Penyelewengan Tabung Memali Cikgu Zainol
Showing posts with label Tabung memali. Show all posts
Showing posts with label Tabung memali. Show all posts
Sunday, February 10, 2013
Saturday, February 9, 2013
Duit Jual Mesin Jahit Pun PAS Sanggup Kebas?
Sangat menghairankan apabila PAS yang kononnya “buat kerja cara Islam” rupa-rupanya sanggup meratah hak balu dan anak-anak yatim yang merupakan waris kepada mangsa tragedi Memali di Baling, Kedah.
Sudahlah Tabung Memali yang bernilai
jutaan ringgit itu “lesap” entah ke mana, duit jual mesin jahit yang
sepatutnya menjadi hak balu dan anak-anak yatim itu pun dikebas PAS?
Buruk benar perangai PAS sampai duit hasil jual mesin jahit pun mereka nak sapu masuk kocek sendiri?
Begitulah yang didedahkan oleh salah
seorang pemegang amanah Tabung Memali, CN Al-Afghani di dalam satu
pertemuannya dengan saya baru-baru ini.
Beliau yang lebih mesra disapa dengan
panggilan Cikgu Non mendakwa bahawa Ketua Dewan Muslimat PAS ketika itu,
Ustazah Jamilah Husin telah berusaha untuk mewujudkan bengkel jahitan
untuk balu-balu dan anak-anak yatim itu.
Dengan bengkel tersebut, mereka
diharapkan agar dapat berdikari dengan hasil jahitan masing-masing yang
berkemungkinan dapat menyara hidup mereka selepas tragedi tersebut.
Modal sebanyak RM40,000 telah diambil
dari Tabung Memali dan sehingga bengkel tersebut dibawah seliaan Cikgu
Non, asetnya dianggarkan bernilai sekitar RM60,000 sebelum diserahkan
kepada salah seorang pemimpin PAS tempatan di situ.
Isu Penipuan Tabung Mangsa Memali : Tidak Pernah Diaudit Dari Tahun 1986-2000.mov
Mungkin telah disalah tadbir dan faktor
pengurusan yang lemah, bengkel itu telah ditutup oleh penyelianya tanpa
sebarang perbincangan dengan balu-balu terbabit, termasuklah balu kepada
Allahyarham Ibrahim Libya yang menjadi bendahari di dalam projek
bengkel jahitan tersebut!
Penutupan bengkel itu sebenarnya tidak
direstui oleh balu-balu tragedi Memali dan ada di antara mereka yang
merayu agar mesin-mesin jahitan itu dijual kepada mereka melalui bayaran
ansuran memandangkan ia adalah sebahagian dari punca pendapatan mereka
mencari sesuap nasi…
Pun begitu, rayuan balu-balu mangsa
Memali itu tidak diendahkan malah ke semua mesin-mesin itu telah dijual
pada sebuah syarikat dari negeri Perlis dengan harga RM30,000 sahaja!
Lebih menggemparkan, Cikgu Non mendakwa
bahawa hasil jualan mesin-mesing jahit terpakai itu pun “lesap” entah ke
mana dan tidak dapat dikesan…
Jijik sungguh akhlak yang ditunjukkan
oleh puak-puak PAS ini, bukan? Sudahlah para balu dan anak-anak yatim
itu tidak terbela, malah mata pencarian mereka pula diragut secara
zalim. Duit hasil jual mesin jahit pun dikebas juga?
Apa punya jenis manusialah puak-puak PAS
ini? Kononnya merekalah pejuang Islam yang suci, murni, telus, kudus dan
mulus. Padahal, perangai dan hati mereka lebih “hitam” dari dakwat,
hati mereka lebih “busuk” dari bangkai…
Semoga kita semua terpelihara dari puak-puak yang menzalimi hak balu dan anak-anak yatim ini pada masa-masa akan datang… Amin…
Friday, February 8, 2013
Salahuddin dan Mahfuz mahu Zainon membuat laporan polis jika benar berlaku penyelewengan terhadap Tabung Memali Selepas Pimpinan PAS buat pekak aje...
Zainon buat laporan polis?
JANGAN cuba untuk lari dan menuding jari pada pihak lain!
Puak PAS terutamanya pemimpin parti perlu bertanggungjawab dan MENJAWAB segala persoalan mengenai perkara ini.
JANGAN CUBA TIPU lagi...
Penulis buku Kafirkah Aku? dan Air Mata Di Bumi Memali, Zainon Ismail atau CN Al-Afghani hari ini menyahut cabaran Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar dengan membuat laporan polis berhubung dakwaan penyelewengan Tabung Memali.
Zainon yang juga bekas aktivis tegar dan ahli seumur hidup Pas membuat
laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira
pukul 10 pagi semalam. Beliau berjaya mengelak daripada ditemui
pemberita dan dikatakan keluar dari IPD setengah jam kemudian namun
enggan mengulas lanjut ketika dihubungi.
Bagaimanapun Zainon memberitahu, satu sidang akhbar khas akan diadakan malam esok berhubung perkara itu.
"Isi kandungan dan apa perkara yang dilaporkan hari ini akan saya beritahu malam esok," katanya ketika dihubungi.
Difahamkan, antara penyelewengan yang dinyatakan dalam laporan tersebut adalah mengenai penganiayaan terhadap balu Memali yang diarahkan membayar sejumlah RM3,000 bagi membiayai kos guaman pada tahun 2007. Selain itu, laporan itu juga mempersoalkan 'kehilangan' wang berjumlah RM30,000 hasil jualan mesin jahit kepunyaan bengkel jahit Memali.
Sebelum ini, Salahuddin dan Mahfuz mahu Zainon membuat laporan polis jika benar berlaku penyelewengan terhadap Tabung Memali selepas beliau mendesak pucuk pimpinan Pas menyiasat perkara itu.
Zainon yang merupakan salah seorang daripada tiga individu yang bertanggungjawab mengurus Tabung Memali membuat desakan tersebut selepas tidak sanggup lagi melihat hak serta harta anak yatim, balu dan mangsa Memali 'diratah' pihak lain.
Undi PKR Bawa Kehancuran Negara
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.
Puak PAS terutamanya pemimpin parti perlu bertanggungjawab dan MENJAWAB segala persoalan mengenai perkara ini.
JANGAN CUBA TIPU lagi...
Isu Tabung Memali : Zainon Dakwa Ulama' Pas Jadi Syaitan Bisu 7/2/2013
Penulis buku Kafirkah Aku? dan Air Mata Di Bumi Memali, Zainon Ismail atau CN Al-Afghani hari ini menyahut cabaran Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar dengan membuat laporan polis berhubung dakwaan penyelewengan Tabung Memali.
Isu Penipuan Tabung Mangsa Memali : Tidak Pernah Diaudit Dari Tahun 1986-2000
Bagaimanapun Zainon memberitahu, satu sidang akhbar khas akan diadakan malam esok berhubung perkara itu.
"Isi kandungan dan apa perkara yang dilaporkan hari ini akan saya beritahu malam esok," katanya ketika dihubungi.
Difahamkan, antara penyelewengan yang dinyatakan dalam laporan tersebut adalah mengenai penganiayaan terhadap balu Memali yang diarahkan membayar sejumlah RM3,000 bagi membiayai kos guaman pada tahun 2007. Selain itu, laporan itu juga mempersoalkan 'kehilangan' wang berjumlah RM30,000 hasil jualan mesin jahit kepunyaan bengkel jahit Memali.
Sebelum ini, Salahuddin dan Mahfuz mahu Zainon membuat laporan polis jika benar berlaku penyelewengan terhadap Tabung Memali selepas beliau mendesak pucuk pimpinan Pas menyiasat perkara itu.
Zainon yang merupakan salah seorang daripada tiga individu yang bertanggungjawab mengurus Tabung Memali membuat desakan tersebut selepas tidak sanggup lagi melihat hak serta harta anak yatim, balu dan mangsa Memali 'diratah' pihak lain.
Monday, January 7, 2013
Tabung Memali: Laporan polis terhadap PAS Kedah ?????
CIKGU NON BAKAL HERET PAS KEDAH KE MAHKAMAH !!
Satu laporan polis terhadap Badan Perhubungan PAS Kedah akan dibuat dalam masa terdekat berhubung penyelewengan wang hasil kutipan derma Tabung Memali yang diusahakan parti itu suatu ketika dahulu.
Menurut bekas Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Zainon Ismail, satu jawatankuasa kecil sedang dilaksanakan bagi mengenalpasti proses perundangan yang boleh diambil.
“Saya sedang berusaha untuk membentuk satu jawatankuasa kecil untuk membincangkan tentang bagaimana proses perundangan yang patut kita ambil.
“Maksudnya bukan saya sahaja (tetapi) ada orang-orang lain yang akan bersama dengan saya sebab kita rasa isu ini penting..satu penipuan, penganiayaan kepada balu-balu yang masyarakat tidak tahu,” katanya ketika ditemui pemberita malam tadi.
Menurut Zainon ataupun turut dikenali sebagai C.N Al-Afghani, laporan polis yang akan dibuat berkisarkan tentang tindakan Badan Perhubungan PAS Kedah merampas sebahagian daripada wang pampasan yang diberikan kerajaan Malaysia kepada balu-balu yang terlibat.
Katanya, balu-balu yang menerima pampasan dengan jumlah RM20,000 diminta memberikan sejumlah RM3,000 kepada parti dengan alasan untuk membiayai kos guaman mereka.
“Ia melibatkan PAS Kedah...sebab yang meminta wang itu ialah PAS Kedah. Jadi kita minta PAS Kedah kembalikan semula hak balu, itu sahaja. Bukan kepada individu ataupun mana-mana pihak lain tetapi kepada Perhubungan PAS Kedah,” jelas beliau.
Terdahulu ketika memberikan taklimat mengenai buku tulisannya ‘Mohd Sabu Air Mata di Bumi Memali’, Zainon mempertikaikan tindakan PAS Kedah mengambil sejumlah wang berkenaan yang bertentangan dengan tujuan asal penubuhan Tabung Memali.
Justeru, tindakan PAS Kedah ini tegas beliau adalah satu penipuan terhadap balu-balu mangsa Memali yang dakwanya kini diabaikan oleh pemimpin-pemimpin parti yang memperjuangkan Islam itu.
“Kita akan membuat satu laporan bagaimana PAS Kedah telah menipu balu-balu ini dengan mengutip setiap balu ini RM3,000 selepas mendapat pampasan RM20,000 daripada kerajaan Malaysia sedangkan mereka ceramah, seluruh Malaysia (mengutip derma).
“Dan akhirnya apabila kerajaan Malaysia beri RM20,000, mereka minta daripada balu-balu ini seorang RM3,000 dengan alasan untuk membayar kos guaman. Nampak satu penipuan...kalau kamu sudah mengutip kepada orang ramai untuk bantu balu biaya kos guaman, kenapa kamu minta semula daripada balu untuk kos yang sama. Bermakna kamu menipu balu-balu,” tegasnya yang mesra disapa ‘Cikgu Non’ itu.
Pada tahun 2002, mantan Presiden parti, Allahyarham Fadzil Noor telah mengumumkan penutupan tabung tersebut bagi mengelakkan fitnah.
Peristiwa Memali yang berlaku pada 19 November 1985 telah mengorbankan seramai 14 orang dan menyaksikan berpuluh yang lain tercedera.
Insiden yang dinamakan ‘Operasi Angkara/Operasi Hapus’ oleh pihak berkuasa itu menyaksikan penahanan beratus-ratus orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Ia dilaksanakan pihak berkuasa bagi menangani penularan ajaran sesat yang dipercayai cuba dibawa oleh Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya yang turut terbunuh semasa insiden tersebut.-ANTARAPOS
Label:
Tabung memali
Subscribe to:
Posts (Atom)







