Selepas dua hari muktamar ke-60 PAS yang hangat dengan perdebatan yang
tegang, sebahagian besar pemimpin hari ini, memilih untuk merapatkan saf
parti dengan gesaan bersatu dalam ucapan penggulungan mereka.
Di dalam ucapan penggulungan oleh
Presiden PAS di dalam Muktamar PAS ke-60, Hj Hadi membidas sikap rakan
tahaluf siyasi mereka PKR dan DAP yg mencuri wakil rakyat PAS untuk
menyokong Wan Azizah sebagai MB Selangor.Beliau mempersoal inikah etika
bertahaluf di dalam PR.
Broker,barua disebut beliau
dengan nada marah dan tegas terhadap 2 wakil rakyat PAS yang telah
melanggar baiah kepada PAS dengan menandatangani surah aku janji
menyokong Wan Azizah sebagai MB Selangor.
Dalam pada itu,beliau juga
menyifatkan secara tuntas bahawa perbezaan ideologi PAS dengan rakan
parti mereka iaitu PKR sebuah parti sekular pragmatik dan DAP parti
sekular sosialis.
Hj Hadi dilihat sudah memulangkan
" Paku Buah Keras" kepada pengkhianat,pembelot PAS yg terpedaya dengan
politik Anwar Ibrahim dan DAP .
Sumber : keris pusaka
