Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, December 23, 2018

Nik Omar : Label melabel budaya Abu Jahal


 

Nik Omar : Label melabel budaya Abu Jahal

Mufti Perlis tulis surat terbuka kepada Perdana Menteri, Menteri Pendidikan

Mufti Perlis tulis surat terbuka kepada Perdana Menteri, Menteri Pendidikan:

Raja Hisyam Raja Zaid, Astro Awani | Diterbitkan pada
Disember 22, 2018 23:28 MYT
Mufti Perlis tulis surat terbuka kepada PM, Menteri Pendidikan
Dr Maza semakin lantang mengkritik selepas kes babitkan Muhammad Adib Mohd Kassim
KUALA LUMPUR : Selepas mengharungi pemerintahan lebih
enam bulan, hari ini Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
menulis surat terbuka yang ditujukan kepada Perdana Menteri dan juga
Menteri Pendidikan.

Dr Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr
Maza yang sebelum ini dilihat lebih pro kepada kerajaan baharu Pakatan
Harapan (PH) kini dilihat secara terbuka mengkritik dasar dan corak
kepimpinan kerajaan.

Kritikan Dr Maza itu kelihatan lebih jelas
dan tajam terutamanya selepas peristiwa kematian membabitkan anggota
bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang maut selepas dipukul dalam insiden
rusuhan kuil Maha Mariamman tempoh hari yang mencetuskan perdebatan
hangat.

Dalam surat tersebut juga Dr Maza turut mengkritik dasar
pendidikan negara yang dilihat semakin menjauhi semangat keharmonian
kaum dikalangan rakyat Malaysia.

Berikut adalah kandungan penuh
surat terbuka beliau kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik:

ANAK MALAYSIA BAHARU MESTILAH LALUI PENGALAMAN AWAL YANG SAMA

Kepada YAB Perdana Menteri dan YB Menteri Pendidikan
–– ADVERTISEMENT ––
1. Krisis antara kaum nampaknya makin meroyak. Sejak zaman kerajaan
yang lepas dan kini kerajaan baru, nampaknya, keharmonian hidup antara
kaum di Malaysia menuju ke arah yang membimbangkan. Slogan 1 Malaysia
telah gagal dan kini kempen PH ke arah Malaysia Baharu yang penuh
teloransi dan keharmonian antara rakyat juga tidak menjadi. Bahkan makin
parah. Banyak luka-luka baru yang ditoreh. Emosi telah menguasai
kewarasan. Pengalaman hubungan antara kaum yang tipis dan latar
pendidikan yang terlalu berbeda, menjadi antara punca usaha ke arah
memahami sejarah negara dan hati budi antara kaum gagal diterapkan.


2. Ketiadaan persamaan di sudut latar pendidikan dan pengalaman bersama
semasa awal, menjadikan emosi permusuhan lebih cepat berkembang
dibandingkan emosi persahabatan. Hal ini disebabkan ramai anak Malaysia
sejak satu tempoh yang agak lama, melalui sistem pendidikan yang tidak
membolehkan mereka bertemu pada titik pengalaman dan latar pengetahuan
yang sama. Ini terutamanya apabila sejak tahun pertama di bangku sekolah
mereka menerima pendidikan yang secara tabiatnya bersifat eksklusif
untuk sesuatu bangsa atau agama. Maka, apabila seseorang anak Malaysia
dalam sepanjang tempoh pendidikannya hanya dalam persekitaran
Melayu-Islam, ataupun Cina ataupun India maka pastilah latar Malaysia
yang mempunyai pelbagai kaum, agama dan tradisi itu sukar dihayati.
Apabila mereka menjadi pemimpin atau rakyat pada masa hadapan, kotak
pemikiran mereka sangat terbatas kepada kelompok tertentu sahaja.

YAB dan YB, SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN


3. Dalam usaha mengukuhkan hubungan antara rakyat pelbagai kaum secara
lestari, saya ingin mencadangkan agar semua rakyat Malaysia diwajibkan
melalui sistem persekolahan yang sama sekurang-kurang daripada tahun 1
sehingga tahun 6 sekolah rendah. Dalam ertikata lain, semua anak
Malaysia hendaklah melalui pendidikan sistem Sekolah Kebangsaan dari
umur tujuh tahun sehingga ke umur dua belas tahun. Dalam tempoh inilah
diharapkan mereka akan mempunyai latar pendidikan Malaysia yang sama dan
pengalaman pergaulan antara kaum yang baik. Anak-anak bagaikan kain
putih, di peringkat itu, tiada perkauman antara mereka. Ketika umur itu
yang ada hanyalah kemanusiaan yang lahir dari fitrah keinsanan.


4. Untuk mencapai hasrat itu, Sekolah Kebangsaan hendaklah benar-benar
bersifat Malaysia. Bermula dari isi kandungan pelajarannya sehingga
kepada pendekatannya. Dalam erti kata lain, persekitaran sekolah itu
membolehkan semua agama dan kaum belajar dengan selesa. Elemen keagamaan
yang mengujudkan persekitaran yang tidak kondusif untuk pembelajaran
kaum-kaum yang berbeza hendaklah dielakkan bagi perkara-perkara yang
mempunyai kepentingan bersama.

5. Kita tidak boleh menafikan
bahawa Sekolah Kebangsaan hari ini seakan hanya menjadi sekolah Melayu
sahaja. Antara sebabnya, mungkin suasana banyak Sekolah Kebangsaan hari
ini tersangat dominan Melayu-Islamnya yang kadang-kala menimbulkan
kerisauan ibubapa yang berlainan agama untuk menghantar anak-anak
mereka. Suasana ini hendaklah dibentuk lebih kondusif untuk semua.

YAB dan YB, PENDIDIKAN AGAMA DAN KAUM

6. Di pihak masyarakat muslim khususnya, mungkin ada yang bertanya; habis bagaimana dengan pendidikan agama anak-anak kami?


Pendidikan Islam sebenarnya boleh diteruskan di Sekolah Kebangsaan.
Namun, ia bukan di sebelah pagi atau di sesi yang membabitkan semua
bangsa dan agama. Pendidikan Islam boleh dilaksanakan di sebelah petang
atau di sesi yang khusus. Majlis-majlis Agama Islam Negeri-Negeri boleh
mengeluarkan peruntukan untuk hal ini. Ini telah lama berlaku di Johor
dan Selangor. Perlis juga pada tahun 2019 mula akan mengujudkan Sekolah
Agama Petang Perlis yang dibiayai oleh MAIPs (Majlis Agama Islam
Perlis). Di situ berperanannya Raja-Raja Melayu dalam menjaga urusan
agama. Demikian wang zakat yang dikumpulkan oleh Negeri-negeri dapat
digunakan untuk pendidikan Umat Islam di negara ini. Sementara
Kementerian Pendidikan menyelaras dan memastikan pendekatan pengajaran
yang sesuai. Dengan ini, mungkin Pendidikan Islam akan lebih baik dan
berkesan tanpa mengganggu sifat Sekolah Kebangsaan yang merupakan domain
untuk semua bangsa agama.

7. Saya berpendapat, jika bangsa dan
agama selain Muslim ataupun Melayu ingin mengajar agama dan budaya
tertentu khusus untuk agama dan bangsa mereka dengan mematuhi
peraturan-peraturan Kementerian Pendidikan, juga dibenarkan pada sesi
petang atau berasingan tanpa mengganggu sifat Sekolah Kebangsaan. Namun,
seperti mana Pendidikan Islam tadi, pendidikan khusus ini hendaklah
dibiayai oleh komuniti mereka sendiri.

8. Sekolah-sekolah Agama
Islam atau jenis Kebangsaan Cina atau India untuk peringkat rendah yang
wujud hari ini, jika mereka mahu masih boleh berfungsi untuk sesi petang
tersebut setelah anak-anak ini menjadi menjalani pendidikan di Sekolah
kebangsaan di sessi pagi. Kos tersebut akan ditanggung oleh komuniti
masing-masing.

YAB dan YB, PENDIDIKAN SELEPAS SEKOLAH RENDAH


9. Setelah murid-murid ini tamat Sekolah Rendah Kebangsaan, mereka
boleh memilih aliran sekolah yang mereka ingini. Hasrat mereka untuk ke
bidang agama atau selainnya dapat diteruskan selepas itu. Namun, ketika
itu mereka sudah dibekalkan dengan ilmu dan pengalaman yang bersifat
Malaysia.

10. Bagi memastikan kesimbungan atau ilmu awal mereka
tidak terputus, maka satu mata pelajaran yang membolehkan pelajar
benar-benar memahami negara ini hendaklah diwajibkan. Ataupun
Kementerian boleh memperkukuhkan mata pelajaran yang sedia seperti
sejarah dengan pendekatan yang mantap dan relevan.

YAB, dan YB,


11. Saya mencadangkan hal ini demi menjaga masa depan Malaysia yang
akan kita wariskan kepada anak cucu kita. Saya pohon semua pihak
berkorban kepentingan mereka demi kelangsungan negara ini.
Saya mohon mencadangkan!

Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin


** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI

1.
Krisis antara kaum nampaknya makin meroyak. Sejak zaman kerajaan yang
lepas dan kini kerajaan baru, nampaknya, keharmonian hidup antara kaum
di Malaysia menuju ke arah yang membimbangkan. Slogan 1 Malaysia telah
gagal dan kini kempen PH ke arah Malaysia Baharu yang penuh teloransi
dan keharmonian antara rakyat juga tidak menjadi. Bahkan makin parah.
Banyak luka-luka baru yang ditoreh. Emosi telah menguasai kewarasan.
Pengalaman hubungan antara kaum yang tipis dan latar pendidikan yang
terlalu berbeda, menjadi antara punca usaha ke arah memahami sejarah
negara dan hati budi antara kaum gagal diterapkan.


2. Ketiadaan persamaan di sudut latar pendidikan dan pengalaman
bersama semasa awal, menjadikan emosi permusuhan lebih cepat berkembang
dibandingkan emosi persahabatan. Hal ini disebabkan ramai anak Malaysia
sejak satu tempoh yang agak lama, melalui sistem pendidikan yang tidak
membolehkan mereka bertemu pada titik pengalaman dan latar pengetahuan
yang sama. Ini terutamanya apabila sejak tahun pertama di bangku sekolah
mereka menerima pendidikan yang secara tabiatnya bersifat eksklusif
untuk sesuatu bangsa atau agama. Maka, apabila seseorang anak Malaysia
dalam sepanjang tempoh pendidikannya hanya dalam persekitaran
Melayu-Islam, ataupun Cina ataupun India maka pastilah latar Malaysia
yang mempunyai pelbagai kaum, agama dan tradisi itu sukar dihayati.
Apabila mereka menjadi pemimpin atau rakyat pada masa hadapan, kotak
pemikiran mereka sangat terbatas kepada kelompok tertentu sahaja.


YAB dan YB, SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN


3. Dalam usaha mengukuhkan hubungan antara rakyat pelbagai kaum
secara lestari, saya ingin mencadangkan agar semua rakyat Malaysia
diwajibkan melalui sistem persekolahan yang sama sekurang-kurang
daripada tahun 1 sehingga tahun 6 sekolah rendah. Dalam ertikata lain,
semua anak Malaysia hendaklah melalui pendidikan sistem Sekolah
Kebangsaan dari umur tujuh tahun sehingga ke umur dua belas tahun. Dalam
tempoh inilah diharapkan mereka akan mempunyai latar pendidikan
Malaysia yang sama dan pengalaman pergaulan antara kaum yang baik.
Anak-anak bagaikan kain putih, di peringkat itu, tiada perkauman antara
mereka. Ketika umur itu yang ada hanyalah kemanusiaan yang lahir dari
fitrah keinsanan.



4. Untuk mencapai hasrat itu, Sekolah Kebangsaan hendaklah
benar-benar bersifat Malaysia. Bermula dari isi kandungan pelajarannya
sehingga kepada pendekatannya. Dalam erti kata lain, persekitaran
sekolah itu membolehkan semua agama dan kaum belajar dengan selesa.
Elemen keagamaan yang mengujudkan persekitaran yang tidak kondusif untuk
pembelajaran kaum-kaum yang berbeza hendaklah dielakkan bagi
perkara-perkara yang mempunyai kepentingan bersama.


5. Kita tidak boleh menafikan bahawa Sekolah Kebangsaan hari ini
seakan hanya menjadi sekolah Melayu sahaja. Antara sebabnya, mungkin
suasana banyak Sekolah Kebangsaan hari ini tersangat dominan
Melayu-Islamnya yang kadang-kala menimbulkan kerisauan ibubapa yang
berlainan agama untuk menghantar anak-anak mereka. Suasana ini hendaklah
dibentuk lebih kondusif untuk semua.


YAB dan YB, PENDIDIKAN AGAMA DAN KAUM


6. Di pihak masyarakat muslim khususnya, mungkin ada yang bertanya; habis bagaimana dengan pendidikan agama anak-anak kami?


Pendidikan Islam sebenarnya boleh diteruskan di Sekolah Kebangsaan.
Namun, ia bukan di sebelah pagi atau di sesi yang membabitkan semua
bangsa dan agama. Pendidikan Islam boleh dilaksanakan di sebelah petang
atau di sesi yang khusus. Majlis-majlis Agama Islam Negeri-Negeri boleh
mengeluarkan peruntukan untuk hal ini. Ini telah lama berlaku di Johor
dan Selangor. Perlis juga pada tahun 2019 mula akan mengujudkan Sekolah
Agama Petang Perlis yang dibiayai oleh MAIPs (Majlis Agama Islam
Perlis). Di situ berperanannya Raja-Raja Melayu dalam menjaga urusan
agama. Demikian wang zakat yang dikumpulkan oleh Negeri-negeri dapat
digunakan untuk pendidikan Umat Islam di negara ini. Sementara
Kementerian Pendidikan menyelaras dan memastikan pendekatan pengajaran
yang sesuai. Dengan ini, mungkin Pendidikan Islam akan lebih baik dan
berkesan tanpa mengganggu sifat Sekolah Kebangsaan yang merupakan domain
untuk semua bangsa agama.


7. Saya berpendapat, jika bangsa dan agama selain Muslim ataupun
Melayu ingin mengajar agama dan budaya tertentu khusus untuk agama dan
bangsa mereka dengan mematuhi peraturan-peraturan Kementerian
Pendidikan, juga dibenarkan pada sesi petang atau berasingan tanpa
mengganggu sifat Sekolah Kebangsaan. Namun, seperti mana Pendidikan
Islam tadi, pendidikan khusus ini hendaklah dibiayai oleh komuniti
mereka sendiri.


8. Sekolah-sekolah Agama Islam atau jenis Kebangsaan Cina atau India
untuk peringkat rendah yang wujud hari ini, jika mereka mahu masih boleh
berfungsi untuk sesi petang tersebut setelah anak-anak ini menjadi
menjalani pendidikan di Sekolah kebangsaan di sessi pagi. Kos tersebut
akan ditanggung oleh komuniti masing-masing.



YAB dan YB, PENDIDIKAN SELEPAS SEKOLAH RENDAH


9. Setelah murid-murid ini tamat Sekolah Rendah Kebangsaan, mereka
boleh memilih aliran sekolah yang mereka ingini. Hasrat mereka untuk ke
bidang agama atau selainnya dapat diteruskan selepas itu. Namun, ketika
itu mereka sudah dibekalkan dengan ilmu dan pengalaman yang bersifat
Malaysia.


10. Bagi memastikan kesimbungan atau ilmu awal mereka tidak terputus,
maka satu mata pelajaran yang membolehkan pelajar benar-benar memahami
negara ini hendaklah diwajibkan. Ataupun Kementerian boleh
memperkukuhkan mata pelajaran yang sedia seperti sejarah dengan
pendekatan yang mantap dan relevan.


YAB, dan YB,


11. Saya mencadangkan hal ini demi menjaga masa depan Malaysia yang
akan kita wariskan kepada anak cucu kita. Saya pohon semua pihak
berkorban kepentingan mereka demi kelangsungan negara ini.

Saya mohon mencadangkan!


Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin



Berita penuh https://malaysiadateline.com/mufti-perlis-tulis-surat-terbuka-kepada-perdana-menteri-menteri-pendidikan/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...