Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Showing posts with label Felda. Show all posts
Showing posts with label Felda. Show all posts

Sunday, February 12, 2017

Shahrir : RM4.3 bilion hasil FGV Lesap Hentah Ke mana?

Shahrir persoal mana RM4.3 bilion hasil FGV: Pengerusi Felda yang baru mempersoalkan ke mana baki RM4.3 bilion hasil penyenaraian FGV dibelanjakan.

Pengerusi Felda yang baru dilantik Tan Sri Shahrir Abdul Samad
mempersoalkan ke mana baki RM4.3 bilion hasil penyenaraian Felda Global
Ventures (FGV) dibelanjakan.

"Felda mendapat RM6 bilion hasil penyenaraian FGV iaitu harta bisnes
Felda. Daripada jumlah itu, RM1.7 bilion kita belanjakan sebagai durian
runtuh.

"Kita sampaikan kepada peneroka dan keluarga mereka iaitu RM15,000 satu keluarga dan ada bakinya RM4.3 bilion lagi.

"Jadi RM4.3 bilion ini mana pergi?," katanya, lapor Sinar harian.

Shahrir berkata kepada pemberita pada Program Gotong Royong Cegah
Wabak Denggi di Pangsapuri Taman Larkin Idaman A, di Johor Bahru
semalam.

Shahrir berkata perkara itu mengecewakan peneroka Felda yang begitu menyanjungi peranan agensi itu.

Katanya, di bawah laporan Ketua Audit Negara, kira-kira RM200 juta
dibelanjakan untuk pelbagai program dan ada yang dibuat tanpa kelulusan.

"Nak dapatkan balik, kita akan berusaha. Tapi tak mungkin kita dapat
balik RM200 juta pasal sudah habis. Dilaporkan dibuat macam-macam tanpa
kelulusan, protokol atau keadaan yang sepatutnya.

"Sebab itu tugas saya ialah cuba betulkan kedudukan kewangan Felda.
Duit bukan tiada, tapi ialah...mungkin disalah belanja," katanya.

Beliau berkata, menjadi tanggungjawabnya dan pengurusan Felda pada
hari ini untuk mengembalikan keyakinan di kalangan pengurusan kakitangan
lembaga tersebut.

"Ia bermula daripada dalam iaitu daripada Felda itu sendiri. Jadi itu tugas saya sebagai pengerusi Felda," katanya.

Komen :

Sebagai nama peneroka FELDA yang bersama-sama membanting tulang mengait dan memikul setiap tandan kelapa sawit di kebun untuk 2 kali dalam sebulan. Jika hasil memuaskan adalah sebulan dapat lebih kurang RM2500 sebulan. Jika dulu pada tahun 1972 mula masuk Felda dengan pokok sawit yang masih kecil, masih lagi ikut sistem blok... Setelah bayar duit makan kat kedai PNF adalah baki RM30.00 sebulan. Kini setelah diberi hak milik dan geran... Hidup peneroka masih lagi tetap peneroka. Yang hampanya ... 0rg yang tak kait, tak pikul tandan .. Lebih kaya daripada peneroka yang bertitik peluh. Siapa sebenarnya yang BERJASA antara peneroka FELDA atau kerajaan? Tepuk dada tanya selera.


Monday, November 21, 2016

Kami Orang FELDA AKUR ajer : ontrak Felda bernilai RM148m dimeterai tanpa kebenaran

Kontrak Felda bernilai RM148m dimeterai tanpa kebenaran:
LiDAR bukanlah satu-satunya isu yang diketengahkan oleh laporan audit sebagai terdapat kesalahan.

                              http://mk-cdn.mkini.net/1059/124eb82861f43e5a0cfd5a5efc4a6b48.jpg
Jabatan Audit Negara hari ini mendedahkan kontrak perolehan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bernilai RM148.42 juta telah ditandatangani tanpa kebenaran yang sah.
Ia melibatkan sejumlah 64 kontrak untuk perolehan 'light detection and ranging' (LiDAR) yang didakwa ditandatangani oleh pengarah jabatan pengurusan tanah tanpa kebenaran.
Tiada penilaian terhadap prestasi kewangan telah dijalankan ke atas kontrak-kontrak ini - 16 kontrak bernilai RM11.4 juta pada tahun 2013 dan 48 kontrak bernilai RM38.72 juta pada 2014.
"Pengumpulan data LiDAR oleh Bumitouch Sdn Bhd 2013-2015 telah dijalankan," kata Laporan Audit Negara 2015 (Siri 2) yang dibentangkan di Parlimen, hari ini.
"Bayaran penuh daripada RM40.57 juta bagi 53 daripada 64 kontrak dengan Bumitouch telah dibuat walaupun serahan daripada LiDAR tidak diterima sepenuhnya.
"Kerja-kerja telah dimulakan antara 39 hingga 136 hari sebelum pelantikan kontraktor diluluskan untuk 45 daripada 64 kontrak LiDAR bernilai RM33.83 juta," menurut pendedahan tersebut.
Kerja-kerja tersebut telah dijalankan berdasarkan rangka kerja yang dimeterai oleh pengarah yang tidak diberi kuasa untuk menandatangani, tambahnya.
"Penggunaan teknologi LiDAR untuk tujuan penanaman semula tidak dapat dimulakan kerana serahan untuk tempoh Oktober 2013 hingga Mei 2015 dalam bidang berkaitan tidak diterima sepenuhnya.
LiDAR bukanlah satu-satunya isu yang diketengahkan oleh laporan audit sebagai terdapat kesalahan. Ia mengenal pasti beberapa perolehan dan kontrak lain selepas mengaudit 15 anak-anak syarikat Felda.
Laporan audit menunjukkan bayaran penuh sebanyak RM40 juta telah dibuat walaupun kontrak bagi pelan tindakan projek jalur lebar Felda tidak tersedia.
Rangka tindakan projek jalur lebar sepatutnya dibuat oleh Felda Prodata Sdn Bhd.
"Pelaksanaan projek jalur lebar yang menelan belanja RM566 juta hanya siap sehingga penyediaan pelan tindakan," katanya sambil menambah bahawa projek percubaan dan penuh telah digantung sejak 29 Jan 2015.
Selain itu, MCM Value Sdn Bhd menerima RM209,000 untuk pengurusan nilai projek jalur lebar tanpa apa-apa kontrak.
[Baca berita penuh]

Monday, April 8, 2013

KES SAMAN FITNAH RM200 JUTA TERHADAP KAK WAN... PEGUAM ANGKAT KAKI.. KES TIDAK BOLEH MENANGLAH TU...


Halamak ai!!! Apa la malang bebenor nasib Kak Wan Omega ni ye. Walhal salah orang lain. Tapi dia pulak yang tak pasal - pasal je kena tanggung.

KUALA LUMPUR 8 April - Peguam yang mewakili Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam kes saman fitnah yang difailkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), mengemukakan permohonan untuk menarik diri daripada mengendalikan kes itu. 
Peguam Mohd Afiq Mohd Noor memberitahu pemberita bahawa pihaknya membuat permohonan penarikan itu pada Jumaat lepas. Tiada alasan diberikan mengenai keputusannya itu. 
Katanya Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaluddin Md Said yang mendengar prosiding di dalam kamar hari ini menetapkan 18 Jun untuk pengurusan kes. 
Pada 16 Ogos 2010 Felda dan syarikat pelaburannya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, memfail saman RM200 juta terhadap Dr Wan Azizah dan lima lagi kerana memfitnah agensi itu menerusi artikel yang disiarkan Suara Keadilan. 
Selain Dr Wan Azizah, turut dinamakan Felda sebagai defendan ialah Naib Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali, Pelita Koridor Sdn. Bhd., Percetakan NPK Sdn Bhd, editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib, dan Rusnizam Mahat, yang menulis artikel itu. 
Dalam pernyataan tuntutannya, Felda selaku plaintif, mendakwa akhbar itu menerbitkan artikel pada 22 dan 29 Jun lepas yang mengandungi fitnah terhadap Felda. 
Felda mendakwa artikel pertama bertajuk "Felda Bangkrap" dan artikel kedua berserta gambar bertajuk "Kontroversi" dan "Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu" berunsur fitnah yang boleh menyebabkan reputasi plantif terjejas.

Friday, March 16, 2012

ANAK PENEROKA FELDA : "Hanya 5% peratus sahaja yang masih dibelenggu pemikirannya akibat "dakwah" politik kepartian melampau oleh Anwar dan PAS.



95% anak peneroka sokong penyenaraian FELDA di bursa disegerakan!!

"Hanya 5% peratus sahaja yang masih dibelenggu pemikirannya akibat "dakwah" politik kepartian melampau oleh Anwar dan PAS." - Raktra
-----------------------
Tiga badan bukan kerajaan berkaitan Felda hari ini menyatakan sokongan penuh kepada transformasi Felda dan mahu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia disegerakan.

Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Gabungan Pemikiran Profesional Felda (Gaprof) dan Alumni Asrama Felda Malaysia (AAFM) yang mewakili lebih 130,000 warga Felda itu turut menolak campur tangan pihak luar yang cuba mengeksploitasi isu tersebut untuk kepentingan politik masing-masing.

Presiden MBFM, Anuar Manap berkata, gabungan itu terkilan dengan tindakan pihak tertentu yang memutar belit fakta dan mengelirukan rakyat, khususnya peneroka, kononnya penyenaraian akan merugikan Felda, peneroka dan generasi seterusnya.

"Selaku tiga gabungan besar, tiga organisasi ini menolak campur tangan luar yang cuba memutarbelitkan isu penyenaraian ini yang mana kami dapati peneroka akar umbi rimas dengan keadaan itu.

"Sehubungan itu kami mahu kerajaan mempercepatkan penyenaraian itu untuk mengelak lebih banyak isu negatif dimainkan, tambahan pula ketika ini harga komoditi sawit adalah tinggi,” katanya pada sidang media di sini.

Anuar berkata, sejak dua minggu lepas, MBFM menerusi 317 cawangannya telah menggerakkan anggota untuk mengumpul tandatangan lebih 10,000 generasi baru Felda bagi menyatakan secara sukarela menyokong penyenaraian FGVH.

Kemuncaknya, tandangan itu akan diserahkan pada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perasmian karnival Ikatan Hati Warga Felda pada 1 April nanti di Dataran Merdeka, katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...