawa 'fail sulit merah' tertentu hanya boleh
diakses oleh orang tertentu, yang menghalang pegawai dan juruaudit
menjalankan kewajipan profesional mereka dengan integriti," kata Lim
pada sidang akhbar di kementerian kewangan hari ini.


Beliau berkata kerajaan sebelum ini telah memperdaya orang awam
mengenai beberapa perkara kontroversi terutama berkaitan 1Malaysia
Development Berhad (1MDB), malah telah menyalahlaporkan mengenai
kedudukan kewangan negara di Dewan Rakyat.


"Siasatan dan pencarian yang mendalam serta menyeluruh masih
dilakukan bagi mendapatkan data dan maklumat kewangan yang berkenaan.


"Saya juga telah mengarahkan supaya semua akaun dibuka kepada
perbendaharaan dan ketua audit negara bagi membolehkan mereka
menjalankan tugas dengan telus dan berkesan.


"Kedua-dua perbendaharaan dan ketua audit negara akan meneruskan
pencarian fail berkenaan bagi memberi gambaran lebih jelas kepada
kerajaan persekutuan mengenai kedudukan kewangan negara," katanya.


Mengulas lanjut, Lim berkata di sebalik semua cabaran, beliau optimis dan yakin untuk memulihkan kembali kewangan negara.


"Kewangan Malaysia dan sistem perbankan kekal meyakinkan dan berdaya
tahan. Tambahan, pinjaman tidak berbayar (NPL) mewakili kurang satu
peratus daripada keseluruhan portfolio pinjaman.


"Asas ekonomi negara kekal kukuh, justeru sebaik sahaja kita mampu
membersihkan kewangan kerajaan, kita akan mampu mengukuhkan lagi
keyakinan pelabur dan orang awam kepada Malaysia," katanya.


[Baca berita penuh]

Misi Maszlee sebagai menteri pendidikan

Misi Maszlee sebagai menteri pendidikan: WAWANCARA | Maszlee berkata mahu menghubungkan sekolah aliran berbeza yang terpisah dan mereformasikan pembelajaran agama.



Misi Maszlee sebagai menteri pendidikan

Wartawan Malaysiakini  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 

WAWANCARA | Tidak melihatnya
sebagai masalah yang perlu diselesaikan, Menteri Pendidikan baru Maszlee
Malik percaya dengan kaedah memanfaatkan kekuatan sistem pendidikan
sedia ada yang berbeza-beza.


Walaupun terlalu hijau dalam politik - bekas ahli akademik itu
menyertai BERSATU hanya tiga bulan lalu - Maszlee yakin mampu menjaga
sistem sekarang dan pada masa sama mengembangkan kaedah bagaimana
sekolah yang pelbagai jenis dapat berkerjasama ke arah kebaikan.


Dalam wawancara pertamanya sejak dinamakan untuk portfolio itu Jumaat
lalu, Maszlee menjelaskan rancangannya untuk "menghubungkan" aliran
sekolah yang berlainan serta kaedah rundingan dalam aspek tadbir urus.


"Saya di sini bukan untuk memaksakan peraturan atau regimentasi terhadap sekolah.


"Apa saja aliran sekolah yang kita ada, visi saya adalah untuk cuba menghubungkan antara satu sama lain.


"Kita ingin meraikan perbezaan yang ada, jadikannya sebagai kekuatan
bukan kelemahan, dan jadikannya faktor penyatuan bukan perpecahan,"
katanya kepada Malaysiakini dalam wawancara di rumahnya.


Selain sekolah kebangsaan di mana bahasa Melayu menjadi medium
pengajaran, sistem pendidikan Malaysia turut terdiri daripada sekolah
jenis kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah agama, pendidikan di rumah (homeschool) serta pelbagai sekolah antarabangsa dan swasta.


Berbanding memansuhkan sekolah vernakular seperti yang dicadangkan
sesetengah pihak, Maszlee yakin cara yang lebih baik untuk memupuk
semangat muhibah dan kesatuan adalah dengan mewujudkan kerjasama antara
sekolah berbeza aliran.


"Misalnya, saya ingin melihat sekolah agama dan sekolah Cina
mengadakan program bersama; sekolah Tamil menyertai acara sekolah
mubaligh, sekolah antarabangsa berkerjasama dengan sekolah Orang Asal,"
katanya.


Beliau juga membangkitkan pewujudan masyarakat yang fasih banyak
bahasa tetapi tidak menjelaskan sebarang kaedah secara spesifik.


"Salah satu kekuatan Malaysia adalah kita hidup dalam masyarakat
pelbagai bahasa. Kita perlu raikannya dan gunakan sebagai kekuatan dan
menyemai budaya masyarakat pelbagai bahasa.


"Untuk melakukannya, kita perlu jadikan pembelajaran bahasa sesuatu yang menyeronokkan," katanya lagi.


Maszlee yang berdarah Melayu-Cina menghantar anak-anaknya ke sekolah jenis kebangsaan Cina.


Pengajian Islam yang lebih moderat


Maszlee yang juga ilmuwan Islam mahu mereformasikan pengajian Islam di negara ini, bermula di sekolah Tahfiz.


"Kita perlu mengubahsuai wacana Islam arus perdana yang diamalkan
umat Islam di Malaysia, kita perlu membawa unsur yang lebih moderat dan
progresif.


"Kita akan cuba memastikan pelajar, bukan sahaja di tahfiz tetapi di
semua sekolah, akan belajar untuk saling hormat-menghormati tanpa
mengira kaum dan agama," katanya lagi.


Sebelum menyertai BERSATU, Maszlee merupakan pensyarah kanan di
Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh, Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan,
UIA di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


Beliau mendapat ijazah sarjana muda dari Universiti al-Bayt, Jordan
dalam bidang fiqh dan usul fiqh, sebelum menyambung pengajian peringkat
sarjana di Universiti Malaya untuk bidang yang sama.


Pada 2011, beliau mendapat ijazah kedoktoran di School of Governments
and International Affairs (SGIA) di University of Durham, United
Kingdom.


Beliau pernah terlibat dalam badan seperti institut Hal Ehwal Ekonomi
dan Demokrasi (IDEAS), Penang Institute dan menjadi felo di Institute
of Southeast Asian Studies (Iseas) University of Singapore.


Mengulas lanjut, Maszlee berkata sesetengah mata pelajaran, seperti
Bahasa Malaysia dan Sejarah, akan diseragamkan untuk sekolah tahfiz, dan
lepasan sekolah itu akan ditawarkan kursus dalam lapangan vokasional
dan semivokasional agar mereka bersedia memasuki alam pekerjaan.


Soal pengawalan dan keselamatan di sekolah tahfiz - soal yang menjadi
tumpuan seluruh negara selepas tragedi kebakaran di sebuah sekolah dan
kematian seorang murid di sebuah lagi tahfiz akibat didera guru - juga
akan diberi tumpuan.


"Infrastruktur sekolah tahfiz perlukan pengawalan, itu sudah ada...tetapi kita perlu penguatkuasaan.


"Penguatkuasaan sepatutnya bukan saja oleh Kementerian Pendidikan
tetapi semua agensi, termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat," katanya
lagi.


[Baca berita asal]


Pembongkaran 1MDB oleh Datuk Seri Mohd Shukri Abdull


 

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk
Seri Mohd Shukri Abdull hari ini membuat pembongkaran berhubung skandal
1Malaysia Development Berhad selepas beliau bersara wajib daripada SPRM
pada 4 Oktober 2016.

Bos SPRM bongkar cerita - Sekilas Fakta 22 Mei 2018


 

Shukri: NYPD lindung saya daripada ‘gangguan’

Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 
Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu dilantik, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mendedahkan

bahawa beliau menjadi mangsa ‘gangguan’ ketika menyiasat jejak wang 1MDB pada tahun 2015.


Menurutnya, pada 31 Mei 2015 beliau berlepas ke Washington bagi
mendapatkan perlindungan bagaimanapun memaklumkan kononnya beliau akan
ke Arab Saudi.


"Saya ubah haluan dan ditularkan yang (kononnya) saya akan ke Arab
Saudi menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran merah kepada saya
di Jeddah dan dimaklumkan saya akan ditangkap di sana.


"Di Washington pula ada orang ikut saya, pasukan saya ambil gambar
dan hantarkan pada saya kemudian saya hantarkan kepada bekas Ketua Polis
Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan memaklumkan untuk cari pegawai yang
lebih bijak untuk ikut saya...


“Bukan dia ikut saya tetapi saya ikut dia," katanya pada satu sidang akhbar hari ini.


Shukri, sebelum ini adalah timbalan ketua pesuruhjaya (operasi) SPRM.


"Secara kebetulan, saya berkawan dengan Jabatan Polis New York (NYPD). Mereka lindungi saya selama seminggu.


"Mereka bekalkan saya dengan tiga pengawal peribadi," katanya.


Namun, menurut Shukri beliau bukan satu-satunya pegawai SPRM yang ditekan ketika itu.


Di tanah air, katanya, dua pegawai SPRM ditangkap oleh polis, manakala beberapa pegawai tinggi lain disoal-siasat.


"Di Washington, saya menangis seperti kanak-kanak ... Saya rasa
bersalah, anak buah saya ditangkap, sedangkan saya berada di Amerika
Syarikat," kata Shukri dengan penuh emosi.


Beliau kemudian membuat beberapa panggilan telefon kepada
menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri
Shahidan Kassim dan Datuk Paul Low untuk meminta anak buahnya itu
dilepaskan.


Shukri berkata walaupun diberi jaminan oleh Shahidan melalui mesej
bahawa pegawainya akan dikembalikan dan dilepaskan, namun beliau tidak
mempercayai janji menteri berkenaan.


Shukri membalas mesej itu, “Saya tidak percayakan janji anda, janji politik, I nak you
buat segera, jika tidak saya akan kembali dan menggunakan kuasa saya
untuk menahan pegawai yang mengeluarkan surat pertukaran kepada
pegawai-pegawai”.


Shukri berkata beliau tahu kesannya amat besar jika beliau berbuat
demikian tetapi semua itu dilupakan kerana tindakan itu dibuat demi
negara.


Shukri berkata sekembalinya beliau ke Malaysia, beliau berjumpa
dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan beliau bersetuju
untuk mengembalikan pegawai-pegawainya.


Shukri berkata usaha untuk mendedahkan kes ini tidak terhenti
walaupun menerima ugutan demi ugutan malah beliau dan Abu Kassim
berpecah untuk berjumpa dengan beberapa menteri bagi meyakinkan mereka
bahawa RM42 juta dan RM2.6 bilion adalah kes yang benar.


“Jika sayangkan negara gantikan Najib dengan orang lain, namun hanya tiga menteri yang berani mendedahkan perkara itu,” katanya.


Shukri berkata pada peringkat akhir perkhidmatannya di SPRM pada 2016
beliau ada mendengar desas-desus mengenai pelantikan bekas Ketua
Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang akan mengambil alih
tampuk kepimpinan SPRM.


Beliau berkata pada ketika itu, Abu Kassim tiada pilihan dan terpaksa
mengundurkan diri dan terdapat cadangan timbalannya, Datuk Seri
Mustafar Ali menggantikan tempatnya namun ditolak.


Shukri berkata Dzulkifli, yang kemudiannya dilantik menerajui SPRM
sepatutnya membuat kajian menjadikan kes 1MDB lebih kuat (untuk
pendakwaan) dan bukannya melindungi pesalah.


"Ini merupakan satu pengkhianatan yang besar dan saya tidak akan
bekerja di bawah pengkhianat. Jadi saya mohon untuk berhenti awal dan
saya hanya ambil kursus Bahasa Arab sebagai alasan untuk keluar daripada
SPRM,” katanya.


Selain itu, Shukri juga mendedahkan bahawa ganguan terhadapnya, tidak berhenti setakat itu.


Malah katanya, peluru juga dihantar ke rumahnya.


"Ada peluru yang dihantar ke rumah saya, saya tidak beritahu sesiapa, termasuk isteri saya kerana tidak mahu mereka takut.


"Saya tidak membuat laporan polis kerana saya tidak mahu ia menjadi tular," katanya.


Shukri, bagaimanapun, enggan mendedahkan siapa yang membuat ancaman
terhadapnya, beliau sekadar berkata dirinya tahu siapa mereka.


Dalam pada itu, Shukri mendakwa terdapat seorang anggota Parlimen
dari utara yang mengganggu siasatan 1MDB dan mengajak beliau untuk
berunding berhubung perkara itu.


Anggota Parlimen: “You nak apa?, balas Mohd Shukri, “I nak
satu sahaja, jangan campur tangan dalam siasatan saya (1MDB), biar
saya selesaikan, Peguam Negara akan buat keputusan (berhubung perkara
ini).


“Sekali lagi awak datang (ganggu siasatan 1MDB), saya akan
tahan awak,” kata Shukri yang
menggelarkan anggota Parlimen berkenaan ‘raja wang tunai’.


Tanpa menamakannya,
Shukri berkata anggota Parlimen berkenaan merupakan orang suruhan yang
diarahkan untuk mengganggu siasatan kes itu.


Katanya selama setahun enam bulan kebelakangan ini Shukri
berkata beliau hanya menceritakan kepada rakyat secara kelompok
kecil-kecilan dan tidak membuat ceramah terbuka.


“Saya simpan perkara ini (tidak dedah kes sebenar 1MDB), sampai satu
masa Allah beri saya peluang pada hari ini untuk menceritakan perkara
sebenar,” katanya.

Monday, May 21, 2018

Video Sultan Johor di bazar Ramadan Bakar Batu


 

2018-05-21 16:16:19

Sultan
Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan berangkat ke bazar Ramadan
Bakar Batu, Johor Bahru untuk membeli juadah berbuka puasa semalam (20
Mei).

Baginda berangkat tiba pada pukul 5 petang dengan diiringi Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim.

Para pengunjung cukup teruja melihat Sultan Ibrahim bersama putera baginda membeli juadah secara santai.

Rata-rata mereka tidak melepaskan peluang bersalaman dan bergambar bersama Sultan Ibrahim dan Tunku Abdul Rahman.

Baginda meluangkan masa kira-kira 40 minit di bazar berkenaan sebelum berangkat pulang.

Read more at https://www.kinitv.com/video/61316O82#sIllez1ODvJqAlAT.99

LIVE: Istiadat angkat sumpah Menteri Kabinet di Istana Negara


 

Wan Azizah ketuai upacara angkat sumpah 13 menteri kabinet

Diterbitkan  | 
Dikemaskini



Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
mengetuai barisan 13 anggota Kabinet mengangkat sumpah jawatan dan setia
serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan
Muhammad V di Istana Negara hari ini.


Istiadat itu yang berlangsung di Singgahsana Kecil turut disaksikan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah
Mohamad Ali.


 

Istiadat
berkenaan bermula pada 5.45 petang dengan penerimaan surat cara
pelantikan oleh Dr Wan Azizah, yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat
(PKR), selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Wanita dan
Pembangunan Keluarga.
Beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri wanita yang pertama di negara ini.
Dr Wan Azizah melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum
menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan oleh Ketua
Hakim Negara Tun Raus Sharif dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali
Hamsa.
Turut mengangkat sumpah berkenaan ialah Presiden Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri
Dalam Negeri, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan
dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu sebagai Menteri
Pertahanan.
Anggota Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik pula mengangkat
sumpah sebagai Menteri Pendidikan, Anggota Parlimen Titiwangsa Rina Mohd
Harun (Menteri Pembangunan Luar Bandar), Timbalan Presiden PKR Datuk
Seri Mohamed Azmin Ali (Menteri Hal Ehwal Ekonomi), Ketua Wanita PKR
Zuraida Kamaruddin (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) dan
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke (Menteri
Pengangkutan).
Turut mengangkat sumpah ialah Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo
sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia, Naib Pengerusi DAP M
Kulasegaran (Menteri Tenaga Manusia), Timbalan Presiden Amanah
Salahuddin Ayub (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) dan Pengarah
Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad (Menteri Kesihatan).
Mereka masing-masing turut menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan oleh Raus dan Ali.
Istiadat itu berakhir dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Pada 10 Mei lepas, Dr Mahathir, 92, mengangkat sumpah sebagai Perdana
Menteri Malaysia ketujuh, sehari selepas Pakatan Harapan memenangi
Pilihan Raya Umum Ke-14 yang menyaksikan tamatnya pemerintahan 61 tahun
Barisan Nasional.
Dr Mahathir dijangka menamakan anggota Kabinet yang seterusnya secara berperingkat.
Selepas istiadat itu, Dr Mahathir dan anggota Kabinet dijadual
menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama Yang di-Pertuan Agong.
- Bernama

Pertemuan PM bersama warga Jabatan Perdan Menteri


 

Dr M ikrar kembalikan kegemilangan pentadbiran negara

Kow Gah Chie  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini




Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berikrar
mengembalikan kegemilangan pentadbiran negara, yang menurutnya suatu
ketika dulu pernah dianggap yang terbaik di kalangan negara Komanwel.
Dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), beliau
menyuarakan kekecewaannya apabila pentadbiran negara "tidak lagi
dipandang tinggi" negara lain.
"Saya kecewa kerana sebuah pentadbiran yang dahulu dikenali sebagai
terbaik dalam (negara) Komanwel (kerana mampu) menjalankan tugas dengan
baik dan melaksanakan segala program dengan berjaya, hari ini tidak lagi
dihormati dan dipandang tinggi.
"(Maka) menjadi tugas kita semua untuk memulihkan keadaan ini supaya
kembali menjadi sebuah negara yang ditadbir dengan baik dan berjaya,"
katanya.
Ini merupakan perhimpunan bulanan pertama Mahathir sejak kembali sebagai perdana menteri.
Seperti yang diumumkan Mahathir sebelum ini, hadirin tidak lagi disambut dengan slogan "salam 1Malaysia" yang menjadi kelaziman pentadbiran BN.
Lagu tema 1Malaysia yang sering dimainkan ketika perhimpunan bulanan
itu turut digantikan dengan "Keranamu Malaysia" dan "Malaysia Tanah
Airku".
Larangan untuk media tertentu daripada membuat liputan di JPM juga ditarik balik. Malaysiakini dan KiniTV dibenarkan memasuki bangunan JPM.
Mahathir turut membangkitkan kepentingan membersihkan salah laku pentadbiran terdahulu menurut undang-undang.
"Saya bersyukur kerana tiada banyak masalah berhubung kerjasama
daripada pegawai sedia ada, tetapi kita harus ingat yang salah tetap
salah.
"Sebarang perbuatan yang salah mesti diuruskan mengikut undang-undang," katanya lagi.
Sebagai sebuah negara demokrasi, katanya lagi, aspek pemisahan kuasa
antara eksekutif, legislatif dan kehakiman amat penting bagi memastikan
salah urus tadbir tidak berlaku.
"Ini kita mesti ingat, pentadbir menjadi tangan yang kuat dalam
melaksanakan urusan dan bangunkan negara. Pentadbiran mesti terdiri
daripada mereka yang baik dan tidak terpesong.
"Tanpa pemisahan (kuasa), satu pihak akan menguasai ketiga-tiga (aspek)," katanya lagi.
Beliau juga mendakwa jumlah hutang negara kini telah mencecah paras RM1 trilion, berbanding RM300 bilion pada masa dulu.
"Bagaimana untuk menyelesaikan hutang ini bergantung kepada usaha dan
daya kerja kita mengatasi cabaran. Untuk itu kita perlu berkerjasama,"
katanya lagi.

Sunday, May 20, 2018

FORUM LAPORAN PAC 1MDB | RAFIZI RAMLI | 14 APRIL 2016


Najib tiba di Pekan


 
Published on May 19, 2018

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak meninggalkan kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini, pagi ini dipercayai bagi menghadiri beberapa program rasmi di Pekan, Pahang.

Anggota Parlimen Pekan itu menaiki kereta Toyota Vellfire keluar pada 9.20 pagi dengan diiringi oleh kenderaan polis.

Setibanya di Pekan, Najib meninjau program bubur lambuk anjuran Pertubuhan Perkumpulan Wanita dan Ibu Tunggal daerah di perkarangan kediamannya di Sri Kenangan.

Media tempatan melaporkan yang ketua Umno Bahagian Pekan itu dijadual merasmikan mesyuarat cawangan-cawangan Umno Bahagian Pekan.

Pergerakan keluar Najib ke Pekan adalah yang pertama sejak beliau membatalkan rancangan untuk bercuti ke luar negara untuk berehat selepas pilihan raya umum pada 9 Mei, yang menyaksikan kerajaan BN pimpinannya tewas dan digantikan dengan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen daripada meninggalkan negara ini, sejak Sabtu lalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...